Friday, December 12, 2008

Bengkel pembenihan keli aruhan

Bengkel pembenihan keli aruhan


BAGI memenuhi permintaan pengguna yang berminat mempelajari pelbagai jenis ternakan dan pertanian, sebuah syarikat penggerak aktiviti akuakultur dan pertanian akan mengadakan bengkel pembenihan keli sepanjang Disember 2008 hingga Mac 2009.

Pengarah Projek, Nur Azizi Rapie berkata, bengkel berkenaan bertujuan memberikan pengetahuan dan melahirkan usahawan tani atau penternak ikan air tawar menghasilkan anak benih sendiri bagi menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

“Salah satu faktor penghalang industri air tawar berkembang maju ialah kesukaran pengusaha untuk mendapatkan bekalan anak benih.

“Anak benih keli bermutu tinggi mendapat permintaan yang besar dengan harga seekor bersaiz tiga inci antara 10 hingga 20 sen.

“Apabila pengusaha mampu mengeluarkan anak benih sendiri, projek dapat dijalankan mengikut jadual tanpa menunggu bekalan dari tempat lain,” katanya.

Kos membeli anak benih tadi dapat disalurkan kepada makanan ikan yang semakin hari meningkat.

Bengkel ini akan mendedahkan peserta mengenai kemahiran menghasilkan benih keli menerusi teknik aruhan.

Teknik aruhan dilakukan dengan menyuntik hormon kepada induk- induk keli di mana induk betina akan diperah telurnya dan induk jantan dibedah bagi mendapatkan sperma.

Peserta juga akan didedahkan dengan cara membuat makanan anak benih keli yang berusia empat hari sehingga satu bulan.

Kursus praktikal pembenihan ikan keli teknik aruhan akan dilangsungkan pada 13 dan 14 Disember di ladang Prestasi Agro Farm, Bukit Lagong, Selayang.

Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran pembenihan ikan keli boleh menghubungi sekretariat di 012-6138059 atau 012-6157937.

sumber : Utusan Malaysia 12 dis 2008 / links : Utusan Online 12 dis 2008

Kambing Jamnapari sesuai diternak

Kambing Jamnapari sesuai diternak


JAMNAPARI yang dinamakan sempena sebatang sungai yang terletak di Uttar Pradesh, India merupakan kambing berbaka kacukan yang berasal dari negara berkenaan dan juga Pakistan pada awalnya.

Sejak 1953, kambing Jamnapari yang diternak untuk tujuan daging dan tenusu itu telah dieksport ke Indonesia dan baka tersebut mendapat permintaan yang menggalakkan di sana.

Sehubungan itu, India meningkatkan lagi perusahaan ternakan tersebut bagi tujuan dieksport.

Bancian pada tahun 1972 di India, menganggarkan sebanyak 580,000 ekor Jamnapari diternak, walaupun hanya 5,000 daripada bilangan tersebut merupakan baka asli.

Di negara asalnya, sepanjang musim sejuk 90 peratus kambing Jamnapari menghabiskan masa untuk meragut rumput atau daun.

Namun, pada musim yang lain, kambing tersebut hanya mengambil 55 peratus masa untuk mencari makanan seperti dedaun, rumput dan pelbagai tumbuhan hijau.

Dari segi fizikal, Jamnapari mempunyai bilangan variasi besar dalam faktor warna, tetapi pada kebiasaannya, ia berwarna putih dan mempunyai tompok pada leher dan kepala.

Di samping itu, Jamnapari mempunyai sepasang cuping telinga yang jatuh dan memanjang sehingga mencapai 25 sentimeter (sm).

Dalam pada itu, kedua-dua jantina kambing tersebut memiliki tanduk dan kaki yang panjang.

Bagi kambing jantan, Jamnapari mampu mencapai sehingga 120 kilogram (kg), manakala bagi betina, beratnya mampu mencecah sehingga 90kg.

Secara purata, seekor kambing betina Jamnapari mampu mengeluar- kan susu sehingga dua kg sehari.

Sementara bagi dagingnya, Jamnapari boleh dikatakan tidak merbahayakan kesihatan kerana kadar kolesterol dagingnya adalah pada tahap yang rendah.

Kini, kambing jenis Jamnapari turut mendapat tempat dan permintaan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat tempatan.

