Showing posts with label backpacker. Show all posts
Showing posts with label backpacker. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

Bromo Borobudur 2015

Trip Bromo Borobudur 2015
Trip Bromo Borobudur merupakan trip singkat yang melibat Surabaya dan Yogjakarta, Tiket Penerbangan kami dapat sangat murah semasa promo Air Asia iaitu KL – Surabaya (RM79.00 beli 13 nov 2014) dan Jogyakarta – KL (RM35.29 beli 13 nov 2014). Murah kan Total return cuma RM114.29. Naik trek ETS ke Padang besar sehala pun dah RM80, ini naik flight lagi :).

Trip ini di pecahkan kepada 3. Total 13 orang peserta ke Bromo selepas Bromo kami berpecah kepada Jogja dan Malang Batu. Bila habis di Jogja kami berpecah dua pula satu pulang terus ke kl dan satu lagi sambung ke jakarta bandung. Detail perjalanan kami seperti berikut:

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
Kami semua buat janji bertemu di KLIA2. Masing2 masih belum kenal ahli-ahli lain. Selepas Boarding dan di ruang menunggu barulah kami semua berkenalan secara ringkas dengan ahli2 lain, ada 4 orang dari Penang selebihnya semua dari KL. Semua kenal dalam group whatsap sahaja sebelum ini. Kami 11 orang berlepas ke Surabaya dengan Pesawat QZ321 pada jam 10.05am. Ada peserta yang beli tiket 6.45am tapi di delaykan ke flight yang sama jam 10.05am. Manakala lagi 2 orang telah berlepas ke Surabaya sehari sebelumnya.

Tiba di Airport Surabaya, kami menggunakan Wifi gratis Airport untuk berkomunikasi secara whatsap. Supir pun memang sudah menunggu ketibaan kami kerana flight tidak delay. Kami menaiki Mini Bus dan Avanza. Kami dibawa terus makan tengahari di sebuah restoran nasi campur yang murah. Makanan juga ok.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan dan singgah di kawasan perniagaan kulit Tanggulangin iaitu di Mall Permata Tanggulangi. Kawasan ni memang banyak butik2 dan kedai taylor kulit, tapi kami masuk mall ini kerana lebih besar. Harga kat mall ni ok la boleh tahan jigak ada yang murah dan ada yang biasa. Ada pelbagai barangan disini. Dalam ramai-ramai kami ada jugak yang membeli yang lain cuci mata sahaja sbb plan nak shooping hari last trip di Jogja. Seterusnya kami bergerak ke Bromo Dalam perjalanan kami singgah di sebuah gerai Telco untuk beli Simcard SIMPATI untuk internet.

Kami sampai di Hotel Bromo Permai sekitar 6.00pm. Selepas Cek in kami keluar untuk makan2 di kedai luar hotel, cafe Hotel juga ada jual makanan sehingga jam 9.30pm, tapi kami saja nak mencuba makanan local seperti bakso, nasi goreng dan lain2 lagi. Selepas makan kami pun berehat di bilik masing2.

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
Sekitar jam 2.00am kami semua sudah siap bangun. Juga sudah pesan wakeup call pada petugas hotel, tepat jam 2.00am memang diketuk pintu bilik. Setelah siap-siap menunggu jip didepan hotel kami sempat bergambar dahulu. Kami 13 orang naik 3 buah jip yang bertutup. Jip ni maksimum penumpang 5 orang. Persiapan kena sediakan jaket, glove dan mask. Suhu sejuk masa malam dan pagi sahaja.

Kami meentasi padang pasir kawah gunung berapi dan menaiki puncak penanjakan. Kena awal jika lewat jeep parking jauh dengan puncak. Kami sampai tidak la lewat tapi parking agak jauh kerana sudah penuh jeep parking di hadapan. So kena berjalan kaki. Bagi yang malas berjalan dan tak kisah pasal duit boleh naik Ojek Moto, ada saja penduduk yang ofer naik motor untuk hantar sampai ke puncak dengan bayaran 60ribu rupiah. Boleh tawar2 sehingga dapat murah jika hendak. Kalau boleh ambik sehala sahaja bagi yang malas bejalan, sebabnya biasanya bila turun driver jeep ini akan cuba naik sampai keatas bila ada kosong.

Kami sampai di Puncak Penanjakkan sekitar jam 4.00am. Suhu memang sejuk la, kena pakai jaket dan sarung tangan. Masa ni dah ramai orang berada di puncak penanjakkan untuk menunggu sunrise. Sekitar jam 4.30 - 5.00am matahari terbit, tetapi nasib tak berapa baik sbb sedikit berkabus jadi kurang jelas kelihatan matahari tu. Selepas matahari terbit dan suasana mulai cerah, para pengunjung mulai bergambar berlatarbelakangkan Gunung Bromo dan Gunung Semeru. Kami pun tak ketinggalan bergambar. Selesai bergambar kami tidak terus turun ke jip, sebaliknya kami singgah di gerai2 sepanjang ke puncak penanjakan untuk minum teh panas dan makan pisang goreng panas. Selepas makan baru kami turun ke jeep.

Jeep membawa kami turun ke savanah padang pasir hitam. Kata orang pasir berbisik, sebab bila angin bertiup bunyinya seperti ia seakan-akan berbisik kepada kita. Kami berhenti di tengah untuk bergambar dan seterusnya menaiki semula jeep ke tempat parking jeep untuk mendaki Gunung Bromo. Sampai sahaja di parking sudah di serbu oleh pemilik kuda yang ofer untuk naik kuda. Masa ini tawar menawar berlaku dan ada beberapa orang yang menaiki kuda sehingga ke tangga gunung Bromo. Bagi yang pertama kali datang, saya nasihatkan supaya menaiki kuda, sebab ia suatu pengalaman yang jarang kita dapat, harga pun tidak mahal sekitar 100ribu sahaja, ikut tawar menawar yang anda dapat. Lagipun bagi yang semput memang la terasa penat berjalan tambah debu pasir yang berterbangan. Jadi kena pakai mask.

