Monday, June 1, 2009

Statistik Kuno China Pemilihan Jantina Anak

male or female

Ini adalah carta yang diperolehi dari makam diraja Dinasti China lebih kurang 700 thn dahulu. Carta ini hampir tepat sy dah cuba dengan beberapa orng kawan dan anak buah kesemuanya kena dan betul.

anda juga boleh cuba. tapi kena ingat ini cuma carta sahaja, faktor2 lain juga boleh mempengaruhi. Contohnya cara pemakanan, gaya hidup dan yang penting sekali kuasa tuhan.

Cara menggunakan carta ini mudah saja. Mula2 pilih dulu jantina anak, Kemudian lihat umur isteri lepastu lihat bulan berapa sepatutnya melekat..so bulan tu cuba la sedaya upaya...semoga berjaya.

bawah ni link fail penuh word..boleh download
male or female

Monday, May 25, 2009

Air Terjun Gunung Ledang Resort

P5230294P5220195

Air Terjun Gunung Ledang Resort Tangkak. Merupakan salah satu tempat riadah yang sangat glamour. pelbagai orang dari seluruh malaysia dan juga orang asing terutamanya warga Singapore antara yang kerap datang. Jika ingin bermalam boleh menggunakan perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pihak Gunung Ledang Resort, selain itu banyak kursus2 badan kerajaan diadakan di resort ini.



P5220197P5220264

Kawasan air terjun bersih dan menyamankan.

.P5220237P5220259


Kolam Puteri (gambar aku berdiri tu) (Puteri Waterfall) Kolam ini dikatakan tempat dimana puteri gunung ledang turun mandi manda sewaktu bulan mengambang muncul. Menurut seorang tua yang ditemui ditepi kolam itu kebetulan pada masa itu, dia menceritakan kebiasaannya puteri turun semasa musim bunga. Dimana ketiga itu kita dapat lihat kawasan itu kelihatan pohon2 berbunga. Dan jika pada masa itu adalah  bulan mengambang, maka kita berpeluang untuk melihat puteri gunung ledang beserta dayang2nya mandi..(pada yang bertuah jer).



ini maklumat terbaru yang diperolehi semasa aku ke Gunung Ledang Resort menghadiri kursus



no tel renjer : 019-7772057
Guide RM140 utk 10org
Yuran RM13 seorang
Deposit Sampah RM100

Menurut renjer tu dia kata..Tidak Boleh camping di gunung ledang. balik hari sahaja dibenarkan.(daypack). Tapi kalau nak camping kat camsite kat sana kena deal dengan Guide la baru dapat.

Untuk mandi manda dan camping kat Gunung ledang resort
Permit : Rm10 seorang (boleh camping sehingga kawasan kolam puteri)
Trek Mendaki melalui gunung ledang resort telah ditutup. So boleh ikut melalui pintu B.

Maklumat Gunung Ledang Resort Sdn. Bhd.
Batu 28, Jalan Segamat, 84020 sagil, tangkak Johor.
Tel : 06 9772888  Fax: 06 9773555
Email : ledang@tm.net.my

Alamat di Singapore
200 Turft Club Road, #01-61A Turf City Singapore 287994
Tel : 64625891 fax : 64625892
email : ophir55@singnet.com.sg
Website : http://ledang.com

Tuesday, May 19, 2009

Rumah Boat Tasik Kenyir

kenyir

Ini Gambar trip yang baru jer lepas member aku pegi. Memancing kat Tasik Kenyir dengan menaiki rumah boat. Kalau nak memancing semata2 memang la tak best. sebab tasik tu besar dan dalam. Tapi kalau pegi enjoy..tu yang best tu. kalau dapat ikan toman besar tu kira rezekila.

Rumah boat ni boleh bergerak ke lokasi2 pot ikan yang best2.  Rumah pun dua tingkat, segala kemudahan semua ada, tv pun ada. nak masak semua peralatan lengkap. cuma bahan mentah kena bawak sendiri la.

Membe aku ckp dia habis dalam tak sampai RM200 untuk 2 hari tu. tapi kos sebenar nanti aku semak  semula. Maksimum kapasiti rumah boat tu boleh muat sampai 22orng. so skrg ni tengah kumpul kengkawan la nak pegi lagi sebulan dua lagi. tarikh tak tau lagi.

ok untuk trip 3hari 2malam rumah boat ni harganya RM1800 line up 18-20org.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update terkini 7 June 2010

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog saya. Saya rasa agak sedih sebab post rumah boat yang sy buat ini pada asalnya bertujuan untuk berkongsi informasi sekarang dah jadi tempat gaduh sebabnya.

