Friday, October 4, 2013

Jeju Island ~ Korea 2013

Jeju air
Jeju Island ~ Land of Love
Trip 4h3m ke Korea Selatan kali kedua ini membawa saya ke daerah Selatan Korea Selatan iaitu Pulau Jeju.
Pulau ini asalnya adalah sebuah pulau gunung Berapi yang membentuk sebuah gunung yang diberi nama Gunung Halla (Halla Mountain/Hallasan), Hallasan dalam bahasa korea bermaksud Gunung Halla, gunung ini setinggi 1950 meter dari aras laut dan merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Kenapa saya cakap jeju lan of love, sbbnya tempatnya yang cantik sesuai sangan bagi couple2 yang tengah hangat bercinta atau yg tengah berbulan madu datang sini. Banyak tempat yang menarik yang sesuai datang pada musim luruh musin bunga dan musim panas. Kalau musim sejuk salji jer nampak putih jer tak menarik pun. kalau nak main salji tapi nak panas datang sekitar mac atau april kerana yang masih ada salji di kawasan pergunungan sahaja di bandar dah tiada.

Trip ke Jeju ini memang dinantikan saya setelah mendapat tahu yang Air Asia akan buat promosi laluan pertama ke Busan. Sebelum ini ramai yang pergi ke Jeju dengan turun ke Seoul dahulu kemudian menaiki pesawat terus ke jeju, atau melalui train ke Busan kemudiannya menaiki pesawat atau ferry ke jeju. Jadi dengan promo Air asia terus ke Busan memang menjimatkan masa. Saya berjaya mendapatkan tiket promo KL- Busan dengan harga paling murah iaitu RM338 pergi balik...murah kan :D. dibeli pada 26 May 2013.

Setelah berjaya mendapat tiket maka bermulalah sedikit home work mencari info pasal Busan dan jeju. Banyak jugak blog dan juga website yang saya baca seperti Lonely Planet dan Trip Advisor. Selain itu rakan2 blogger saya yang telah pergi juga saya rujuk antaranya andrejournal (Andrita) dan juga Sham East. Info transport dari Busan ke Jeju seperti Domestik flight, Train dan ferry. Transport di Jeju saya mendapatkan info berkaitan Bus, teksi dan sewa motosikal. Kemudiannya membuat sedikit kajian tentang tentative yang bersesuaian dengan masa yang saya ada. Misi utama trip ini adalah untuk mendaki Gunung Hallasan.
jejuair jejuair
Persediaan
Setelah mendapat semua info yang diperlukan, saya membuat keputusan untuk menaiki domestik flight dari Busan ke Jeju dan menyewa motosikal untuk pusing-pusing di Jeju. Terdapat beberapa syarikat penerbangan Domestik yang boleh kita gunakan seperti Jejuair, Korean Air, Busan Air dan Jetstar. So saya berjaya dapatkan tiket yang paling murah dari Jeju Air dengan harga RM250 pergi balik tempahan online. Untuk tempahan online Jeju Air anda perlu daftar jadi ahli dahulu.Seterusnya saya membuat tempahan sewa motosikal dari Mr Lee (Lee's Bike Shop). Kedai moto ni antara kedai yang terkenal dikalangan pelancong. Untuk tempah perlu ada Lesen International. Saya hanya berurusan melalui email. Ini alamat webnya http://www.jejubike.co.kr/eng/rental/need.html, Koordinat : 33.497599, 126.519937
lee bike shop DSC_8348
Seterusnya saya mencari hostel yang murah untuk menginap. Carian dalam Booking.Com dan juga Agoda. Akhirnya saya memilih Green Guest House di Jeju city untuk menginap sepanjang 3 malam. Saya memilih guest house ini kerana hostel ini terkenal dikalangan para pendaki gunung hallasan. Hostel ini menyediakan perkhidmatan transport percuma ke kaki Gunung hallasan. Bagi kebanyakan pelancong yang tidak mendaki saya cadangkan supaya menginap di Yeha Guest House yang terletak di tengah Jeju City. So perkara asas telah saya selesaikan seperti berikut