....Bersambung... :(

Tentatif

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
10.05am – Berlepas ke Surabaya
12.00pm – Tiba di Surabaya
01.00pm – Terus Transport ke Bromo
06.00pm – Cek in Hotel Bromo Permai
08.00pm – Shoping and minum sekitar Hotel Bromo Permai
09.00pm – Lepas Dinner Terus Tidur

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
02.00am – Siap sedia menunggu Jeep
02.30am – Bertolak ke Puncak Penanjakkan
04.00am – Sampai Puncak Penanjakkan cari port untuk lihat sun rise
05.30am – Layan Sunrise, Solat Subuh
07.00am – Minum teh dan Pisang goreng panas di puncak penanjakkan
08.00am – Bertolak ke Gunung Bromo
08.30am – Layan Gunung Bromo
10.00am – Balik ke Hotel Sarapan dan mandi
12.00pm – Cek Out dan bertolak ke air Terjun Madakaripura (Berpecah satu van ke Malang Batu)
05.00pm – Bertolak pulang ke Jogjakarta
06.00pm – Berhenti makan malam di Probolinggo

Day 3 : 19/10/2015 – Isnin
04.00am – Sampai di Jogyakarta, singgah mandi dan solat beberapa km dari Borobudur
08.00am – Tiba dan beli tiket Borobudur
12.00pm – Cek in hotel di Jalan Malioboro
01.00pm – Taman Sari dan Masjid
03.00pm – Shoping dan jenjalan di Malioboro

Day 4 : 20/10/2015 – Selasa
09.00am – Candi Prambanan
11.00pm – Ratu Boko
02.00pm – Terus ke Airport
05.15pm – Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

Anggaran Kos
Pakej Bromo (Tiket Masuk, Jeep, Transport dan Hotel) = RM300
Pakej Borobudur (Tiket Masuk, Hotel, Van) = RM370

Wednesday, November 11, 2015

Singapore ~ Trip 5 jam

Bangkok 2015
Trip 5 Jam :)
Entri ini mengisahkan trip saya ke Singapore 5 jam sahaja..hihi.. Sebenarnya saya ke JB menghadiri jemputan kenduri teman baik saya, majlis pertunangan dan juga akikah. Janji dengan kawan2 untuk sama2 makan kenduri jam 5.oopm keatas. Jadi saya sampai JB awal sekitar jam 1.30pm, so masih ada masa saya masukla Singapore untuk shoping di Funan Digital Mall.


Sampai di Terminal Bas Larkin jam 2.00pm tunggu sekitar 5 minit dah ada bas ke Singapore. Ada 3 syarikat bas awam iaitu SBS, Causeway Link, lagi satu bus merah tak ingat pulak namanya. selain bus ini ada juga bus express yang harga lebih mahal. Saya tengok bus mana yang dulu nak jalan, so saya naik bus Causeway Link yang warna kuning yang berada di terminal no 30, tambang RM3.40 sehala. Bus ini dari Larkin dan stop di Terminal Bus Queen St atau juga dikenali Bugis kerana berhampiran dengan MRT Bugis.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Disebabkan Emigresen tidak ramai orang so perjalanan laju dan lancar. Tiket bus jangan hilangkan, nanti selepas emigresen naik bus dari syarikat yang sama tak perlu bayar. Boleh naik mana2 bus syarikat yang sama tapi pastikan bertanya dahulu bus tu kemana, sbb ada banyak bus yang ulang alik emigresen JB dan woodland singapore yang berbagai destinasi. Tidak perlu tunggu No bus yang sama yang kita naik. So selepas melepasi emigresen Woodland Singapore saya terus turun ke tempat bus cari bus Causeway Link warna kuning dan tanya jika ke bugis dan terus naik, cara ini lebih cepat dari menunggu ja bus.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Sampai di Terminal Bus Queen St saya bergegas ke stesen MRT Bugis, naik tren ke City Hall. Keluar city hall saya terus berjalan kaki ke Funan Digital Mall. Masa nak exit MRT City Hall ni ada banyak exit seperti exit dlm mall, exit di Park, kalau salah exit jalan jauh la sikit, so kalau nak ke Funan Digital Mall exit yang dekat dgn gereja St Andrew Catheral.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Funan Digital Mall
Sampai di Digital Mall dah dekat jam 3.30pm, Terus singgah di Foodcourt tingkat 4 kalau tak silap, ada kedai halal kat situ. Makan nasi campur harga 4.50 SGD (RM13.50) huhuhu bahana ringgit jatuh. Selepas makan apa lagi masuk ke kedai challenger. Kedai ni jual pelbagai barangan digital dan elektronik. Saya masuk nak survey harga camera jer sebenarnya sambil usha barang2 lain. Kalau nak untung, kat sini join jadi la member. Yuran keahlian 30 SGD untuk 2 tahun, boleh dapat diskaun dan juga point. Sebelum ini pernah beli jam Polar untuk excersise dapat jimat hampir RM300 dengan guna member card. Masa saya datang kebetulan ada sale pakaian winter, harga murah, tapi kalau masa duit RM tak jatuh memang berbaloi beli sbb beza banyak, tapi sekarang kalau beli cuma beza sikit saja berbanding harga kat mesia.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Sekitar jam 5.30pm baru saya bergerak keluar dari Funan Digital mall. Naik Mrt city hall ke Bugis. Sampai di Terminal Bus Queen St, tak ramai sangat orang so naik bus terus jalan. Tiket Bus balik ke Larkin adalah 3.30 SGD, Sampai di Larkin sekitar jam 6.30pm. Ambil kereta dan terus ke Kempas untuk makan kenduri. Sampai umah kawan masih ada kawan2 yang datang lewat menunggu saya :D. tq tq sbb tunggu. Lepas makan sekitar jam 9.00pm saya bertolak pulang ke KL dan sampai KL sekitar jam 12.30am. Laju jugak bawa :).


Begitulah Perjalanan trip... Sekian

Tentatif
10.00am - Bertolak ke JB dari KL
2.15pm - Naik Bus di Larkin
3.30pm - Sampai di Funan Digital Mall
4.00pm - Masuk Kedai Challenger Digital Shop
5.30pm - Beredar dari Funan Digital Mall
6.30pm - Sampai Larkin Bus Terminal
7.00pm - Gerak ke Kempas
9.00pm - Bertolak Pulang ke KL
12.30am - Sampai KL

Kos
Makan nasi campur = 6.50 SGD
Jus Kiwi = 1.50 SGD
Aiscream kapit roti = 1.20 SGD
MRT Bugis ke City Call 1.40 SGD return = 2.80 SGD
Bus Larkin - Bus Queen St = RM3.40
Bus Bus Queen St - Larkin = 3.30 SGD

Tips
- Kalau nak naik bus dari Terminal Bus Queen St, pastikan anda jangan main naik sahaja, kena tanya dahulu Direct Larkin atau tak. Sebab ada bus SBS ke Larkin yang henti2 bukan direct. so kalau anda terkejar masa abisla. Bas henti2 ni dia akan lalu jalan biasa melalui semua hentian, so ada penumpang yang naik turun.. boleh jadi stress..sbb bole sampai 1 jam nak ke woodland.. :(

Thursday, June 25, 2015

Bangkok ~ Thailand

Bangkok
Bangkok 3h2m
Trip pendek ke Bangkok ini merupakan trip pertama saya ke Bangkok. Sebelum ini belum pernah pun ke Bangkok walaupun selalu ada tiket promo air asia. Trip ke Bangkok ini saya tidak plan apa2 sangat dan tak google info kat blog sangat pun. Kebetulan saya ada kawan di Bangkok orang Thailand.


