Car boot sale di UPM setiap bulan hari kedua selepas gaji. Datang la beramai2. Stok sentiasa habis
Maklumat lanjut di http://sambalking.blogspot.com/2010/10/sambal-king-car-boot-sale-upm.html
Lokasi Memancing di kawasan Pulau Botak Jeram. Dikawasan ini terdapat 2-3 buah pulau yang boleh kita mendarat untuk aktiviti memancing. cuma pulau yang sy pergi ini mempunyai pengkalan. menurut tekong boat, tempat ini merupakan pengkalan pusat pengajian tinggi buat kajian, tapi tidak pasti dari U mana. kemudahan yang terdapat di pulau ini adalah seperti tandas dan 2 buah chalet. kawasan pengkalan berbumbung boleh dijadikan tempat berteduh.
Waktu paling sesuai untuk memancing adalah ketika air pasang. jika air surut pengkalan ini kering sehinggakan kita boleh berjalan dibawah pengkalan tersebut.
Tiada kos untuk bermalam di pulau ini. kos yang diperlukan hanya kos boat sahaja. Untuk pergi ke pulau ini atau pulau2 berdekatan anda boleh menghubungi tekong boat seperti berikut:
1. Wak Sandi 012 9194421 Beliau juga mempunyai kelong berdekatan dgn pulau ini. Kos satu boat pergi balik antara RM100-150 termasuk umpan ( Bergantung pada umpan apa yang kita pesan seperti udang hidup)
Kawasan pulau ini paling banyak tangkapan ikan gelama, kalau bernasib baik kita akan dapat siakap ketika air pasang. Berdasarkan pengalaman saya memancing pertama kali kat pulau ini ikan paling banyak sy dapat adalah gelama. ikan2 lain seperti ikan duri, bawal juga ada, Ikan siakap sy dapat lihat dgn jelas naik ketika air pasang, cuma tak mengena sahaja. Bagi memancing ikan kerapu, penduduk kampung disiti biasa menggunakan pancing buluh yang panjang dan pancing di celah2 batu ketika air pasang. Menurut hasil temuramah pemancing yang kerap datang ke pulau ini , beliau pernah mendapat ikan siakap seberat 12 kilo ketika memancing di pulai ini ketika air pasang besar.
Sebelum anda pergi kesana pastikan anda call terlebih dahulu tekong boat untuk pastikan waktu air pasang surut. tekong hanya menghantar ketika air pasang, kalau surut sampan tidak boleh masuk dekat.
Walaupun trip pertama ini kami blom dapat ikan2 yang di tunggu..maka kami mungkin akan datang semula lain kali.
Selain dari pulau2 botak ini terdapat Pulau Angsa yang tak jauh dari pulau ini, Menurut tekong Pulau Angsa adalah pulau yang lengkap dgn kemudahan chalet dan restoran, Penginapan paling murah RM60 semalam. Kos untuk ke Pulau Angsa adalah lebih kurang RM250 sebuah boat tidak melebihi 6 orang.
Sambal Goreng ikan bilis yang paling sedap pernah saya makan adalah sambal goreng ini la. sebelum ni sambal goreng ini belum pernah dijual. apa bila sy berkesempatan pergi umah kawan saya, sy mesti tidak lepaskan untuk makan sambal goreng masakan ibu kawan saya ni. Dan selalunya sy dengan muka tak malu mintak tapau sikit. so nak dijadikan cerita sambil minum2 dengan kawan saya tetiba dapat idea nak pasarkan sambal ini. maka kami pun membuka syarikat Sambal King Enterprise Malaysia. Buat masa ini sambal ini amat popular dikalangan pelajar2 universiti terutama pelajar2 perempuan di UPM.
Bagi pembaca2 blog yang ingin mencuba sambal ini boleh la melayari website SambalKing untuk tempahan secara online.
