Showing posts with label roti canai. Show all posts
Showing posts with label roti canai. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Roti Canai Kasim Taman Mulia



Roti Canai Kasim Taman Mulia.

Gerai ini terletak di tingkat satu Pusat Komuniti Taman Mulia bersebelahan dengan stesyen star LRT Bandar Tun Razak. Bagi penggemar roti canai kosong, anda mungkin ingin mencuba roti canai pak kasim ini. Setelah beberapa kali sarapan roti canai pak kasim ini, saya dapati roti canai yang beliau buat sangat  lembut dan sedap. Ramai orang datang beli. Cuma kuah kari, kuah dall dan Teh Tarik nya biasa sahaja. Kalau lah kuahnya sedap dan teh tariknya power sure berduyun2 orang datang beratur beli kan.

Kawasan gerai tingkat satu pusat komuniti ini pagi2 memang ramai yang datang sarapan. ada gerai2 ini hanya beroperasi petang hingga malam dan ada daripadanya hanya beroperasi pada sebelah pagi sahaja.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat komuniti ini, antaranya ialah Pejabat Pos, Pejabat JPN, Pasar Basah, Kedai Dobi, Lot2 kedai dan Gelanggang Badminton.

 

 

Saturday, October 4, 2008

Frozen Food Tempatan Kepala Batas Penang




Frozen Food tempatan yang menjadi kegemaran orang sekitar Kepala Batas Pulau Pinang adalah dari keluaran jenama Al-Iman Taman Abdullah Fahim. Produk Frozen Food ini dibuat sendiri oleh seorang surirumah bernama Hajah Maznah secara kecil-kecilan. Walaupun dibuat secara kecil-kecilan, Namun produk ini sangat laris dan mendapat sambutan hangat.
  
Produk-produk beliau boleh diperolehi terus dari rumah beliau ataupun dari gerai di komplek Dato Kailan yang sering beliau hantar. Produk frozen food Al-Iman ini sangat terhad dan kuantitinya tidak banyak kerana dibuat sendiri oleh beliau secara "home made" oleh itu kebanyakan pelanggan sekitar kawasan beliau akan menelefon terlebih dahulu sebelum pergi membeli.

Berikut adalah antara produk-produk yang beliau buat sendiri:

Frozen
1. Karipap Daging RM4 - 12biji
2. Karipap Ayam RM4 - 12biji
3. Onde-Onde RM4 - 15biji
4. Kuih Keria RM4 - 14biji
5. Kuih Kacang RM4 - 12biji
6. Kuih Badak RM4 - 12biji
7. Samosa RM4 - 12biji
8. Roti Canai RM4 - 5biji

Bukan Frozen
9. Snack Bilis RM30 Sekilogram
10.Tepung Goreng Serbaguna (ayam,Ikan,Sotong,Udang,Ketam, Pisang, Ubi, Keledek dan lain2) RM3 300gram (resepi rahsia)
  
saya semasa pulang berhari raya ke Kedah baru2 ini sempat singgah rumah beliau di kepala batas Penang untuk membeli frozen food kegemaran saya iaitu Roti Canai frozen. Senang jer masak, masuk dalam kuali leper tak perlu letak minyak, masak dalam beberapa minit lepas tu tepuk dgn dua belah tangan dah sedia untuk dimakan. Banyak produk dah habis maklumlah hari raya.

Hjh Mazanah ni jarang ambil tempahan, menurut beliau kalau buka tempahan nanti tak sempat beliau nak buat, maklum lah beliau sendiri yang membuatnya. oleh itu pelanggan biasanya dapat beli produk apa yang telah beliau buat la.

Jika anda berminat dan tinggal di kawasan kuala lumpur boleh la kirim dengan saya apabila saya pulang ke kampung di Kedah, kalau tempahan yang banyak tak jamin la ada stok ke tak.