Booking Hotel
Jika kita google atau tanya orang yang biasa ke Bangkok kebanyakkan akan cakap stay area Jalan Sukhumvit, sebab situ kawasan pelancong dan dekat dengan MRT dan sebagainya. Tapi jika kita buat sikit pembacaan sebenarnya terdapat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong untuk menginap, antaranya seperti area Jalan Sukhumvit, jalan Thanon Surawong (Patpong Night Market), Witthayu Rd (Suan-Lum Night Bazaar), Jalan Silom dan beberapa lagi.


Day 1 : 19/06/2015 Jumaat
Saya berlepasa dari KLIA2 sekitar jam 10.00am dan sampai sekitar 11.30am waktu Thailand, Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Sampai di Airport Dang Mueng saya ambil teksi bermeter yang terletak di hujung sebelah kanan dan kaunter teksi ini warna kuning. Sampai di kaunter bagi alamat lengkap hotel beserta nama jalan dan lorong dan juga no telefon hotel kepada petugas kaunter. Seterusnya dia akan panggil driver teksi untuk kita. Saya diberi satu borang komen dan di cop dan ditulis nama driver dan nama teksi rasanya dlm tulisan thai :). Teksi ini ikut Hiway jadi pastikan anda ada duit kecil sekitar 100 Bath kerana bayaran tol 70 bath kita kena bayar sendiri. Seterusnya saya sampai ke hotel di Jalan Sukhumvit soi 18 dengan bayaran 230 Bath sahaja.
Bangkok Bangkok
Selepas cek in hotel saya rehat kejap dan seterusnya keluar berjalan kaki sehingga ke Station BTS Asok yang bersambung dengan Shopping mall Terminal 21. Saya layan jalan disini sambil menggunakan Wifi Free. Daftar wifi di kaunter informasi dengan menggunakan pasport dan kita diberi user name dan kata laluan yang boleh digunakan selama 1 tahun secara percuma setiap kali ke mall ini. Mal ini besar dan ok jugak la ada food court di tingkat atas, terdapat hanya satu gerai halai di food court ini nama Basmillah kalau tak silap. KFC juga tidak halal info ini saya dapat dari pekerja kaunter informasi yang kebetulan muslim melayu thailand. Dia boleh bercakap melayu stay siam. Dia bagitau saya dan dia cakap kalau nak banyak kedai halal pergi area Nana yang tak jauh dari mall ini. Dari jejantas MRT ke Terminal 21 ni kita boleh lihat pemandangan kesesakkan jalan di kawasan ini.
Bangkok Bangkok
Sekitar 6.30pm saya balik hotel mandi dan segarkan diri sebelum bergerak semula ke Terminal 21 untuk menaiki Subway station Sukhumvit untuk ke Esplanade turun di Station National Cultural Village keluar gate no 3. Jumpa kawan saya di Esplanade. Nama beliau Samartan, orang thailand. Lepak makan dengan dia mencuba makanan local. Memang sedikit susah untuk cari makanan halal, banyak gerai yang saya pergi semua ada pork, last2 jumpa satu kedai yang tiada pork, oder makanan laut seperti sotong, ikan dan udang. Masakkan dari daerah utara thailand. Masakkan ini memang pedas dan sedap...meleleh air mata dan air liur..sambil makan saya berbincang tentang plan untuk esoknya.
Bangkok Bangkok
Selepas makan kami bergerak ke Esplanade semula dan pergi ke Train Night Market Ratchada yang terletak di belakang Esplanade. Kawasan Night Market ini besar jugak dan sama macam Down Town kat Malaysia, macam2 ada kat sini dari barangan baru, barangan lama dan juga tempat minum dan gerai makan. Tapi gerai makan susah nak jumpa halal. Saya pusing2 sehingga jam 10.30pm dan seterusnya bergerak pulang ke hotel. Saya menaiki Subway manakala kawan saya menaiki bas.
Bangkok Bangkok
Hotel Rembrandt Bangkok
Saya menginap di hotel ini yang terletak di Jalan Sukhumvit soi 18. Hotel ni boleh tahan jugak besar, harga pun bukan budget tapi tidak la mahal sangat. Sesekali nak merasa selesa sedikit apa salahnya. Kawasan hotel ini banyak komuniti india, kerana ada beberapa restoran india. dan kebetulan malam saya menginap ada majlis keraian kaum india, tidak pasti pulak saya majlis apa. Hotel ni memang selesa dan best jugak. Harga semalam RM295. Huhu mahal jugak kan kalau yang nak budget. Pemandangan dari hotel juga menarik dan dapat melihat sungai walaupun jauh.


