Tuesday, September 28, 2010

Sambal Goreng Paling Sedap


Sambal Goreng ikan bilis yang paling sedap pernah saya makan adalah sambal goreng ini la. sebelum ni sambal goreng ini belum pernah dijual. apa bila sy berkesempatan pergi umah kawan saya, sy mesti tidak lepaskan untuk makan sambal goreng masakan ibu kawan saya ni. Dan selalunya sy dengan muka tak malu mintak tapau sikit. so nak dijadikan cerita sambil minum2 dengan kawan saya tetiba dapat idea nak pasarkan sambal ini. maka kami pun membuka syarikat Sambal King Enterprise Malaysia. Buat masa ini sambal ini amat popular dikalangan pelajar2 universiti terutama pelajar2 perempuan di UPM.


Bagi pembaca2 blog yang ingin mencuba sambal ini boleh la melayari website SambalKing untuk tempahan secara online.


Jika perlukan maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 013 2383464

Saturday, September 18, 2010

Mendaki Gunung Ledang 15-17 Oktober 2010

Tarikh : 15 - 17 October

(Trail Cadangan adalah Trail Air panas)

15 October 2010
10pm : Berkumpul Di Stesen minyak Shell Tol Sg. Besi
11pm : Bergerak Ke Tangkak

16 October 2010
4am : Dijangka Tiba Di Tangkak
Bergerak Ke Sagil
Ketibaan dijemput dengan Irama Lagu yg Lunak, Persembahan
tarian dan nyayian dari kumpulan flora.
8am : Pendaftaran di Pejabat Hutan Negari Johor
Penerangan terakhir sebelum mula Mendaki G.Ledang
Pemeriksaan terakhir oleh Crew Program
10am : Mula Xpdc Mendaki.
akan Melalui :-
- Air Terjun Puteri
- Tanah Kuning
- Kolam anak gajah
- Kolam gajah
- Pasir panjang
- Lembah panglima
- Laluan Batu Kapal
- KFC
- Gua kambing
- batu Hampar
- Taman Bonzai
- Bukit Botak

ETA 6pm - Puncak Ledang

17 October 2010
10am - Turun Ke Pejabat Hutan Negeri Johor
ETA 3pm - Tiba

Bayaran : RM60/1pax
-permit
-Jurupandu Arah
- Sijil

Deposit : RM30 ke account MAybank Mohd Azlan othman
112184071395

Sesiapa Yang berminat Boleh menghubungi :-
Azlan 0172928461 dan Amir 0192984345

Link asal iklan ini di http://www.facebook.com/group.php?gid=109919422376453#!/event.php?eid=101265126596540&index=1

Bagi peserta yang mendaftar melalui blog ini harap dapat beritahu en amir yang anda dari group Hamydy. Terima kasih atas kerjasama anda.

Untuk pertanyaan bagi group saya anda boleh menghubungi saya En Hamydy di talian 013 2383464

peserta yang dh saya count in :-

Line Up Outerrange Adventure
Seramai lebih 40 orang telah menyertai.

http://kakidaki.blogspot.com/2010/09/gunung-ledang-oktober-2010.html

Laporan Bergambar seperti berikut: Ledang Via Ulu Jementah Trail (LVJ)


Trip ke ledang melaui Sagil telah dibatalkan permit oleh pihak ledang. Pihak penganjur berjaya juga mendapatkan permit melalui Jementah. Trek ulu jementah sebenarnya bukan la trek rasmi pendakian ke gunung ledang. Trek Jementah memang mencabar kerana trek ini panjang. Trek ini mengambil masa 2 hari. Terdapat beberapa cekpoint seperti

CP1 Jeram Tinggi,
CP2 Air Sedap ( Last Cekpoint),
CP3 Puncak Jementah,
CP4  2445,
CP5 Anjung Mahligai,
CP6 Puncak Mahligai, Puncak mahligai adalah puncak yang paling hampir dgn puncak Gunung Ledang.