1. Komen yang salah atau yang tidak puas hati

2. Fitnah

Untuk makluman semua sy sebolehnya tidak mahu terlibat dengan masalah anda semua yang bergaduh.

diharap jika anda tidak berpuashati dengan mana2 pengusaha rumah bot harap dapat terus salurkan masalah anda pada mereka supaya ada penambahbaikkan.

Untuk makluman jugak selepas ini jika ada komen2 yang tidak elok kemungkinan sy "tidak akan aprove" kan....

Ada komen2 sebelum ini yang telah sy "aprove"  telah sy  "tak Aprove" kan semula  bagi mengelakkan timbul masalah lagi. harap maaf dan harap maklum  pada yang komen.

sekian terima kasih.


Friday, May 15, 2009

Empangan Tekala

DSC00977 DSC00978DSC01001 DSC00992

Empangan Tekala yang terletak di hulu langat merupakan pot pancing yang ramai jugak peminatnya. Ramai yang memancing di kawasan tasik ataupun kawasan tebing berbatu yang jauh dari kawasan empangan. Kawasan empangan ini adalah kawasan larangan. Jadi tak ramai yang berani datang kesini. Namun bagi pemancing ikan toman, kawasan yang paling hampir dengan empangan merupakan kawasan yang paling banyak terdapat ikan toman.


Pada 4 Januari 2009 yang lepas aku mencuba kawasan empangan ini dengan adik aku yang sudah biasa memancing ikan toman. Umpan berupa hati ayam. jika menggunakan umpan hidup seperti anak keli. Bagi umpan hati ayam, ikan toman yang dapat tidak la besar seperti menggunakan umpan anak keli hidup, namun itu pun dah dikira ok.


Untuk memancing anak toman ni kita kena pandai lehat kumpulan ia bergerak. kalau tiada maka berjam-jam la tunggu. Bayangkan dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang cuma dua kali sahaja kami berjaya mengesan kumpulan anak toman ini, pertama pada jam 11.00pagi dan kedua semasa jam 3.00 petang. Semasa kumpulan anak toman ini berjaya dikesan dengan kelihatan buih2 kecil yang banyak maka ketika itula senang umpan disambar. Letak jer umpan terus disambar. pada masa ini letakkan semua pancing yang ada dan bertindak dengan cepat.


Hasilnya kami berjaya mendapat lebih kurang 20 ekor ikan toman yang bersaiz sederhana.


Kenangan Ngeri ketika Memancing Di Empangan Tekala Ulu Langat



Selepas jam 4.00 petang ketika kami sedang asyik memancing tetiba kedengaran deruman bunyi ekzos motosikal. Bila kami toleh kami dapati ada 2 biji motosikal menghala datang kearah kami. Motosikal tersebut berhenti kira2 50 meter dari tempat kami memancing. Saya lihat seorang lelaki turun dari motosikal membawa selaras senapang. Muka dan bentuk fizikal lelaki tersebut dan 2 lagi rakannya seperti orang tempatan atau orang asli. masing2 membawa selaras senapang, Mereka mendekati kami, tiba2 mereka bertanya.." banyak dapat ikan?" saya pun jawab " boleh la tahan".


Org asli tu pun berkata.."kami datang nak tembak ikan".. oo rupa-rupanya  senapang yang mereka bawa tu senapang ikan. hahahaa saja bat suspen. Sy tg mereka mula masuk dalam air dan  menyelam tak jauh dari tempat saya memancing iaitu kira2 100 meter.


Tetiba terdengan mereka menjerit dan keluar dari air.. "mayat!!!...Mayat!!!...Mayat!!!.. saya pun meninggalkan pancing dan menghampiri orang asli. Mereka menerangkan kepada saya keadaan mayat tersebut. Kemudian mereka membawa saya melihat lokasi mayat tersebut. Saya dapati mayat tersebut sudah berbau busuk dan terdampat di tepi tasik. Setelah berjaya mengambil gambar saya pun beredar pulang ketempat memancing.


Kebetulan ketika itu datang lagi 2 orang pemancing baru. Salah seorang bernama Mohamad. orang asli pun berkata telepon polis. tetiba mohamad berkata dia ada no rakan cop. so dia pun call polis. orang asli yang jumpa mayat terus beredar pulang.


setelah beberapa minit polis peronda tiba. dia bertanya siapa yang call. si mohamad jawab yang dia yang call polis. so polis tersebut menasihatkan kami supaya hanya mohamad sahaja yang dibenarkan bercakap. Lebih kurang jam 5 lebih anggota polis yang lain pun datang dengan trak dan boat.


