Monday, June 8, 2015

Vietnam ~ Shopping2 di Saigon


Trip Shopping Vietnam
Trip Shopping2 Vietnam kali ini saya buat suka2 sebab berjaya mendapat tiket flight promo Air Asia yang murah la jugak dengan return RM354 termasuk luggage 20kg . Trip pendek 3h2m ini cara santai dan relaks sahaja. Trip 3h2m ni memang santai sahaja. Peserta yang join cuma 6 orang sahaja, tapi last minit sorang tarik diri kerana keluarga kemalangan. Jadi kami berlima sahaja. Semua buat janji bertemu di Airport sekitar jam 5.00am. Flight mengikut jadual dan tidak delay. Penumpang majoriti rakyat Malaysia :). Berikut adalah coretan perjalanan kami.

Day 1 ~ Sabtu
Seawal jam 4.30am sudah mula menaiki bus dari KL Sentral ke KLIA2, so kalau naik kul 4.30am jangka sampai ke KLIA2 sekitar jam 5.30am. Jadi kami ada 1 jam 30 minit sebelum berlepas jam 7.00am, Kami masuk boarding jam 6.00am. Ramai jugak orang penerbangan pagi, biasanya ke vietnam pergi orang tak ambik luggage jadi ta perlu la beratur panjang nak drop bag :).  Alhamdulillah flight tidak delay, on time saja lebih kuran jam 7.00am kami bertolak.

Airport Ho Chi Minh City
Sampai di airport jam 8.00am waktu Vietnam. Kami tercari-cari teksi untuk ke hotel, ada beberapa kaunter teksi, harga sekitar 200-300 ribu dong, biasanya orang yang biasa ke vietnam akan cuba tawar harga sampai 200-250 ribu Dong untuk sampai ke hotel area Bến Thành Market. Kami naik teksi MPV sebab 5 orang jadi harga kami dapat 300 ribu Dong, Kalau naik teksi kereta biasa boleh dapat dlm 200 ribu Dong. Ting-tong kami sampai hotel jam 9.00am.
(Sumber Booking.com)
Hotel
Kami tempah LE LE Hotel jauh sikit dari Bến Thành Market (Jalan Kaki 10 minit sahaja) Hotel berdekatan dengan lorong Bùi Viện yang happening dan banyak backpacker di sini. Hotel ini terletak di jalan utama Pham Ngu Lao St Bersebelahan Dragon Palace Hotel. Booking melalui booking.com sampai baru bayar. LE LE Hotel dan Dragon Palace Hotel owner yang sama. Hotel ini ok la selesa walaupun tak mewah tapi ok la kalau nak buat 3h2m. Kalau penat2 boleh massage kat Dragon Palace Hotel.

Cu Chi Tunnel Tour
Disebabkan kami datang awal jadi kami tidak boleh cek in lagi, jadi kami letak beg dahulu dan berbincang day tour ke Cu Chi Tunnel yang kami tanya di meja tour agen depan kaunter reception hotel. Sebenarnya kalau nak survey half day tour pakej ni banyak jer kaunter-kaunter agen dekat setiap hotel dan juga di kawasan tersebut. Harga biasanya sekitar 6usd-10usd. Kami tak servey sebab harga agen kat hotel lebih kurang sahaja. Bincang punya bincang last-last kami ambil private car yang harganya 40usd setelah tawar menawar. Sebab nak cepat dan tidak mahu join rombongan dan tak nak singgah kedai kraftangan :). Kekurangan cara ini adalah kami tiada guide dan harga mahal sedikit tapi kami punya masa sendiri :) dan cepat.

Sekitar 10.30 kami bergerak ke Cu Chi Tunnel menaiki jeep Ford Everest. Memang selesa la kami 5 orang sahaja. Sekitar 12.30pm kami sampai di Cu Chi Tunnel, bayar tiket masuk 90ribu Dong dan masuk tanpa ada guide :( , tapi kami tumpang2 la dengar citer dari group lain, selebihnya nak bergambar sahaja.


