Sunday, January 9, 2011

Kuching Sarawak 2011

Kuching Water Front


Pasar Satok


Taman Negara Bako

Pada 7-9 Januari 2011 saya berpeluang pergi ke Kuching. Tidak pernah datang dan ini merupakan kali pertama. Trip solo ini hanya mengambil masa hujung minggu sahaja. Tiket ni dah beli lama dah sejak thn 2010 lagi masa AirAsia buat promosi. kalau tak silap tiket cuma RM0.00 sahaja. campur tax rasanya tak sampai 50 pun. Trip solo ni cuma perlu beg kecil sahaja. Semasa tiba di kucing dan jalan2 kat waterfront kita akan jumpa beberapa group pelancong dari semenanjung. Ringan2 kan lah bersembang dan bertanya, kerana jika anda seorang anda boleh join mereka dan anda jimat kos.


Saya sudah biasa travel jadi tiada masalah bagi saya jika travel seorang. yang penting bagi saya kamera dan tripod saya wajib bawa, kalau tak bawa tripod susahla bila nak ambik gambar sendiri.


Untuk trip 2 hari ke Kuching ini iaitu sabtu dan ahad. Tak sempat kalau nak pergi banyak tempat. Jadi saya pilih tempat yang tak menarik terlebih dahulu. jadi sy buat perancangan ker TAMAN NEGARA BAKO dan SARAWAK CULTURE VILLAGE.


Berikut adalah tentative perjalanan saya


Tentative Perjalanan

7 Jan 2011
06.00pm - Tiba di LCCT
07.40pm - Berlepas ke Kuching dengan pesawat Airasia
09.25pm - Tiba di lapangan terbang kucing.
10.00pm - Teksi berkupon ke Tune Hotel (RM24 satu teksi)
10.30pm - Cek in Hotel
10.45pm - Jalan kaki sekitar waterfont
11.00pm - Makan Malam di gerai sekitar waterfont
12.00pm - Balik ke hotel Tido (Tune hotel : murah dan jimat)

8 Jan 2011
08.00am - Sarapan pagi di Restoran Planet Sambal
08.30am - Berjalan dan begambar di tugu Kucing depan Pakson
09.00am - Dapat kereta Pesona dihantar ke hotel
09.00am - Sambung jalan depan waterfront - naik sampan tambang ke seberang dan bergambar
...............- Tambang sampan = RM0.50
09.30am - Bergerak menuju ke Taman Negara Bako
10.30am - Tiba di Jeti ke Taman Negara Bako
...............- Permit = RM10 seorang
...............- Boat = RM94 sebuah boat max 6 orang
11.00am - Tiba di Taman Negara Bako
...............- Bergambar sekitar pantai
...............- Pendaftaran di Opis
11.15am  - Mula Trekking ke Teluk Pandan
..............- ada banyak trek berbeza jarak. pilih jer mana nak gi
01.00pm - Tiba i puncak bukit ( separuh jalan ke teluk pandan) hujan lebat.
................- Terpaksa berhenti dan berteduh
02.00pm - Patah balik - sbb kesuntukkan masa
...............- Bergambar dan memerhati monyet ( Orang Belanda = Monyet hidung besar)
02.45pm - Tiba Opis pendaftaran - daftar keluar
03.00pm - Menaiki boat pulang ke jetty dan pulang ke kuching
04.00pm - Singgah di Dewan Bandaraya Kuching (Banggunan atas bukit) - bergambar
05.00pm - Makan di Pasar Satok - ronda2 dan shoping cenderamata, Kek Lapis Sarawak
10.00pm - Pergi ke Waterfront - jalan2 dan bergambar (waterfront tutup jam 11)
11.00pm - Makan Malam dan lepak tengok live band pup sebelah TOP SPOT
12.00pm - Balik ke Hotel (Tune hotel : murah dan jimat)

