Wednesday, February 24, 2010

Gunung Datok Rembau Negeri Sembilan






Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gng Datuk

Program : Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datuk
Tarikh : 20 hingga 21 Februari 2010
Tempat : Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Rembau
Peserta : 40 orang (team Arissa, team Zainul, team HUKM, team PKKSel, team UKM, team Melaka & sukarelawan Orang Hutan Malaya

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Berikut adalah laporan dari Web Orang Hutan Malaya http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2010/02/jurnal-riadah-santai-jungle-cleanup_23.html

Tuesday, February 23, 2010





Jurnal Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datuk (Feb 2010)




- Sukarelawan Jungle Cleanup @ Gunung Datuk -



20 Februari 2010

10.00mlm – Sukarelawan mula tiba di Tol Senawang dan melaporkan diri serta berkenalan antara satu sama lain. (team Arissa, team Zainul, team PPUKM & team PKKSel)



- Peserta mula tiba & berkumpul di kawasan Tol Senawang -


10.40mlm – Peserta Program Riadah Santai + Jungle Cleanup mula bergerak ke lokasi Hutan Rekreasi Gunung Datuk. (Awie sibuk nak isi minyak kereta dia dulu sebelum gerak :p ). Sebanyak 9 buah kereta pelbagai jenis berkonvoi, di ketuai oleh Myvi Hitam..hiks

11.20mlm – Semua Peserta tiba di Hutan Rekreasi Gunung Datuk termasuk peserta daripada team Melaka & team UKM yang telahpun tiba lebih awal (Tahniah untuk team Melaka sebab tiba paling awal, jam 10 pg.. semangat btol diorg nih). Seterusnya masing-masing membuat persiapan serta pendaftaran. Taklimat ringkas mengenai aktiviti dan keselamatan diberikan oleh Garfu selaku wakil penganjur (Orang Hutan Malaya) dan diikuti taklimat ringkas daripada En Abd Rahman (Petugas Hutan Rekreasi Gunung Datuk).


- Peserta mula mempersiapkan kelengkapan untuk mendaki -


21 Februari 2010

12.20mlm – Peserta Riadah Santai + Jungle Cleanup seramai 40 orang memulakan trekking ke puncak Gunung Datuk di ketuai oleh Garfu, dibantu oleh Mat Le (Runner) & Alif HUKM (Sweeper). Bantuan alat komunikasi (walkie-talkie) banyak membantu sewaktu aktiviti berlangsung. Keseluruhan perjalanan ‘slow & steady’ sehinggakan kebanyakkan peserta mengeluh kerana ‘Leader’ asyik mengeluarkan arahan‘Take 5’ padahal ‘Take 10’ blwekks (OK ke Arissa?? hahaha ). Aktiviti sampingan semasa trekking adalah berkenalan (ehem2), mengutuk (TransGopeng), melawak dan sebagainya berterusan hingga ke puncak membuatkan ada dikalangan peserta yang merupakan ‘1st timer’ tidak merasa letih ketawa dan tak kering gusi dibuatnya..


- Pendakian malam bermula (muka tk penat pun)-

1.30pg – Tiba di CP1, iaitu kawasan runtuhan pondok. Semua peserta berehat agak lama disini bagi memulihkan kembali tenaga yang telah diguna. Kemudian pendakian diteruskan. Semakin tinggi para peserta sampai semakin kencang angin dingin bertiup.


-Semua peserta berehat di CP, iaitu runtuhan pondok lama -

3.30pg – Akhirnya semua peserta tiba di puncak Gunung Datuk, termasuk ‘birthday girl’ walaupun mengalami sedikit kejang pada peha kiri beliau. Tiupan angin semakin kuat. Selepas memastikan jumlah keseluruhan peserta adalah mencukupi, kesemua peserta mula mencari tempat untuk berlabuh dan berhimpit-himpit bagi melelapkan mata dicelah-celah batu, atas batu serta beralaskan ‘flysheet’ di atas tanah (ada jugak tak tido pun..sbb sejuk sangat..baju sejuk tak bawak lak tuh hihi)

Pengalaman berada dipuncak Gunung Datuk pada waktu malam beserta tiupan angin dingin yang begitu kuat tentunya tidak akan dilupakan oleh kesemua peserta yang mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya kali ini sehinggakan ada peserta yang memaksa diri untuk menghidupkan ungun api bagi memanaskan badan..kesian betol hiks


- Aksi memanaskan badan (jangan tiru aksi ini kecuali dengan pengawasan pakar hihi-

6.30pg – Peserta sudah mula bangun dan bersiap-siap untuk memanjat batu puncak serta bersarapan ala kadar (ada gak yg mkn KFC & burger..fuhh).



- Sarapan pagi (nyam nyam) -


7.00pg – Semua peserta mula memanjat batu puncak dengan berhati-hati kerana tiupan angin masih lagi begitu kuat (ada yang tak berani naik ke puncak kerana takut diterbangkan angin hahaha lain kalu isi batu dalam poket tu). Pun begitu permandangan daripada puncak gunung amat jelas disebabkan tidak berkabus kecuali berangin.