Mula-mula selepas beli tiket masuk kita biasanya kita akan masuk melalui terowong besar ada pemeriksaan tiket di tengah nya, selepas itu kita dah memasuki kawasan cu chi tunnel, Tour bermula dengan menonton video sejarah di dalam pondok bawah tanah. Selepas menonton kami ikut guide group lain tumpang dengar sikit2 selebihnya kami bergambar sahaja. Biasanya guide akan bawa melihat lubang dan cara masuk lubang, perangkap2 yang digunakan semasa perang, melihat lubang masuk dan lubang asap dapur, melihat kereta kebal tinggalan perang dan seterusnya ke padang sasar tempat menembak. Biasanya ramai jugak pelancong mencuba menembak. Ada pelbagai senjata boleh pilih dengan membeli peluru hidup minimum 10 biji.

Untuk trip kali ini saya tak menembak, just singgah tengok2 dan meneruskan langkah melihat demo membuat paper rice (Kepingan seperti kulit popiah yang digunakan dalam hidangan), pondok ni terletak sebelah padang sasar tu. Selepas itu kami terus ke Terowong.

Kalau tak cuba masuk terowong memang tak sah, ada pendek ada panjang, kalau tak silap ada 5 meter, 10 meter dan 15 meter. Kami buat yang pendek saja 10 meter itu pun dah lengoh kaki dan paha nak krem sebab duk jalan itik kat dalam tu, kalau nak lagi selesa merangkak la baru tak lenguh peha. Penamat tour ini adalah dengan singgah di pondok yang menghidangkan teh dan ubi kayu percuma. Rehat sekejap kat sini selepas itu baru bergerak keluar sekitar 2.45pm.

Makan Tengahari
Kami makan di restoran halal yang berdekatan dengan cu chi tunnel, kalau kita menghala ke cu chi tunnel kita akan nampak restoran ini di sebelah kanan dalam 100 meter sebelum cu chi tunnel. Nama restoran ini Quan An Lukman Kamarudin. Restoran ini baru buka dan peniaganya boleh berbahasa melayu. Di restoran ini ada disediakan surau. Dalam gambar saya bergambar dengan pemilik restoran iaitu en Kamarudin peramah orangnya. Kami oder beberapa lauk dan sayur makan dengan nasi putih. Masakkan ok sedap jugak la bagi yang tengah kelaparan. Kami makan sampai kenyang sebab selepas ni nak mula jalan2 shopping :).

Shopping Time
Kami minta driver hantar kami terus di Pasar Bến Thành Market sekitar jam 6.00pm, selepas tunjuk beberapa kawasan membeli belah pada kawan2 kami mula berpecah untuk mencari barang-barang ikut minat dan keperluan sendiri. Dan janji berkumpul semula di Restoran Halal Hj Osman di jalan Nguyen An Ninh sekitar jam 8.00pm untuk makan malam.

Pasar Malam
Selepas makan malam kami sambung shopping di pasar malam sebelah Pasar Bến Thành Market. Pasar malam ini mula dibuka sekitar 8.00mlm di sebelah kiri dan kanan Pasar Bến Thành Market setelah Pasar Bến Thành Market ditutup. Banyak juga barangan yang dijual seperti pakaian, beg dan juga makanan gerai. Makanan ada yang halal dan ada yang tidak, kena pandai pilih gerai muslim. Bisanyanya orang tawar menawar 70% diskaun, jika dapat jangan pula tak beli. Sekitar jam 11.00pm kami bergerak pulang ke Hotel. Ingat jangan terlalu lewat sangat pulang ke Hotel lewat malam sebab ada sejarah orang kena ragut ketika melalui jalan yang sunyi dan gelap.


