Sunday, May 4, 2008

Tiket Free MAS


Berita baik untuk kaki jalan. Malaysia Airline system (MAS) baru sahaja melancarkan promosi baru tiket free untuk orang ramai. Promosi ini sama seperti yang pernah dilancarkan oleh AirAsia. Walau bagaimanapun ini merupakan suatu persaingan baru dan sihat kepada MAS. Promosi ini baru sahaja dilancarkan melalui kaca TV semalam 4 May 08. Aku baru sahaja surft laman web rasmi MAS di
www.malaysiaairlines.com/main_MY.aspx dan ternyata ada tiket free berharga Rm0.00.

Promosi ini ada 3 syarat iaitu

1. Tempahan online internet sahaja
2. Tempahan tidak kurang dari 30 hari
3. Tempahan yang telah dibuat tidak boleh refund dan tukar tarikh

Syarat2 ni sama lebh kurang macam syarat AirAsia, tapi yang berbezanya kalau MAS kita dapat layanan yang lebih kalau penerbangan yang jauh. Pengalaman aku dengan MAS setakat ni memang puas hati, Cuma tak boleh nak naik selalu sebelum ini kerana harga yang mahal. Tapi memandangkan sekarang ni ada peluang tiket murah dari MAS, so aku takan lepaskan peluang la. Pilihan pertama MAS kalau tiada tiket murah baru aku pilih AirAsia.

Apa-apa pun persaingan antara MAS dan AirAsia akan menguntungkan pengguna. Barula sekarang MAS betul2 terjaga dan baru nak berusaha lebih, kalau tiada saingan dari AirAsia sebelum ni dan harapkan subsidi kerajaan jer, itu yang buat MAS hampir2 nak gulung tikar tak lama dahulu.