Jika perlukan maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 013 2383464
Sebenarnya pendakian kami ke puncak ledang telah gagal kerana kesuntukan masa. Setelah mendaki melepasi puncak Jementah kami telah hampir sampai ke puncak 2442. Tetapi masa sudah petang iaitu jam 2pm. jika kami meneruskan perjalanan kami akan sampai puncak ledang malam dan terpaksa turun dalam gelap. Guide menasihatkan kami agar berpatah balik. akhirnya setelah dipersetujui ramai kami mengambil keputusan untuk turun.
Pada hari berikutnya kami hanya bersantai2 di kawasan air terjun. dan bergerak turun ke parking kereta pada tengahari.
Gambar2 dibawah adalah ehsan dari kawan2 ( Saya Tertinggal kamera....huhuu rugi btol)
Restoran nasi ayam kampung yang terletak di medan selera Veladrom di jalan yaacob latif bandar tun razak, sememangnya terkenal dan dikunjungi ramai. Setiap kali waktu makan tengahari medan selera ini penuh tak cukup dengan itu pengusaha restoran ini terpaksa meletakkan meja di bahagian belakang kedai di kawasan yang terdapat pokok kelapa sawit.
Restoran ini menghidangkan ayam goreng kampung yang masih panas kerana tidak putus orang. Harga boleh tahan jugak la, ayam gorng sahaja sudah RM5. Makanan boleh minta dihidang atau ambil sendiri secara sepinggan.
restoran ini milik orng kelantan so kalau nak diskaun kena boleh kecek kelantan la...baru dapat.
Restoran ini selain menjadi tumpuan org ramai disekitar ini, ia juga menjadi tumpuan kakitangan hospital UKM terutama Bos-bos atau prof-prof .
| Total Climbers | Timpohon / Peak / Timpohon | Timpohon / Peak / Mesilau | Mesilau / Peak / Mesilau |
| 1 – 3 Climbers | RM 85.00 per trip | RM 95.00 per trip | RM 95.00 per trip |
| 4 – 6 Climbers | RM 100.00 per trip | RM 115.00 per trip | RM 120.00 per trip |
| Timpohon / Timpohon | Mesilau / Timpohon | Mesilau / Mesilau | |
| To Laban Rata | RM 80.00 / trip (10 kg) | RM 90.00 / trip (10 kg) | RM 102.00 / trip (10 kg) |
| To Sayat-sayat | RM 94.00 / trip (10 kg) | RM 100.00 / trip (10 kg) | RM 114.00 / trip (10 kg) |
| To Summit | RM 102.00 / trip (10 kg) | RM 114.00 / trip (10 kg) | RM 124.00 / trip (10 kg) |
| Summit | RM 10.00 |
| Laban Rata | RM 1.00 |
| Summit (via Mesilau Trail) | RM 2.00 |
Bercuti ke Pulau langkawi merupakan destinasi yang menarik. Untuk pergi bercuti kesini pengunjung tidak perlu mnempah sebarang pakej atau ambil mana2 travel agen. saya syorkan supaya anda bergerak sendiri dengan menyewa kereta sewa.
Berikut adalah Tips2 jika anda "gambel"
1. Pertama dapatkan peta tempat2 menarik sektar langkawi. peta ini anda dapat diperoleh di lobi hotel ataupun di kaunter pelancongan.
2. Kedua dapatkan kereta sewa, harga kereta sewa adalah lebih kurang sahaja diantara pengusaha kereta sewa. Kalau anda perlukan kereta sewa boleh la hubungi no ni.
Nama : Paksu zali 019 4791986
setakat ini perkhidmatan beliau sangat bagus dan memuaskan hati pelanggan. kereta sewa anda boleh mintak hantar ke airport dan jeti, dan masa pulang juga anda boleh tinggalkan kereta tersebut di jeti atau airport.
harap maklum tempahan kereta adalah bergantung kepada jenis kereta yang anda inginkan, jika anda hendak kereta import beliau akan dapatkan...sebut sahaja kereta apa..jika beliau boleh dapatkan sure anda dapat.
Jika hendak lagi jimat anda boleh mencari motel2 murah atau pun chalet2 murah sekitar pekan kuah dan sekitar pantai chenang.