Dikesempatan itu ketua jabatan yang baik hati juga turut memberi kami peluang untuk meluangkan sedikit masa untuk riadah di waktu petang.
Medan Ikan Bakar Umbai
Setelah penat menyiapkan projek, saya dan rakan2 mengambil kesempatan (fly) untuk pergi makan di medan ikan bakar umbai. kami pergi agak lewat iaitu sekitar jam 12.00malam. kebanyakan kedai sudah mula tutup. tetapi tokei kedai tersebut bermurah hari memberi penghargaan kami sebagai pelanggan terakhir. disebabkan telah kenyang makan malam. kami cuma meratah seekor ikan siakap bakar dwi rasa (pedas dan ori) dan lala rebus. Kedai ikan bakar Prameswara adalah kedai yang terletak ditepi laut. Rasa ikan bakar dan juga lala rebus sedap. Harga pulak bagi siakap nakar, lala rebus dan 4 orang minun cuma RM45 sahaja. Berat ikan dan lala saya tak ingat coz kami main ambik jer.
Perjalanan ke umbai kalau tak silap saya hanya lebih kurang 10km jaraknya dari bandar hilir hotel tempat kami menginap.
Penginapan saya di Hotel Puri Melaka. Hotel ini mempunyai keunikan yang tersendiri. asalnya hotel ini adalah daripada rumah kedai 3 lot. Di bahagian hadapan hotel ini masih mengekalkan senibina asal banggunan senibina budaya masyarakat cina. kebanyakan dekorasi dan binaan didalam hotel masih mengekalkan senibina asal. cuma salah satu bangunannya telah diubahsuai menjadi 4 tingkat kalau tak silap saya sebagai bilik2 hotel. Di tengah2 hotel terdapat landskap yang mempunyai pokok2 dan kolam ikan. siapa sangka kat luar nampak banggunan tetapi kat dalam ada taman.
....bersambung...