Antara wartawan yang  datang awal ditempat kejadian adalah bernama, nan yang siang pau. setelah sekian lama baru la tempat tersebut di datangi oleh ramai orang dan wartawan yang lain. Pihak polis terpaksa buat garisan polis untuk mengelakkan orang ramai datang terlalu hampir.


setelah di soal siasat oleh inspektor saya dan adik dibenarkan pulang. mana kala Mohamad dan rakannya diminta beri keterangan di balai polis yang terdekat.


Ikan toman yang saya dan adik tangkap akhirnya kami beri pada mohamad dan rakan2. tak jadi nak bawak balik bila teringakan mayat tersebut.


Menurut penjaga empangan yang juga turut berada disitu, katanya beliau sudah banyak kali melihat kes bunuh dan buang mayat kat empangan ini. biasanya kalau mayat tersebut hanyut ketengah tasik, mayat tersebut akan hilang di makan ikan.


ngeri jugak bila dengar cerita beliau. oleh itu lokasi yang kami memancing ini biasanya waktu malam tiada org yang datang memancing. Bahaya. siang hari boleh la.


itula pengalaman memancing yang jumpa mayat.










Thursday, May 14, 2009

Candat Sotong Kuala Terengganu



kt1kt2

Trip Mencandat Sotong dan memancing ke kuala terengganu pada 1-2 may 2009. Trip ini disertai seramai 8 orang. Untuk mendapatkan boat agak sukar kerana tarikh kami pergi ini hampir dengan tarikh pesta candat sotong Terengganu 2009. Nasib baik la member aku ada Pak Mertua dia orang situ, maka dapatla tempah boat. Untuk boat nelayan yang biasa ni maksimun pemancing hanya dibenarkan 8 orang sahaja oleh pihak maritim. kena lebih lesen boat tu boleh ditarik.


Disebabkan member aku tu keluarga mertuanya orang kuala terengganu, maka boleh dikatakan setiap tahun kalau dia balik kampung jika kena waktunya bergantung pada cuacala pasti dia akan ajak memancing laut atau pun candat sotong.


kt6kt7


Menaiki boat di "pangkalan keropok losong" kat pangkalan ni banyak boat2 yang membawa kaki memancing berlabuh. Dan jika kena pada waktunya kita boleh lihat pangkalan ini sesak dengan kaki pancing. Kebiasaanya kaki pancing akan naik kelaut selepas asar dan pulang ke darat selepas zohor. Dari pangkalan ini kita boleh lihat masjid kristal dengan jelas.


Semasa dilautan ombak dan ribut besar memang melanda kami. Ramai jugak yang mabuk laut, tapi sorang saja yang teruk sampai muntah2. Tip kalau nak elak muntah teruk ialah jangan makan terlalu kenyang sebelum menaiki boat, disamping tu ambil la ubat tahan pening dan muntah.


kt8kt9kt10


Mencandat sotong bukan lah mudah seperti kebanyakan orang cakap. Jika tak tahu teknik yang betul boleh jadi rugi. dalam 8org kami cuma 2 org saja yang betul2 pandai, so mereka la yang paling banyak dapat candat sotong.


kebiasaannya harga tempahan boat boleh mencecah sehingga RM1500 semalam jika orang luar. tapi jika kenal sesiapa orang tempatan dan tempah melalui kenalan harga boleh dapat kurang dari rm1000. So trip kami ni kira yang murah la kami dapat kami cuma berbelanja RM200 seorang untuk boat, minyak kereta, tol dan makan untuk 2 malam.

Saturday, April 25, 2009

Bagan Lalang

bagan lalang5bagan lalang1bagan lalang3bagan lalang6bagan lalang2bagan lalang4

Pantai Bagan Lalang yang terletak di Sepang sekarang makin popular sejak terbinanya Sepang Gold Cost (Chalet terapung ala2 pokok palma macam kat dubai tu). Pantai bagan lalang ni telah aku terokai sejak 2001 lagi. Tapi masa tu aktiviti utama memancing  dan menangkap ketam (masa waktu bulan mengambang penuh dan air surut isi ketam penuh).


