Monday, May 19, 2008

Ternakan Cacing Tanah



Ternakan Cacing Kompos atau maksud lain ternakan cacing tanah. Perusahaan ini sekarang semakin mendapat pasaran dan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan kepada pengusaha.

Nama Kampung           :  cacing tanah.


Nama Sains                  :  Filum : Annelida


                                    :  Kelas : Oligochaeta


(bahasa greek  ‘Oligos’ tiada atau sedikit, ‘chaeta’ rambut


 


Terdapat beberapa jenis cacing tanah yang sesuai di ternak di Malaysia seperti Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus), African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae, Pheretima Elongata, Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus) dan Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida).


 


Diantara cacing2  ini  Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida adalah spesis yang paling popular di ternak. Setiap jenis spesis cacing ada kebaikan dan kelemahan bergantung  kepada matlamat yang dikehendaki.


Sebagai contoh untuk penghasilan baja kompos yang terbaik dan banyak adalah daripada spesis Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida).


 


Pengenalan  Cacing


Cacing tanah kebiasaanya bewarna merah, merah keperangan, ada yang bewarna pucat, dan kehijauan. Struktur cacing tanah berbentuk bulat dan bersegmen. Cacing tanah adalah haiwan pengurai paling utama dalam tanah berbanding spesis lain.


 


Anatomi


Cacing tanah mempunyai 5 jantung dengan sistem tertutup. Mereka mempunyai 2 salur darah utama sepanjang badannya. Cara pemakanan cacing tanah adalah unik. Kaviti mulut cacing tanah adalah bersambung terus hingga ke duburnya tanpa bahagian perantara.


 


Reproduksi


Cacing tanah adalah haiwan hermaprodit ( mempunyai 2 jantina). Mereka mempunyai testis, seminal vesel dan salur jantang yang menghasil, menyimpan dan membebaskan sperma dan ovari. Walaupun cacing tanah mempunyai dua  organ pembiakan, ia masih memerlukan pasangan untuk pemindahan sperma dan telur. Persenyawaan cacing menghasilkan cocoon.  Cacing tanah menghasilkan kokon yang mengandugi kebiasaanya 1-2 ekor dalam satu kokon, tetapi ada spesis yang boleh sampai 11 ekor dalam satu kokon


 


Cacing tanah boleh tumbuh semula jika terputus atau cedera pada bahagian segmennya ini juga bergantung pada tahap kecederaannya. 


 


Cara Menternak Cacing Tanah


Penternakan cacing tanah ini boleh dibuat dalam sekala kecil hinggalah ke skala besar. Boleh dimulakan dengan secara kecil-kecilan dengan membuat bekas rak kayu berdasarkan saiz skala yang kita inginkan. Selain menggunakan rak kayu, boleh juga menggunakan berkas atau kontaner plastik yang bertutup sebagai percubaan atau sebagai permulaan. Jika menggunaka berkas atau kontaner plastik adalah tidak digalakkan diletakkan  di luar rumah atau terdedah kepada kepanasan. Kerana suhu dan kepanasan yang tidak sepatutnya akan menjejaskan pertumbuhan cacing, ini kerana berkas plastik lebih mudah berkuap atau panas kerana penguraian organik menghasilkan haba didalamnya jika diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Oleh itu rak kayu masih menjadi pilihan utama dalam penternakan ini.


 


Kawasan rak kayu bertingkat tidak boleh terdedah kepada cahaya dengan kelembapan sekitar 15-20%. Kawalan kelembapan adalah sangat penting bagi cacing tanah. Untuk yang menternak skala kecil boleh la dibuat rak kayu bertingkat di belakang rumah, bawah rumah untuk rumah kampung, bagi rumah teras atau taman perumahan kawasan laman yang  lapang diperlukan dan lebih sesuai jika mempunyai rumah lot tepi. Rak2 kayu ini perlu di buat bangsal, bumbung atau kanvas jaring untuk mengelak cahaya matahari.





Rak Kayu Skala Besar



 


Sumber : TV3




Skala Kecil




sumber : http://www.redwormcomposting.com/



Makanan Cacing


Jumlah keperluan bahan makanan cacing tanah adalah bersamaan dengan berat cacing tanah, sebagai contoh jika untuk 1 kilo cacing tanah makanan juga 1 kilo bahan organik. Bahan2 organik ini boleh diperolehi dengan mudah dan boleh di bahagikan kepada 3 ketegori iaitu,sisa makanan, dan persekitaran bukan makanan. 


 


Sisa makanan


Bahan2 sisa makanan seperti nasi, roti yang sudah luput, kulit2 buah,  sayur serta juga buah-buahan yang telah rosak.


 


Sisa bukan makanan


Daun2 kayu yang kering , kertas atau paper lama, hampas tebu, jerami padi dan habuk kayu dan habuk papan.


 


Bahan2 makanan ini perlu dikompos terlebih dahuli dengan menghancurkannya terlebih dahulu sehingga halus.


 


Pasaran Cacing


Pasaran utama cacing tanah adalah sebagai baja organik, baja ini banyak digunakan untuk penanaman kelapa sawit, selain daripada baja organik, cacing tanah juga boleh digunakan untuk menghasilkan bahan atau produk2 komersial seperti makanan ikan, ekstrak penghilang bau, kosmetik seperti ubat pengilag jerawat dan juga minyak ekstrak cacing.


 


Penggunaan baja kompos ini adalah 3x lebih baik dari baja kimia. Untuk menghasilkan baja cacing ini adalah dengan meletakkan cacing pada najis haiwan seperti lembu, kerbau, kambing. Baja kompos sebenarnya adalah najis cacing yang terbentuk selepas ia menghuraikan najis haiwan tadi. Kebaikan baja ini menjadikan tanah lebih gembur dan dapat meneutralkan asid tanah. Ia mengandungi bahan organik seperti NPK yang mudah diserap oleh tumbuhan


 


Salah satu syarikat mengusahakan komersial cacing dan hasil dari cacing adalah syarikat AZR Agro Center. Bagi pengusaha atau penternak cacing yang tidak tahu bagaimana hendak memasarkan cacing2 yang di ternak, andak boleh meminta khidmat rundingan atau menjual pada pihak AZR Agro Center.


Pasaran sekarang untuk cacing Tanah mentah adalah sekitar Rm450 sekilogram. Sememangnya memberikan pendapatan yang lumayan.


 


 


 


Maklumat lanjut tentang AZR Agro Center boleh cliks di sini


http://www.azragrocentre.com/azr2/news.php


 


 


Sumber pelbagai 


http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_worm


http://www.redwormcomposting.com/


http://www.azragrocentre.com/azr2/news.php