Sebenarnya pendakian kami ke puncak ledang telah gagal kerana kesuntukan masa. Setelah mendaki melepasi puncak Jementah kami telah hampir sampai ke puncak 2442. Tetapi masa sudah petang iaitu jam 2pm. jika kami meneruskan perjalanan kami akan sampai puncak ledang malam dan terpaksa turun dalam gelap. Guide menasihatkan kami agar berpatah balik. akhirnya setelah dipersetujui ramai kami mengambil keputusan untuk turun.


Pada hari berikutnya kami hanya bersantai2 di kawasan air terjun. dan bergerak turun ke parking kereta pada tengahari.


Gambar2 dibawah adalah ehsan dari kawan2 ( Saya Tertinggal kamera....huhuu rugi btol)





Tuesday, August 31, 2010

Restoran Nasi Ayam Kampung A. Hassan


Restoran nasi ayam kampung yang terletak di medan selera Veladrom di jalan yaacob latif bandar tun razak, sememangnya terkenal dan dikunjungi ramai. Setiap kali waktu makan tengahari medan selera ini penuh tak cukup dengan itu pengusaha restoran ini terpaksa meletakkan meja di bahagian  belakang kedai di kawasan yang terdapat pokok kelapa sawit.


Restoran ini menghidangkan ayam goreng kampung yang masih panas kerana tidak putus orang. Harga boleh tahan jugak la, ayam gorng sahaja sudah RM5. Makanan boleh minta dihidang atau ambil sendiri secara sepinggan.


restoran ini milik orng kelantan so kalau nak diskaun kena boleh kecek kelantan la...baru dapat.


Restoran ini selain menjadi tumpuan org ramai disekitar ini, ia juga menjadi tumpuan kakitangan hospital UKM terutama Bos-bos atau prof-prof .




Banggunan restoran nasi ayam kampung yang baru dibina hanyalah disebelah medan selera sahaja.  Tapi hasil pemerhatian pengunjung lebih menggemari lokasi santai dibawah pokok yang terdapat di medan selera tersebut.

selain  cawangan ini restoran ini juga terdapat cawangan ditempat lain.

Monday, August 23, 2010

SABAH PARKS Mount Kinabalu Climbing Fees

Berikut dibawah ini adalah email yang saya terima hasil pertanyaan kepada pihak suteraharbour pada 23 Ogos 2010

------------------------------------------------------------------------------------------------------


RE: SHR Website Enquiry - General Enquiries from Abd hamydy Abd Hamid


Monday, 23 August, 2010 5:27 AM

From: "SSL - Siti Nirwanna" <sslpresv1@suteraharbour.com.my>

To: hamydy@yahoo.com

Cc: "S&M - Janet Kinjau" <janet.k@suteraharbour.com.my>, "SSL - Petronella Tambunan" <petronella.t@suteraharbour.com.my>

Message contains attachments

2 Files (86KB)


Dear Mr. Abd Hamydy,

Warmest greeting from Sutera Sanctuary Lodges.

Bulan June 2011, hanya akan di buka pada 1st January 2011 untuk penempahan ( 6 bulan sebelum ). Dan hanya 3 hari 2 malam minimum package ( package ‘C’ & ‘D’ ) sahaja akan dibuka untuk tempahan awal.

Dengan ini saya sertakan juga harga penginapan pada tahun 2011 dan Sabah Park climbing fees untuk rujukan.

Thank You
Siti Nirwanna
Guest Service Officer,
Sutera Sanctuary Lodges,
Sutera Harbour Resorts
Level 1, The Pacific Sutera Hotel
88100 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.

General: +60 88 303 900 - EXT '2'
Fax: +60 88 317 540 / +60 88 310 118

E-mail   : sslpresv1@suteraharbour.com.my

Website : www.suteraharbour.com

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dibawah ini adalah Fees yang dikenakan untuk mendaki gunung kinabalu

SABAH PARKS Mount Kinabalu Climbing Fees

(Effective 1st September 2008)

ENTRANCE FEE


Malaysian Non-Malaysian

RM 3.00 per person (Adult)                                               RM 15.00 per person (Adult)

RM 1.00 per person (Below 18 years)                            RM 10.00 per person (Below 18 years)