Day 2 : 20/06/2015 Sabtu
Jam 9.00am saya menunggu kawan saya di Shopping mall Terminal 21, saya lepak sini sambil menggunakan wifi free :). Mall belum lagi dibuka jadi kelihatan ramai orang menyandar di tepi mall sambil menggunakan smartphone untuk wifi free :).
Bangkok
Floating Market
Trip ke Floating Market. Terdapat beberapa tempat floating market sekitar Bangkok ada yang jauh dan ada yang dekat antaranya Damnoen Saduak Floating Market (ini yang paling popular), Amphawa Floating Market, Talin Chan Floating Market, Khlong Lat Mayom Floating Market, Bang Nam Pheung Floating Market dan beberapa lagi. Setelah berbincang kami memilih untuk ke Klong Lad Mayom Floating Market. Floating market ini saiz sederhana dan dekat dengan rumah kawan saya lagi seorang, Kebetulan beliau free dan berbesar hati untuk membawa saya ke sana. Dari Terminal 21 Mall saya menaiki BTS ke Wongwian Yai BTS station.
Bangkok Bangkok
Sampai di Wongwian Yai BTS station lagi seorang kawan saya yang bernama Jay sudah sampai untuk jemput saya ke Klong Lad Mayom Floating Market yang merupakan kampung halaman Jay. Menaiki Honda Jazz melalui kawasan kampung mengambil masa sekitar 20minit. Tiada transport awam untuk ke Floating Market ini, cara terbaik adalah menggunakan teksi dari Wongwian Yai BTS station, menurut kawan saya tambang teksi cuma sekitar tidak lebih 100bath sahaja. Klong Lad Mayom Floating Market ini terletak di kawasan Taling chan dan kawasan ini terkenal dengan Talingchan Market. jadi biasanya pelawat akan melawat kedua-dua tempat ini baru lengkap jika datang ke kawasan ini.
Bangkok Bangkok
Perlu datang awal kerana menjelang tengahari pengunjung sudah berkurangan. Klong Lad Mayom Floating Market ini adalah kombinasi pasar tepi sungai dan juga peniaga di atas boat. Klong Lad Mayom Floating Market menjual pelbagai makanan ada yang halal dan ada yang tidak, jadi kena pandai pilih dan bertanya. Tak semua peniaga pandai bertutur english.
Bangkok Bangkok
kat sini cuma terdapat beberapa sampan sewa dan juga sampan panjang untuk cruise kawasan kampung. Saya menaiki sampan tanpa engin menyusuri market dan melawat kawasan kampung dan kebun lotus dengan bayaran hanya 20 bath sahaja dengan mengambil masa 30minit. Jika naik sampan panjang untuk Cruise ambil masa 1jam 30minit, Cruise ini akan stop 2-3 tempat untuk lawatan seperti tempel dan ia pergi lagi jauh. Sebab kesuntukkan masa kami cuma naik sampan sahaja.


Selesai pusing Klong Lad Mayom Floating Market saya bergerak ke Grand Palace di hantar oleh kawan saya Jay.Sekitar 2.00pm sampai di Grand Palace. Lepak sekejap di sebuah cafe PUFA milik keluarga diraja Thailand pekena aircond :) menunggu ketibaan kawan lagi seorang, Panas kot tunggu kat luar :). Sekitar 2.30pm macam tu baru saya masuk ke Grand Palace.


Bangkok
Grand Palace
Memang ramai pengunjung kat sini. Saya Masuk melalui pintu utama dan melepasi laman Palace, selepas itu kat dalam baru ada pintu lain yang bertiket. Untuk masuk kedalam pengunjung perlu berpakaian sopan menutup aurat. Tidak boleh seluar pendek, lengan pendek dan seksi, kat sini juga ada disediakan perkhidmatan sewa pakaian dan beli pakaian menutup aurat, kalau cuma masuk di kawasalan laman Palace masih ok kalau seksi. Kalau kat Malaysia masuk pejabat kerajaan kena pakai sopan pun nak dijadikan isu politik.
Bangkok Bangkok
Saya tidak jadi masuk kedalam palace kerana di kaunter tiket saya lihat tutup jam 3.30pm. Jadi dari pintu utama sudah tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh pengawal, yang mana sudah kat dalam dan sudah beli tiket masuk kedalam boleh keluar sehingga jam 5.00pm. Jadi sekitar Laman Palace ada jugak tempat pameran yang tidak berbayar, jadi saya melawat muzium barangan raja-raja Thailand. Menurut cerita dan infomasi yang ada disitu dahulunya Malaysia (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka adalah wilayah dibawah naungan Kerajaan Siam. Disebabkan tidak mahu di jajah oleh kuasa barat seperti Penjajah Britih dan Eropah maka sebahagian wilayah di bawah naungan kerajaan Siam ini telah diberikan kepada penjajah contohnya Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka diserahkan kepada British, manakala Cambodia, Loas diberkan kepada France. Dalam muzium ini banyak barangan kebersaran seperti pedang, cincin, mahkota dan perhaisan badan raja-raja siam juga terdapat tembikar dan matawang lama seperti matawang kedah lama.
Bangkok
Wat Pho
Setelah pusing2 sekitar kawasan Laman yang free ini saya bergerak keluar dari Grand Palace menuju ke Wat Pho. Bayaran masuk ke Wat Pho ni 100 bath dapat free air satu, kanak-kanak bawah 120cm free. Apa ada dalam Wat Pho ini...ermm. kat sini ada beberapa benda boleh kita lawat yang pertama Reclining Buddha (Buddha Baring), Phra Ubotsot, Deretan Patung Budha, senibuna dan beberapa temple .
Bangkok Bangkok
Reclining Buddha
Patung Buddha besar sedang baring mengiring yang di salut dengan lapisan emas berkilauan. Nak masuk ke tempat ini kena pakai sopan tidak boleh seksi seluar pendek dan lengan pendek. Pelancong yang pakai seksi diberi jubah untuk di tutup badan dan diberi beg kasut untuk meletak kasut. Saya buat satu pusingan masuk dari laluan depan Buddha dan keluar melalui laluan belakang Buddha. Seterusnya jangan lepaskan peluang bergambar dengan latar belakang pagida temple yang sangat unit ukiran dan senibinanya.


