Saturday, October 4, 2008

Rumah Terbuka Pak Lah Aidilfitri 2008


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Malaysia 2008 diadakan pada 4 Oktober 2008. Bertempat di dewan Milinium Kepala Batas Pulau Pinang. Sambutan dari orang ramai dari pelbagai kaum sangat meriah sekali. Keriangan terpapar di wajah setiap kanak-kanak yang hadir tidak kira kaum melayu, cina atau india, telatah mereka tiada bezanya seolah-olah mereka adalah satu kaum sahaja di Malaysia. Sedangkan orang dewasa sesak berbaris untuk bersalam dengan Pak Lah. Sudah menjadi adat orang kita sebelum pulang mesti bersalam dengan tuan rumah.

Jamuan makan diadakan di 3 tempat. Pertama kawasan luar dewan yang luas, kawasan ini didirikan banyak khemah besar bersambungan. Makanan dihidangkan secara ala-ala gerai tapi tidak dikenakan bayaran la. Kita boleh berjalan dari satu gerai ke gerai lain untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah. semuanya di hidangkan segera dan masih panas. Antara gerai yang mendapat sambutan panas adalah gerai satay, char kueteow, murtabak dan nasi daging. Kedua dalam dewan, kawasan ini untuk vip dan juga wartawan, makanan disini lebih menarik kerana disediakan oleh Katering, antara juadah yang sedap adalah cendol pulut dan laksa penang. Ketiga adalah kawasan makan Pak Lah dan Para menteri lain. Saya sempat melihat Paklah Satu meja dengan Lim Guan Eng. Datuk Jins Samsudin juga kelihatan. Sekejap saja dapat meninjau kekawasan tersebut sebelum diusir keluar oleh bodyguard2.

Selepas bersalaman dengan Paklah, saya sempat lagi tawaf gerai makan luar dewan untuk menjamu selera. walaupun orang sangat ramai tapi Alhamdulillah tiada yang berebut dan tak cukup makan. Gerai yang disediakan juga banyak dan meja-meja makan juga banyak. Apa yang uniknya rakyat Malaysia ini yang dapat saya perhatikan adalah kalau dalam politik berbalah pendapat dan berbalah parti, tapi kalau masa makan di majlis-majlis rumah terbuka langsung tidak nampak apa-apa perbezaan pun. Semua orang ramai pelbagai kaum boleh duduk satu meja bercakap tentang juadah yang dimakan.

Diharap generasi akan datang akan dapat mengekalkan perpaduan ini yang telah dibina selama ini.