CLIMBING PERMIT


Malaysian Non-Malaysian

RM 30.00 per person (Adult)                                             RM 100.00 per person (Adult)

RM 12.00 per person (Below 18 years)                          RM 40.00 per person (Below 18 years)

CLIMBING INSURANCE RM 7.00 per person

TRANSPORTATION (OPTIONAL)


Via Timpohon Gate

1 – 4 persons (1 Mt. Guide)                                 RM 16.50 per way

5 persons & Above (1 Mt. Guide)                    RM 4.00 per person

Via Mesilau Trail

1 – 6 persons (1 Mt. Guide)                                RM 85.00 per way

7 persons & Above (1 Mt. Guide)                     RM 15.00 per person

MOUNTAIN GUIDE FEE





























Total ClimbersTimpohon / Peak / TimpohonTimpohon / Peak / MesilauMesilau / Peak / Mesilau
1 – 3 ClimbersRM 85.00 per tripRM 95.00 per tripRM 95.00 per trip
4 – 6 ClimbersRM 100.00 per tripRM 115.00 per tripRM 120.00 per trip

PORTER FEE (OPTIONAL)

































Timpohon / TimpohonMesilau / TimpohonMesilau / Mesilau
To Laban RataRM 80.00 / trip (10 kg)RM 90.00 / trip (10 kg)RM 102.00 / trip (10 kg)
To Sayat-sayatRM 94.00 / trip (10 kg)RM 100.00 / trip (10 kg)RM 114.00 / trip (10 kg)
To SummitRM 102.00 / trip (10 kg)RM 114.00 / trip (10 kg)RM 124.00 / trip (10 kg)


  • Maximum weight is 10 Kgs and additional weight will be charged base on daily rate Per Kg.




CERTIFICATE (OPTIONAL)















SummitRM 10.00
Laban RataRM 1.00
Summit (via Mesilau Trail)RM 2.00

EXTENSION OF STAY


If you plan to stay longer than the usual one night stay at either Laban Rata Resthouse, Gunting Lagadan Hut, Waras Hut or Panar Laban Hut,  kindly note that an additional 50% from the published Guide and/or Porter Fee will be charged for every additional night.  In accordance with the Sabah Parks Rules & Regulations, all climbers must be accompanied by a mountain guide at all times while ascending and descending Mount Kinabalu.

THINGS TO BRING



  • Suitable walking shoes/warm clothing/wind breaker/long sleeve shirts/change of clothes

  • Drinking water/high energy food (chocolates, nuts, raisins, glucose)

  • Headache tablets/sun block/lip gloss/deep heat lotion/plasters/insect repellent

  • Binoculars/camera/water proof bag for camera/torchlight

  • Extra socks/towel/gloves/hat mask/tissue paper/toilet roll


SPECIAL NOTE


It is recommended that all climbers should have themselves medically checked before attempting any mountain climb.  If you have a history of suffering from the following ailments, it is highly recommended that you should refrain from climbing: Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart Disease, Severe Anemia, Peptic Ulcers, Epileptic Fits, Obesity (Overweight), Chronic Asthma, Muscular Cramps, Hepatitis (Jaundice); or any other disease which may hamper the climber.

~ ALL FEES ARE TO BE PAID IN CASH UPON ARRIVAL AT KINABALU PARK ~

Sunday, August 22, 2010

Cuti-cuti D langkawi


Dataran Lang

Telaga Tujuh

Kereta Kabel

Makam Mahsuri
All Photos : Credit to ezane

Bercuti ke Pulau langkawi merupakan destinasi yang menarik. Untuk pergi bercuti kesini pengunjung tidak perlu mnempah sebarang pakej atau ambil mana2 travel agen. saya syorkan supaya anda bergerak sendiri dengan menyewa kereta sewa.


Berikut adalah Tips2 jika anda "gambel"


1. Pertama dapatkan peta tempat2 menarik sektar langkawi. peta ini anda dapat diperoleh di lobi hotel ataupun di kaunter pelancongan.


2. Kedua dapatkan kereta sewa, harga kereta sewa adalah lebih kurang sahaja diantara pengusaha kereta sewa.  Kalau anda perlukan kereta sewa boleh la hubungi no ni.


