Monday, May 5, 2008

Biskut Kacang



Biskut Kacang Keluaran Tempatan, Rangup dan manis, sesuai untuk dimakan ketika menonton TV.

Biskut Kacang ni aku dapat masa balik kampung. Sebelum ini aku tak pernah makan pun biskut ni. komen aku sedap, tapi aku tak boleh makan banyak muak, paling kuat pun 5 biji jer setiap kali makan, so biskut ni lambat sikit la nak abis dari balang biskut kat umah aku.

Aku beli satu paket dengan harga RM4  ada 10 biji. biskut ni kampung home made, so rasa dia masih origenal la berbanding yang dibuat dari kilang. lagi satu produksinya terhad dan cepat habis, yela yang buat tu geng2 makcik2 dan masih guna alatan tradisional lagi, tidak macam kilang boleh buat banyak.

Industri dari kampung ni biasanya di panggil Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Memandangkan aku suka kuih ni so sapa2 yang berminat boleh la pesan dengan aku, tapi jangan pesan sampai seratus atau dua ratus biji sudah la, susah aku nak cari kat kampung nanti.