Peluang berada dipuncak Gunung Datuk tidak dilepaskan begitu saja oleh kesemua peserta. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar, bergaya seakan model, mengayakan aksi Naruto (hiks) dan sebagainya. Memandangkan cuaca amat baik, permandangan matahari terbit dapat dilihat dengan jelas oleh kesemua peserta, dan rata-rata terpegun dengan keindahannya.


- Menghayati panorama dari puncak Gunung Datuk -

8.30pg – Peserta mula berkumpul dan taklimat aktiviti Jungle Cleanup diberikan oleh garfu. Selepas bergambar beramai-ramai bersama banner Jungle Cleanup, semua peserta memulakan tugas khidmat masyarakat mereka iaitu mengutip sampah yang ada di kawasan puncak Gunung Datuk dan memasukkannya ke dalam bag sampah untuk di bawa turun ke kaki gunung.


- Jungle Cleanup (memulakan aktiviti dengan membersihkan kawasan puncak) -

9.00pg – Perjalanan turun diketuai oleh garfu dan dibantu oleh Mat Le (Runner) & Alif HUKM (Sweeper) bermula sambil mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini di sepanjang laluan (trek)

10.30pg – Kesemua peserta telahpun selamat sampai ke kaki Gunung Datuk, sampah-sampah yang telah berjaya dikutip dikumpulkan di satu kawasan.


- Ucapan Penghargaan oleh Garfu (sebelum bersurai) -

11.00pg – Ucapan Penghargaan daripada garfu sebagai wakil Orang Hutan Malaya di atas usaha-usaha yang telahpun dilakukan oleh sukarelawan Jungle Cleanup bagi memastikan, sekurang-kurangnya mengurangkan ‘Makhluk Sampah’ di kawasan Hutan Rekreasi tersebut. Kemudian disusuli Ucapan Terima Kasih daripada En Abd Rahman (Petugas Hutan Rekreasi Gunung Datuk) kerana telah membantu meringgankan beban beliau, dan beliau juga mengalu-alukan aktiviti sebegini dimasa-masa hadapan di hutan rekreasi tersebut. Peserta kemudiannya merakamkan kenangan bersama hasil penat lelah mereka dengan bergambar bersama banner Jungle Cleanupdan sampah yang dipungut sebelum bersurai.

11.30pg – Sebahagian peserta (team HUKM & sebahagian team UKM) kemudiannya bergerak ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi bagi menjayakan aktiviti Riadah Santai yang tidak dirancang iaitu meneroka Gua Batu Maloi.

12.00tgh – Singgah makan tengahari di Sri Kendong, sebelum meneruskan perjalanan ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi. (Tq awie sbb blanje makan..Jakuzzi punye hal hahaha rezeki jangan ditolak beb!)


- Aksi penunggu gua -

1.00ptg – Peserta tiba di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi dan disambut oleh anggota Orang Hutan Malaya yang lain yang sememangnya berada disitu sejak daripada semalam bagi menjayakan aktiviti PPBD (Program Prndidikan Bio Diversiti) bersama Pelajar Politeknik Johor Bahru. Selepas dijamu Sarsi Ais, peserta kemudiannya memulakan aktiviti meneroka gua diketuai oleh garfu.

3.30ptg – Selepas berhempas pulas menyelinap, merangkak, tertonggeng meniarap, telentang dan semua jenis gaya digunakan oleh semua peserta bagi melepasi halangan di dalam gua Batu Maloi, akhirnya kesemua peserta telah selamat keluar sehingga ke CP12. Peserta kemudiannya sekali lagi dijamu Mee Goreng & Nescafe panas oleh anggota Orang Hutan Malaya. (Puas hati tk?? hihi).

Selepas makan, kesemua peserta terjun ke dalam sungai Batu Maloi untuk berendam dan bermain air. Satu permainan dimainkan dan Din (team UKM) akhirnya Berjaya merangkul Anugerah Raja Buaya serta Aziyana (team HUKM) telah merangkul Anugerah Ratu Biawak.. kahkahkahkah


- Masa untuk main air (aksi lompat katak yg paling cute..hihi) -

5.30ptg – Selepas bersalaman, peserta akhirnya bersurai ke destinasi masing-masing.

:: Pihak Orang Hutan Malaya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua sukarelawan yang telah menjayakan aktiviti Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datukpada kali ini. Semoga apa yang telah kalian lakukan ini akan menjadi ikutan kaki-kaki outdoor pada masa yang akan datang. Dan kalian seharusnya berbangga dengan apa yang telahpun kalian lakukan kerana kalian lakukan semua ini dengan secara sukarela tanpa mengharapkan imbuhan serta ganjaran selain berbakti kepada alam sekitar. Kerjasama dan komitmen serta sokongan secara berterusan daripada kalian di dalam menjayakan aktiviti Jungle Cleanup pada masa akan datang amatlah diperlukan bagi memastikan alam sekitar khususnya hutan rekreasi bebas daripada percemaran ‘Makhluk Sampah Sarap’ dan berkekalan sampai bila-bila



Posted by Orang Hutan Malaya at 7:49 AM