Nama : Paksu zali 019 4791986


setakat ini perkhidmatan beliau sangat bagus dan memuaskan hati pelanggan. kereta sewa anda boleh mintak hantar ke airport dan jeti, dan masa pulang juga anda boleh tinggalkan kereta tersebut di jeti atau airport.


harap maklum tempahan kereta adalah bergantung kepada jenis kereta yang anda inginkan, jika anda hendak kereta import beliau akan dapatkan...sebut sahaja kereta apa..jika beliau boleh dapatkan sure anda dapat.


Jika hendak lagi jimat anda boleh mencari motel2 murah atau pun chalet2 murah sekitar pekan kuah dan sekitar pantai chenang.

Memancing Tasik Jenderam Hilir Dengkel


Tasik di kampung jenderam hilir Dengkel selangor. Tasik yang besar ini juga dikenali sebagai tasik biru dan merupakan kawasan tadahan air bagi syarikat bekalan air  selangor. disebelah tasik biru terdapat tasik kecil. Lokasi tasik ini belom lagi popular dikalangan kaki pancing. Namun hasil tangkapan tetap ada. antara ikan yang ada adalah haruan, toman, sepat dan paling banyak ikan Pikot. Untuk menagkap ikan toman dan haruan menggunakan umpan tiruan casting...pemancing perlukan kesabaran 3-4 jam untuk dapat. Jika menggunakan umpan hidup seperti anak ikan seluang biasanya tanggkapan agak lumayan. menurut hasil temuduga pemancing yang selalu memancing disitu. waktu yang terbaik adalah pada awal pagi dan lewat petang. tetapi bergantung pada cuaca jugak. mereka cadangkan waktu terbaik adalah pada cuaca cerah dan air tenang.


Umpan toman seperti hati ayam tidak berkesan di tasik ini.

Tuesday, August 10, 2010

Kalumpang Resort & Training Center


pada tanggal 7-8 Ogos 2010 yang lepas saya telah berpeluang menyertai program familyday jabatan yang diadakan di Kalumpang Resort & Traning Centre. Ini merupakan kali pertama saya datang ke resort ini. Pandangan pertama ketika sampai resort ni dalam hati " menarik jugak tempat ini walaupun pendalaman tapi lengkap dengan semua kemudahan".


Antara Kemudahan yang disediakan iaitu Traning Center, Tapak Perkhemahan, Chalet, Masuk harian dan banyak lagi. Gambar2 yang menarik banyak saya ambil dengan cameraphone sahaja.. so kurang cantik sikit la.






Untuk Maklumat lanjut anda boleh print atau download Brosur dari Kalumpang resort  dibawah ini untuk maklumat seperti :
1. Chalet Biasa
2.Chalet Resort
3.Asrama
4.Dewan + PA system
5.Khemah dan Tapak Khemah
6.Set Karaoke
7.BBQ set
8.Pakej BBD
9.Pakej Makanan
10.Sukaneka
11.Sewa Padang
12.Sewa Pondok
13.Aktiviti (Jungle trekking, Night Walk, Treasure Hunt)
14.Piknik balik hari
dan sebagainya

Contact:
Kalumpang Resort 7 Training Center
Kalumpang : 03 60491969/60491087/013 8683186 Fax: 03 60491087
Shah Alam Sale Ofis : 03 55109145/55111204/013 8653186
Website : www.kalumpangresort.com.my
email : kalumpang_resort@yahoo.com

Sila klik links ini untuk download brosur Kalumpang Resort







Monday, July 26, 2010

Gunung Bromo Surabaya Indonesia 2010

[slideshow]

Trip pendakian ke Gunung Bromo Surabaya Indonesia di rancang berdua dengan rakan saya iaitu En Nor. Beliau pernah pergi ke gunung bromo pada pertama kali padan tahun 2005. Semasa beliau kesana beliau telah berkenalan dengan orang Indonesia nama nya Bapak Emanuel. Bapak Emanuel bekerja di salah sebuah hotel di Surabaya. Beliau juga secara sambilan ada membawa kawan yang ingin ke Gunung Bromo dan Semeru. Tetapi beliau bukan la travel agency. Beliau buat secara sambilan jika ada kelapangan dan juga ada cuti.


