Saturday, March 13, 2010

Roti Jala Meletop Taman Nuri



Roti jala Meletop. Sebuah gerai roti jala yang terkenal di kawasan jalan datuk kumbar. Gerai yang terletak dihadapan TS Badlishah Taman Nakisyah jalan datuk kumbar, Bertentang jalan dengan WISMA SAKAN. Kenapa sy panggil Roti Jala Meletop Taman Nuri adalah kerana pemilik gerai ini berasal dari taman Nuri iaitu bersebelahan Taman Nakisyah.

Waktu Operasi diantara Jam 7 pagi - 12 Tengahari (Setiap Ahad gerai tutup- cuti)

Tempahan boleh dibuat bergantung kepada kekosongan tempahan dan mestilah seminggu lebih awal dengan bayaran deposit separuh dari harga tempahan.

Pemilik gerai boleh dihubungi di talian 012 5773773 (Pak Mid) Tempahan untuk sekitar Alor Setar.

Apa yang menarik Gerai ini adalah kerana kuah roti jala yang sedap dan ada lauk. Biasanya kalau tempat lain kuah roti jala yang dihidangkan hanyalah lauk (ayam atau daging) yang telah di cincang halus dan kekadang tiada lauk langsung cuma kuah saja. Tapi gerai roti jala ini masih mengekalkan saiz dan kuantiti lauk yang sama sejak dulu lagi.

Gerai roti jala ini hanya menjual r0ti jala sahaja, oleh itu jika pengunjung ingin makan nasi lemak bungkus dan minuman boleh tempah dari gerai sebelah.

Diwaktu pagi kawasan gerai ini memang sibuk dan meriah dengan pengunjung.

Setiap kali balik kampung jika sampai awal pagi sy biasanya akan singgah sarapan di gerai ini sebelum terus ke rumah. Jadi kepada peminat roti jala anda boleh mencuba roti jala ini jika berpeluang ke alor setar di awal pagi dan gerai ini cuti setiap hari Ahad.