1. Flight - KL-Busan-KL
2. Flight - Busan - Jeju - Busan
3. Hostel
4. Sewa Moto

Pakaian, Makanan dan Bahasa
Memandangkan September adalah musim permulaan musim luruh, maka cuaca di sana adalah panas. Jadi saya bawa pakaian biasa sahaja. Jaket dan Glove tidak perlu. Makanan pula saya tapau Sambal Ikan bilis, serunding dan mee segera. Memandangkan kebanyakkan orang Korea tidak boleh berbahasa English maka saya telah save perkataan tertentu dalam tulisan Korea. Antaranya Daging Babi, Sos Babi, Minyak Babi, Kulit Babi, Ikan, Nasi, Alamat Hostel, Nama Tempat di dalam handphone saya, selain itu gambar tertentu juga saya simpan seperti gambar babi, gambar ikan, gambar nasi, bus dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk komunikasi, bila bercakap dengan orang korea yg tidak tahu english maka saya hanya tunjukkan perkataan tersebut. Contohnya jika saya hendak masuk ke restoran yang 100% seafood untuk pastikannya saya akan tunjuk perkataan Daging Babi, Sos Babi, Minyak Babi, Kulit Babi jika semua itu tiada barulah saya masuk makan. Itupun saya oder Nasi putih sayur segar dan ikan bakar, selebihnya lauk saya gunakan ikan bilis dan serunding.

Hari Pertama
Saya menuju ke LCCT menaiki Bus Air dari KL Sentral. Seawal 3.00am saya telah menunggu bus di KL Sentral, Dapat naik bus jam 3.30 dan sampai di LCCT sekitar jam 4.30am. Cari kerusi urut tutup suiz kat belakang dan sambung tido sehingga jam 6.30am. Selepas tu jam 7 dah masuk boarding dan menunggu di gate. Flight tidak delay dan saya berlepas tepat pada jam 8.30am. Penerbangan selama 6 jam dengan pesawat Air Bus memang selesa lebih besar dari Pesawat Boieng. Kebetulan saya dipilih lagi sebagai Spy AirAsia, apa lagi semasa boring2 dalam flight saya beramah mesra dengan Flight Atendant untuk dapatkan nama dan menilai perkhidmatan mereka.
Jeju air Jeju air
Busan - Gimhae International Airport
Saya tiba di busan sekitar jam 3.00pm. sampai sahaja di airport perkara pertama saya buat adalah dapatkan peta Busan di kaunter informasi. Kemudiannya saya terus mencari kaunter JejuAir, disebabkan ia penerbangan Domestik maka kita perlu keluar dari terminal antarabangsa ke banggunan sebelah untuk terminal Domestik. Sampai sahaja di terminal domestik saya terus ke kaunter jejuair. Sepatutnya flight saya jam 7.00pm, sengaja saya beli lewat kerana taku pesawat Air Asia lewat. Sebenarnya saya hendak cek in awal, tapi masa kat kaunter petugas ingat saya nak tukar flight awal, so dia terus tukar saya masuk ke penerbangan lebih awal iaitu jam 5.00pm free. Apalagi bila dia ckp no caj, saya ckp ok aja. dapat sampai jeju lebih awal. Pesawat JejuAir ini walaupun domestik dan murah dia tetap hidangkan air oren percuma kepada penumpang yang mintak, kira baik sikit dari Air Asia. Jam 6.00pm saya sampai di Jeju Airport.

