Saturday, March 13, 2010

Roti Jala Meletop Taman Nuri



Roti jala Meletop. Sebuah gerai roti jala yang terkenal di kawasan jalan datuk kumbar. Gerai yang terletak dihadapan TS Badlishah Taman Nakisyah jalan datuk kumbar, Bertentang jalan dengan WISMA SAKAN. Kenapa sy panggil Roti Jala Meletop Taman Nuri adalah kerana pemilik gerai ini berasal dari taman Nuri iaitu bersebelahan Taman Nakisyah.

Waktu Operasi diantara Jam 7 pagi - 12 Tengahari (Setiap Ahad gerai tutup- cuti)

Tempahan boleh dibuat bergantung kepada kekosongan tempahan dan mestilah seminggu lebih awal dengan bayaran deposit separuh dari harga tempahan.

Pemilik gerai boleh dihubungi di talian 012 5773773 (Pak Mid) Tempahan untuk sekitar Alor Setar.

Apa yang menarik Gerai ini adalah kerana kuah roti jala yang sedap dan ada lauk. Biasanya kalau tempat lain kuah roti jala yang dihidangkan hanyalah lauk (ayam atau daging) yang telah di cincang halus dan kekadang tiada lauk langsung cuma kuah saja. Tapi gerai roti jala ini masih mengekalkan saiz dan kuantiti lauk yang sama sejak dulu lagi.

Gerai roti jala ini hanya menjual r0ti jala sahaja, oleh itu jika pengunjung ingin makan nasi lemak bungkus dan minuman boleh tempah dari gerai sebelah.

Diwaktu pagi kawasan gerai ini memang sibuk dan meriah dengan pengunjung.

Setiap kali balik kampung jika sampai awal pagi sy biasanya akan singgah sarapan di gerai ini sebelum terus ke rumah. Jadi kepada peminat roti jala anda boleh mencuba roti jala ini jika berpeluang ke alor setar di awal pagi dan gerai ini cuti setiap hari Ahad.

Wednesday, March 10, 2010

Gua Batu Maloi



Rentetan dari Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gng Datuk

Program : Mandi Manda di Gua Batu Maloi
Tarikh : 21 Februari 2010
Tempat : Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Rembau
Peserta : team HUKM, & sukarelawan Orang Hutan Malaya

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Bagi yang berminat untuk pergi ke gua batu maloi boleh la berhubung dengan En Garfu Besi dari Orang Hutan Malaya.

Pencarian Bakat Modelling Baru


New Talent Search Fotografi

Baru2 ini rakan baik saya telah menubuhkan fotopression. Ianya bertujuan bagi membantu bakat2 baru dan juga kepada peminat2 diluar sana untuk mempunyai profile gambar yang menarik. Profile gambar ini sangat berguna kepada bakat2 baru dalam modelling untuk menonjolkan diri mereka untuk pergi lebih lanjut lagi.

untuk maklumat lanjut anda semua boleh layari laman web berikut : http://fotopression.wordpress.com/

Monday, March 1, 2010

Broga Hill Semenyih



Program : Riadah Santai - Sepetang di Broga Hills (400m)
Tarikh : 26 Februari 2010
Tempat : Broga, Semenyih
Masa : 5.00ptg (Mula Trekking)
Bayaran Parking : RM2.00/kereta

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Post saya yang lain

http://hamydy.wordpress.com/2010/11/01/broga-hill/

http://fotohukm.blogspot.com/2009/09/broga-hill-foto-shoot-sempena-raya-2009.html

Laporan dari laman Web Orang Hutan Malaya http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2010/02/riadah-santai-sepetang-di-broga-hills.html

Friday, February 26, 2010





Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)



Lokasi : Broga Hills

Tarikh : 26 Februari 2010

Ketahanan mental dan fizikal tidak dinafikan memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah aktiviti riadah lebih-lebih aktiviti yang mencabar keupayaan fizikal dan ‘mengeletek’ keupayaan mental seseorang seperti hiking, trekking dan sebagainya. Pun begitu, kesesuaian pakaian serta peralatan juga bakal menentukan kelancaran sesebuah aktiviti tersebut, tanpanya ibarat irama tanpa lagu, maka pincanglah suara (ecehh..!!)


