Pengalaman kayak jeram di daerah Kenaboi. Trek yang aku gunakan ni adalah trek beginner, walaupun beginner tapi penatnya boleh tahan jugak. Jarak sungai lebih kurang 10km. Ini pertama kali aku main kayak di jeram, sebelum ni main kayak di tasik dan laut sahaja, kayak pun guna kayak biasa. Tapi kali ni aku cuba kayak lazer, kayak ni lebih laju, tapi susah jugak kawalannya kalau tak biasa guna.
Hari tu tak ramai yang main kayak, Cuma aku berdua dgn kawan dan dibantu oleh 2 org guide. Setiap sorang satu guide la. Disebabkan pertama kali main kayak jeram ni, boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu kami asyik terbalik jer sampai tak terkira berapa kali. Terbalik satu hal nak buang air dari kayak satu hal hanyut dek arus deras pun satu hal, ini semua menambahkan lagi cabaran bagi beginner macam kami ni. Mula kayak dari jam 11am dan tamat lebih kurang 3.30pm, 4 jam lebih berkayak penat tu tambah pulak lapar.
Semua kelengkapan kayak, guide dan rescue disediakan oleh Kenaboi Adventure Team. Selain kayak team ni juga organize aktiviti mendaki di Gunung Besar Hantu. Semasa kami tiba di lokasi rumah Kenaboi Adventure Team ni ada satu group orang Filipina tengah sedang menaiki 4WD untuk ke kaki Gunung Besar Hantu.
Maklumat lanjut boleh klik http://kenaboiadventure.multiply.com
Pakej
Harga : RM150.00 /pax
Tempoh : 1 hari
Peserta : 10 orang (minimum)
Lokasi : Kemsite Sg Kekabu
Trek : Kg Bertam – Kemsite Sg Kekabu (10km)
Perkhidmatan Yang Disediakan
1. Peralatan kayak
2. Guide/rescuer
3. 4x4 Kg Chennah-kemsite-lokasi
4. Makan tengahari
Tentatif
0800 – Berkumpul di Kg Chennah
0830 – Bertolak ke Kg Bertam dengan menaiki 4x4
0930 – Tiba di Kg Bertam
1000 – Pengenalan kayak
Water confident
1100 – Memulakan aktiviti ekspedisi
1500 – Tiba di Kemsite Sungai Kekabu
Makan tengahari
1600 – Packing
1800 – Bertolak ke Kg Chennah dengan menaiki 4x4
1900 – Tiba di Kg Chennah
“Sayonara”
2000 – Bersurai