Phra Ubosot
Selain Buddha baring terdapat lagi patung Buddha lain antaranya adalah Buddha duduk dalam temple Ubosot. Tempel ini masih digunakan untuk penganut Buddha sembahyang, saya tengok dari luar sahaja. Setelah melihat dari luar pintu bilik sembahyang saya bergambar sekitar kawasan tersebut. Seterusnya bergerak ke tempat massage sambil melalui kawasan yang menempatkan banyak patung2 Buddha.
Bangkok Bangkok
Original Thai Massage
School for traditional medicine and massage. Ini merupakan sekolah khas tradisonal yang mengajar ilmu massage thai yang asli. Jadi kalau datang ke Wat Pho ini jagna lepaskan peluang merasa massage ini. Harga sedikit mahal berbanding yang kat luar, saya ambil 30 minit sahaja dengan bayaran 200 bath untuk Thai Body Massage. Kalau kat luar boleh dapat 200 bath untuk 1 jam. Sebelum ini saya pernah merasa Thai body massage kat luar ternyata ia berbeza, bila cuba Thai body massage di wat pho barula saya tau yang kat luar tu cuma ala kadar sahaja untuk relaks. Bermula dari kaki, dan berakhir di bahu dan tangan dan kepala. Selesai massage walaupun cuma 30 minit terasa kesegaran badan. Setelah abis massage pelanggan di beri minum teh china. Selepas massage saya bergegas keluar menuju ke jetty memandangkan hari nak hujan. Kalau di Bangkok perlu bawa payung pendek untuk cuaca hujan yang sering turun waktu petang pada bulan jun.
Bangkok Bangkok
Ferry Chao Phraya
Kami memilih untuk pulang ke hotel menggunakan ferry menyusuri sungai Chao Phraya. Asalkan anda tahu direction dan tempat stop yang hendak dituju. Bayaran cuma hanya 15 bath sahaja sekali naik boleh stop kat mana-mana stop yang anda suka. So saya dari Wat Pho menaiki ferry ke hentian jetty Mandarin Oriental kerana ia yang paling dekat dengan jalan ke Talai Hotel yang terletak di jalan Thanon Surawong.
Bangkok Bangkok
Talai Suites Hotel
Saya memilih Talai hotel di jalan Thanon Surawong ini kerana ia berdekatan dengan Lorong Patpong yang terkenal dengan Night Market dan juga hiburan. Yang bagusnya Hotel Talai ini ialah ia terletak bertentangan dengan lorong Thanon Thaniya yang menuju ke MRT (BTS Sala Daeng Station). Harga cuma RM156 satu malam. Ada hotel lain yang lebih murah sekitar RM60-100 sekitar lorong Wall Street, lorong Patpong, tapi disebabkan review yang tak berapa baik maka tak jadi saya booking kawasan itu. Jadi sebelum booking baca dahulu komen dan review dari pengunjung sebelum itu. Hotel Talai Suitesini boleh la dikatakan budget hotel. Bilik bersih dan selesa serta signal wifi yang baik. Tiada lif jadi saya minta tinkat paling rendah yang dia ada, huhu dapat tingkat satu ok la kan. Selepas mandi dan tukar pakaian kami mula bergerak ke ASIATIQUE THE RIVERFRONT di jalan Charoen Krung.
Bangkok
ASIATIQUE THE RIVERFRONT
Kami menaiki teksi sahaja kerana tidak jauh dan tambang tidak mahal tak sampai 100 bath. Sebelum naik teksi sila tanya dahulu pakai meter atau tidak, nak jiimat naik teksi yang pakai meter sahaja. Sampai ASIATIQUE THE RIVERFRONT sekitar 8.30pm, Perut dah lapar kami cari tempat makan terlebih dahulu yang halal. Huhuhu memang susah last last jumpA kedai seafood, nasib baik kawan saya tu orang thailand jadi saya suh dia yang bertanya. Kami makan nasi lauk ikan, tomyam campur, dan sayur kangkung. Ok jugak walaupun mahal sedikit.
Bangkok Bangkok
Setelah makan perut dah kenyang apa lagi jalan2 la tengok kawasan sekitar. ASIATIQUE ni asalnya adalah sebuah warehouse yang besar. Tetapi setelah lama terbiar ia dibeli oleh hartawan Chang dan menukarkan tempat ini menjadi ASIATIQUE THE RIVERFRONT sebuat tempat makan dan tarikkan membeli belah dan bersantai di tepi sungai chao phraya. Kawasan ini memang happening ramai orang. Ada kemudahan cruise percuma menyusuri sungai chao phraya, tapi ramai pulang yang beratur nak naik. Sekitar jam 10.30pm kami pulang ke hotel menaiki teksi dengan bayaran cuma 70 bath sahaja.
Bangkok Bangkok
Patpong Night Market
Night market ini memang terkenal di kawasan ini. Macam2 boleh kita beli di sini. Selain Night Market kawasan sekitar penuh dengan tempat berhibur. Ada berbagai2 pertunjukkan dari perempuan, pondan, lesbian dan gay. Tidak digalakkan untuk masuk melihat jika anda tidak pernah masuk ke tempat2 begini. Hasil bacaan blog ramai yang kena tipu supaya berbelanja minum didalamnya. Saya pusing night market ni terasa best pulak. Peniaga2 tidak pulak memaksa kita beli dan tarik tangan kita so kita boleh la shopping dengan aman.


Day 3 : 21/06/2015 Sabtu
Sekitar jam 9.30am saya bergerak ke MRT BTS Sala Daeng Station untuk ke Pasar Chatuchak Weekend Market yang terletak di berhampiran MRT stesen Mo Chit. Tidak susah nak kesana yang penting anda ada peta MRT dan itu sudah cukup untuk jadi panduan. Peta ini boleh diambil di stesen2 MRT.
Bangkok
Pasar Chatuchak Weekend Market
Pasar Chatuchak ni memang antara pasar yang terkenal di Bangkok. Kalau tak pergi tidak sah. Kawasannya besar dan macam2 ada dijual disini. Pelbagai jenis makanan dan juga barangan dijual disi. Saya berjalan pusing2 sehingga jam 3.30pm. Memang tak cukup masa nak melawat satu2 gerai. bagi kaki shopping memang haven la kat sini. Shopping kat sini pun aman kerana tiada yang memaksa kita beli tambahan pula ada ramai polis pelancong disini. Tapi kat sini banyak signboard yang bagi amaran supaya berhati2 dengan penyeluk saku.
Bangkok Bangkok
Dalam banyak2 gerai makan saya hanya terjumpa satu gerai muslim, nama gerai ini Saman Islam, itupun setelah kawan thai saya bertanya pada peniaga. Gerai ini terletak di tengah pasar berdekatan dengan menara jam, saya singgah untuk ambil gambar kedai tu sebagai rujukan akan datang kepada pembaca blog saya. Tengok harga macam mahal sahaja, tapi kalau situ sahaja boleh makan apa boleh buat. Sepinggan hidangan sekitar 200 bath macam RM20 sepinggan. huhuhu mahal tu. Terdapat gerai2 lain di bahagian luar pasar ini tapi kena pandai cari yang halal.