Saya, Pak Emanuel dan En Nor


Nak dijadikan cerita tetiba sahaja En Nor bertanya “ eh ko nak pergi bromo tak?” apa lagi terus jer jawab..ok beres nak..sebab dah lama teringin nak kesana. So apa bila dah setuju nak buat trip ke Broma…saya pun mula mendapatkan maklumat dan membuat perancangan dan tentative, sementara itu En Nor menghubungi Bapak Emanuel bertanyakan sama ada beliau dapat bercuti dan minta beliau dapatkan harga hotel bromo, hotel di Surabaya, transport van, jep ke gunung bromo dan kos2 lain seperti tiket masuk dan sebagainya. Setelah dapat kos asas yang perlu maka saya mula membuat buget perjalanan antara buget yang saya buat antaranya ialah:


1. Kos Asas =    (Hotel, Transport + tiket+makan) Walaupun sy kata pada peserta makan tidak
termasuk, tetapi lebihan duit tu sy gunakan untuk makan,
jadi peserta tidak perlu keluarkan duit makan.
2. Kos Tshirt
3. Kos Insuran Kembara
4. Kos Telekomunikasi
5. Kos kecemasan


setelah selesai buatkan baget kira2 kasar adalah tidak sampai RM300 pun untuk ground disana. Dalam RM250 sahaja. Bakinya adalah untuk kos makan dan kecemasan jika ada perubahan harga. Setelah buget dibuat maka sy berbincang tarikh yang sesuai dan menepati cuti Bapak Emanuel. Setelah tarikh ditetapkan barulah sy iklankan dalam web dan blog. Penyertaan sy limitkan kepada 12 org sahaja untuk keselesaan dan senang untuk diuruskan.


Diawal hebahan sambutan sangat menggalakkan dan ramai yang telah hubungi sy untuk menyertai. Tetapi kebanyakkan ingat sy travel agen jadi mereka hendak sy buatkan untuk group mereka 20-30 org. Disebabkan saya bukan travel agen sy syaratkan kepada yang ingin pergi hendaklah bagi deposit sebagai tanda booking. Ini penting kerana sy perlu membuat pembayaran terus ke Indonesia untuk tempahan hotel van dan jeep.


Setelah bayaran ground di Surabaya sudah dijelaskan baru la mula buat tshirt dan insuran. Ada peserta yang beli tiket penerbangan awal dapat murah dan ada yang beli last minit dapat mahal.


Jadual penerbangan ke Surabaya masing2 ada yang berbeza, majority bertolak sehari sebelum iaitu pada 22 Julai yang dan ada yang penerbangan pada 23 julai. Jadi jika berlaku sebegini tentative asas adalah tidak berubah. Peserta akan bertemu di airport Surabaya pada 23 julai seperti tentative.


Nak dijadikan cerita sehari sebelum bertolak ada 2 org peserta terpaksa menarik diri disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan. Tapi nasib baik ground mereka sudah dijelaskan.. duit groun penting jangan bagi chance org berhutang nak bayar  last minit..bahaya. kalau boleh sebulan sebelum pergi semua perlu dijelaskan. Jika tidak dijelaskan batalkan sahaja penyertaan mereka. Ini penting sebab ia akan mengganggu buget kita yang telah ditetapkan dan bagi mengelakkan kerugian.


Di Surabaya kita tidak boleh cek in malam di kebanyakkan rumah penginapan atau pun hotel 5 bintang kebawah sbb kebanyakknya tidak terima. Oleh itu ada baiknya booking awal. Jdi Oenerbangan saya tiba ke Surabaya dari kuala Lumpur pada jam 12malam waktu Indonesia. Desebabkan telah tempah awal van dan hotel..maka kami jadi mudah ..sampai terus sahaja di jemput ke hotel.



