Ok yang kedua ni Prestige Platinum Vacation pun aku dapat call, diaorang cakap aku terpilih vaucer cuti2 malaysia, suruh datang ambik vaucer kononnya la. Tapi aku dah tau dah tektik diaorang nak promot product la apa lagi. Tapi bab vaucer free tu memang betul la mereka tak tipu la biasanya. So aku pun pegila semalam 27 April 08. dah sampai isi borang kedatangan pastu datang orang dia pangil masuk bilik besar, kat situ aku tengok ramai jugak orang, ada banyak meja bulat dan semuanya penuh la. Dengar punya dengar rupanya kali ni dia tak promotekan Membership Club, sebaliknya tawarkan bisnes prepaid. Tau tak mesin prepaid yang pernah kita nampak kat pasaraya ataupun kat kolej universiti. Dari segi perangcangan dan pengiraan produk prepaid tu memang kita boleh dapat untung 2-3ribu sebulan bergantung lokasi mana yang kita pilih untuk diletakkan. Tapi masalahnya nak beli satu mesin tu harganya dalam 53ribu. Bagi yang ada duit dan berani ambil risiko boleh la join bisnes ni. Tapi aku tak berminat.
So lama jugak taklimat dia hampir dua jam cuba pujuk aku, last2 aku tak mau jugak. Lepas tu baru dia bagi aku vaucer percutian percuma 2h1m. Yang ni ok sikit sebab dalam vaucer tu boleh pilih mana2 5 negeri yang ada tercatat dalam vaucer tu, langkawi, cameron, johor, terengganu dan melaka. Ok jugak tu, berbaloi la dengar ceramah hampir 2jam kan.
So nasihat aku kalau sesiapa yang dapat call macam ni pergi jer dengar dan collect vaucer, dan kalau rasa mampu dan ada duit serta minat dengan produk yang ditawarkan tu terpulang la pada anda. ok