Day 2 ~ Ahad
Hari kedua, selepas sarapan sekitar jam 10.00am kami mula keluar shooping secara berpecah. Ada yang ke shoplot sekitar Pasar Bến Thành Market dan ada yang shopping dalam Pasar Bến Thành Market, manakala saya keluar mencari beg outdoor. Biasanya orang Malaysia banyak akan shopping di Malaysian Street /Nguyen An Ninh Street. Jalan ini juga dapat jolokkan Malaysian Street kerana banyak orang Malaysia shooping kat sini dan banyak juga restoran halal kat sini. Berikut saya sharekan gambar kedai2 di kawasan ini.




Berikut adalah list shop lot yang ada di kawasan ini
- Fina Collection
- Hjh Basiroh
- Wy Rine (Ramlah) Collection
- Champa Collection
- Abd Rozack Collection
- Jamilah Collection
- Rokiah Collection

** kedai mana yang bagus itu bergantung kepada yang pandai survey dan pandai tawar. Saya tak pandai sangat.so saya survey beberapa kedai sahaja dan beli beberapa pakaian yang berminat. Kalau nak borong pakai atau jual-jual suka-suka bole la beli disini. Tapi biasanya peniaga kat Malaysia yang betul2 berniaga selalunya belu terus dari kilang dan pembekal utama disini untuk dapat harga lebih murah dan untuk jimat kos mereka pos sahaja.


Restoran Halal
Terdapat beberapa restoran halal sekitar Pasar Bến Thành Market, Ada juga yang pemiliknya rakyat Malaysia. Biasanya makan kat restoran ini agak mahal sedikit la kalau convert duit Ringgit sekitar RM12-15 untuk sepinggan nasi goreng. So apa boleh buat kalau nak selesa makan dengan hawa dingin dan ada wifi restoran begini la jawabnya. Nak murah ada jugak warung2 halal cuma tak banyak dan menu terhad.


Berikut adalah list Restoran yang ada di kawasan ini (jalan Nguyen An Ninh)
- Restoran Hjh Basiroh
- Restoran Hj Osman
- Restoran Salima
- Restoran Warung 1 Malaysia
- Restoran Aysah


Kami berpecah shooping sehingga jam 5.00pm dan pulang ke hotel kerana salah seorang teman saya Juliaty pulang hari Ahad petang. Macam tak caya pulak dia datang 2hari 1 malam sahaja, Sabtu pagi sampai, Ahad petang dah pulang ke Malaysia. Dapat juga dia shopping dan tour cu chi tunnel :) . So tempah teksi dari hotel sahaja. Selepas ucap selamat pulang pada Juliaty. Kami sambung shopping.

Barangan Sport
Kami cari barangan sukan di jalan Huyền Trân Công Chúa, Kawasan ni ada deretan kedai yang jual semua barangan sport dari kasut, baju sukan, alatan sukan dan macam2 lagi. Tapi kebanyakkan kasut sukan bukan gred A, kualiti biasa2 sahaja walaupun di cap jenama terkenal seperti adidas dan nike. Tapi murah la. So kalau nak shoping kawasan ini biasanya orang beli alatan sukan seperti raket tennis, kasut roda dan macam2 kecuali kasut tu kurang sikit la. Kebanyakkan barangan tiruan kat vietnam ni, ada juga yang origenal kalau masuk butik yang ori. Tapi biasanya orang cari yang gred A sebab kualiti dan meterial yang digunakan adalah sama dengan yang ori. Selepas jalan di kawasan ini kami pulang ke area Pasar Bến Thành Market untuk Makan malam di restoran Halal Saigon Seri Penang di jalan Lưu Văn Lang (Milik Dato Helmi Jaafar). ok jugak la makan kat sini, ramai orang Malaysia makan kat sini terutama yang ambil pakej agen dari Malaysia. Selepas makan kami sambung cuci mata di Pasar Malam di sekitar luar Pasar Bến Thành Market. Balik ke hotel sekitar jam 11.00mlm.


Massage
Selepas rehat dan bersihkan diri, kami cadang ambil massage untuk hilangkan lenguh2 badan dan kaki, kira untuk menyegarkan badan semula la. Ambil pakej massage di Dragon Palace Hotel hotel sebelah Le Le Hotel. Di tingkat satu memang khas tempat Massage, harga Full Body Massage adalah 250 000 untuk 90 minit (RM45). Lepas massage terus balik hotel tido.


