Thursday, January 13, 2011

Kenapa Kos Mendaki Gunung Kinabalu Meningkat

Memandangkan ramai yang call dan email dan msg saya bertanyakan kenapa pakej mendaki gunung kinabalu mahal. Maka saya masukkan entri ini bagi memberi maklumat kepada semua pembaca blog saya. Berikut adalah maklumat dan petikan yang saya ambil dari salah sebuah laman facebook adventure club (terlupa save nama dia) Petikan dari: New Sabah Times, Selasa 20 April 2010

Saya dah cari link ini semula tapi tidak ditemui. jadi sesiapa yang ada boleh share link asal

......................................................................................

Petikan seperti berikut

Petikan dari: New Sabah Times, Selasa 20 April 2010

Tajuk: Jumlah Pendaki Gunung Kinabalu pada 2009 seramai 47,564 orang

Datuk Bolkiah Ismail berkata, kementeriannya belum berhasrat untuk mengkaji semula kadar bayaran mendaki Gunung Kinabalu.

“Kenaikan kos pendakian Gunung Kinabalu disebabkan Sutera Sanctuary Lodges iaitu syarikat yang diberi kontrak untuk menguruskan fasiliti di Taman Kinabalu, mempakej kos pendakian.

“Mereka mempakejkan kos pendakian dengan memasukkan kos makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan larut malam dan makan tengahari (esok hari) setelah turun dari gunung, iaitu pakej pendakian dua hari, satu malam (2D/1N), “ katanya.

Bolkiah berkata, fasiliti penginapan di Taman Kinabalu telah diswastakan sejak tahun 1998 dan impak daripadanya, kos mendaki gunung meningkat akibat pakej yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

“Sebagai langkah untuk menangani isu ini, kementerian saya melalui Taman-taman Sabah bercadang untuk membina fasiliti penginapan di tapak yang sesuai di Gunung Kinabalu, khusus untuk pendakian tempatan sahaja.

“fasiliti yang dicadangkan ini akan dikendalikan oleh pihak Pengurusan Taman-taman Sabah sepenuhnya,” katanya.