Saturday, August 3, 2013

Borong Fabric Vietnam 2013

Borong Vietnam

Trip Borong Fabric Vietnam kali ini saya buat sempena Bulan Ramadan 2013, kerana kebetulan mendapat tapak meniaga di Bazar Malam Ramadan di Wangsa Maju. Trip pendek 3h2m di minggu pertama bulan puasa memberikan pengalaman yang berbeza.


Saya dengan seorang rakan kongsi telah berbincang tentang trip borong ini dan membuat perancangan 2-3 hari tentang jenis2 fabric yang ingin kami borong. Setelah mendapat idea kami menempah penerbangan MAS. kalau harga MAS dan Air Asia lebih kurang better ambik MAS kerana MAS dah free luggage dan dapat makan free. Kami pergi hanya sehelai sepinggan sahaja. masing2 cuma bawa beg kecil dengan 2 pasang baju sahaja. Sangat simple.


Borong Vietnam

Hari Pertama - Jumaat - 19 julai 2013
Selepas kerja hari jumaat saya berangkat ke KLIA penerbangan jam 7.00pm. Sampai di airport kami menaiki teksi ke hotel berdekatan dengan Pasar Bent Than. Hati2 jangan tertipu dengan pemandu teksi yang meminta bayaran paking, ada dua jenis teksi satu harga dia bagi dah siap dengan duit paking airport dan lagi satu tanpa bayaran parking airport. Kalau teksi yang tanpa bayaran parking ni, pemandu teksi tu akan minta, kalau yang menipu tu dia mintak sampai 100ribu dong, padahal cuma 10ribu dong sahaja.


Sampai di hotel cek in dan keluar meninjau kedai2 fabric dan kedai makan muslim. Restoran muslim di kawasan pasar Bent Than agak mahal, kalau di convert duit Malaysia sekali makan dalam belas2 ringgit hanya untuk nasi goreng dan air. Jadi kalau nak murah boleh makan kat gerai2 kecil tepi banggunan yang muslim.


Hari Kedua - Sabtu - 20 Julai 2013
Jika anda hendak borong jangan borong di dalam Pasar Bent Than kerana harga disitu sangat mahal, hanya jika anda pandai tawar sahaja boleh. Jadi untuk senang dan mudah anda cari kedai lot yang berhampiran, kedai2 ini jual lebih murah berbanding yang terdapat di Pasar Benthan, cuma harganya tetap dan kalau kurang pun sikit sangat. Jika kita sudah jadi regular customernya mungkin baru dia bagi murah sedikit. Kedai2 lot ini anda boleh cari kain pasang, telekong, baju kurung, tudung dan sebagainya. Biasanya jika anda mencari baju sedondong untuk dipakai sempena kenduri atau raya selalunya orang Malaysia shoping kat sini la lebih murah.


Borong Vietnam

Kalau anda hendak tahu di bulan Ramadan ni kalau kat vietnam ni anda rasa macam kat Malaysia sahaja, ramai jer orang kita yang datang shoping. Sampaikan peniaga-peniaga disana sudah pandai bercakap Melayu. Sembang2 dengan peniaga mereka bagitau bahawa jika hendak borong untuk berniaga di Malaysia biasanya pemborong datang sebelum bulan Ramadan borong sakan. Jadi kebanyakan fabric yang cantik2 sudah habis diambil. Contoh seperti Mydin dan Tudung Fareeda mereka tempah di vietnam dan ambil 2-3 bulan sebelum puasa.


Sambil minum di gerai saya sempat mendapatkan maklumat dengan bersembang dengan Orang Malaysia yang sering memborong. Selalunya orang Malaysia ni kalau kat sana sombong dan tidak mahu berkongsi maklumat yang mereka dapat. Jadi kebetulan seorang kakak ni baik hati bagi maklumat. Menurutnya jika orang yang hendak berniaga, biasanya mereka ini akan datang Vietnam borong kain, mereka pilih kain yang berkualiti dan murah. Selepas itu mereka akan hantar kain2 tersebut kepada tukang jahit yang ada kilang. Selepas itu baju2 ini di hantar pulak untuk upah menjahit manik, Oleh kerana upah murah jadi kos untuk satu baju menjadi murah, jadi di Malaysia baju tersebut dijual 3 kali ganda. Contohnya kalau kat butik jual baju kurong Vietnam yang bermanik sekitar RM150-RM200, sebenarnya kos nya sekitar RM60 sahaja di Vietnam. Tapi ok la sebab dicampur dengan kos tenaga, hotel, flight maka harga RM150 tu kira ok la.