Kami bermalam di Rumah Penginapan Dharma, alamatnya di Jl. Dharma Husada I/25. di rumah penginapan ini terdiri kepada dua iaitu bahagian luar pinggir jalan dan bahagian dalam. Yang di bahagian luar harga lebih mahal. Harga rumah penginapan ini harganya diantara 80 ribu – 250 ribu rupiah semalam. Penginapan ini bersih dan aman. Terdapat surau dibahagian bawah penginapan ini dan solat jumaat juga dijalankan disini. Harus ingat penginapan ini tidak terima kalau kita walk in tengah2 malam.. so kena booking awal2 la. Berhampiran rumah penginapan ini ada pusat internet yang di tulis WARNET. Tapi tidak buka sampai tengah malam. Jadi kalau nak guna internet kena awal2 la.


Keesokkan pagi nya kami dihidangkan sarapan pagi yang sedap dan kenyang,,,(lidah sy ok jer,..tak tau la lidah yang lain..) setelah itu kami berjalan kaki sekitar kawasam rumah penginapan. Jalan2 sekitar Bandar kami sempat melawat Universiti Airlangga di Fakulti Kedoktoran nya. Kawasan sekitar bersih dari sampah.


Setelah penat berjalan2 dan merakam foto kami pulang ke rumah penginapan dan jam sudah menunjukkan jam 10.00pagi. Kelihatan di rumah penginapan sudah tersedia menunggu transport untuk ke gunung bromo. Kami menaiki 2 buah van yang boleh memuatkan 7 orang.


Perjalannan kami ke Bromo memang mengambil masa, sebelum itu kami singgah di airport untuk menjemput lagi seorang rakan kami yang baru tiba. Oleh itu boleh dikatakan kami mula bergerak dari Airport ke Bromo sekitar jam 12.00tengahari.


Dalam perjalanan kami melalui kawasan tempat kejadian Lumpur gunung berapi yang muntahkan Lumpur. Kelihatan kawasan ini rumah2 yang telah ditinggalkan penghuni. Kawasan ini berdebu dan berhabuk. Sepanjang merentasi kawasan ini akan kelihatan tembok tanah yang tinggi dan panjang di buat oleh pemerintah Indonesia bagi menghalang limpahan Lumpur gunung berapi jika berlaku lagi.



Kami singgah makan tengah hari agak lewat iaitu jam 3 petang di simpang untuk ke Bromo, iaitu di restoran Pak H. Soleh ( Lesehan Ayam Goreng + Ikan Bakar) yang terletak daerah Tongas di alamat Jln Raya Tongas Probolinggo. Makanan yang disediakan juga enak dan sedap. Sebenarnya kami tak pandai hendak oger. Pak Emanuel yang oderkan untuk kami semua makan secara nasi berlauk. Harga nya juga murah. Restoran ini merupakan singgahan sebelum masuk ke simpang Gunung Bromo dan di simpang  3 ini terdapat kedai dan sebagainya. Oleh itu tempat ini merupakan tempat yang terakhir untuk membeli keperluan diri seperti makanan ringan, bateri dan sebagainya, kerana jalan ke bromo adalah memasuki kawasan tanah tinggi dan sukar untuk mendapatkan kedai.


Apabila memasuki simpang ke Bromo kami mula memasuki tanah tinggi. Jalan banyak selekoh dan rumah2 agak terpencil dan jauh2. setelah lebih kurang 1 jam perjalanan kami melewati perkampungan Desa Wonoterto. Di kawasan desa ini kami melalui kawasan kebun sayur yang besar. Kebanyakan mengusahakan pertanian sayuran iklim sederhana. Di kawasan ini udara dan suhu sudah sejuk. Kita akan biasa kelihatan warga desa berjalan dan melakukan kerja sambil membawa kain pelekat atau sarung untuk elakkan kesejukan.


Akhirnya kami tiba di prnginapan yang terakhir di di tanah tinggi. Hotel Bromo Permai merupakan penginapan yang terakhir. Chalet ini cantik dan menarik, kebanyakan pelancong akan suka menginap disini kerana pemandangan adalah menghadap gunung bromo dan penanjakan.