Jeju
Di Airport saya dapatkan peta jeju dari kaunter informasi. Seterusnya saya tanyakan bus ke alamat hostel saya. Petugas Kaunter Informasi sangat bagus walaupun englishnya merangkak dia sangat membantu saya. Dia berikan jadual dan no bus, dia bulatkan no bus dan juga nama tempat berhenti. Seterusnya dia tuliskan dalam bahasa korea lokasi saya hendak berhenti. Jika hendak ke Green Guest House bole naik bus no 90 dan 100, saya tunjukkan nota yang ditulis oleh petugas kaunter informasi. Ternyata driver bus tak pandai english. dia cuma guna bahasa isyarat sahaja dgn saya dia suh saya duduk dan dia akan stop bus bila sampai lokasi green guest house. Tambang bus cuma 1ribu won. Bus mengambil masa 30minit. jika naik teksi cuma sekitar 10minit sahaja. Sampai di lokasi Green Guest House saya tercari2 sighboard hostel tetapi tidak jumpa, saya bertanya orang dan mereka menunjukkan hostel yang ternyata sudah di depan mata saya. mana tidak jumpa ternyata sighboarnya dalam bahasa korea, puas saya cari. haha.
Green Guest House Green Guest House Jeju
Green Guest House Jeju Green Guest House Jeju
Green Guest House
Masuk sahaja yang fasih english adalah pemilik hostel tersebut, setelah buat bayaran saya terus masuk ke bilik. tempah online melalui Booking.com tak perlu bayar online. Setelah unpacking barangsaya kuar hendak bersiar2 dan cari makan, sempat berbual dengan owner hostel dan memaklumkan yang saya akan mendaki Hallasan, so dia bagitau jam 7.00am bertolak dan dia ambil jam 4.30pm. Hostel ini bersih dan selesa. Tidak dibenarkan merokok di dalam hostel. Jadi ramai la yang melepak kat luar hostel untuk merokok.

Makan Malam
Saya jalan2 sekitar kawasan tersebut dan singgah makan di sebuah restoran kecil. masuk sahaja saya pun tunjukkan perkataan yang saya save dalam bahasa korea, bila yakin tiada babi maka saya pun oder ikan bakar dan nasi putih. Mahal jugak kedai ini iaitu 30ribu Won, silap saya juga tak cek dulu ikan apa, main ambik jer ..ikan spesis mahal kot :D. Selepas makan saya balik ke hostel. Masa kat hostel saya mula mengkaji peta dan menggunakan aplikasi WAZE Navigasi untuk saya save lokasi2 yang saya hendak pergi. Di guest house ada wifi free jadi saya buka map WAZE dan navigate siap2 tempat yang saya nak pergi dan save. Bila buka peta dalam aplikasi WAZE pastikan anda zoom sebesar mungkin supaya ia dapat save, jadi bila esoknya guna navigasi walaupun tiada wifi maka masih dapat buat navigasi. Selain Navigasi Waze anda boleh download pelbagai lagi App Navigasi ofline yang tidak memerlukan internet di smart phone,antaranya seperti app "MAPS ME" dan "Navigate 6".