Day 3 ~ Isnin
Sarapan pagi awal, Makan Roti bakar dan kopi dan teh sahaja sebab hotel ni serve makanan tak halal. Lepas makan kami mula packing barang2 yang di Shopping sepaya ngam masuk beg :) . Selepas cek out kami letak beg di tempat beg dan keluar makan tengahari di Restoran Serai di jalan Thủ Khoa Huân dan seterusnya sambung shopping. Kami berjalan sehingga ke Saigon Square dan beberapa butik santai2 sambil mengintai apa2 yang boleh di shopping :) .

Bag Deuter
Saya mencari beg deuter kualiti Gred A yang mirip Origenal. Hari sabtu dan ahad ada juga saya mencari beg di kedai yang pernah saya beli di jalan luu van lang tapi kedai tu sudah tiada stok tersebut, banyak yang dia jual cuma kualiti Gred B sahaja. Gred A (Meterial dan kualiti jahitan sama macam ori) dan Gred B (Meterial sahaja sama tapi kualiti jahitan tidak sama). Nasib baik saya dapat jumpa kenalan saya Sarah orang vietnam yang masih bekerja di Pasar Bến Thành Market. Dia bawa saya ke kedai tersebut, ternyata kedai tersebut ada stok beberapa biji beg Gred A. Kalau di tanya ada ori ke tidak, dia jawab semua beg dia ori, Jadi terpulang kepada kita untuk memilih bag dan melihat sendiri secara detail meterial dan kualiti jahitan. Kalau yang biasa beli beg ori pasti bila pegang sahaja dia sudah tahu. Tapi bagi yang tak biasa saya nasihatkan sebelum datang ke Vietnam pergila ke butik ori kat Kuala Lumpur untuk melihat sendiri beg ori macam maca, pegang, rasa dan tengok meterial dan detail beg tersebut dan mesti la kena ingat. So bila kat vietnam senang la cari. Beg kualiti Gred A ni tak banyak disimpan oleh kedai so kena mencari jugak la. Saya dapat beli Beg Deuter 40+10liter dengan harga RM130 puas hati jugak la dapat beg. Kedai ini No 8 terletak di Jalan Phan Bội Châu (8 Phan Bội Châu). Nama kedai công ty cờ phần thương mai dịch vụ bên thành, panjang nama rasanya yang depan tu nama dia công ty cờ phần thưong mai.


Sekitar jam 5.00pm kami semua sudah kembali ke hotel , Rehat di ruang lobi di sofa sambil menunggu teksi yang kami tempah dari hotel jam 5.30pm. Kalau nak murah teksi boleh tahan di jalan teksi Vinatsun Teksi lain tak boleh caya sangat dia ketuk kita. Teksi Vinatsun ni pakai meter. Teksi yang hotel tempah ni bukan vinatsun tapi sebab tempah terus dari hotel kita bayar kat hotel sahaja. Mahal sikit dari yang Teksi Vinatsun tapi ok la tak payah nak tahan2. Tunggu je di hotel.

Sampai di Airport kami cepat2 ke tempat Drop Luggage, kalau lambat nanti berbaris panjang. Sampai di kaunter drop bag walaupun belum buka tetapi saya lihat dah berbaris trolly yang penuh dengan beg tersusun. Sampai parking trolly berbaris dan kami duduk di kerusi menunggu ia buka. Bila buka baru pergi ke trolly masing2. Kat sini semua orang Malaysia sahaja. Ramai betul orang kita ke Vietnam ni. Jam 9.00mlm kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di kuala lumpur tiada yang kena pemeriksaan kastam :) .


