Sunday, August 22, 2010

Cuti-cuti D langkawi


Dataran Lang

Telaga Tujuh

Kereta Kabel

Makam Mahsuri
All Photos : Credit to ezane

Bercuti ke Pulau langkawi merupakan destinasi yang menarik. Untuk pergi bercuti kesini pengunjung tidak perlu mnempah sebarang pakej atau ambil mana2 travel agen. saya syorkan supaya anda bergerak sendiri dengan menyewa kereta sewa.


Berikut adalah Tips2 jika anda "gambel"


1. Pertama dapatkan peta tempat2 menarik sektar langkawi. peta ini anda dapat diperoleh di lobi hotel ataupun di kaunter pelancongan.


2. Kedua dapatkan kereta sewa, harga kereta sewa adalah lebih kurang sahaja diantara pengusaha kereta sewa.  Kalau anda perlukan kereta sewa boleh la hubungi no ni.


Nama : Paksu zali 019 4791986


setakat ini perkhidmatan beliau sangat bagus dan memuaskan hati pelanggan. kereta sewa anda boleh mintak hantar ke airport dan jeti, dan masa pulang juga anda boleh tinggalkan kereta tersebut di jeti atau airport.


harap maklum tempahan kereta adalah bergantung kepada jenis kereta yang anda inginkan, jika anda hendak kereta import beliau akan dapatkan...sebut sahaja kereta apa..jika beliau boleh dapatkan sure anda dapat.


Jika hendak lagi jimat anda boleh mencari motel2 murah atau pun chalet2 murah sekitar pekan kuah dan sekitar pantai chenang.