Sumber : Utusan Malaysia 12 Dis 2008 /link artikel  Utusan Online 12 Disember 2008

Friday, November 28, 2008

Gunung Kinabalu 2009

Kepada semua pendaki
Tiket Penerbangan sudah boleh ditempah merujuk jadual dibawah:

Penerbangan Air Asia

Tarikh Bertolak Jumaat 13 March 2009
Berlepas - 09.25pm (KL)
Sampai - 11.55pm
No Pesawat - AK 5112

Tarikh Pulang Isnin 16 March 2009
Berlepas - 09.15m (KK)
Sampai - 11.55pm
No Pesawat AK 5121

**bagi yang ingin pulang pada Tarikh yang berbeza, maka penerbangan pulang adalah terpulang pada masing2.

Tentative Program

Jumaat 13 March 2009
08.00pm Berkumpul di LCCT
09.25pm Berlepas ke KK
11.55pm Tiba di KK terus menginap di hotel

Sabtu 14 March 2009
07.00am Bertolak ke Kinabalu Park
10.00am Mula mendaki ke Laban Rata
03.00pm Dijangka tiba di Laban Rata
09.00pm Tidur

Ahad 15 March 2009
02.00am Mendaki ke Puncak
05.00am Dijangka tiba di puncak- melihat matahari terbit
09.00am Mula mendaki turun
02.00pm dijangka tiba di kinabalu park
terus ke Hot Spring
08.00pm check in hotel
09.00pm makan malam di tepi laut

Isnin 16 March 2009
08.00am selepas sarapan bertolak ke pulau manukan, mamutik dan sapi
snorkeling sampai puas
01.00pm pulang ke kk membeli belah
Pasar philipine (mutiara, ikan masin, cenderahati)
05.00pm Balik ke hotel bersiap untuk pulang
08.00pm Berkumpul di Airport
09.15pm Berlepas pulang ke KL
11.55pm sampai di KL

Selasa 17 March 2009
sudah mula kerja atau ada yang masih bercuti.

Senarai nama peserta yang telah berjaya dibuat tempahan
1. Mohd Arif Alias
2. Samsuddin Yalla
3. Mohd Fadlin Mender
4. Abd Hamydy  Abd Hamid
5. Mohd Syukor  Abd Hamid
6. Nor Bin Muslim
7. Syafiq Taffuddin Hamid
8. Mohd Alif
9. Dr. Arif Bin Hamid
10. Nor Aiwa Samad

Pembayaran
Semua 10 tempat telah dibuat pembayaran.

Latihan Kecergasan
Diharap setiap peserta dapat melakukan latihan kecergasan sendiri sekurang2nya sebulan sebelum tarikh bertolak untuk mengelakkan semput.

latihan seperti
1. joging sekurang2nya 3 kali seminggu
2. Latihan kaki (turun naik tangga) sekurang2nya sekali seminggu, kalau tiada tempat tangga HUKM pun boleh mula dari tingkat bawah naik ke tingkat atas sekali.

Peralatan
Memandangkan kita dapat di Gunting Lagadan Hut (Non Heated Dorm) maka peralatan berikut hendaklah dibawa:

1. Sarung Tangan (sangat mustahak semasa di puncak..sejuk)
2. Baju sejuk (waktu malam sejuk)
3. Sleeping Bag (waktu malam sejuk)
4. Wind Breaker (untuk kurangkan pukulan angin semasa mendaki ke puncak)
5. Kasut (yang sesuai dan tidak licin)
6. Kamera (penting ni... Disana banyak View yang cantik2)
7. Seluar Pendek (untuk Snorkeling)
8. Lotion Sun Burn (bagi yang menjaga kulit muka ketika snorkeling)
9. Lampu suluh kepala (head lamp) sbb mendaki kepuncak awal pagi 2.00am

Memandangkan ada peserta yang pertama kali akan pergi dan ada yang bertanyakan budget keseluruhan berapa. maka saya buatkan anggaran kos

Anggaran Kos

*Kos mendaki RM510
Day 2 - 1 night Laban Rata RM290
RM220 ( Insuran,Permit, Lesen, Guide, Park Fee, sijil and etc.)
**collection RM350 so baki RM160 sebelum bertolak

Van : RM800
Dari Hotel - Kinabalu Park
Dari Kinabalu Park - Hot Poring - Hotel -
So dalam RM80 per person
**collection sebelum bertolak