Selesai shopping saya rehat di Taman bersebelahan Pasar Chatuchak, kat sini kita boleh lihat ramai orang duduk bersantai sambil makan makanan yang di beli di pasar. Sekitar jam 4.00pm saya menaiki teksi menuju ke Airport Dang Mueng dengan harga 170 Bath tanpa melalui tol hiway. jika anda kesuntukan masa guna hiway lagi cepat.
Begitulah trip ringkas saya ke Bangkok
Sekian

Tentative

Day 1 : 19/06/2015 Jumaat
10.00am - Berlepas dari KLIA2 ke Bangkok
11.30am - Tiba di Dang Mueng (Waktu Bangkok)
12.00am - Ambil teksi Bermeter ke Hotel Rembrandt Bangkok di Jalan Sukhumvit 18 - 230 Bath
01.00pm - Cek in Hotel
02.00pm - Jalan sekitar Jalan Sukhumvit menuju ke Terminal 21 (Shopping Mall)
07.00pm - Jumpa kawan di Esplanade (Naik MRT)
08.00pm - Makan
08.30pm - Jalan di Night Market di belakang Esplanade (Train Night Market Ratchada)
10.30pm - Pulang ke Hotel dengan MRT

Day 2 : 20/06/2015 Sabtu
09.00am - Tunggu kawan di Terminal 21
10.00am - Tiba di MRT di jemput kawan naik honda Jazz ke Floating Market
10.30am - Tiba di Floating Market Klong Lad Mayom, Taling chan Area, koordinat 13.762042, 100.415927
02.00pm - Grand Palace, Wat Po
05.00pm - Naik Ferry di hujung jalan Thai Wang selepas Wat Po menyusuri Sungai chao phraya ke Hotel - 15 Bath
06.00pm - Turun di jetty Mandarin Oriental dan berjalan ke hotel Talai di Thanon Surawong
08.00pm - Naik Teksi ke ASIATIQUE THE RIVERFRONT di jalan Charoen Krung
08.30pm - Sampai jalan2 cari makan dan bergambar
10.30pm - Naik Teksi ke Hotel - 70 Bath
11.00pm - Shopping di Patpong Night Market

Day 3 : 21/06/2015 Sabtu
09.30am - Naik BTS Sala Daeng Station ke stesen Mo Chit (Chatuchak Weekend Market)
10.00am - Sampai di Chatuchak Weekend Market - Shopping
03.30pm - Rehat di Park Queen Sirikit Park
04.00pm - Naik Teksi ke Airport Dang Mueng - 170 Bath
04.30pm - Sampai Airport

Perbelanjaan

Hotel
Hotel Rembrandt Bangkok (Jalan Sukhumvit 18) : RM295
Hotel Talai Suites (Berdekatan Patpong Night Market) : RM156

Teksi
Airport Dang Mueng - Hotel Rembrandt Bangkok : 230 Bath + 70 Bath tol
Chatuchak Weekend Market - Airport Dang Mueng : 170 Bath (tak ikut hiway)

Ferry
Sungai chao phraya : 15 Bath

MRT
sekitar 20-40 Bath ke sesuatu Station

Tiket Masuk
Grand Palace : 500 Bath - Tapi saya tak masuk istana..kat luar sahaja tengok musium
Wat Pho : 100 Bath free air.
Massage di Wat Pho : 200 Bath 30minit (Full Body Thai Massage)

Floating Market Klong Lad Mayom
Masuk free
Sampan : 20 Bath
Cruise : 60 Bath - tapi saya tak naik.

Tips
Sentiasa membawa pasport semasa berjalan di Bangkok, sebabnya bila2 masa kita boleh di tahan untuk pemeriksaan. Ada juga mat salleh kena tahan dan di minta buat ujian air kencing. Jika kita tak bawa dokumen perjalanan di kuatiri mereka akan menyusahkan kita dan menyebabkan masa travel kita terjejas. Jika di tahan bagi kerjasama tetapi jangan tanda tangan apa2 selagi tidak ada bantuan dari pihak kedutaan.


Sepanjang saya di Bangkok saya tidak ada masalah dengan pihak polis. ini cuma langkah berjaga sahaja.


Makanan halal memang susah nak cari. Memang ada cuma susah nak jumpa jika kita tidak biasa. paling senang jumpa restoran indian. saya senang sebab ada kawan thai yang tolong carikan. kalau yang tiada kenalan harap baca blog lokasi makanan halal.

Sunday, May 3, 2015

Paris ~ France 2015


Sehari di Paris
Salam kepada pembaca saya yang menunggu coretan perjalanan saya di UK dan Euro, Entri Sehari di Paris ini saya postkan dahulu kerana intri ini pendek sahaja. Kenapa sehari di Paris, sebenarnya memang saya cuma sempat berjalan sehari suntuk sahaja di Paris. Berikut adalah coretan perjalanan saya.

27 April 2014
Saya telah berada di Coach Station London sejak jam 6.00pm. Coach Station ni bersebelahan dengan Victoria Station. Tiket bas ke Paris saya beli semasa berada di Manchester. Saya beli tiket Bas Euroline, Beli di Kaunter lebih mahal dari beli online. Kalau online cuma 58£ (pound sterling) untuk 2 orang, tapi sebab beli kat kaunter harga jadi 68£ + 10£ fee = 78£ untuk 2 orang. So better beli lebih awal melalui online :( . Tiket bus jam 10.30pm, so satu jam sebelum dah kena cek in kat kaunter dengan pasport. So jam 9.30pm saya dah tunggu depan kaunter untuk cek in. Kaunter ni terletak kat belakang gate 19 kalau tak silap saya. Jangan lewat cek in sbb kalau lewat kaunter tutup dan anda tidak dibenarkan naik bus. Semasa cek in anda akan diberikan tag nama untuk di letakkan pada bag.

Semasa duk tunggu saya juga sempat terserempak dengan 2 family melayu dari Malaysia, Satu family 3 orang ni naik bus Mega Bus ke Amsterdam dan lagi satu family (6 orang) ni naik bus Euroline ke Paris jam 9.30pm. Jam 10.00 camtu penumpang sudah di benarkan naik bus. Bus selesa dan ada wifi, tapi wifi kekadang tak stabil. Naik bus saja saya dah layan nak tido.


Eurotunnel
Bas akan berhenti di Eurotunnel untuk pemeriksaan pasport. Kena keluar bus ke emigresen untuk scan pasport dan naik semula bus. Kemudian bus akan pergi ke tempat train, akan stop lagi pemeriksaan pasport oleh polis atas bas. Selepas tu bas menunggu giliran menaiki Train untuk merentasi Selat English.

Tunnel ini terletak di Eurotunnel UK Terminal, Ashford Road, Folkestone, Kent CT18 8XX United Kingdom. Kalau tengok map terletak di kawasan Newington. So untuk seberang selat English ni ada dua cara. Semasa beli tiket bus ada kat brosur tu ikut kapal atau ikut tunnel. Lebih kurang ja masanya cuma naik train cepat sedikit. Yang buat jadi sama adalah masa menunggu. Saya merasa kagum kejap melihat bas yang besar naik ke gerabak train. Dan saya sempat lihat suasana dalam berabak semasa bas memasuki gerabak.