- Taklimat aktiviti -


Seperti yang dijadualkan, pada 26 Februari 2010, satu lagi aktiviti Riadah Santai telahpun berlangsung di Broga Hills, Broga, Semenyih. Aktiviti Riadah Santai Kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 43 orang kaki dan peminat outdoor untuk beriadah bersama-sama dan seperti sebelumnya, jumlah peserta daripada Kelab Mendaki HUKM memang tip top (..kreadit buat Bro Midy & Awie)


- Perjalanan bermula -

Bermula jam 4.00ptg peserta sudahpun mula berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Petronas Semenyih (simpang ke Broga). Kemudiannya lebih kurang jam 5.00ptg kami berkonvoi ke lokasi tempat letak kereta (hadapan Rabbit Parks). Sewaktu di dalam perjalanan, hujan lebat dan ribut petir telah melanda membuatkan ada peserta yang telah tiba lebih awal dilokasi membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti. Setibanya di lokasi, masing-masing mencari tempat parking dan duduk di dalam kereta, menunggu hujan reda sambil makan-makan serta ada yang mengambil peluang untuk tidur dan bergambar (..dalam kereta pun bergambar hiks)


- menuju puncak -

Taklimat aktiviti telah diberikan oleh Garfu, dan aktiviti pendakian ke puncak Broga Hills bermula lebih kurang jam 6.00ptg di dalam hujan renyai. Perjalanan kali ini di ‘Lead’ oleh Cik Zeti (OHM), ‘Sweeper’ Bro Mydy (HUKM) dan ‘Runner’ Garfu (OHM) bagi memastikan keseluruhan perjalanan lancar dan sempurna. Aktiviti sampingan disepanjang perjalanan adalah seperti biasa – bergambar dan bergambar serta bergambar lagi (..pantang tengok kamera korang nih). Lebih kurang jam 6.30ptg peserta telah mula memanjat kawasan bukit yang bertangga di dalam cuaca hujan lebat. Laluan agak licin pada masa ini, namun semua itu tidak mematahkan semangat keseluruhan peserta untuk sampai ke ‘1st peak’ dan berehat serta bergambar di dalam kabus yang tebal. Pendakian kemudiannya diteruskan, dan tiba di ‘2nd peak’ setengah jam kemudian (…serta bergambar lagi ishh ishh ishh). Untuk sampai ke ‘3rd peak’, peserta tepaksa melalui trek yang agak licin dan berlumpur (disebabkan hujan) di dalam cuaca kabus dan lebih kurang jam 7.30ptg semua peserta telahpun selamat tiba. Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu saja oleh peserta lebih-lebih lagi oleh kaki-kaki photo untuk merakam gambar panorama dari puncak bukit serta saat-saat indah di puncak bukit tersebut.. Sebelum berangkat turun, kesemua peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan untuk membuktikan bahawa kami telahpun sampai di puncak ketiga Broga Hills.


- Bergambar dalam cuaca kabus tebal -

Hari sudahpun beransur gelap, dan peserta telahpun mula menyediakan lampu suluh serta lampu kepala masing-masing. Pada waktu ini cuaca berkabus agak tebal dan sejuk. Lebih kurang jam 8.00mlm kami mula bergerak untuk turun ke kaki bukit. Disebabkan kabus agak tebal, beberapa kali ‘Lead’ tersasar kerana tidak nampak laluan (ekekekek..). Namun, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dan semua itu dapat ditempuhi dengan kerjasama daripada semua peserta. Perjalanan turun agak perlahan disebabkan laluan licin, berlumpur dan tiada pokok untuk berpaut. Peserta yang tidak bersedia dengan peralatan yang sesuai (lampu & kasut) juga menjadi penyebab perjalanan turun terpaksa diperlahankan. Apapun lebih kurang jam 9.15mlm kesemua peserta telah tiba di lokasi parking kereta dengan selamat.


- Puncak ke-3 -

Kami kemudiannya dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diingini setibanya di lokasi parking kereta iaitu tingkap kereta ‘Lead’ telahpun dipecahkan dan salah seorang kawan beliau telah kehilangan beg pakaian. (kompom ye tkde barang berharga dalam beg tu?). Suasana kecoh seketika.


- Lampu suluh terpaksa digunakan sewaktu perjalanan turun -

Sebelum bersurai, taklimat akhir diberikan oleh Garfu dan derma kilat dilancarkan bagi meringgankan beban Cik Zeti yang telah ‘kepecahan’ tingkap kereta yang disayangi (..jangan nangis ye hiks).


- Tingkap belakang kereta 'Lead' yang telah dipecahkan -

Akhir sekali, jam lebih kurang 9.45mlm, semua peserta mula bersurai ke destinasi masing-masing. TAHNIAH & terima kasih di atas kerjasama semua peserta Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m) pada kali ini. Jumpa lagi.