Begitulah sedikit sebanyak coretan trip 3h2m santai shopping di Vietnam. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang turut serta menjayakan trip pendek ini iaitu Mohd Hilal, Juliaty, Azura dan Hafiza

Sekian

Tentative
11/4/2015 ~ Sabtu
04.00am - Naik bus dari KL Sentral
07.00am - Berlepas ke Ho Chi Minh City (Saigon) dari KLIA2
09.00am - Sampai di Chi Minh City (Waktu Vietnam baru jam 8.00am)
09.00am - Bergerak ke Hotel, letak beg dan diskus tour ke Chu Chi tunnel, kat hotel ada kaunter tour
10.30am - Ada 2 option ( Naik private car atau tour ikut group naik bus). Kami ambik private car sebab nak cepat.
12.30pm - Sampai Chu Chi Tunnel
02.45pm - Keluar dari Chu Chi Tunnel
03.00pm - Singgah makan di restoran Halal tidak jauh dari Chu Chi Tunnel
04.00pm - Bertolak pulang ke Chi Minh City
06.00pm - Drop di Pasar Ben thanh - Saya tunjukkan lokasi untuk shopping pada kawan2 sekitar pasar.
06.30pm - Kami berpecah supaya setiap orang dapat cari barang2 mengikut selera masing2
08.00pm - Janji Berjumpa di restoran Halal Hj Osman di jalan Nguyen An Ninh
09.00pm - Sambung shopping di Pasar Malam
11.00pm - Pulang ke Hotel

12/4/2015 ~ Ahad
07.00am - Sarapan Roti bakar dan kopi jer ( Sbb hotel ni tak serve makanan halal)
09.00am - Group berpecah satu ke Ben Thanh Market dan satu ke Jalan Bui Vien belakang hotel ( Cari outdoor Gear)
05.00pm - Janji jumpa di Hotel, salah seorang peserta sudah nak balik KL, Flight jam 8.00pm
06.00pm - kami sambung shooping ke kawasan Sport area
08.00pm - Makan malam di restoran Halal Saigon Seri Penang di jalan luu van lang (Milik Dato Helmi Jaafar)
09.00pm - Sambung shopping di Pasar Malam Ben Thanh.
11.00pm - Balik Hotel
12.00pm - Full Body Massage 250 000 untuk 90 minit (RM45) Ambik di hotel

13/4/2015 ~ Isnin
08.00am - Sarapan Roti bakar dan kopi jer (Sbb hotel ni tak serve makanan halal)
09.00am - Packing Barang2 Shopping
10.00am - sambung lepak dan rehat santai sehingga kul 12,00pm untuk chek out
12.00pm - Cek out, Tempah teksi dan simpan beg di reception dan sambung shopping
01.00pm - Makan Tengahari di Restoran halal Serai di jalan Thu Khoa Huan
02.00pm - Sambung Shopping
05.00pm - Sampai hotel & repacking
05.30pm - Bertolak ke Airport
09.00pm - Bertolak pulang ke Kuala Lumpur

Perbelanjaan

Teksi
Airport ke Hotel = 300 000 (Ada kaunter lain boleh dapat 200 000)
Hotel ke Airport = 300 000 Tempah dari Hotel. Kalau kat luar bermeter Vinatsun boleh dapat sekitar 180 000 - 200 000

Chu Chi Tunnel
Tiket Masuk : 110 ribu Dong (90k+20K)
Transport : Private Car 40usd
Kalau Tour naik minibus : 6-10usd seorang

Hotel
RM120 untuk 2 malam (Bilik Double) - Tempah di Booking.com

Flight
Air Asia - Promo RM354 (Return+luggage 20kg)
AK520 7.05am 11.04.2015
AK525 9.10pm 13.04.2015

Tips
Memandangkan Saigon ni sudah jadi tempat kebiasaan orang Malaysia yang pergi bercuti sambil shopping maka tak banyak tip yang boleh saya bagi, sebab dah jadi biasa, kalau baca blog memang banyak yang share. Boleh buat trip pendek sahaja 3h2m atau 2h1m. Kalau nak explore kawasan lain seperti hanoi, dalat atau Na Trang tu kita lain la. Ini saya citer jika ke Saigon sahaja. Jadi berikut adalah tip ringkas bagi yang pertama kali hendak ke sana.