Sampai seberang sana seingat saya takde cek pasport pun, sedar2 dah kat jalan raya dalam bus..nyenyak tido..Terminal tunnel di France di Fréthun bersebelahan kawasan Calais bus kalau tak silap melalui Calais dan Dunkirk seterusnya melalui hiway yang bersebelahan dengan sempadan Belgium. So kalau nak masuk Belgium dan Amsterdam dah dekat dah..


28 April 2014
Bus bergerak ke Paris dan ada stop 2 kali kalau tak silap saya turunkan penumpang, ada yang turun ke Airport. Saya stay jer dalam bus sehingga ke Paris. Bus euroline berhenti di Station Euroline Gallieni. Sampai saja saya ambik beg dan ke kaunter tiket Train yang terletak didalam Station ini juga. First saya jumpa mesin layan diri beli tiket... Duit besar 100€ (euro), so saya pun keluar la dari station cari kedai atau restoran yang boleh tukar duit, ternyata kedai belum buka dan ada kedai kopi kecil tidak mahu tukar. So jalan-jalan jumpa stesen minyak, sibbaik dia mau tukar huhu itupun dia tak cakap english.. saya cakap english dia cakap France macam ayam itik, tapi dia tukar jugak la duit saya tu..so bagi balas jasa dia saya beli la kopi satu :). Dah dapat duit kecil senang la hati nak gerak. Duit 100€ ni memang besar bagi mereka, so ada baiknya kalau dapat tukar sebelum sampai ke Paris.

Saya balik ke Station Gallieni ke kaunter train dan beli tiket terus ke Station yang berdekatan dengan Hotel. Sebelum tu dah study dan ambik map train paris, tengok station mana yang paling dekat dengan hotel dan berapa kali tukar train. Tiket train tak ingat berapa kalau tak silap saya tak sampai 10€ sorang.

Hotel Eiffel Petit Louvre
Saya tempah hotel ini melalui Booking.com, yang ini ok la murah sedikit, dan dekat dengan menara Eiffel tapi berjalan kaki dalam 10 minit. Stesen paling dekat betul2 sebelah hotel adalah Station Dupleix, dua station sebelum sampai station Bir-Hakeim dan station Champ de Mar. Jika hendak ke Menara Eiffel maka station Champ de Mar adalah stationnya. Sampai di Hotel saya tidak boleh cek in lagi sebab terlalu awal so letak bag di store, sib baik petugas hotel cakap english. Nama hotel Hotel Eiffel Petit Louvre tapi sign bord hotel ni perkataan Eiffel dia ganti dengan gambar Eiffel Tower. Terkonfius kejap saya masa nak masuk hotel tu. Lepas letak beg saya pun bergerak ke Menara Eiffel dengan berjalan kaki sahaja.


Eiffel Tower
Memang best la bagi yang pertama kali sampai kat Eiffel Tower ni. Teruja sedikit sebab sampai kat salah satu mercu tanda Paris. Memang ramai orang kat sini. Ramai jugak yang beratur hendak naik menara. saya jalan2 sekitar sahaja dan ke arah taman untuk bergambar menara. Jangan terkejut pulak bila sampai disini kerana peniaga jalanan yang menjual souvinior boleh cakap melayu beberapa patah. Bayangkan punya la banyak pelancong Malaysia dan Indonesia yang berkunjung sampaikan mereka boleh bercakap melayu beberapa patah. Bila saya berjalan penjaja jalanan ini akan tegur ... Malaysia Indonesia? dan siap ofer souvinior dalam bahasa melayu seperti " lima barang satu pound". Anda juga boleh terserempak dengan kumpulan orang Malaysia dan Indonesia disini. Ramai juga plencong dari china yang datang dlm rombongan tour bas.

Kawasan taman ni besar jugak, kalau nak bergambar latar belakang menara kena jalan sedikit ke ke taman. Kawasan padang bertutup dengan pagar, hanya dibuka pada waktu petang. Bila watu petang memang ramai yang lepak duduk kat padang menghadap menara. Memang meriah. Bila sebelah malam pulak ramai berada is sebelah jambatan untuk bergambar dengan Menara yang dipasang lampu yang cantik. Semasa berada di  kawasan menara Eiffel Tower ini pelancong dinasihatkan supaya jangan tinggalkan beg tanpa di pegang kerana kawasan ini terkenal dengan penyeluk saku. Jangan letak beg pada kerusi tanpa pegang.


Jalan-jalan menuju ke Musee Du Louvre
Dari menara Eiffel Tower saya berjalan kaki untuk ke Lokasi berikutnya iaitu Musee Du Louvre dengan bergerak ke arah Ecole militaire, Disini saya dapat melalui empat banggunan tarikkan iaitu Ecole militaire,  Musee De L'armee,  Assemblee Nationale Palais Bourdon dan Palace De La Concorde, berjalan perlahan2 sambil bergambar. Suhu sejuk jadi susah untuk kita berpeluh dengan cepat. Jalan kaki ok selamat cuma jangan masuk lorong-lorong kecil yang tiada orang lalu sahaj sahaja.


Selepas melalui Assemblee Nationale Palais Bourdon Dari sini saya lintas sungai dan jumpa Palace De La Concorde (Menara kecil ditengah bulatan) so dari sini saya pun menuju ke Musee Du Louvre melalui taman yang besar dan cantik iaitu Jardin Des Tuileries. Kalau musim bunga dan musim tulip memang banyak bunga tulip di tanam di Jardin Des Tuileries ni. saya sempat jugak tengok dan relaks di taman ini sambil minum kopi. Terdapat 2 bulatan kolam dalam taman ini. Bulatan kolam ini di penuhi dengan kerusi dan orang ramai duduk santai mengelingi kolam ini sambil relaks. Dari taman ini kita jalan-jalan sambil menghayati pemandangan taman menuju ke arah Musee Du Louvre.

inilah Musee Du Louvre, dengan Landmark piramid kaca. Didalamnya sebuah musium, saya lihat ramai yang beratur. Saya sekadar bergambar di sekitar luar sahaja malas nak masuk sebab ramai dan masa terhad. Saya lepak kejap ambik gambar dan sambil duduk di kawasan ini.