- Taklimat akhir -

Catitan :

1. Kesesuaian pakaian (kasut) adalah penting di dalam setiap aktiviti Riadah Santai (sila rujuk senarai peralatan yang perlu dibawa setiapkali sebelum mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya)

2. Peralatan asas perlu ada setiapkali melakukan aktiviti outdoor cth: lampu, pisau kecil, beg plastik, baju hujan dll kerana perubahan cuaca boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

3. Mematuhi arahan ‘guide’ ada lah perlu bagi melancarkan aktiviti.

4. Pastikan kereta di dalam keadaan yang selamat sebelum ditinggalkan, elakkan meletak barang/bag di ruang tempat duduk walaupun tiada barangan yang berharga kerana ianya boleh menarik minat ‘makhluk-makhluk’ yang tidak bertanggungjawab.

5. Perlu persediaan dari segi fizikal & mental.

6. Sesiapa yang ingin berkongsi gambar untuk dipamerkan di ruangan album Orang Hutan Malaya bolehlah emailkan kepada hijau.bumi.kita@gmail.com ataupun hubungi Garfu.

:: Gambar adalah ehsan daripada facebook Bro Mydy (HUKM)



Posted by Orang Hutan Malaya at 7:20 PM 7 comments





 

Wednesday, February 24, 2010

Gunung Datok Rembau Negeri Sembilan






Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gng Datuk

Program : Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datuk
Tarikh : 20 hingga 21 Februari 2010
Tempat : Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Rembau
Peserta : 40 orang (team Arissa, team Zainul, team HUKM, team PKKSel, team UKM, team Melaka & sukarelawan Orang Hutan Malaya

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Berikut adalah laporan dari Web Orang Hutan Malaya http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2010/02/jurnal-riadah-santai-jungle-cleanup_23.html

Tuesday, February 23, 2010





Jurnal Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datuk (Feb 2010)




- Sukarelawan Jungle Cleanup @ Gunung Datuk -



20 Februari 2010

10.00mlm – Sukarelawan mula tiba di Tol Senawang dan melaporkan diri serta berkenalan antara satu sama lain. (team Arissa, team Zainul, team PPUKM & team PKKSel)



- Peserta mula tiba & berkumpul di kawasan Tol Senawang -


10.40mlm – Peserta Program Riadah Santai + Jungle Cleanup mula bergerak ke lokasi Hutan Rekreasi Gunung Datuk. (Awie sibuk nak isi minyak kereta dia dulu sebelum gerak :p ). Sebanyak 9 buah kereta pelbagai jenis berkonvoi, di ketuai oleh Myvi Hitam..hiks

11.20mlm – Semua Peserta tiba di Hutan Rekreasi Gunung Datuk termasuk peserta daripada team Melaka & team UKM yang telahpun tiba lebih awal (Tahniah untuk team Melaka sebab tiba paling awal, jam 10 pg.. semangat btol diorg nih). Seterusnya masing-masing membuat persiapan serta pendaftaran. Taklimat ringkas mengenai aktiviti dan keselamatan diberikan oleh Garfu selaku wakil penganjur (Orang Hutan Malaya) dan diikuti taklimat ringkas daripada En Abd Rahman (Petugas Hutan Rekreasi Gunung Datuk).


- Peserta mula mempersiapkan kelengkapan untuk mendaki -


21 Februari 2010

12.20mlm – Peserta Riadah Santai + Jungle Cleanup seramai 40 orang memulakan trekking ke puncak Gunung Datuk di ketuai oleh Garfu, dibantu oleh Mat Le (Runner) & Alif HUKM (Sweeper). Bantuan alat komunikasi (walkie-talkie) banyak membantu sewaktu aktiviti berlangsung. Keseluruhan perjalanan ‘slow & steady’ sehinggakan kebanyakkan peserta mengeluh kerana ‘Leader’ asyik mengeluarkan arahan‘Take 5’ padahal ‘Take 10’ blwekks (OK ke Arissa?? hahaha ). Aktiviti sampingan semasa trekking adalah berkenalan (ehem2), mengutuk (TransGopeng), melawak dan sebagainya berterusan hingga ke puncak membuatkan ada dikalangan peserta yang merupakan ‘1st timer’ tidak merasa letih ketawa dan tak kering gusi dibuatnya..


- Pendakian malam bermula (muka tk penat pun)-

1.30pg – Tiba di CP1, iaitu kawasan runtuhan pondok. Semua peserta berehat agak lama disini bagi memulihkan kembali tenaga yang telah diguna. Kemudian pendakian diteruskan. Semakin tinggi para peserta sampai semakin kencang angin dingin bertiup.