9 Jan 2011
05.30am - Cekout hotel
06.00am - Bertolak ke Kampung Budaya Sarawak (Santubong)
07.00am - Sarapan di Kampung Santubong Homestay
08.30am - Singgah di Golf Club - ronda2 dan bergambar
09.00am - Tiba di gate kampung Budaya Sarawak
...............- Pendaftaran Masuk = RM60 seorang
...............- Melawat rumah budaya dan bergambar
11.00am - Persembahan tarian kebudayaan
01.00pm - Makan tengahari (RM60 tidak termasuk makan..so kena beli makanan kat cafe kat dalam)
02.00pm - Sambung melawat rumah budaya
04.00pm - Tamat lawatan (kampung budaya buka dari jam 9.00am-4.00pm)
04.15pm  - Singgah santai di tepi sungai Air Terjun
04.30pm - Bertolak Pulang ke Kuching
05.30pm - Tiba di Kuching singgah makan Seafood kat TOPSPOT
07.00pm - Bertolak ke Airport Kuching
08.30pm - Tiba di Airport Kuching
09.50pm - Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Tiada Contact atau pun travel agen. dan tak perlu pun bagi yang suka gembel. apa yang penting apabila buat trip anda perlu buat tentatif perjalanan supaya anda tahu kemana hendak pergi dan sebagainya.

....akan bersambung... pic kg budaya dan taman negara bako...

Tuesday, January 4, 2011

Birthday Gift from Nuffnang

Update 22 Jan 2011
Dah claim tiket dari Nuffnang, dapat 4 tiket. menurut staff nuffnang saya boleh guna 4 tiket tersebut untuk 4 movie dan pada masa berbeza. Ingatkan 4 tiket tu kena guna sekali gus.. Ok la tu boleh guna satu2. Ambik satu hari tgk 4 movie nonstop dari pagi sampai malam.. :D
TQ Nuffnang

Post 4 Jan 2011
Wahh what a surprize.
Saya dapat hadiah hari jadi tiket free menontong wayang (4 tiket free). Bagus betul Nuffnang ni. kalau beli mau dah RM40. Kira ok la tu. sapa nak bagi free kat kita. Ini menaikkan semangat saya untuk terus Blogging. Nak dapat cek ribu2 dari Nuffnang suatu masa nanti.

Kalau la wordpress saya ni boleh letak add Nuffnang sure boleh dapat yer la trafik hit blog saya sehari sekitar 300 - 700 sehari. ok tu setiap hari semakin banyak yang mengunjungi.

terima kasih atsa sokongan pengunjung dan peminat2 saya.

Monday, January 3, 2011

Sunday, January 2, 2011

Steak House Kampung Baru


Restoran Western kat kampung baru ini merupakan kali kedua sepanjang tahun ini saya cuba. sebelum ini ada pengunjung dari blog saya yang mencadangkan tempat ini. walau pun dekat sahaja dgn restoran Chip n Steak yang selalu saya kunjungi namun tidak juga saya sampai. kali ini tergerak hati untuk mencuba makanan western kat restoran STEAK HOUSE ini. Kali pertama mencuba, saya mencuba makanan kegemaran saya iaitu Lamb Chop. Perghh sedap jugak.. memang best la. tak sangka. kalau la dulu lagi dah cuba sure sy datang selalu makan kat restoran ini.



Lokasi restoran ini mudah sahaja dicari atau ditemui. Restoran ini terletak sebaris dengan Masjid Jamek Kampung Baru. Masuk Trafik Light simpang Empat masjid di sebelah kiri anda terus lagi anda akan jumpa simpang 4 ada parking ospital tawakal kampung baru disebelah kanan. Selepas simpang empat anda akan dapat melihat Restoran STEAK HOUSE di sebelah kiri anda.



Pakir kereta amat terhad di hadapan restoran ini. oleh itu jika hendak senang anda boleh la pakir di pakir lot sebelah kanan di hadapan sedikit dari restoran ini. Bayaran RM3 dikenakan untuk sekali masuk pakir. Kawasan Pakir ini agak luas boleh muat banyak kereta. kalau nak jimat sampai kena tercari2 pakir dan tunggu orang keluar dah buang masa.. bayar je Rm3 dah boleh pakir dgn cepat.


