Tuesday, May 19, 2009

Rumah Boat Tasik Kenyir

kenyir

Ini Gambar trip yang baru jer lepas member aku pegi. Memancing kat Tasik Kenyir dengan menaiki rumah boat. Kalau nak memancing semata2 memang la tak best. sebab tasik tu besar dan dalam. Tapi kalau pegi enjoy..tu yang best tu. kalau dapat ikan toman besar tu kira rezekila.

Rumah boat ni boleh bergerak ke lokasi2 pot ikan yang best2.  Rumah pun dua tingkat, segala kemudahan semua ada, tv pun ada. nak masak semua peralatan lengkap. cuma bahan mentah kena bawak sendiri la.

Membe aku ckp dia habis dalam tak sampai RM200 untuk 2 hari tu. tapi kos sebenar nanti aku semak  semula. Maksimum kapasiti rumah boat tu boleh muat sampai 22orng. so skrg ni tengah kumpul kengkawan la nak pegi lagi sebulan dua lagi. tarikh tak tau lagi.

ok untuk trip 3hari 2malam rumah boat ni harganya RM1800 line up 18-20org.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update terkini 7 June 2010

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog saya. Saya rasa agak sedih sebab post rumah boat yang sy buat ini pada asalnya bertujuan untuk berkongsi informasi sekarang dah jadi tempat gaduh sebabnya.

1. Komen yang salah atau yang tidak puas hati

2. Fitnah

Untuk makluman semua sy sebolehnya tidak mahu terlibat dengan masalah anda semua yang bergaduh.

diharap jika anda tidak berpuashati dengan mana2 pengusaha rumah bot harap dapat terus salurkan masalah anda pada mereka supaya ada penambahbaikkan.

Untuk makluman jugak selepas ini jika ada komen2 yang tidak elok kemungkinan sy "tidak akan aprove" kan....

Ada komen2 sebelum ini yang telah sy "aprove"  telah sy  "tak Aprove" kan semula  bagi mengelakkan timbul masalah lagi. harap maaf dan harap maklum  pada yang komen.

sekian terima kasih.