-Semua peserta berehat di CP, iaitu runtuhan pondok lama -

3.30pg – Akhirnya semua peserta tiba di puncak Gunung Datuk, termasuk ‘birthday girl’ walaupun mengalami sedikit kejang pada peha kiri beliau. Tiupan angin semakin kuat. Selepas memastikan jumlah keseluruhan peserta adalah mencukupi, kesemua peserta mula mencari tempat untuk berlabuh dan berhimpit-himpit bagi melelapkan mata dicelah-celah batu, atas batu serta beralaskan ‘flysheet’ di atas tanah (ada jugak tak tido pun..sbb sejuk sangat..baju sejuk tak bawak lak tuh hihi)

Pengalaman berada dipuncak Gunung Datuk pada waktu malam beserta tiupan angin dingin yang begitu kuat tentunya tidak akan dilupakan oleh kesemua peserta yang mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya kali ini sehinggakan ada peserta yang memaksa diri untuk menghidupkan ungun api bagi memanaskan badan..kesian betol hiks


- Aksi memanaskan badan (jangan tiru aksi ini kecuali dengan pengawasan pakar hihi-

6.30pg – Peserta sudah mula bangun dan bersiap-siap untuk memanjat batu puncak serta bersarapan ala kadar (ada gak yg mkn KFC & burger..fuhh).



- Sarapan pagi (nyam nyam) -


7.00pg – Semua peserta mula memanjat batu puncak dengan berhati-hati kerana tiupan angin masih lagi begitu kuat (ada yang tak berani naik ke puncak kerana takut diterbangkan angin hahaha lain kalu isi batu dalam poket tu). Pun begitu permandangan daripada puncak gunung amat jelas disebabkan tidak berkabus kecuali berangin.

Peluang berada dipuncak Gunung Datuk tidak dilepaskan begitu saja oleh kesemua peserta. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar, bergaya seakan model, mengayakan aksi Naruto (hiks) dan sebagainya. Memandangkan cuaca amat baik, permandangan matahari terbit dapat dilihat dengan jelas oleh kesemua peserta, dan rata-rata terpegun dengan keindahannya.


- Menghayati panorama dari puncak Gunung Datuk -

8.30pg – Peserta mula berkumpul dan taklimat aktiviti Jungle Cleanup diberikan oleh garfu. Selepas bergambar beramai-ramai bersama banner Jungle Cleanup, semua peserta memulakan tugas khidmat masyarakat mereka iaitu mengutip sampah yang ada di kawasan puncak Gunung Datuk dan memasukkannya ke dalam bag sampah untuk di bawa turun ke kaki gunung.


- Jungle Cleanup (memulakan aktiviti dengan membersihkan kawasan puncak) -

9.00pg – Perjalanan turun diketuai oleh garfu dan dibantu oleh Mat Le (Runner) & Alif HUKM (Sweeper) bermula sambil mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini di sepanjang laluan (trek)

10.30pg – Kesemua peserta telahpun selamat sampai ke kaki Gunung Datuk, sampah-sampah yang telah berjaya dikutip dikumpulkan di satu kawasan.


- Ucapan Penghargaan oleh Garfu (sebelum bersurai) -

11.00pg – Ucapan Penghargaan daripada garfu sebagai wakil Orang Hutan Malaya di atas usaha-usaha yang telahpun dilakukan oleh sukarelawan Jungle Cleanup bagi memastikan, sekurang-kurangnya mengurangkan ‘Makhluk Sampah’ di kawasan Hutan Rekreasi tersebut. Kemudian disusuli Ucapan Terima Kasih daripada En Abd Rahman (Petugas Hutan Rekreasi Gunung Datuk) kerana telah membantu meringgankan beban beliau, dan beliau juga mengalu-alukan aktiviti sebegini dimasa-masa hadapan di hutan rekreasi tersebut. Peserta kemudiannya merakamkan kenangan bersama hasil penat lelah mereka dengan bergambar bersama banner Jungle Cleanupdan sampah yang dipungut sebelum bersurai.

11.30pg – Sebahagian peserta (team HUKM & sebahagian team UKM) kemudiannya bergerak ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi bagi menjayakan aktiviti Riadah Santai yang tidak dirancang iaitu meneroka Gua Batu Maloi.

12.00tgh – Singgah makan tengahari di Sri Kendong, sebelum meneruskan perjalanan ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi. (Tq awie sbb blanje makan..Jakuzzi punye hal hahaha rezeki jangan ditolak beb!)


- Aksi penunggu gua -

1.00ptg – Peserta tiba di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi dan disambut oleh anggota Orang Hutan Malaya yang lain yang sememangnya berada disitu sejak daripada semalam bagi menjayakan aktiviti PPBD (Program Prndidikan Bio Diversiti) bersama Pelajar Politeknik Johor Bahru. Selepas dijamu Sarsi Ais, peserta kemudiannya memulakan aktiviti meneroka gua diketuai oleh garfu.