Teksi : Airport - KK hotel city - Airport
x sure berapa anggaran RM10 per person
Jika Hotel ada Airport PickUp lagi jimat

Boat
ke Pulau manukan, sapi, mamutik
Anggaran dalam RM15-20.
bergantung pada rundingan dengan pemandu boat. Di Jeti nanti

Dormitory
Day 1 & day 3
(Bunk Bed) per person RM25 x 2 day
Sendiri ikut group bilik

Tiket Flight Return (Airasia)
***Beli sendiri

Anggaran Total Kos +/- RM1047 (termasuk Flight)

Duit belanja, makan dan Shoping Masing2 budget la, lain perut lain citarasanya

**Untuk makluman semua KOS yang saya uruskan hanyalah kos mendaki RM510
Kos2 lain saya akan buat collection sebelum bertolak ataupun di sana nanti, Saya buat begini bagi mengelakkan kerugian sekiranya ada peserta yang last minit tarik diri ataupun tukar rancangan.

harap maklum

jika ada sebarang kemuskilan, jgn segan untuk bertanya pada saya. sekian wassalam

Dibawah ni adalah senarai harga dan pakej yang di tawarkan oleh pihak kinabalu park
sabah-park-mt-kinabalu-climbing-fees-new1
kinabalu2

Berikut adalah maklumat hotel dan kenderaan yang saya gunakan:

1. Penginapan di KK
hotel kinabalu backpacker (http://kinabalubackpackers.com)
RM 22/pax/night untuk dormitory
RM 66/night - private room 2 orang.

2. Kenderaan sewa
Adaras Rent Car Sdn. Bhd (www.freewebs.com/adaras-rent-a-car)
Kia Pregio Van 10 seater
Min 8 HRS RM 350.00
Min 3 HRS RM 200.00
KKIA toCITY Hotel TRSF Per way RM 100.00

CONTACT
Sutera Sanctuary Lodges
G 15, Ground Floor, Wisma Sabah
8000 Kota Kinabalu Sabah
tel : 088 243629
Fax: 088 259552
Email : info@suterasanctuarylodges.com
Web : : http://www.suterasanctuarylodges.com

email untuk tempahan : sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my

Senarai harga
Harga Yuran Mendaki Gunung Kinabalu
Harga Pakej Penginapan Mendaki kinabalu

Kepada pembaca blog untuk melihat gambar2 ekspedisi trip ini boleh la melayari post dibawah ini..

http://hamydy.wordpress.com/2009/03/20/gunung-kinabalu-march-2009/

Thursday, October 16, 2008

Kos Mendaki Gunung Kinabalu Meningkat

Kos untuk mendaki Gunung Kinabalu telah meningkat. Boleh dikatakan berganda jugak la. Aku jadi mendaki gunung kinabalu kali kedua tahun depan 2009. Oleh sebab rancangan ini telah dibuat awal sebelum semakan harga 2009 keluar, maka rancangan di teruskan walaupun kosnya telah meningkat. kalau tahun lepas 2007 cuma bayar chalet di laban rata (RM40 semalam di gunting lagadan hut) tanpa makan. tapi kos sekarang seperti berikut:

Gunting Lagadan Hut x 1pax = RM290
Termasuk
1 x Pkg Accommodation (LR)
1 x Pkg Packed Lunch from Balsam C
1 x Pkg Dinner at LR
1 x Pkg Breakfast at LR
1 x Pkg Lunch at Balsam Rest at KP

Setelah ditambah kos asas mendaki (permit, insuran, guide...) kos total sekitar RM500

itu belum termasuk sewa van, hotel dan tiket flight. kira2 dalam RM1000 jugak la habis. Tapi tidak perlu risau kita bukan sekali gus kena bayar RM1000.

Ini cara aku buat planing
Step 1
mula2..6 bulan sebelum tarikh dirancang, buat tempahan tempat dulu, kena awal sebab selalu je penuh. so bayar tempahan chalet di laban rata. ini dalam RM300-350 (2009 la). tempahan boleh melalui telefon atau email jer pon boleh. bayaran Bank in jer ke akaun mereka.