Jalan-jalan menuju ke Arc De Triomphe Etoile
So lepas bergambar saya pun berjalan kaki semula menuju ke Arc De Triomphe Etoile. Memang jauh la jalan kaki dari Musee Du Louvre ke Arc De Triomphe Etoile tapi ok la bole tengok2 sekitar jalan Avenue Des Champs yang memang happening ramai orang jalan kaki kat sini.


Sepanjang jalan Avenue des Champs-Élysées menghampiri ke arah Arc De Triomphe Etoile memang meriah, kawasan ini banyak butik2 jenama terkenal seperti LV, Mark & Spencer, H&M dan pelbagai lagi, memang kelihatan banyak orang shopping di kawasan ini.

Ini lah menara Arc De Triomphe Etoile yang terletak di tengah-tengah bulatan jalan yang besar. Memang sesak dengan kereta dan orang bergambar. Sampai Arc De Triomphe Etoile saya bergambar beberapa keping dan meneruskan perjalanan.


Jalan-jalan menuju ke Palais De Chaillot
Dari Arc De Triomphe Etoile saya berjalan kaki menuju ke hotel melalui Palais De Chaillot, kawasan ini pun menarik sebab dia seberang sungai dan bertentang dengan menara Eiffel Tower. Saya tidak pergi sampai ke banggunan tersebut cuma tgk dari jauh sahaja, tapi kat sini memang saya lihat ramai yang bersantai lepak. So bergambar kejap dari atas jambatan dan bergerak pulang ke Hotel.

Ini la rupa bilik Hotel Eiffel Petit Louvreyang saya tempah, tidak la besar tapi selesa jugak. untuk dua orang dan hanya satu malam kira ok la, ada lagi yang lebih besar tapi lebih mahal la. Bilik tiada aircond tetapi ada pemanas.

Sampai di hotel cek in dan rehat sebentar. Sekitar jam 8.00pm saya keluar semula lepak di menara Eiffel Tower lepak sambil minum kopi dan menunggu sunset. Selepas bergambar sunset dan suasana malam dari atas jambatan..kami pulang semula ke hotel dan singgah makan malam di sebuah restoran iran halal yang terletak tidak jauh dari hotel.


29 April 2014
Flight pulang ke KL jam 1.30pm. Cek out dari hotel jam 8.00am dan ke Station Dupleix beli tiket ke airport CDG harga 10€. Airport jauh jugak dalam 1 jam perjalanan. Sampai di Airport lepak kejap dan pergi ke kaunter Air France untuk drop Bag. Kat sini buat sendiri, print boarding Pass dan print sticker bag lekat sendiri dan drop bag kat mesin. Bagi yang bawa backpack yang banyak tali2 perlu ambik beg plastik yang disediakan, masukkan beg dalam plastik tersebut dan baru Drop bag. Bes plasti itu untuk elakkan tali-tali beg yang berjuntai tu terlekat pada sistem bagasi.


Selepas drop bag saya pergi Claim Vat, pergi kastam cop resit dan pergi kaunter claim isi borang. Ada dua jenis resit ada yang boleh terus dapat dan ada yang refun masuk kad kredit.

Jam 1.30pm saya pun berlepas pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air France yang Transit 3 jam di Manchester, kemudiannya menaiki Pesawat KLM ke Ansterdam, Transit 1 jam di Amsterdam dah sampai KLIA pada jam 2.30pm 30 April 2015. Alhamdulillah.


Tentative
Day 11 : 27.4.2015 – Isnin
06.00pm - Tiba di Coach Station London (Bersebelahan Victoria Station)
09.30pm - Cek in di kaunter
10.30pm - Bus to Paris

Day 12 : 28.4.2015 – Selasa
08.00am - Tiba di Station Bus Gallieni
08.45am - Lepas tukar duit naik train ke hotel
09.30am - Sampai hotel letak beg rehat kejap dan ke Eiffel Tower dan day tour
06.00pm - Cek in Hotel
08.00pm - Ke Eiffel Tower layan sun set

Day 13 : 29.4.2015 – Khamis
08.00am - Cek Out Hotel
09.30am - Sampai Airport CDG
01.30pm - Berlepas Pulang Transit di Manchester dan Amsterdam

Kos

Bus Euroline
London - Paris = 39£

Hotel
RM275 satu malam

Train
Hotel - Airport = 10€
Station Bus Gallieni - Hotel = dalam 4€
Pastikan anda ambil peta laluan train di kaunter tiket train bagi memudahkan anda bergerak.

Makanan
Harga makanan macam kat Malaysia juga bezanya dalam euro. contohnya kalau beli sandwish atau roti harga dalam 3-4€, kalau kat fast food dalam 7-8€ dan kalau kat restoran yang lawa sikit satu hidangan nasi beriani dalam 15€. Kalau di convert ke duit malaysia memang la mahal. So kat sana kalau nak berjimat makan cari la yang harga sekitar 4-5€.

Souvinior
Kalau nak beli keychain yang bentuk Eiffel Tower beli kat penjaja jalanan sahaja kerana dia jual 5 keychain = 1€ , kalau kat kedai tak dapat. kalau magnet terpaksa jugak la beli kat kedai harga biasa 4 = 10€. semua souvinior ini adalah made in China. susah nak jumpa barang souvinior yang made in france.

Tips
Paris terkenal dengan penyeluk saku, kalau boleh bag terus tinggal kat hotel dan bila berjalan lenggang jangan bawa beg sendang. Jaga wallet dan jangan berasak2 di tempat ramai orang. Jangan benarkan orang paris tolong ambil gambar kita kerana ada banyak kes juga dia bawa lari hp dan kamera pelancong.

Penginapan cari yang berdekatan dengan Eiffel Tower dan berdekatan dengan station Train. Pastikan anda ada duit kecil sekitar 50€ atau 20€ sbb 100€ tu besar.

Menaiki pengangkutan awam memang senang cuma perlu duit kecil aja. Dapatkan peta train dan peta laluan bus untuk memudahkan anda bergerak. Berjalan kaki memang selamat di sana cuma perlu berjaga dengan penyeluk saku sahaja. Selebihnya saya rasa selamat jer jalan kaki. Jika anda malas berjalan kaki anda boleh beli kad untuk sewa basikal. Basikal awam banyak di tepi jalan jika ada kad tersebut cuma sentuh pada kunci dan basikal boleh guna. dan stesen basikal ni banyak jer, boleh pulangkan di mana2 stesen.

itu sahaja dahulu trip sehari di Paris. Coretan di Manchester dan London saya sambung kemudian.

Sekian