Hotel
Kalau boleh pilih la hotel yang paling dekat dengan kawasan Pasar Bến Thành Market di jalan jalan Nguyen An Ninh sebab banyak restoran halal di kawasan ini dan berdekatan dengan tempat shopping.


Tour dan Pakej
Tour ke Cu Chi Tunnel boleh survey dahulu di kaunter agen di hotel then survey kawasan sekitar untuk cari yang murah sekitar jika ada. Biasanya tour 6-10usd (Join Group Naik minibus) tiket masuk bayar sendiri. Ada juga pakej lain seperti puppet show dan juga river cruise semuatu boleh ambik di kaunter agen yang banyak terdapat.


Matawang
Nak berbelanja boleh guna Dong, USD dan juga Ringgit. Duit RINGGIT biasanya kawasan Pasar Bến Thành Market di jalan Nguyen An Ninh ni mereka terima. Kalau Tour pakej biasa mereka pun terima dalam USD. Saya banyak pakai Dong dan Ringgit sahaja.


Keselamatan
Ada juga kes ragut jika pulang lewat malam di jalan yang sunyi. Jadi kena juga berhati2 jangan ambil mudah. Jangan simpan semua duit dalam sampul dan keluarkan semasa berbelanja kerana ia akan menarik perhatian peragut. Pasport saya tinggal di hotel sahaja bagi mereka simpan dan saya bawa yang fotocopy dan juga kad hotel.


 

Berikut Contact untuk yang hendak servis penghantaran
Phuc Tam Trans & Services JSC
75 Ho Van Hue
St Ward 9
Phu Nhuan Dist
Ho Chi Minh City Vietnam
Tel : (84-8) 39 974 003
website : www.phuctamtrans.com

Sila Download Brosur PDF – Phuc Tam Trans & Services JSC

Wednesday, May 20, 2015

Rumah Amal Raudhatul Jannah Olak Lempit

Rumah Amal Raudhatul Jannah
Rumah Amal Raudhatul Jannah Olak Lempit Banting Selangor
Pada 16 Tarikh 16 Mei 2015, saya telah menyertai satu program khidmat masyarakat ke rumah anak-anak yatim di kampung Olak Lempit Banting Selangor. Program ini adalah susulan dari program tahun lepas 2014, semasa lawatan pertama kami cuma buat sumbangan sukarela dari kalangan kakitangan yang berminat. Hasil lawatan pertama itu kami mendapat idea untuk membuat program berikutnya dengan lebih baik dan teratur dari segi penjanaan sumbanggan. Pada tahun 2015 Rumah Asnaf ini telah diambil alih oleh pengurusan yang baru dan nama RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH ini di tukar kepada nama baru iaitu RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Program ini di namakan sebagai “Projek Harapan Sebuah Senyuman”. Fokus utama projek ini adalah untuk membantu melengkapkan katil dan tilam rumah anak2 yatim ini. Bermula tahun lepas 2014, satu jawatankuasa di bentuk dan di ketuai oleh rakan saya iaitu Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari, kami mula menjual lot derma. Setiap lot dengan harga RM200 dengan total 50 lot. Hasil pembelian lot sumbanggan itu kami beli set katil bertingkat lengkap dengan cadar, bantal dan selimut. Selain jualan lot sumbanggan orang perseorangan seperti beg sekolah, alat tulis, kipas angin, buku-buku rujukan dan juga beberapa keperluan yang lain turut diterima.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Dalam program sehari ini kami turut mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan asrama dan beramah mesra bersama anak-anak yatim dengan membuat aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, motivasi, taklimat kesihatan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Program sehari ini ternyata benar-benar memberikan kegembiraan kepada anak-anak dan juga rakan sekerja. Tahniah kepada semua teman-teman yang terlibat dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini samaada secara langsung dan tidak langsung, tidak lupa juga kepada Syarikat BMcare, Syarikat Sedi Jaya dan Kedai Perabot Simpang Ampat kerana turut menyumbang dalam program ini . Sekian Terima kasih


Laman Web Baru Rumah Amal Raudhatul Jannah : http://rumahamalraudhatuljannah.blogspot.com/

Alamat rumah amal ni :
Rumah Amal Raudhatul Jannah, OLAK LEMPIT
Lot 11537, Jln Sepakat, Taman Cenderawasih,
Kg Olak Lempit, 42700 Kuala Langat.
Banting, Selangor. ( Belakang Shell).