 


Ruang makan di restoran ini ada dua bahagian, iaitu bahagian luar dan bahagian dalam. bahagian dalam sentiasa dalam keadaan gelap dan ditemani cahaya lampu yang suram, manakala bahagian luar open air. Suasana juga ok susunan meja tidak begitu padat dan ia nampak teratur. Terdapat kemudahan tandas dan surau disediakan direstoran ini. Namun Tandas nya adalah unisex. Dua2 jantina boleh masuk..perlu ambik giliran jer.


Selain Lamb Chop saya juga ada mencuba chiken cop dan sup cendawan, rasa ok dan sedap, manakala harga juga berpatutan. Saya ada bertanya di kaunter sama ada boleh dibuat booking melalui telefon atau pun ada kad nama. namaun petugas kaunter memaklumkan bahawa tiada kada dan booking adalah melalui datang sendiri di kaunter.


entri sebelum ini mengenai western kampung baru : http://hamydy.wordpress.com/2008/05/22/western-food-kampung-baru/


 

19/08/2011

salam ramadan kepada pembaca blog saya. sepanjang bulan ramadan 2011 saya sering di hujani dengan panggilan telefon untuk buat reservation untuk berbuka puasa di restoran ini. Harap maaf sbb sy tiada no telefon restoran ini untuk saya share kat sini.

Setahu saya tiada reservation melalui telefon dibuat setakat ini, saya pernah bertanya pada casher restoran tersebut jika hendak buat reservation kena datang awal buat oder dan terus bayar barula dia akan reserve meja dan siapkan makanan untuk kita.

harap dengan penerangan saya ini tiada lagi pembaca yang tersalah call saya untuk buat reservation ya.. :D

2010 in review

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here's a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers


Featured image

The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 79,000 times in 2010. If it were an exhibit at The Louvre Museum, it would take 3 days for that many people to see it.

In 2010, there were 51 new posts, growing the total archive of this blog to 132 posts. There were 353 pictures uploaded, taking up a total of 145mb. That's about 7 pictures per week.

The busiest day of the year was August 23rd with 710 views. The most popular post that day was Ikan Bakar Bagan Lalang.

Where did they come from?


The top referring sites in 2010 were en.wordpress.com, google.com.my, facebook.com, search.conduit.com, and mail.yahoo.com.

Some visitors came searching, mostly for ikan bakar bagan lalang, kota kinabalu map, puyuh, mendaki gunung kinabalu, and hotel murah di kota kinabalu.

Attractions in 2010


These are the posts and pages that got the most views in 2010.
1

Ikan Bakar Bagan Lalang January 2008
14 comments
2

Restoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala Lumpur February 2009
29 comments
3

Kos Mendaki Gunung Kinabalu Meningkat October 2008
257 comments
4

Western Food Kampung Baru May 2008
15 comments
5

Hotel Murah Kota Kinabalu Sabah January 2009
41 comments

 

Sumber:






— On Sun, 2/1/11, WordPress.com <donotreply@wordpress.com> wrote: 
From: WordPress.com <donotreply@wordpress.com>
Subject: Your 2010 year in blogging [hamydy.wordpress.com]
To: hamydy@yahoo.com
Date: Sunday, 2 January, 2011, 5:22 AM