Step 2
Survey tiket Air asia pada tarikh yang di tempah. cari tiket best price punya. jika ada terus beli. boleh jugak survey tiket dulu sebelum tempah di kinabalu. tapi kekadang tiket dapat murah ..tarikh pulak penuh.so pandai2 la

Step 3
1 atau 2 bulan sebelum bertolak, baru booking hotel murah dan van. biasnya hotel murah dan van ni tak perlu risau, memang banyak dan senang dapat. jika pergi 2-3 orang tidak perlu sewa van, naik teksi atau bas pun dah cukup.

step 4
tiba masa bertolak la....

kepada sesiapa yang berminat boleh tempah terus dari no berikut
088 245742 mintak sambungkan ke bahagian reservation mendaki.

ok itu saja tips.

Kemaskini terbaru : 16 Sept 2009
Sila Muat Turun Senarai Harga Pakej Penginapan Mendaki dan Senarai Yuran mendaki di bawah ini.

1. Harga Pakej Penginapan Mendaki kinabalu
2. Harga Yuran Mendaki Gunung Kinabalu

**harus ingat yuram mendaki dan pakej menginap di laban rata adalah berbeza so kena bayar dua2 la. yuran mendaki dibayar semasa hendak mendaki, manakala pakej penginapan perlu di tempah dan bayar lebih awal.

Jika ada pembaca blog saya ini mendapat senarai terkini yang berbeza dari yang saya ada harap dapat maklumkan pada saya. sekian.

CONTACT
Sutera Sanctuary Lodges
G 15, Ground Floor, Wisma Sabah
8000 Kota Kinabalu Sabah
tel : 088 243629
Fax: 088 259552
Email : info@suterasanctuarylodges.com
Web : : http://www.suterasanctuarylodges.com

email untuk tempahan : sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my

 

 

Kepada pembaca2 blog saya dan pelawat2 yang budiman (4/11/2010)

sy mohon maaf sekiranya lambat membalas komen anda atau pun terlepas pandang untuk balas komen anda disebabkan aktiviti yang sering sibuk..

harap maklum

Saturday, October 4, 2008

Frozen Food Tempatan Kepala Batas Penang




Frozen Food tempatan yang menjadi kegemaran orang sekitar Kepala Batas Pulau Pinang adalah dari keluaran jenama Al-Iman Taman Abdullah Fahim. Produk Frozen Food ini dibuat sendiri oleh seorang surirumah bernama Hajah Maznah secara kecil-kecilan. Walaupun dibuat secara kecil-kecilan, Namun produk ini sangat laris dan mendapat sambutan hangat.
  
Produk-produk beliau boleh diperolehi terus dari rumah beliau ataupun dari gerai di komplek Dato Kailan yang sering beliau hantar. Produk frozen food Al-Iman ini sangat terhad dan kuantitinya tidak banyak kerana dibuat sendiri oleh beliau secara "home made" oleh itu kebanyakan pelanggan sekitar kawasan beliau akan menelefon terlebih dahulu sebelum pergi membeli.

Berikut adalah antara produk-produk yang beliau buat sendiri:

Frozen
1. Karipap Daging RM4 - 12biji
2. Karipap Ayam RM4 - 12biji
3. Onde-Onde RM4 - 15biji
4. Kuih Keria RM4 - 14biji
5. Kuih Kacang RM4 - 12biji
6. Kuih Badak RM4 - 12biji
7. Samosa RM4 - 12biji
8. Roti Canai RM4 - 5biji

Bukan Frozen
9. Snack Bilis RM30 Sekilogram
10.Tepung Goreng Serbaguna (ayam,Ikan,Sotong,Udang,Ketam, Pisang, Ubi, Keledek dan lain2) RM3 300gram (resepi rahsia)
  
saya semasa pulang berhari raya ke Kedah baru2 ini sempat singgah rumah beliau di kepala batas Penang untuk membeli frozen food kegemaran saya iaitu Roti Canai frozen. Senang jer masak, masuk dalam kuali leper tak perlu letak minyak, masak dalam beberapa minit lepas tu tepuk dgn dua belah tangan dah sedia untuk dimakan. Banyak produk dah habis maklumlah hari raya.

Hjh Mazanah ni jarang ambil tempahan, menurut beliau kalau buka tempahan nanti tak sempat beliau nak buat, maklum lah beliau sendiri yang membuatnya. oleh itu pelanggan biasanya dapat beli produk apa yang telah beliau buat la.