3.30ptg – Selepas berhempas pulas menyelinap, merangkak, tertonggeng meniarap, telentang dan semua jenis gaya digunakan oleh semua peserta bagi melepasi halangan di dalam gua Batu Maloi, akhirnya kesemua peserta telah selamat keluar sehingga ke CP12. Peserta kemudiannya sekali lagi dijamu Mee Goreng & Nescafe panas oleh anggota Orang Hutan Malaya. (Puas hati tk?? hihi).

Selepas makan, kesemua peserta terjun ke dalam sungai Batu Maloi untuk berendam dan bermain air. Satu permainan dimainkan dan Din (team UKM) akhirnya Berjaya merangkul Anugerah Raja Buaya serta Aziyana (team HUKM) telah merangkul Anugerah Ratu Biawak.. kahkahkahkah


- Masa untuk main air (aksi lompat katak yg paling cute..hihi) -

5.30ptg – Selepas bersalaman, peserta akhirnya bersurai ke destinasi masing-masing.

:: Pihak Orang Hutan Malaya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua sukarelawan yang telah menjayakan aktiviti Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datukpada kali ini. Semoga apa yang telah kalian lakukan ini akan menjadi ikutan kaki-kaki outdoor pada masa yang akan datang. Dan kalian seharusnya berbangga dengan apa yang telahpun kalian lakukan kerana kalian lakukan semua ini dengan secara sukarela tanpa mengharapkan imbuhan serta ganjaran selain berbakti kepada alam sekitar. Kerjasama dan komitmen serta sokongan secara berterusan daripada kalian di dalam menjayakan aktiviti Jungle Cleanup pada masa akan datang amatlah diperlukan bagi memastikan alam sekitar khususnya hutan rekreasi bebas daripada percemaran ‘Makhluk Sampah Sarap’ dan berkekalan sampai bila-bila



Posted by Orang Hutan Malaya at 7:49 AM





 

Thursday, February 11, 2010

Meningkatkan Kesihatan sambil Menjana Pendapatan

Menjana Pendapatan di samping meningkatkan tahap kesihatan bersama


Zymtech Corporation Sdn Bhd.


Perniagaan yang saya maksudkan ialah Zymtech http://www.zymtechworld.com


Perniagaan ini berteraskan teknologi bioteknologi. Menjelang tahun 2010 ini teknologi ini bakal menyaksikan yang industri kesihatan akan menerajui ekonomi dunia, manakala Bidang bioteknologi pula akan menggantikan industri IT dan minyak.

Zymtech ialah sebuah perniagaan yang terlibat secara langsung dalam industri Bioteknologi dan Kesihatan!

Lihatlah peluang yang terbentang luas.

Bagaimana Zymtech bermula?

Kerajaan Malaysia melalui mesyuarat cabinet telah menyedari hakikat bahawa gas dan minyak di Malaysia akan habis, oleh itu Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (MAPEN II) telah mencadangkan supaya kerajaan memanipulasi sepenuhnya sumber alam Negara dalam bidang bioteknologi.

Prof Dr Suffian merupakan salah seorang dari ahli MAPEN II dan penasihat kepada banyak Negara mengenai Bioteknologi, beliau merupakan CEO kepada 1st Global Biotech Sdn. Bhd.

" Bioteknologi adalah satu industri yang akan menjadi enjin bagi menjana ekonomi negara"
Menteri Sains &Teknologi D. Dr Maximus Ongkili

Tetapi bioteknologi bukanlah satu industry yang mudah, ianya ialah satu industri berteknologi tinggi. Maka pada tahun 2007, satu deligasi yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak (TPM pada masa itu) dan Menteri Sains danTeknologi (pada masa itu) DS Jamaludin Jarjis telah ke persidangan dan pameran biotek dunia di Boston, USA.

Deligasi ini disertai oleh 9 agensi. 1 darinya ialah agensi swasta iaitu 1st Global biotech. 1st Global Biotech telah berjaya menandatangani satu MOU dengan pakar yang mengetuai kajian enzim didunia iaitu Bioenzyme Biotechnologi dari Taiwan. MOU ini disaksikan sendiri oleh DS Najib Tun Razak.

Berikutan itu kerajaan Malaysia memberikan geran sebanyak RM 20 juta!! kepada 1st Global Biotech kerana kejayaan tersebut. 1st Global biotech kemudianya menubuhkan sebuah anak syarikat yang dinamakan sebagai Zymtech Corporation Sdn Bhd yang bertindak sebagai agen pemasaran produk yang dihasilkan dari kerjasama tersebut.