Hotel Bromo ini mempunyai restoran. Dan hotel ini tidak mempunyai aircond kerana sudah sejuk. Bilik2 pula ada yang ada bilik air diluar dan ada yang ada bilik air di dalam. Kalau bilik air di luar harga lebih murah. Setiba jer di hotel tersebut kami di hampiri oleh penjual sarung tangan, penutup kepala dan baju sejuk. Ada yang tak tahan goda terbeli jugak. Seterusnya kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam (sunset) yang cukup cantik di hotel beromo ada satu menara khas untuk meninjau dan boleh melihat pemandangan yang cantik.



Setelah makan malam kami berjalan2 sekitar luar hotel Bromo dan singgah di kedai membeli cenderahati “Warung Edelweis” barang2 disini lebih murah dari apa yang dijual di restoran Hotel Bromo Permai. Hampir separuh la. Contohnya…masa tiba kami di datangi penjaja menjual sarung tangan harganya 15ribu, bila tgk dalam restoran harganya Cuma 10ribu sahaja….bila tgk kat kedai di luar Hotel bromo tu pulak hanya 5ribu sahaja. So lebih baik beli yang kat kedai luar hotel bromo.



Jam 2.00pagi kami sudah bangun dan bersiap sedia untuk bergerak ke gunung Penanjakan. Akan kelihatan ramai orng dan jip 4WD berbaring menunggu penumpangnya. Harus dingat perlu memastikan tempahan jip 4WD berjaya diperolehi jika tidak terpaksa la bejalan kaki. Jip 4WD ada dua jenis iaitu berbumbung dan tiada. Yang tiada bumbung lebih murah. Satu jip boleh memuatkan secara sesak 8org. kalau nak selesa 5 org sahaja iaitu empat di belakang dan 1 dgn driver.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam, kami bula bergerak dari jam 3.00pagi. walaupun jam 3 pagi bergerak, apabila sampai disana nampaknya bukan kai yang paling awal. Ramai dah ada kat puncak tempat menara tinjau. Jika anda sampai awal boleh booking tempat depan sekali untuk tgk matahari terbit. Dipuncak tempat melihat matahari terbit terdapat gerai makanan dan cenderahati harga juga murah kena pandai tawar. Suasana dingin dan sejuk, ramai pelawat ambil kesempatan minum the dan kopi panas.



Matahari terbit sekitar jam 5.00pagi. time ni tempat menara ini penuh dengan orang ramai dan penuh dgn kamera. Seolah2 dalam lautan manusia. Semua tak sabar2 nak tgk matahari terbit. Apa bila terbit sahaja matahari org ramai bertepuk dan bersorak gembira.


Selesai sahaja matahari terbit dan keadaan sudah cerah orng ramai bergambar latar belakang gunung bromo. Selebihnya menjamu sarapan pagi di warung2 disitu. Kemudahan yang disediakan seperti tandas.



Kami juga turut sarapan pagi dengan the panas dan kopi panas, ada yang membawa roti  dan biskut.


Perjalanan turun dari Gunung Penanjakan kami sisajikan oleh pemandangan yang indah. Memang berbaloi ambik gambar banyak2. seterusnya kami sampai di kawasan padang pasir hitam gunung berapi. Kelihatan penuh jip2 4WD. Tiba jer dah menunggu perkhidmatan kuda. Harga antara 30-40ribu pergi balik. Kalau hari minggu mahal 50ribu sehala..jika dua hala dah 100ribu. Tapi kalau pandai tawar masih boleh dapat 30ribu untuk dua hala…itu pun jika dia follow kita sampai ketengah…dia akan kurang harga sampai kita mahu. Tak takpai 10 minit berjalan baru la mula mendaki gunung berapi . letih jugak sebab stamina kurang ditambah pula debu dari kuda yang lalu lalang. Mendaki pun sekejap sahaja dalam 10-15minit sahaja. Seterus nya akan tiba di tangga. Kami mula mendaki anak tangga ini sebanyak 216 anak tangga.



Di puncak gunung berapi bromi ada pagar batu dibuat bagi mengelakkan org ramai jatu. Ramai yang ambil kesempatan bergambar.


