Showing posts with label kambing. Show all posts
Showing posts with label kambing. Show all posts

Thursday, February 26, 2009

Restoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala Lumpur

alrawsharestrn
Restoran masakan arab ni sudah semakin terkenal dan diketahui ramai. Menjadi tumpuan warga kota bila waktu makan tengahari. Ramai pengunjung yang datang. Harga makanan pun standard western jugak la.
Ramai pengunjung kebanyakan memesan jenis masakan berkambing.

komen saya : setakat ni belom ada menu yang buat saya rasa "kick", nak kena pegi 2-3 kali lagi untuk rasa menu2 yang lain, pastu baru boleh komen. Tapi apa2 pun orang tetap ramai makan kat sini.

Saya tau restoran ini pun disebabkan ramai Doktor2 arab kat tempat keja selalu cakap dan ajak g makan kat sana. sekali sekala boleh la makan kat situ. kalau selalu mau kering poket.

Pak arab kat situ pun dah boleh bercakap melayu.

Peta Lokasi Restoran
alrawsha1

Alamat :
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rest Tel: 603-2143 9151
Fax: 603-2145 6943
Mobile: 6012-669 2562 /   6012-918 5642
web : http://al-rawsha.com/

Dibawah ni adalah senarai harga makanan
sumber : http://www.scribd.com/doc/5998778/Menu-Restoran-AlRawsha-Jalan-Damai-KL#source:facebook





Friday, December 12, 2008

Kambing Jamnapari sesuai diternak

Kambing Jamnapari sesuai diternak


JAMNAPARI yang dinamakan sempena sebatang sungai yang terletak di Uttar Pradesh, India merupakan kambing berbaka kacukan yang berasal dari negara berkenaan dan juga Pakistan pada awalnya.

Sejak 1953, kambing Jamnapari yang diternak untuk tujuan daging dan tenusu itu telah dieksport ke Indonesia dan baka tersebut mendapat permintaan yang menggalakkan di sana.

Sehubungan itu, India meningkatkan lagi perusahaan ternakan tersebut bagi tujuan dieksport.

Bancian pada tahun 1972 di India, menganggarkan sebanyak 580,000 ekor Jamnapari diternak, walaupun hanya 5,000 daripada bilangan tersebut merupakan baka asli.

Di negara asalnya, sepanjang musim sejuk 90 peratus kambing Jamnapari menghabiskan masa untuk meragut rumput atau daun.

Namun, pada musim yang lain, kambing tersebut hanya mengambil 55 peratus masa untuk mencari makanan seperti dedaun, rumput dan pelbagai tumbuhan hijau.

Dari segi fizikal, Jamnapari mempunyai bilangan variasi besar dalam faktor warna, tetapi pada kebiasaannya, ia berwarna putih dan mempunyai tompok pada leher dan kepala.

Di samping itu, Jamnapari mempunyai sepasang cuping telinga yang jatuh dan memanjang sehingga mencapai 25 sentimeter (sm).

Dalam pada itu, kedua-dua jantina kambing tersebut memiliki tanduk dan kaki yang panjang.

Bagi kambing jantan, Jamnapari mampu mencapai sehingga 120 kilogram (kg), manakala bagi betina, beratnya mampu mencecah sehingga 90kg.

Secara purata, seekor kambing betina Jamnapari mampu mengeluar- kan susu sehingga dua kg sehari.

Sementara bagi dagingnya, Jamnapari boleh dikatakan tidak merbahayakan kesihatan kerana kadar kolesterol dagingnya adalah pada tahap yang rendah.

Kini, kambing jenis Jamnapari turut mendapat tempat dan permintaan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat tempatan.

Sumber : Utusan Malaysia 12 Dis 2008 /link artikel  Utusan Online 12 Disember 2008