Lesen AJL baru sahaja diterima pada 9 April 2009
Lihat betapa beruntungna kita kerana menjadi orang terawal dalam sebuah syarikat yang cukup berpotensi tinggi.

Lagi berita yang ingin saya kongsikan dengan rakan2 sekalian ialah, Zymtech menerima RM 5 juta lagi kerana berjaya mengekstrak enzim CoQ10 dari daun tembakau!! Ini telah dapat menyelamatkan industry tembakau yang mana WHO telahpun meminta kerajaan Malaysia menamatkan penanaman tembakau yang banyak di Kelantan dan Terengganu kerana selama ini semuanya digunakan untuk penghasilan rokok. Sekarang para petani tembakau perlu berterima kasih kepada Zymtech!!

Kenapa pilih Zymtech sebagai perniagaan?

1. Zymtech dipimpin oleh orang yang berpengalaman.
CEO Zymtech En. Brandon Lee menerima anugerah CEO terbaik Asia Pasifik 2009/2010.
Brandon Lee juga berpengalaman dalam MLM selama 13 tahun.

2. Bisnes ni baru sangat, ahli baru dalam 600-700 orang.
Ini peluang kita untuk buat duit sebanyak mungkin dalam bisnes yang berpotensi ini.

3. Syarikat ini (1st Global Biotech) mendapat geran dari kerajaan yang tidak perlu dibayar balik, lihat betapa besarnya sokongan kerajaan pada syarikat ini.

4. Produk bermutu tinggi, berteknologi tinggi, tiada saingan, unik, berkesan dan sukar ditiru.

5. Produk ini adalah trend semasa. Ini (enzim)Adalah trend terkini di eropah dan asia timur (japan,korea&taiwan)

Ingat tak dulu...

Saintis mengesyorkan piramid makanan, iaitu :
i. Karbohidrat
ii.lemak
iii. Protin
iv. Air


Kemudianya kajian menemui kita perlukan vitamin, so banyak lah syarikat seperti amway,cosway dan lain2 keluarkan produk multivitamin seperti vitamin a,b,c dan lain2. Kayalah syarikat dan orang yang jual vitamin tersebut.

Tapi sekarang cuba kita nak jual vitamin? orang akan jawab apa barang nak beli semua ada kat pasaraya, guardian dan mana2 farmasi pun boleh dapat.

Kemudian Saintis buat kajian lagi, maka mengesyorlah saintis yang kita memerlukan mineral.. Lihat sampai sekarang air mineral lebih mahal dari minyak. Minyak seliter baru RM 1.80, tetapi mineral water 500ml dah RM 1.50. Lihat jutawan yang dihasilkan dari industry penjualan penapis air yang turut mengeluarkan air mineral.

Tapi sekarang cuba kita nak jual penapis air,susah nak laku,hampir semua rumah dah ada penapis air. Lagi pun masuk je pasar raya, pintu depan lagi orang dah jual penapis air.

Begitu juga lah dengan enzim (enzyme) benda ni bakal jadi trend terkini dan masa depan, kitalah orang terawal, orang yang akan jadi jutawan tu!!. 1st Global biotech ni merupakan syarikat pertama di asia tenggara yang buat R&D dalam bisnes ni..

Cuba anda search di engine pencarian google, cari apa pentingnya enzim pada tubuh badan, apa hebatnya ginseng panak, CoQ10 dan apa itu teknologi MMSFT.

6. Pelan pemasaran dia hebat, unik adil dan menguntungkan.

Konsepnya ialah O.W.N

Online - Bagi saper yg malas keluar rumah dan pandai IT
Whosale - Bagi saper yg rajin menjual, untung sangat tinggi!
Nertworking - Bagi mereka yg rajin dan nampak pendapatan tanpa had!!

OWN ni maksudnya sendiri, so kita boleh pilih jenis mana yang kita nak atau kita buat ketiga-tiganya sekali.

Modal permulaan rendah je, anda akan dibantu oleh MLM Academy dengan OPP,OBP,BYT,BYB, dan NEP.

Bisnes ni bakal meletop dalam masa terdekat ini, skuad Bisnes Sinar Harian telahpun menerbitkan artikel penuh tentang potensi syarikat ini, Komposer yang menaikkan Kumpulan Nasyid Tersohor tanah air, Raihan yang juga komposer yang mengankat kad hijau untuk penyanyi penuh aura Mawi dalam saringan AF, Saudara Iman Wan dan Penyanyi Rock tersohor tanah air Amy Search antara yang telah merebut peluang untuk menjadi orang terawal dalam bines ini.