Your 2010 year in blogging







Team WordPress.com + Stats Helper Monkeys
January 2nd, 20


This entry was posted in

Saturday, January 1, 2011

Gunung Tok Wan 2011


Gunung Tok Wan

Bermalam Di Puncak Broga
Gunung Tok Wan merupakan kali pertama saya daki pada 1.1.2011. Disebabkan sudah ada entri berkaitan dengan Bukit Broga sebelum ini maka untuk entri kali ini yang berkaitan dengan Gunung Tok Wan maka sy tidak akan bercerita lanjut mengenainya. Sudah banyak kali sy hendak mendaki Gunung Tok Wan apabila setiap kali menjejak ke puncak Broga, namun faktor masa dan timing tidak mengizinkan. Perancangan untuk menyambut tahun baru 2011 di Bukit Broga. Pada malam tahun baru tersebut ramai orang telah memenuhi semua puncak Broga dari puncak 1 sehinggalah puncak 4. Puncak 1 paling ramai orang. Setibanya di puncak pertama pengunjung telahpun menyambut kedatangan tahun baru dengan bermain bunga api dan mercun. Sungguh indah sekali. Malangnya saya tidak sempat merakam gambar saat2 tersebut kerana baru sampai. Setelah 15 minit org ramai berpusu-pusu turun dari puncak 1 Broga. Yang tinggal hanya lah pendaki-pendaki yang ingin bermalam di puncak Broga. Saya singgah bermalam di puncak Broga sehingga menjelang pagi sambil melayan sunrise dengan para pengunjung yang ramai pagi tahun baru itu dianggarkan sekitar 100-150 orang. Kanak2 dan keluarhga masing2 menjadikan pendakian ke puncak Broga sebagai senaman pagi.



Pendakian Gunung Tok Wan
Gunung Tok Wan merupakan gunung yang rendah  kelangsungan dari Bukit Broga. Trekking mendaki Bukit Broga sepanjang 1.7km untuk sampai ke Puncak Bukit Broga, Bermula dari puncak Bukit Broga kita memerlukan 3.1km lagi untuk sampai ke Puncak Gunung Tok Wan. Bukit Broga hanya ber ketinggian 400 meter manakala Gunung Tok Wan ber ketinggian 675 meter dari paras laut.



Pemandangan di Puncak Broga sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan


Tempoh Perjalanan mendaki ke Puncak Gunung Tok Wan mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit (ini kelajuan saya). Paling lewat jika berkumpulan melebihi 5 orang anda akan mengambil masa sekitar paling lewat 2 jam untuk sampai. Kalau lagi laju anda boleh sampai paling cepat 1jam.



Pokok Besar yang menyeramkan sebelum melalui Bukit Pertama


Trek pendakian ke Gunung Tok Wan tidak sukar dan ia merupakan singgle trek. laluan bersih dan senang untuk dilalui tanpa perlu bantuan GUIDE. Anda perlu melalui 5 buah bukit sebelum sampai ke puncak Gunung Tok Wan. Dari bukit pertama hingga bukit ketiga trek agak landai dan tidak memenatkan. Apabila melalui bukit ke 4 dan 5 pendakian agak curam sekitar 45 darjah. Diantara bukit ke 4 dan 5 anda akan melalui kawasan berbatu yang berkemungkinan besar kawasan laluan air, namun ia telah kering.


Kawasan tempat babi hutan bersantai



Bukit 4                                                                                        Bukit 5



kawasan berbatu antara bukit 4 dan 5        Spesis daun besar

Pendakian Malam
Pendakian Malam, jika anda berniat untuk mendaki di waktu malam, Gunung Tokwan agak tidak sesuai, ini kerana terdapat kawasan tempat babi hutan berkubang di beberapa kawasan sepanjang laluan trek. Namun jika anda berdegil untuk trekking malam juga, perkara paling penting anda perlu bawa ialah mercun bom,bola atau apa saja yang mengeluarkan bunyi yang kuat bagi menghalau kumpulan2 babi hutan ini.



Lubuk Babi Hutan : Harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini.


Sumber Air
Sumber air, Gunung Tok Wan dan Bukit Broga tiada sumber air. oleh itu anda perlu memikirkan bekalan air yang mencukupi bagi menampung keperluan ketika mendaki atau pun bermalam di atas sana.