Bab mandi ni aku kurang sebab air laut pantai bagan lalang tu tak la cantik sangat. tapi ramai jugak yang mandi manda kat situ. Selain riadah dan memancing kat situ aku selalu jugak makan kat restoran ikan bakar (restoran yang terapung tepi pantai tu)


Perjalanan dari kuala lumpur ke pantai bagan lalang mengambil masa hampir 1 jam.  Ada dua cara untuk kesana, pertama sekali jalan kampung ikut bangi , dengkil, putrajaya...tapi jalan ni aku tak biasa so tak tau la nak terang. Jalan yang selalu aku guna melalui lebuhraya seremban pastu exit nilai, dari nilai terus ke pekan sepang pastu jumpa pekan Sg Pelek  pastu baru jumpa simpang ke kiri ke pantai bagan lalang.


Di pantai bagan lalang ni banyak jugak chalet2 murah, hotel Sri Malaysia juga ada. Maklumat chalet belom ada..tengokla bila free nanti aku masukkan.

Sunday, April 19, 2009

Sungai Gabai

gabai6gabai5p4110149gabai

Kawasan bahagian atas Air Terjun Sg Gabai (letih jugak naik tangga sambil bawa semua barang tu)

Dengan rakan Msc berkelah sempena sem akhir pada 11 April 2009

Air terjun Sg Gabai ini ada 2 kawasan yang selalu dikunjungi orang ramai. Bahagain bawah dan bahagian atas. Jika bahagian atas, terpaksa menaiki anak tangga yang agak tinggi. Letih jugak bagi yang tak biasa. Air terjun yang tinggi hanya di bahagian bawah iaitu lebih kurang setinggi 7 tingkat. tapi luas kawasannya agak terhad. Bagi bahagian atas pulak air terjun tidak tinggi, yang menariknya bahagian atas ni adalah ia ada gelongsur semula jadi, walaupun tak tinggi tapi boleh nampak la org ramai macam histeria bila main gelongsor tu. Lagi satu luas kawasan dia agak besar, ramai yang buat camp site dan BBQ kat situ. kat bahagian atas ni kemudahan seperti toilet dan bilik salin ada disediakan.

 

Air terjun Sungai Gabai

Terletak di daerah Hulu Langat,Selangor, Malaysia. Kawasan rekreasi ini sangat tinggi, kira-kira 50 meter, bercerun curam dan licin. Oleh itu berbahaya kepada pengunjung. Bahagian bawahnya tidak cukup lebar dan dalam dan boleh mendatangkan kecederaan bagi mereka yang menggelongsor dari atas.

Pihak Jabatan Hutan telah membina tangga-tanga dan wakaf istirehat untuk kemudahan pengunjung. Jalan raya dan tempat parkir kereta serta gerai beli-belah disediakan dengan bayaran minimum.Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_Terjun_Sungai_Gabai

selangor_sungai_gabai_waterfalls

Bahagian Bawah Air Terjun Sg Gabai

Friday, March 20, 2009

Gunung Kinabalu March 2009

gunting-lagadan-hut1





 


Trip ke Gunung Kinabalu kali ini merupakan kali ke3 aku anjurkan.



seramai 10 semuanya yang pergi. Pada mulanya ramai yang mendaftarkan nama pada aku dalam 20 orang, tetapi apabila Kinabalu park keluarkan harga baru yang agak meletop, terus ramai yang tarik diri. So tinggal je 10.



So nak citer banyak pun, ramai yang dah biasa pergi. Trip sebelum ini pun aku dah post kat sini. cuma apa yang aku nak share kat sini adalah maklumat perjalanan dan penginapan yang aku dapat untuk dikongsi bersama kawan2 lain yang ingin kesana.





Tempahan : Aku buat tempahan terus ke kinabalu park(Sutera Sanctuary Lodges) melalui


Email:  sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my


web: www.suterasanctuarylodges.com





Penginapan dan Pengangkutan : Dengan Lavender Lodge, Hotel ini boleh terus uruskan pengangkutan kita pergi dan balik ke kinabalu park serta ambik dan hantar ke Airport. Cuma bayar sekali je kat dia dah termasuk penginapan dan pengangkutan. pengangkutan dia cas cuma RM600 pergi dan balik dari hotel ke kinabalu park. Ambik dan hantar ke Airport free (tapi syarat menginap hotel sekurang2nya 2 malam)





Komen aku tentang Lavender Lodge. Tempat ni selesa dan menarik. Pekerja dan bos dia juga peramah. Sarapan pagi berupa roti, kopi dan teh turut disediakan. Wifi free jika ada labtop sendiri, jika guna pc dia cas 3 sejam. Harga berpatutan murah.