Jika anda berminat dan tinggal di kawasan kuala lumpur boleh la kirim dengan saya apabila saya pulang ke kampung di Kedah, kalau tempahan yang banyak tak jamin la ada stok ke tak.

Rumah Terbuka Pak Lah Aidilfitri 2008


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Malaysia 2008 diadakan pada 4 Oktober 2008. Bertempat di dewan Milinium Kepala Batas Pulau Pinang. Sambutan dari orang ramai dari pelbagai kaum sangat meriah sekali. Keriangan terpapar di wajah setiap kanak-kanak yang hadir tidak kira kaum melayu, cina atau india, telatah mereka tiada bezanya seolah-olah mereka adalah satu kaum sahaja di Malaysia. Sedangkan orang dewasa sesak berbaris untuk bersalam dengan Pak Lah. Sudah menjadi adat orang kita sebelum pulang mesti bersalam dengan tuan rumah.

Jamuan makan diadakan di 3 tempat. Pertama kawasan luar dewan yang luas, kawasan ini didirikan banyak khemah besar bersambungan. Makanan dihidangkan secara ala-ala gerai tapi tidak dikenakan bayaran la. Kita boleh berjalan dari satu gerai ke gerai lain untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah. semuanya di hidangkan segera dan masih panas. Antara gerai yang mendapat sambutan panas adalah gerai satay, char kueteow, murtabak dan nasi daging. Kedua dalam dewan, kawasan ini untuk vip dan juga wartawan, makanan disini lebih menarik kerana disediakan oleh Katering, antara juadah yang sedap adalah cendol pulut dan laksa penang. Ketiga adalah kawasan makan Pak Lah dan Para menteri lain. Saya sempat melihat Paklah Satu meja dengan Lim Guan Eng. Datuk Jins Samsudin juga kelihatan. Sekejap saja dapat meninjau kekawasan tersebut sebelum diusir keluar oleh bodyguard2.

Selepas bersalaman dengan Paklah, saya sempat lagi tawaf gerai makan luar dewan untuk menjamu selera. walaupun orang sangat ramai tapi Alhamdulillah tiada yang berebut dan tak cukup makan. Gerai yang disediakan juga banyak dan meja-meja makan juga banyak. Apa yang uniknya rakyat Malaysia ini yang dapat saya perhatikan adalah kalau dalam politik berbalah pendapat dan berbalah parti, tapi kalau masa makan di majlis-majlis rumah terbuka langsung tidak nampak apa-apa perbezaan pun. Semua orang ramai pelbagai kaum boleh duduk satu meja bercakap tentang juadah yang dimakan.

Diharap generasi akan datang akan dapat mengekalkan perpaduan ini yang telah dibina selama ini.

Thursday, October 2, 2008

Berbuka Puasa di Restoran Bora-Bora Ombak



Buffe Ramadan di Restoran Bora ombak



Berbuka puasa di restoran ini memang menarik, banyak varieti makanan terdapat di sini. Menu Ramadan setiap tahun tidak banyak yang berubah. Ada penyanyi lelaki asal di bora ombak telah menjadi pelajar AF, nak tahu siapa?. tentulah DIDI. Boleh dikata kan setiap tahun aku mesti berbuka puasa kat sini, sekali sekala la, kalau setiap hari maunya pokai.



Harga buffe untuk seorang tahun ini 2008 adalah RM55 + 10% servis caj. Buffe Ramadan dibuka dari jam 6.30pm-9.00pm. Selepas jam 9.00pm dibuka secara ala carte dan dihidangkan dengan  nyanyian live oleh penyanyi bora ombak. Restoran ini pernah masuk dalam rangcangan TV Jalan-Jalan Cari Makan. kalau nak tahu maklumat lanjut seperti dibawah.




Info Restoran : Sumber http://www.mymesra.com.my


Keunikan restoran ini adalah pada tempatnya bertemakan bali. Terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point dan Hotel De Palma, restoran Bora Ombak bertemakan Bali dengan mempamerkan konsep restoran dalam taman dengan dua pilihan tempat duduk .Pelanggan-pelanggan restoran ini akan disambut dengan pukulan gong oleh pelayan restoran. Bersesuaian dengan konsep restoran ini, para pelayan mengenakan uniform ala pantai. Menu Bora pula berkonsep fusion, meliputi makanan Indonesia, Melayu dan Barat. Ini memberi pilihan yang pelbagai kepada pelanggan. Orang ramai lebih suka duduk di luar yang dipanggil Tamansari Bali. Tempat makan terbuka “Laman Sore” yang dipenuhi dengan pokok kelapa dan kolam air berciri Bali ini amat menarik pada waktu malam. Sambil melihat keindahan senibina taman, lebih berselera menikmati juadah yang disediakan.