Puan Norjia – 017-2967860

Koordinat : 2.830284, 101.597297

Pembaca blog boleh hubungi Puan Norjia – 017-2967860 jika hendak datang memberi sumbangan.

ini adalah link entri lawatan pertama https://hamydy.wordpress.com/2014/07/19/rumah-amal-asnaf-al-barakh-olak-lempit/

Sunday, May 3, 2015

Paris ~ France 2015


Sehari di Paris
Salam kepada pembaca saya yang menunggu coretan perjalanan saya di UK dan Euro, Entri Sehari di Paris ini saya postkan dahulu kerana intri ini pendek sahaja. Kenapa sehari di Paris, sebenarnya memang saya cuma sempat berjalan sehari suntuk sahaja di Paris. Berikut adalah coretan perjalanan saya.

27 April 2014
Saya telah berada di Coach Station London sejak jam 6.00pm. Coach Station ni bersebelahan dengan Victoria Station. Tiket bas ke Paris saya beli semasa berada di Manchester. Saya beli tiket Bas Euroline, Beli di Kaunter lebih mahal dari beli online. Kalau online cuma 58£ (pound sterling) untuk 2 orang, tapi sebab beli kat kaunter harga jadi 68£ + 10£ fee = 78£ untuk 2 orang. So better beli lebih awal melalui online :( . Tiket bus jam 10.30pm, so satu jam sebelum dah kena cek in kat kaunter dengan pasport. So jam 9.30pm saya dah tunggu depan kaunter untuk cek in. Kaunter ni terletak kat belakang gate 19 kalau tak silap saya. Jangan lewat cek in sbb kalau lewat kaunter tutup dan anda tidak dibenarkan naik bus. Semasa cek in anda akan diberikan tag nama untuk di letakkan pada bag.

Semasa duk tunggu saya juga sempat terserempak dengan 2 family melayu dari Malaysia, Satu family 3 orang ni naik bus Mega Bus ke Amsterdam dan lagi satu family (6 orang) ni naik bus Euroline ke Paris jam 9.30pm. Jam 10.00 camtu penumpang sudah di benarkan naik bus. Bus selesa dan ada wifi, tapi wifi kekadang tak stabil. Naik bus saja saya dah layan nak tido.


Eurotunnel
Bas akan berhenti di Eurotunnel untuk pemeriksaan pasport. Kena keluar bus ke emigresen untuk scan pasport dan naik semula bus. Kemudian bus akan pergi ke tempat train, akan stop lagi pemeriksaan pasport oleh polis atas bas. Selepas tu bas menunggu giliran menaiki Train untuk merentasi Selat English.

Tunnel ini terletak di Eurotunnel UK Terminal, Ashford Road, Folkestone, Kent CT18 8XX United Kingdom. Kalau tengok map terletak di kawasan Newington. So untuk seberang selat English ni ada dua cara. Semasa beli tiket bus ada kat brosur tu ikut kapal atau ikut tunnel. Lebih kurang ja masanya cuma naik train cepat sedikit. Yang buat jadi sama adalah masa menunggu. Saya merasa kagum kejap melihat bas yang besar naik ke gerabak train. Dan saya sempat lihat suasana dalam berabak semasa bas memasuki gerabak.


Sampai seberang sana seingat saya takde cek pasport pun, sedar2 dah kat jalan raya dalam bus..nyenyak tido..Terminal tunnel di France di Fréthun bersebelahan kawasan Calais bus kalau tak silap melalui Calais dan Dunkirk seterusnya melalui hiway yang bersebelahan dengan sempadan Belgium. So kalau nak masuk Belgium dan Amsterdam dah dekat dah..


