Thursday, May 29, 2008

Ujian Kesuburan


 


Bagi pasangan yang berkahwin, memiliki anak adalah sebahagian daripada impian perkahwinan mereka. Namun ada pasangan yang tertekan kerana tidak berjaya mendapatkan anak. Kemandulan boleh dikira apabila percubaan mendapatkan anak tidak berjaya selepas setahun perkahwinan. Bagi pasangan yang baru berkahwin kurang dari setahun semestinya telah mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan anak. Antaranya seperti pergi berurut, makan pelbagai ubatan tradisional, posisi seks tertentu  dan sebagainya. Selain kaedah tradisional kaedah moden yang biasa dan mudah juga boleh dipraktikan, antaranya seperti berikut.


 


Ujian Ovulasi


Terdapat kit ujian untuk kesuburan yang senang diperolehi di kedai2 farmasi. Uian ini dipanggil ‘Ovulation Test Kit’. Seperti UPT tetapi ia mengesan kehadiran hormone FHS dalam badan. Hormon FSH akan meningkat sehari sebelum berlaku ovulasi iaitu pembebasan telur wanita dari ovari. Kebiasaannya pasangan perlu meneka atau menjangkakan bila sepatutnya hari subur dan kemudiannya melakukan ujian ini 3 hari berturut-turut, jika kita melakuka hanya sekali kemungkinan kita boleh terlepas atau belum tiba masa. Oleh kerana hormone FSH memang terdapat dalam badan dalam keadaan biasa tetapi kuantitinya sedikit, oleh itu result kit tetap menunjukkan jalur walaupun tidak jelas. Keputusan positif hanya jika jalur betul2 jelas dan terang kelihatan.



 


Ujian Suhu badan



Ujian ini agak leceh untuk dilakukan kerana perlu mengambil bacaan suhu badan wanita diawal pagi selepas bangun tidur. Bacaan perlu diambil setiap hari dan di buat carta. Suhu badan akan mula meningkat  dari 36oC ke 37oC apabila belaku ovulasi. Tetapi cara ini perlu memastikan badan tidak demam dan perlu diambil setiap hari.

Borang Carta suhu boleh download di  http://www.irh.org/pdf/t-chart0-1.pdf





 


 


Ujian Cairan Rahim


Ujian ini boleh dilakukan oleh wanita, apabila tiba hari yang dijangkakan subur, wanita akan menghasilkan lendir pada cervix atau pangkal rahim, pada hari-hari biasa juga ada lendir ini tetapi pada hari subur lendir yang terbentuk lebih pekat dan tidak terputus. Caranya mudah sahaja dengan meletakkan lendir itu pada jari telunjuk dan ibu jari dan ditarik, jika lendir itu panjang dan tidak putus bermaksud kemungkinan besar subur. Jika terputus bermaka sebaliknya.



 



Sumber pelbagai:


http://www.early-pregnancy-tests.com/fsh-tests.html


http://www.irh.org/resources-SymptothermalMethod.htm


www.irh.org/nfp.htm