Lee bike Shop Lee bike Shop
Hari Kedua
Selepas sarapan sekitar jam 8.00am saya mula berjalan kaki ke Kedai Motor Lee's Bike Shop berpandukan navigasi WAZE, saya berjalan sejauh 3km. Sampai saja di kedai moto saya serahkan pasport dan tunjukkan lesen international. dan sain surat kontrak sewa. Hati2 dengan moto sewa, sbb kat kontrak tu tertulis sebarang kerosakkan mesti kita bayar, dan jika terlibat dalam kemalangan kita kena ganti nilai motosikal tersebut. Setelah saya cek motosikal tu bebas segala kerosakan, calar atau kemek maka saya menerima kunci. Mr Lee ni siap bagi mask dan sovinior dari batu gunung berapi kepada pelancong yang menyewa. Mr Lee ini tidak akan ajar kita menggunakan moto so kalau yang tak pandai naik scuter tu hati la :D. Maka bermula la perjalanan solo saya, Pemanduan sebelah kanan mula2 janggal sikit selepas tu dah biasa. Saya menggunakan WAZE pergi ke lokasi yang hendak di tuju. Jika hendak pusing pulau Jeju tak cukup satu hari, 2-3 hari, jadi saya saya memilih trip ke East. sebenarnya jika anda sewa driver anda boleh tour seawal 6.00am untuk ke tempat2 menarik sebelah timur atau barat atau terus ke selatan iaitu Seongwipo. Saya gerak lambat jam 11.00baru mula so sempat pusing jeju city dan pergi ke arah timur sahaja.
Love land Love land
Love Land
Love Land adalah sebuah taman yang terletak tidak jauh dari jeju city, di taman ini diabadikan kesenian dan kenikmatan cinta. :D hahaha. Sebenarnya taman ni macam Sex Garden jer. Banyak patung-patung yang menunjukkan posisi sex dan ilmu sex. Terdapat juga galeri dan muzium sex. Dalam galeri dan muzium itu anda akan dapat tahu tentang kehidupan sex warga korea dan ada dijual alat2 bantuan sex. Tak pandai saya nak ceritakan pasal taman ini kena masuk tengok sendiri. Sebenarnya banyak lagi pic yang menarik lagi dasyat...tetapi tidak sesuai untuk tayangan umum :D, jadi saya pilih 4 keping sahaja yang  elok sikit untuk masuk dalam blog ni hihihi..
Love land Love land
Love land Love land
Tiket masuk adalah 9ribu won seorang sekali masuk. Sesuai sangat untuk pasangan baru kawen atau yg sedang berbulan madu masuk ke park ini. Saya lihat orang korea open minded dan tidak pelik tentang perkara ini. Memang ramai pengunjung yang masuk. Selain Love Land ni ada beberapa lagi tempat yang seumpama ini seperti Sex Museum and Art. Selepas masuk Love Land saya melawat Art Musium and Culture sebelahnya.