Borong Vietnam

Memandangkan saya baru pertama kali buat kerja borong ni so saya tiada contact kat mana nak cari kain murah, kat mana nak tempah baju murah dan kat mana nak jahit manik murah. Jika anda dah biasa dan dah tahu contact2 ini maka lagi mudah dan murah. Biasanya orang kita yang berniaga ni kedekut, dia tak akan cakap kat mana dia tempah murah. Jadi kena pergi selalu la baru tahu. Ada juga orang kita yang jadi guide, dia ni tau la kat mana semua tu.


Hari kedua ni saya menghabiskan masa sepanjang hari untuk mencari baju kurong yang sesuai dan mengikut trend, telekong pun ada beberapa jenis ada yang sutera, jahitan tangan dan jenis cotton. Kain-kain pasang juga saya beli. Setelah semuanya siap dibeli dan di bawa pulang ke hotel, maka baru la buat repacking.


Borong Vietnam

Sebelah malamnya setelah berbuka puasa saya berjalan kaki ke Hard Rock Cafe Ho Chi Min untuk membeli tshirt yang di kirim oleh rakan2. Berjalan kaki sekitar 15minit sampai la ke Hard Rock Cafe ni. kalau Google guna google map, dia bagi lokasi lama jauh sedikit, Jadi cara mudah hendak ke sana dengan teksi la kan :D, tapi kalau nak jalan kaki dari Pasar Bent Than kita cari Saigon Square. bila jumpa Saigon Square sudah tak berapa jauh.


Matawang
Jika anda pergi shooping kat sini, tidak perlu tukar banyak matawang Dong, tukar sikit buat naik teksi dan masa kat airport atau pun untuk hotel. Jika hendak shoping boleh guna duit Ringgit. Lagi satu masa di airport masa tiba duit jangan di masukkan beg dan dalam sampul jika banyak. masuk saja dalam Walet. Sebabnya bila scan nampak macam banyak dan dia akan suruh kita buka. Sekitar Pasar Bent than hampir semuanya menerima Ringgit Malaysia.


Hari Ketiga - Ahad - 21 Julai 2013
Memandangkan flight pulang petang maka pagi sampai tengahari saya mencari lagi bahan2 yang boleh dijual di gerai kat malaysia nanti, antaranya yang di cari seperti Alas meja dan juga Beg luggage. Setelah beli beg, bawa balik hotel dan mula repacking. Kakak yang saya jumpa pesan supaya dibuka semua plastik2 dan packing tanpa plastik. Ini kerana, menurutnya ketika di imbasan kastam kat Malaysia jika tidak dibuka plastik akan nampak berpetak2 dalam imbasan tersebut , maka kastam akan mintak kita buka beg. Hendaklah beli beg luggage jangan sesekali guna beg plastik borong atau kotak jika hendak elak kastam Malaysia. Dan lagi satu jangan pulang flight malam ke Malaysia.


Borong Vietnam

Setelah repacking, saya berjaya memasukkan semua hasil borong kedalam 2 buah Beg. Disusun dengan padat dan rapi. Sekitar jam 4.00pm saya dah mula bergerak ke Airport.


Di airport selepas timbang dan melepasi scan, Alhamdulillah tiada masalah semua lepas. Sampai sahaja di Malaysia apabila melalui kastam, pihak kastam langsung tidak meriksa beg selepas melepasi scan. Saya tengok yang mana guna bek plastik borong dan kotak kena periksa dan dibuka oleh kastam.
Borong Vietnam
Sampai sahaja di balai ketibaan sudah ada yang tunggu untuk membeli mereka adalah Kawan2 yang bekerja di Airport. Selebihnya saya bawa masuk gerai untuk berniaga di Bazar Ramadan.


Borong Vietnam

Suatu pengalaman baru bagi saya. Edisi Redah dan Borong :D


Sekian


Update 13.10.2014


Memandangkan Ramai yang tertanya2 berkenaan perkhidmatan penghantaran barangan (POS), maka disini saya lampirkan contact yang sempat saya dapatkan semasa saya di sana. Saya tidak pernah guna perkhidmatan ini tapi ramai orang guna katanya.

Phuc Tam Trans & Services JSC
75 Ho Van Hue
St Ward 9
Phu Nhuan Dist
Ho Chi Minh City Vietnam
Tel : (84-8) 39 974 003
website : www.phuctamtrans.com

Sila Download Brosur PDF - Phuc Tam Trans & Services JSC