Alamat:
G1, Kompleks Sukan Ampang,
Persiaran Mamanda 1,
Taman Dato Ahmad Razali (Ampang Point)
68000 Ampang, Selangor
Tel: 03 - 4251 6303
Fax: 03 - 4251 6302







Update Terkini





Gambar bawah ni update : 15 Sept 2009 (Buffe Ramadan 2009)


P9150316P9150322P9150323P9150325P9150321P9150345

Kraftangan Logam

Kraftangan Logam Hasil Pelajar Dari Jurusan Seni Logam INSTITUT KRAFTANGAN MALAYSIA


RM150 - Balley Art Metal


RM135 - Balley Art Metal


RM120 - Balley Art Metal


RM80 - Balley Art Metal


RM25 - Balley Art Metal


RM15 - Balley Art Metal



Gambar cincin diatas adalah contoh hasil kerja tangan bekas pelajar kraf logam. Banyak lagi barang2 hasil tangan akhir peperiksaan pelajar seperti hasil batik, hasil logam, hasil Kayu, hasil tenunan, hasil seramik dan hasil rotan akan dijual dengan harga murah pada hari Konvo INSTITUT KRAFTANGAN MALAYSIA yang bertempat di RAWANG pada 24-25 Oktober 2008 ini. Orang ramai dijemput hadir.

Alamat
No. 1 KM20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-6091 5322

Untuk Hasil Kraf Logam. Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah boleh hubungi

Balley Art Metal
Kedai Emas Reedana
City Point
Alor Setar Kedah
012 9750802 - Balley
Bekas Pelajar Institut Kraftangan Malaysia
(Seni Kraf Logam 2008}

Sunday, September 28, 2008

Restoran Nelayan Titiwangsa Kuala Lumpur



Restoran Nelayan Titiwangsa sangat terkenal kepada peminat steamboat di sekitar kuala lumpur. Pelbagai majlis seringkali diadakan disitu. Pada bulan Ramadan setiap tahun Majlis Berbuka puasa sangat mendapat sambutan. Ramai sangat orang datang sehinggakan penuh sesak tempat letak kereta.


Pada tahun ini buffe Berbuka puasa yang dikenakan adalah RM35.00untuk dewasa dan RM17.00 untuk kanak2 (4-12 tahun).


Juadah makanan boleh tahan sedap dan varieti. Untuk buffe RM35.00 ia tidak termasuk tempahan minuman. Kalau nak minum teh tarik, milo atau sebagainya perlu la beli di kaunter yang disediakan.


Restoran ini pada bulan puasa cepat ditutup, kalau nak lepak lama2 selepas berbuka puasa so tak dapat la. Sekitar jam 9.00malam restoran dah mula berkemas dan orang ramai dah mula meninggalkan restoran.


tempat besar dan luas, so kalau masa ramai orang sesak jugak la. Kalau tak nak sesak boleh cuba Restoran Nelayan cawangan Bangi. cawangan bangi tempatnya berkapasiti separuh dari Nelayan Titiwangsa, so tak sesak sangat la



Restoran Nelayan Titiwangsa
LOCATION: Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
TEL: 03 - 4022 8400 / 4022 0748 / 4022 0749 / 4022 0756
FAX: 03 - 4021 3070
Email : info@nelayan.com.my

web site : http://www.nelayan.com.my



Update 12 Sept 2009


P9120252P9120260P9120262P9120249


update terbaru 12 sept 2009: Buffet berbuka puasa bagi tahun 2009 masih sama seperti 2008 iaitu RM35 per pax. Pergi hari sabtu, memang ramai sangat orang yang datang. Parking kereta juga susah. jika nak senang datang la awal iaitu dalam jam 5.30petang. Makanan juga banyak dan sentiasa di top up atau tambah. setelah jam 8.30malam makanan tidak akan di tambah lagi. so kalau nak makanan yang tertentu kena la ambik sebelum itu.