Art Museum
Di art museum yang bersebelahan Love Land ni saya singgah sebentar sahaja tak masuk pun. tgk landskap saja, memang cantik. jumpa landskap dulu baru jumpa dewan museum di kawasan landskap ini pun terdapat sculpture2 yang unik dan cantik. Ramai yang datang, kebanyakan pelancong local dari tanah besar dan Pelajar sekolah.
Culture art village Culture art village
Culture art village Culture art village
Culture Village & Art
Seterusnya saya meneruskan ke Culture Village & Art, masih dalam Jeju City. Kat sini saya dapat memahami sedikit sebanyak sejarah orang Korea Jeju. Bagaimana kehidupan mayarakat secara tradisional sebelum moden. Pertukangan, Pertanian, Pakaian dan cara hidup. Memang menarik tambahan pulak landskap yang cantik di kawasan luar Museum ini. Ramai juga pelajar sekolah yang datang. Sebanarnya banyak lagi museum dan culture village yang ada yang boleh dilawati. Memang bagus kalau dapat pergi banyak tempat , cuma masa saja tak cukup.
Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak
Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak
Seongsan Ilchulbong - "Seongsan Sunrise Peak"
Seterusnya saya meneruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong. Tempat ini merupakan kawah gunung berapi kecil yang telah tidak aktif dimana jika musim bunga akan kelihatan pemandangan kawah yang cantik dilitupi bunga dan hijauan. memang cantik. Perjalanan tidak susah kerana saya sudah save navigasi WAZE. Ikut saja saya sampai di pantai sudah jam 4.00pm, ikut hati saya nak naik sampai ke Seongsan Park dan terus mendaki ke puncak melihat pemandangan. Tapi disebabkan sewa moto yang perlu hantar sebelum jam 7.00pm maka saya sempat bergambar di kawasan pantai dengan berlatarbelakang kan Seongsan Ilchulbong. Tempat ini sesuai untuk melihat matahari terbit sesuai dengan namanya "Seongsan Sunrise Peak" jadi kalau boleh datang awal pagi. Cuma jika anda naik motosikal agak bahaya kerana perjalanan yang jauh ini jalannya sunyi dan tiada lampu diwaktu malam jika merentasi desa dan ladang. View memang cantik lagi cantik kalau dapat naik ke puncak kawah tersebut. Seterusnya selepas rehat dan makan bekal yang saya bawa. saya meneruskan perjalanan pulang ke Jeju City. Sampi di kedai moto ngam2 jam 7.00pm, pekerja mr lee dah siap2 tunggu nak tutup kedai. Sebenarnya jika kita sewa satu hari dan kemudiannya kalau kita lewat hantar dan moto dipulangkan esok hari dia akan caj jadi dua hari.
Jeju Jeju
Setelah hantar motosikal saya berjalan pulang, jam baru 7.00pm, jadi saya sempat merayap shoping kompleks sekitar perjalanan pulang yang sejauh 3.6km. Saya usha hp samsung ..ingat lagi murah dari Malaysia, ternyata lebih kurang saja harganya, sbb dia datang dengan pakej talian. Saya tanya kalau body sahaja dia jual atau tidak, tapi dia cakap pakej. Rasanya kalau dia jual body sahaja sure lagi murah.
Jeju Jeju
Makan malam, kali ini saya sudah bijak cari kedai makan, makan kat salah satu restoran seafood yang murah. memang best, mulanya saya tunjukkan tulisan korea pasal daging babi, sos babi dan sebagainya, dia ingat saya nak mkn yang tu, so dia siap keluar tunjukkan kedai yang ada benda2 tu...:D. last2 dia paham jugak.. dapat la saya makan murah. ikan sotong dan beberapa seafood hidup2 lagi dalam akuarium. Saya cuba sotong korita, pilih dan tangkap sendiri, ambil yang kecil saja ..kang besar mahal pulak. saya mintak dia masak, kalau tidak dia hidang mentah2 siap bergerak2 lagi. :D. Dah puas makan saya kuar jejalan. hurrmm hotel saya tu boring sikit sebab takde hiburan. org kat sekitar situ nampaknya jenis lepak makan dan minum arak, terdapat beberapa pusat karaoke berhampiran. Setakat ni saya jalan sorang selamat tiada gangguan pun. Dan sekitar jam 9-10pm tu kita akan perasan orang2 korea mula kuar berjoging, mungkin siang hari tak sempat. So malam tu saya pusing2 bandar dan cari supermarket dan kedai runcit untuk membeli keperluan bekalan makanan untuk persediaan mendaki esoknya. Ada beberapa supermarket yang buka 24jam selain dari kedai 7-11. memang senang dan mudah.
Hallasan Hallasan
Hari Ketiga
hari ketiga ni saya mendaki Gunung Hallasan. sebab dah ada entri pasal gunung hallasan dalam entri sebelumnya maka saya tak akan citer banyak, jika nak tau sila klik link ini http://hamydy.wordpress.com/2013/09/16/mt-hallasan-jeju-korea-selatan/ . Saya bangun awal dan sarapan jam 6.30am. Lepas makan jam tujuh naik van ke Entrance Gunung Hallasan. Saya balik jam 8.00pm dengan teksi sebab dah lewat, Transport hotel (Green Guest House) cuma pick up pada jam 4.30pm sahaja. Balik sahaja saya terus la berehat, letih jugak naik Gunung Hallasan Daypack ni. Lepas mandi dan badan dah segar saya pun kuar cari makan. Kali ini restoran lain pulak Makan belut bakar. murah saja satu set 14ribu won. Kenyang giler. Kalao orang korea makan mentahh letak atas kuali macam steamboat.