Setelah pulang ke hotel bromo kami di hidangkan sarapan pagi oleh pihak hotel. Setelah sarapan kami bersiap2 untuk bergerak ke Surabaya. Dalam perjalanan pulang kami melalui lading strawberry dan tanaman sayur sayuran segar.



Kami singgah di air terjun MADAKARIPURA air terjun nya sangat cantik. Disebabkan kesuntukan masa kami Cuma singgah sekejap sambil menikmati Bakso Dabing( pedas giler) harga pun baru 5ribu. Setelah menjamu bakso kami singgah di warung  menjamu pisang goring panas. Pisang ini hanya digoreng bila ada pelanggan jadi memang panass la.


Seterusnya perjalanan diteruskan pulang  ke Surabaya kami singgah makan malam di sebuat restoran ikan bakar Juanda setelah makan malam..semua keletihan dan berehat. Keesokkan paginya kami memulakan aktiviti shoping di JEMBATAN MERAH PLAZA. Plaza ni sangat besar dan banyak barang murah2 terutama ia macam syurga pada kaum wanita untuk membeli kain dan tudung.



Seterusnya kami ke kedai cenderamata yang khas..kedai ini menjual baju batik dan kain yang berkualiti dgn harga yang murah di kedai MIROTA. Dikedai ini selain batik terdapat sourvinior, barang hiasan dan sebagainya. Tapi paling utama batiknya la. Harga bagi sehelai batik yang berkualiti sutera+satin adalah sekitar 200-300 ribu. Bagi Batik sutera yang paling bagus harganya sekitar 400-500ribu.



Seterusnya sebeluk pergi ke airport kami singgah makan tengahari di warung Restoran ayam goring NY Suharto. Makan direstoran ini juga ok dan dia dijual dlm pentuk set dan ala carte. So nak senang set la.


Selesai makan tengahari  kami pun bertolak ke airport dan pulang ke kuala Lumpur. Ada rakan2 lain balik lambat kerana nak shoping lagi.


Ringkasan Tentative

Jumaat (23/7/2010)
10.00am – Bertolak ke Surabaya dgn pesawat Air Asia
12.00pm – Tiba di Surabaya terus transport ke Hostel dekat Kaki Gunung
4-5.00pm – Tiba di hotel dan cek in.. bermalam

Sabtu (24/7/2010)
2.00am – Bertolak ke kaki gunung
3.00am – Mula mendaki menaiki jip 4WD ke puncak Gunung Penanjakan
5.00am – Dijangka sunrise dan menikmati view
7.00am – Sarapan di gerai gunung Penanjakan
8.00am – Bertolak ke Gunung Bromo..rentas padang pasir, menaiki kuda , anak tangga
10.00am – Bertolak ke hotel
12.00pm – Cek out dan bertolak ke Surabaya
4.00pm – Tiba di surabaya cek in hotel
5-10pm – Shoping2 dan enjoy di kota Surabaya

Ahad (25/7/2010)
9.00am – Aktiviti bebas shoping di Jembatan Merah Plaza
12.00pm –Shoping di kedai kraf
1.00pm – Bertolak ke airport
4.00pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Isnin (26/7/2010)
Ada 4 orang yang balik pada hari ini. ( nak jalan2 tambahan)

Gunung Bromo Berjaya Ditawan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

Bapak Emanuel dan Keluarga, Terutama Ibu Yola istri Pak Emanuel kerana telah melayan kami dgn baik dan membawa shoping serta menjadi penawar harga untuk kami semasa membeli belah.

Berikut adalah Contact Penginapan Dharma



[googlemaps http://maps.google.com.my/maps?f=q&amp;source=s_q&amp;hl=en&amp;q=Mt+Bromo,+Ngadisari,+Sukapura,+Probolinggo,+East+Java,+Indonesia&amp;sll=4.109495,109.101269&amp;sspn=23.116233,39.506836&amp;ie=UTF8&amp;cd=3&amp;geocode=FXDMhv8dIYq7Bg&amp;split=0&amp;hq=&amp;hnear=Mt+Bromo&amp;ll=-7.943056,112.953889&amp;spn=0.02257,0.038581&amp;t=h&amp;z=14&amp;output=embed&w=425&h=350]