Saturday, May 3, 2008

Minggu ke 6 kehamilan

Harini ini genapla 52  hari (minggu ke 6- LMP) tempoh kehamilan wife. Mengandungkan anak sulung kami. Kali pertama ujian kehamilan UPT (Urine pregnancy test) dibuat pada 16 April 08, hasil keputusan menunjukkan samar2 kerana jalur ujian kelihatan terlalu nipis berbanding jalur kawalan. Kami tidak berapa yakin walaupun dibuat dua kali. Hujung minggunya kami pulang kekampung wife, kami bercuti Isnin dan Selasa kerana iwife masih ada temujanji susulan doktor pada 21 April itu akibat kemalangan tahun lepas. Doktor Cuma memeriksa kesan parut dan pembedahan, Alhamdulillah semuanya ok tiada komplikasi. Pada sebelah malam itu kami lagi sekali melakukan ujian UPT, ternyata kali ini betul2 positif apabila jalur ujian dengan jelas dan terang sekali kelihatan. Kegembiraan dan kesyukuran terpancar diwajah kami. Alhamdulillah segala usaha kami berhasil dan doa dimakbulkan tuhan. Keesokkannya kami menyampaikan berita gembira ini pada keluarga mertua.


 





Wife masih belum menunjukkan sebarang tanda2 atau gejala awal kehamilan sehinggalah pada 28 April apabila wife mengalami sedikit muntah2 pada waktu pagi dan bertambah teruk dua hari berikutnya. Ujian Beta-hCG menunjukkan bacaan 27879.4mIU/ml dilakukan pada 29 April mengesahkan lagi kehamilan wife, keesokkannya 30 April  kami melakukan lawatan klinik yang pertama setelah mengandung, doktor melakukan pemeriksaan dan imbasan ultrasound tapi kandungan tidak kelihatan, menurut doktor kandungan terlalu awal, kami diminta mengulangi imbasan dan pemeriksaan selepas 2 minggu lagi dengan pundi kencing yang penuh untuk memudahkan imbasan ultrasound. Sekarang sudah 3 May 2008 keadaan alahan yang dialami wife makin teruk, menurut doktor alahan ini akan berakhir selepas 3 bulan kehamilan. 

Aku ada melayari laman web untuk mengetahui sikit sebanyak tentang kehamilan, dan jumpa laman web yang boleh mengira tempoh kehamilan dari minggu ke mingu iaitu www.paternityangel.com . mengikut pengiraan 5 May 2008 ini genapla minggu ke 7 kehamilan bermula dari masa LMP. Alahan yang dialami wife membuatkan beliau tidak selera untuk makan, dan kerap kali muntah, pening dan sakit kepala. Susah jugak nak cari makanan yang beliau boleh makan, nasi dan roti atau yang sewaktu dengannya tidak ada selera. So yang boleh setakat ini kentang dan mee goreng. Risau jugak keadaan macam ni, takut wife tidak cukup zat dan tenaga.


 


Memandangkan keadaan wife begini, maka segala aktiviti lasak dan outdoor terpaksa di hentikan buat sementara waktu, bagi memberi sepenuh perhatian kepada beliau. Sepanjang 2-3 hari ini aku jadi tukang urut sepenuh masa memincit kepala wife yang sakit. Harap2 agar wife cepat2 hilang dari alahan ini.