Hari ke Empat
Selepas sarapan 6.30am saya mula kuar menahan teksi di luar, kebetulan keluar saja dah dapat teksi, Tambang teksi ke Airport cuma 5ribu Won sahaja perjalanan 5minit sahaja. Dekat saja sebenarnya jika tidak melalui Jeju City, Kalau bus melalui bandar boleh sampai 30 minit. Sampai di airport saya cek in Jeju Air. Seterusnya menaiki pesawat JejuAir ke Busan.
Busan Busan
Busan
Sampai di busan saya terus ke International Terminal untuk letak beg. Ada perkhidmatan simpan beg murah saja ikut jam so saya simpan dari jam 10.00am hingga jam 3.00pm, Maaf lupa berapa dia caj tapi murah la. Selepas letak beg saya bergerak untuk misi saya ke Jagalchi Market, banyak tempat yang boleh pergi kat Busan. tapi kesuntukan masa jadi saya pilih la Jagalchi Market. Tempat ni memang tumpuan shoping jugak.

Saya tgk peta Busan ada maklumat bus, train dan subway. Bila dah paham saya pun naik la Train keluar dari kawasan airport menuju ke bandar merentasi sungai yang besar, pemandangan memang cantik. Seterusnya tukar train subway ke station berikutnya. Station ni tiada pun yang jaga, nak tukar syiling ada mesin tukar, nak tanya petugas tiada. sbb org korea ni displin dan tak nakal. tak ada pun polis, Lagi pun senang saja ikut warna train jer bila ada pertukaran. contohnya mula2 kita line hijau then tukar train line biru..ikut jer singboard sure tak susah.
Jagalchi Jagalchi
Jagalchi Jagalchi
Jagalchi Market
Sampai saja station subway Jagalchi Market saya dah nampak kedai2 yang menjual barang2 outdoor, memang murah dan berkualiti jugak. memang orang korea di busan rajin hiking rasanya. Jadi seterusnya saya berjalan2 di pekan Jagalchi. Memang Happening kat sini sbb saya bukan kaki shopping maka saya jalan2 cuci mata sahaja di pasar ini, pasar ini ada kering dan ada basah. Terdapat 2-3 kawasan pasar nama saya tak ingat tapi berpeluh jugak la saya jalan sebab besar dan banyak blok. Lebih kurang macam petaling street la keadaannya dari satu pasar ke satu pasar. Kawasan ini terletak di jalan Gudeok-ro 84beon-gil dan jalan Junggu-ro 5beon-gil. Cuma saya tak pergi Pasar Ikan segar yang terkenal di Jagalchi Market yang terletak di jalan Jagalchihaean-ro sebelah laut yang hanya mengambil masa 5-10minit perjalanan , yang saya melawat adalah pasar di pekan. Tak pandai saya nak cerita pasal pasar ni.. boleh tgk gambar ya.
GAMCHEON Culture Village GAMCHEON Culture Village
GAMCHEON Culture Village GAMCHEON Culture Village
GAMCHEON Culture Village
Jika anda ada masa anda seterusnya boleh meneruskan lawatan ke GAMCHEON Culture Village yang sangat unik dan cantik. Banggunan diwarnakan dengan cat warna warni, terdapat lukisan mural yang cantik dan pelbagai lagi. Kawasan ini merupakan kawasan kediaman dan ada juga galeri seni. Terletak tidak jauh dari Jagalchi sama ada anda naik subway turun dulu di Station Subway Goejeong dan berjalan kaki 30minit ke GAMCHEON Culture Village ataupun semasa pulang dari Jagalchi Market anda singgah disini. Saya tidak sempat melawat tempat ini kerana kesuntukan masa. Gambar2 GAMCHEON Culture Village ni saya ambil dari FB rakan saya ini.

Jalan-jalan jam dah pukul 3.00pm. Hasrat saya untuk berjumpa rakan saya yang belajar di Busan yang bernama Ang Wei Eng tidak kesampaian. Kebetulan dia kerja part time waktu itu, jadi tak sempat untuk dia jumpa saya. Saya menaiki teksi ke Airport, dari market mengambil masa 30minit, tidak la jauh cuma teksi bawa slow dan relaks saja sebab banyak trafik light dan simpang dalam pekan. Sampai di Airport baru saya makan tengahari, beli nasi segera masuk microwave dan makan dengan lauk yang saya bawa dari Malaysia.

Seterusnya saya selamat pulang ke Malaysia.

** Travel seorang ke Busan dan Jeju ini memang selamat dan tidak susah. Cuma kena berani dan jgn malu2 sahaja. Orangnya juga peramah walaupun nampak serius. Tapi yang fasih english kebanyakan yang kerja fronliner seperti perkhidmatan international saja. yang lain tu kurang fasih. Jadi kalau nak tahu maklumat apa2 tentang logistik, bus, teksi dan caj tambang pastikan semasa di airport anda cuba dapatkan dari staff Information Kaunter. Dan pastikan anda ada peta Busan dan Jeju yang diambil di airport..sbb ia lengkap.