Zymtech juga telah menaja hadiah untuk program Ewah2 di TV3 dan berbagai majlis lagi. Janganlah bila dah meletop, dah ramai orang, baru anda nak datang dengar, masa tu peluang anda untuk menjadi JUTAWAN agak lambat berbanding dengan mereka yang terawal oleh itu, tenangkan fikiran anda, beri peluang kepada diri anda untuk menerima penjelasan lanjut saya. InsyAllah berbaloi-baloi!!!
(Kredit to Fyrol ikram atas karangan yang cukup hebat ini)

Maklumat lanjut sila layari website berikut : http://enzyme2u.wordpress.com/
Atau hubungi saya di talian Hamydy : 013 2383464
Tak kira dimana saja anda berada.



pengenalan syarikat


pengenalan syarikat2

pengenalan syarikat3

Coenzim Q10 Meningkatkan Tenaga Batin

Apa itu Koenzim Q10? Dan Apakah Manfaat Koenzim Q10?

KOENZIM Q10 (Co Q10) atau ubikuinon merupakan salah satu daripada nutrien yang paling penting dalam badan manusia.

Dr. William Judy, seorang penyelidik perubatan dan pakar yang terkemuka mengenai Co Q10 berkata, ramai orang tidak menyedari bahawa tanpa Co Q10 yang mencukupi, sel-sel, organ-organ, bahkan seluruh sistem badan tidak dapat mengeluarkan cukup tenaga untuk berfungsi dengan baik.

Dr. Karl Folkers, seorang ahli biokimia yang terkenal pula menyifatkannya sebagai penemuan biokimia yang terpenting dalam tempoh empat dekad yang lalu.
Untuk membantu para pembaca mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nutrien yang penting ini, kami telah menyediakan beberapa jawapan yang jelas dan mudah difahami mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya tentang Co Q10

1.  Apakah Koenzim Q10 (Co Q10)?
Co Q10 ialah sejenis bahan yang menyerupai vitamin dan dijumpai di dalam setiap sel dalam badan. Ia merupakan salah satu daripada nutrien paling penting dalam badan manusia dan juga dalam semua organisma hidup, termasuk tumbuhan dan haiwan.

2.  Mengapakah Co Q10 begitu penting?
Co Q10 adalah penting bagi kesihatan dan daya hidup anda, bahkan untuk hidup itu sendiri. Co Q10 mempunyai dua peranan penting. Pertama, ia memainkan peranan yang kritikal dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Sel dan badan anda memerlukan tenaga untuk berfungsi, dari kegiatan mengepam oleh jantung sehingga ke pernafasan, berjalan mahupun berfikir.

Kedua, Co Q10 juga merupakan sejenis antioksidan yang berkuasa dan dapat mematahkan serangan radikal bebas. Kesihatan yang baik bermula dan dikekalkan dengan sel-sel yang sihat. Tidak ada ancaman lain yang boleh mengancam sel-sel anda dengan lebih serius pada hari ini selain daripada kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas.

Radikal bebas merupakan molekul-molekul yang mempunyai kereaktifan yang sangat tinggi, dikeluarkan secara semulajadi di dalam sel-sel anda semasa proses pengoksidaan. Radikal bebas ini menyerang sel-sel badan, membran, bahkan DNA itu sendiri. Apabila sel-sel rosak, maka kesihatan anda akan tergugat, seterusnya mendedahkan anda kepada penyakit-penyakit dan juga mempercepatkan proses penuaan.

3.  Co Q10 memainkan peranan penting
dalam pengeluaran tenaga tetapi di manakah tenaga ini dikeluarkan dalam badan?
Tenaga sebenarnya dikeluarkan di dalam setiap satu daripada bertrilion sel dalam badan. Di dalam setiap sel terdapat banyak mitokondria (loji kuasa) di mana makanan ditukarkan menjadi tenaga dikenali sebagai Adenosine Trifosfat (ATP).

ATP adalah sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan, seolah-olah seperti sebuah bateri, yang diperlukan oleh tisu sel dan organ anda untuk berfungsi dengan lancar. Tanpa Co Q10, badan anda tidak dapat mengeluarkan tenaga.