Flora dan Fauna Gunung Tok Wan
Flora dan Fauna sepanjang perjalanan menuju ke puncak Gunung Tok Wan, pelbagai spesis cendawan yang ditemui tumbuh di sepanjang trek memandangkan cuaca yang lembab terutama selepas hujan. Dalam perjalanan anda akan menemui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok kantan. Terdapat juga pokok berduri, oleh itu anda perlu berhati2hati ketika memegang pokok bagi mengelakkan cedera.


Puncak Gunung Tok Wan
Puncak Gunung Tok Wan tidak mempunyai pemandangan yang menarik, sekitar puncak tersebut di kelilingi oleh pokok pokok renek dan tinggi. Terdapat sebuah pondok dan bangku yang telah dibina oleh PAT (Putrajaya Adventure Team). Terdapat juga kawasan untuk camp fire dan memasak yang dibina dengan susunan batu bata berbentuk empat segi. Sebuah tong sampah disediakan bagi memudahkan pengunjung membuang sampah (persoalannya siapakah yang rajin nak bawa turun) oleh itu walaupun ada tong sampah disitu pengunjung dinasihatkan membawa pulang sendiri sampah yang anda buat. Selain tong sampah merah juga terdapat sebuat cerek besi yang ditinggalkan disitu untuk dikongsi guna (jagalah harta awam ini sebaiknya).


Suasana di puncak Gunung Tok Wan ini sungguh nyaman dan sejuk sekali, sangat syok untuk tidur setelah penat mendaki. Tiupan angin yang sentiasa ada membuatkan anda terasa sejuk. Kawasan ini bersih dan tiada sampah..(diharap pengunjung tidak membuang sampah merata2). Cintailah alam sekitar dan hutan anda untuk anak cucu anda nanti


Kemudahan tandas tidak disediakan memandangkan tiada sumber air.



Tentative Perjalanan


Jumaat 31 Dis 2010
09.00 malam - Bertolak dari rumah
10.00 malam - singgah makan di restoran Tom Yam depan petronas simpang ke Broga
11.00 malam - Tiba di pakir kebun kelapa sawit - jumpa geng shah alam 6 orang
11.30 malam - Mula mendaki
12.00 malam - tiba di puncak 1 Broga - dah ramai orang sambut thn baru dgn percikan bunga api.
12.01 pagi - Heppy New Year

Sabtu 1 Jan 2011
12.01 pagi - Meneruskan perjalanan melepasi bukit 2,3 dan 4
12.30 pagi - Tiba di puncak Bukit Broga - Jumpa Geng PAT (Putrajaya Adventure Team) sedang Camping
01.00 pagi - Lepak2 sambil sembang dgn Cif PAT. dia cakap takde org kat Gunung Tok Wan
01.30 pagi - Membatalkan hasrat untuk ke Gunung Tokwan (kerana seorang diri) dan cari lokasi tapak khemah
02.30 pagi - setelah lepak minum kopi cicah dgn biskut .. apa lagi tido la
05.00 pagi - dah bangun
06.00 pagi - semakin ramai pengunjung tiba membanjiri puncak Broga
07.00 pagi - Sarapan pagi - sandwish dgn tuna dan kopi panas...pergghh sodapnya
07.00 pagi - Jumpa GARFU OHM - perbincangan ringkas - dia tak jadi naik tokwan
08.00 pagi - Paking
08.30 pagi - Meneruskan Pendakian Solo ke Gunung Tok Wan bersama budak2 lain yang sehaluan
09.45 pagi - Tiba di Puncak Gunung Tok Wan- sampai jer jumpa roup chinese guy sedang minum teh,
budak2 shah alam, budak2 UNITEN- Lebih kurang 20 orang semuanya.
10.00 pagi - Tinjau2 kawasan sekeliling
11.00 pagi - Buat unggun api dan masak nasi goreng ikan bilis
12.00 tgh - tido
02.00 ptg - Packing barang2
02.30 ptg - Mula turun sambil santai2 ambil gambar.
04.00 ptg - Tiba di Puncak Broga
04.30 ptg - Tiba di Pakir Kereta
05.30 ptg - Pulang ke KL