Ringkasan Perbelanjaan dan TIPS

- Tiket Air Asia Return – RM338 (Promo route pertama Busan)
- Tiket Jeju Air Return – RM250 (Antara yg murah saya dapat)
- Bus Jeju Airport- Green Guest House, Bus no 100 dan 90 – turun di jalan Dongmun-ro, 1100 WON
- Teksi Green Guest House – Jeju Airport = 5,000WON
- Green Guest House 44,000 WON semalam
- Transport percuma ke Entrance Hallasan oleh Green Guest House pergi jam 7.00am, balik jam 4.30pm, kalau terlepas kena naik teksi la.
- Kalau teksi sekitar 20,000 WON sehala ke Entrance Hallasan
- Sijil Mt Hallasan = 1,000WON
- Yuran masuk hallasan – tiada
- Bayaran Guide – Tiada, naik sendiri ikut trek, tapi ada no tel kecemasan di hampir setiap tiang.

Tips

Bahasa
Tulis atau print dalam bahasa korea perkataan seperti, babi, sos babi, minyak babi, ikan, nasi, nama tempat, nama hotel. Bila nak Tanya driver bus atau kedai makanan dia tak paham English kita tunjuk sahaja perkataan tu.

Makan
Tapau lauk dari Malaysia seperti meggi cup segera, sambal ikan bilis, serunding, tuna dan sardine. Nasi tak perlu bawa. Kat sana beli nasi kat 7-11, nasi segera masuk microwave 2 minit dah siap di makan.

Pakaian
Bulan September Musim Luruh – Panas tak perlu coat atau glove, seluar pendek dan Tshirt dah cukup.

Kasut Hiking
Perlu kasut hiking yang baik kerana trek ada berbatu gunung berapi boleh sakit kaki dan terseliuh jika kasut tak sesuai.

Tentative
Day 1 : 12.09.2013 - Khamis
8.30am – LCCT (Air Asia) – Busan
3.00pm – Sampai Busan
5.00pm – Busan (Jeju Air) – Jeju Island
6.00pm – Jeju Island
7.00pm – Bus ke Green Guest House
7.30pm – Jalan2 sekitar hotel

Day 2 : 13.09.2013 - Jumaat
7.30am – Sarapan
11.00am – Tour Jeju Island – sewa motosikal
7.00pm – Jalan2 waktu malam

Day 3 : 14.09.2013 - Sabtu
6.30am – Sarapan dan tapau nasi
7.30am – Bertolak ke Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail.
8.00am – Mula mendaki melalui Seongpanak Trail
8.00pm – Balik Hotel

Day 4 : 15.09.2013 - Ahad
6.30am – Sarapan
7.00am – Teksi ke Airport
9.00am – Jeju Island – Busan
10.00am – Busan
11.00am – Train dan Subway to Bandar Jagalchi Market
3.00pm – Teksi – Airport
5.00pm – Busan – Kuala Lumpur

Untuk kisah saya Hiking Gunung Hallasan sila baca dalam entri sebelumya . http://hamydy.wordpress.com/2013/09/16/mt-hallasan-jeju-korea-selatan/ .

Sekian Terima Kasih

Disebabkan ramai pembaca yang msg dan email saya bertanya berkaitan Jeju, dengan ini maka saya scan semula brosur2 yang saya ambil semasa trip saya ke Jeju untuk panduang pembaca. Maaf banyak brosur yang saya ambil tak dapat nak scan semua, jadi saya sempat scan brosur penginapan sahaja dan jadual bus seperti di bawah. Semoga ini membantu :)

1. Yeha Guest House Jeju
2. Hostel Korea Jeju
3. Yellow Guest House Jeju
4. UnIguest House Jeju
5. Bus line Information