4. Apakah manfaat daripada Co Q10 larut air (hydrosoluble)?

a.  Meningkatkan tenaga dan Daya Hidup
Co Q10 larut air terlibat dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Tenaga yang mampu dikeluarkan oleh Co Q10 bukan sekadar sejenis tenaga yang hanya membolehkan anda berlari ke sana-sini secara fizikal, malahan ia juga menyediakan tenaga yang diperlukan oleh sistem penghadaman untuk memproses makanan, tenaga yang diperlukan oleh jantung anda untuk terus mengepam darah, malahan tenaga yang perlu dibekalkan kepada setiap organ dalam badan agar ia dapat berfungsi dengan sempurna.

b.  Menyokong jantung yang kuat
Jantung memerlukan bekalan tenaga yang paling besar berbanding dengan organ lain dalam badan anda. Otot-otot jantung tidak pernah berhenti bekerja. Untuk kita terus hidup, jantung kita mesti terus mengepam darah dan kegiatan ini memerlukan tenaga dan Co Q10.
Jantung memerlukan sepuluh kali ganda lebih banyak Co Q10 untuk berfungsi secara optimum. Jika jantung mengepam darah dengan baik, maka pernafasan juga menjadi lebih lancar. Tangan dan kaki anda akan berasa lebih kuat, demikian juga minda berasa lebih tajam. Malahan seluruh jiwa raga anda berasa lebih bertenaga.

c. Menyokong Sistem Imuniti
Apabila badan menjadi lebih kuat sehingga ke peringkat setiap sel, begitu juga dengan sistem imuniti anda. Ancaman terhadap sistem imun oleh radikal bebas sebenarnya merupakan serangan terhadap setiap sel anda.
Radikal bebas boleh mengoksidakan atau merosakkan sel-sel jantung, paru-paru, hati, mata, perut, arteri, kulit, payu dara dan organ-organ lain dan boleh menjadi suatu ancaman yang besar terhadap kesihatan. Co Q10 boleh membantu melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas. Hasilnya, sel-sel organ dan badan anda kekal sihat.

d.  Memperlahankan proses penuaan
Satu lagi manfaat yang paling berkuasa daripada Co Q10 ialah apabila ia disertai dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat (seperti senaman), ia dapat membantu anda menangani proses penuaan dengan lebih baik.

5.  Dari manakah badan anda mendapat CoQ10?
Co Q10 dibuat secara semula jadi di dalam hati dan juga oleh setiap sel dalam badan. Biosintesis Co Q10 merupakan proses 17 peringkat yang memerlukan asid amino beserta dengan beberapa jenis vitamin dan mineral surih.

Ia juga dapat dijumpai dalam kebanyakan makanan tetapi dengan jumlah yang lebih kecil. Diketahui bahawa paras Co Q10 dalam badan kita menurun apabila usia kita semakin meningkat. Inilah sebabnya mengapa pakar menasihati mereka yang berusia 30 tahun ke atas supaya mengambil makanan tambahan Co Q10 larut air (hydrosoluble) kerana ia merupakan jenis yang paling mudah diserap ke dalam aliran darah.

Bentuk tradisi suplemen Co Q10 tidak dapat diserap dengan mudah oleh badan (serbuk Co Q10 yang diampaikan dalam minyak soya, dalam kapsul gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk, kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah Co Q10 adalah sangat besar, tidak larut air serta tidak begitu larut dalam lipid, membuatnya sukar diserap badan anda.

Namun demikian, terdapat satu bentuk Co Q10 yang larut air (hydrosoluble) dan dihasilkan melalui teknologi "Biosolv" yang dipatenkan. Ini dapat mengurangkan saiz zarah Co Q10 dari 25 hingga 70 mikron, kepada kurang dari 0.3 mikron iaitu lebih kecil daripada saiz bakteria!

Oleh itu, ia dapat diserap dengan lebih mudah ke dalam aliran darah. Apa yang tidak dapat diserap ke dalam aliran darah tidak boleh digunakan oleh badan. Dengan mengambil Co Q10 yang larut air, lebih banyak Co Q10 boleh diserap ke dalam aliran darah untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan anda.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

Sumber : Utusan Malaysia Online 25 Jan 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Untuk Maklumat lanjut dan membeli CoQ10 anda boleh lawati laman web berikut : http://enzyme2u.wordpress.com/

CoQ10

Monday, February 8, 2010

Bengkel Fotografi Digital 2010



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Fotografi Senibudaya PPUKM akan mengadakan Kursus Fotografi Digital 2010 seperti berikut:

Tarikh : 13-15 Februari 2010
Tempat : Intan Suraya Resort Sg Siput Perak D.R
Yuran : RM380

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web rasmi kelab dan blog kelab foto di

http://kelabsenibudaya.wordpress.com/
http://fotohukm.blogspot.com/

Pengajar
En Rosli Nasir (Fotografi PPUKM)
Tuan Hj Ismail Ibrahim (Fotografi UKM)
En Mohd Nizam Isa (Grafik PPUKM)

Pengisian
1. Seni dan teknik rakaman foto
2. Teknik Manipulasi Imej
3. Fotografi studio dan outdoor (Model Shooting)
4. Kembara Foto (Lokasi Menarik di Kuala Kangsar)

Sekian dimaklumkan.