Sunday, January 2, 2011

Steak House Kampung Baru


Restoran Western kat kampung baru ini merupakan kali kedua sepanjang tahun ini saya cuba. sebelum ini ada pengunjung dari blog saya yang mencadangkan tempat ini. walau pun dekat sahaja dgn restoran Chip n Steak yang selalu saya kunjungi namun tidak juga saya sampai. kali ini tergerak hati untuk mencuba makanan western kat restoran STEAK HOUSE ini. Kali pertama mencuba, saya mencuba makanan kegemaran saya iaitu Lamb Chop. Perghh sedap jugak.. memang best la. tak sangka. kalau la dulu lagi dah cuba sure sy datang selalu makan kat restoran ini.



Lokasi restoran ini mudah sahaja dicari atau ditemui. Restoran ini terletak sebaris dengan Masjid Jamek Kampung Baru. Masuk Trafik Light simpang Empat masjid di sebelah kiri anda terus lagi anda akan jumpa simpang 4 ada parking ospital tawakal kampung baru disebelah kanan. Selepas simpang empat anda akan dapat melihat Restoran STEAK HOUSE di sebelah kiri anda.



Pakir kereta amat terhad di hadapan restoran ini. oleh itu jika hendak senang anda boleh la pakir di pakir lot sebelah kanan di hadapan sedikit dari restoran ini. Bayaran RM3 dikenakan untuk sekali masuk pakir. Kawasan Pakir ini agak luas boleh muat banyak kereta. kalau nak jimat sampai kena tercari2 pakir dan tunggu orang keluar dah buang masa.. bayar je Rm3 dah boleh pakir dgn cepat.


 


Ruang makan di restoran ini ada dua bahagian, iaitu bahagian luar dan bahagian dalam. bahagian dalam sentiasa dalam keadaan gelap dan ditemani cahaya lampu yang suram, manakala bahagian luar open air. Suasana juga ok susunan meja tidak begitu padat dan ia nampak teratur. Terdapat kemudahan tandas dan surau disediakan direstoran ini. Namun Tandas nya adalah unisex. Dua2 jantina boleh masuk..perlu ambik giliran jer.


Selain Lamb Chop saya juga ada mencuba chiken cop dan sup cendawan, rasa ok dan sedap, manakala harga juga berpatutan. Saya ada bertanya di kaunter sama ada boleh dibuat booking melalui telefon atau pun ada kad nama. namaun petugas kaunter memaklumkan bahawa tiada kada dan booking adalah melalui datang sendiri di kaunter.


entri sebelum ini mengenai western kampung baru : http://hamydy.wordpress.com/2008/05/22/western-food-kampung-baru/


 

19/08/2011

salam ramadan kepada pembaca blog saya. sepanjang bulan ramadan 2011 saya sering di hujani dengan panggilan telefon untuk buat reservation untuk berbuka puasa di restoran ini. Harap maaf sbb sy tiada no telefon restoran ini untuk saya share kat sini.

Setahu saya tiada reservation melalui telefon dibuat setakat ini, saya pernah bertanya pada casher restoran tersebut jika hendak buat reservation kena datang awal buat oder dan terus bayar barula dia akan reserve meja dan siapkan makanan untuk kita.

harap dengan penerangan saya ini tiada lagi pembaca yang tersalah call saya untuk buat reservation ya.. :D