Selepas check out, mereka benarkan kita letak bag dan juga mandi so tak perlu sewa bilik semata2 untuk letak bag.





Contact Lavender Lodge


Address 1st-3rd Floor, No.6, Jalan Laiman Diki,


Kg. Air, Kota Kinabalu, Sabah.


Tel: (6088) 217 119


Fax : (6088) 218 077


Email : lavend07@streamyx.com (Danial Soo) dia punya bos


http://www.lavenderlodge.com.my





Kenderaan (Jika nak direct) : aldy_streetmover@yahoo.com (Tel: 013 8519904 - aldy) kalau call aldy Cuma mention nama aku (hamydy) nanti dia boleh bagi diskaun.



komen trip kali ini: Cuaca tidak menyebelahi kami. sepanjang perjalanan naik dan turun hujan. Kabus tebal, Harapan untuk mengambil gambar yang banyak tidak tercapai.




 


ONTACT
Sutera Sanctuary Lodges
G 15, Ground Floor, Wisma Sabah
8000 Kota Kinabalu Sabah
tel : 088 243629
Fax: 088 259552
Email : info@suterasanctuarylodges.com
Web : : http://www.suterasanctuarylodges.com


email untuk tempahan : sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my


1. Harga Yuran Mendaki Gunung Kinabalu


2. Harga Pakej penginapan Mendaki kinabalu


 




 


 


Untuk mengetahui kos dan juga tentative program mendaki kinabalu yang ini pembaca boleh melayari post saya yang sebelum ini di


http://hamydy.wordpress.com/2008/11/28/gunung-kinabalu-2009-2/


 



Friday, March 6, 2009

Westerns Cafe (Taman Bukit Cheras)

chiken-chop2
Ruang bawah rumah kedai yang di beli atau disewa (tak sure) khas untuk letak meja makan dan bekalan.tiada dapur.
chiken-chop3
Dapur utama dan asal.

Westerns Cafe Taman Bukit Cheras. Restoran ini boleh dikatakan glamour jugak. ramai yang datang makan kat sini. Kalau datang sini kita akan dapati majoriti pengunjung adalah kaum melayu, manakala tukang masak dan pelayan juga kaum melayu. Tetapi tokei restoran ini adalah seorang cina. namanya Calvin Leong. Tokei ni sekali-sekala jer boleh nampak itupun kat kaunter casher.

Pertama sekali datang restoran ni sejak 2001. masa tu chiken chop nya boleh dikatakan sedap. Time tu rumah kedai tu belom ada lagi cuma gerai sebelah selekoh je. Tapi komen terbaru baru2 ini setelah sekian lama tak pergi, chiken chop dia dah tak sedap macam dulu lagi. Dulu kuahnya sedap, yang sekarang kuahnya macam kuah ready made jer.

Kat restoran ni dia letak gambar plak "jalan2 cari makan". Tapi plaknya tak ada pun. Tak tahu la sama ada JJCM pernah datang atau tidak kat restoran ni. kalau ada plak tu boleh pecaya jugak la dari letak gambar.

ini alamat:
Westerns Cafe Taman Bukit Cheras
1, Jalan 15/144A,
Taman Bukit Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Calvin Leong (o12-2258122)

Thursday, February 26, 2009

Restoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala Lumpur

alrawsharestrn
Restoran masakan arab ni sudah semakin terkenal dan diketahui ramai. Menjadi tumpuan warga kota bila waktu makan tengahari. Ramai pengunjung yang datang. Harga makanan pun standard western jugak la.
Ramai pengunjung kebanyakan memesan jenis masakan berkambing.

komen saya : setakat ni belom ada menu yang buat saya rasa "kick", nak kena pegi 2-3 kali lagi untuk rasa menu2 yang lain, pastu baru boleh komen. Tapi apa2 pun orang tetap ramai makan kat sini.

Saya tau restoran ini pun disebabkan ramai Doktor2 arab kat tempat keja selalu cakap dan ajak g makan kat sana. sekali sekala boleh la makan kat situ. kalau selalu mau kering poket.

Pak arab kat situ pun dah boleh bercakap melayu.

Peta Lokasi Restoran
alrawsha1

Alamat :
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rest Tel: 603-2143 9151
Fax: 603-2145 6943
Mobile: 6012-669 2562 /   6012-918 5642
web : http://al-rawsha.com/

Dibawah ni adalah senarai harga makanan
sumber : http://www.scribd.com/doc/5998778/Menu-Restoran-AlRawsha-Jalan-Damai-KL#source:facebook