28 April 2014
Bus bergerak ke Paris dan ada stop 2 kali kalau tak silap saya turunkan penumpang, ada yang turun ke Airport. Saya stay jer dalam bus sehingga ke Paris. Bus euroline berhenti di Station Euroline Gallieni. Sampai saja saya ambik beg dan ke kaunter tiket Train yang terletak didalam Station ini juga. First saya jumpa mesin layan diri beli tiket... Duit besar 100€ (euro), so saya pun keluar la dari station cari kedai atau restoran yang boleh tukar duit, ternyata kedai belum buka dan ada kedai kopi kecil tidak mahu tukar. So jalan-jalan jumpa stesen minyak, sibbaik dia mau tukar huhu itupun dia tak cakap english.. saya cakap english dia cakap France macam ayam itik, tapi dia tukar jugak la duit saya tu..so bagi balas jasa dia saya beli la kopi satu :). Dah dapat duit kecil senang la hati nak gerak. Duit 100€ ni memang besar bagi mereka, so ada baiknya kalau dapat tukar sebelum sampai ke Paris.

Saya balik ke Station Gallieni ke kaunter train dan beli tiket terus ke Station yang berdekatan dengan Hotel. Sebelum tu dah study dan ambik map train paris, tengok station mana yang paling dekat dengan hotel dan berapa kali tukar train. Tiket train tak ingat berapa kalau tak silap saya tak sampai 10€ sorang.

Hotel Eiffel Petit Louvre
Saya tempah hotel ini melalui Booking.com, yang ini ok la murah sedikit, dan dekat dengan menara Eiffel tapi berjalan kaki dalam 10 minit. Stesen paling dekat betul2 sebelah hotel adalah Station Dupleix, dua station sebelum sampai station Bir-Hakeim dan station Champ de Mar. Jika hendak ke Menara Eiffel maka station Champ de Mar adalah stationnya. Sampai di Hotel saya tidak boleh cek in lagi sebab terlalu awal so letak bag di store, sib baik petugas hotel cakap english. Nama hotel Hotel Eiffel Petit Louvre tapi sign bord hotel ni perkataan Eiffel dia ganti dengan gambar Eiffel Tower. Terkonfius kejap saya masa nak masuk hotel tu. Lepas letak beg saya pun bergerak ke Menara Eiffel dengan berjalan kaki sahaja.


Eiffel Tower
Memang best la bagi yang pertama kali sampai kat Eiffel Tower ni. Teruja sedikit sebab sampai kat salah satu mercu tanda Paris. Memang ramai orang kat sini. Ramai jugak yang beratur hendak naik menara. saya jalan2 sekitar sahaja dan ke arah taman untuk bergambar menara. Jangan terkejut pulak bila sampai disini kerana peniaga jalanan yang menjual souvinior boleh cakap melayu beberapa patah. Bayangkan punya la banyak pelancong Malaysia dan Indonesia yang berkunjung sampaikan mereka boleh bercakap melayu beberapa patah. Bila saya berjalan penjaja jalanan ini akan tegur ... Malaysia Indonesia? dan siap ofer souvinior dalam bahasa melayu seperti " lima barang satu pound". Anda juga boleh terserempak dengan kumpulan orang Malaysia dan Indonesia disini. Ramai juga plencong dari china yang datang dlm rombongan tour bas.

Kawasan taman ni besar jugak, kalau nak bergambar latar belakang menara kena jalan sedikit ke ke taman. Kawasan padang bertutup dengan pagar, hanya dibuka pada waktu petang. Bila watu petang memang ramai yang lepak duduk kat padang menghadap menara. Memang meriah. Bila sebelah malam pulak ramai berada is sebelah jambatan untuk bergambar dengan Menara yang dipasang lampu yang cantik. Semasa berada di  kawasan menara Eiffel Tower ini pelancong dinasihatkan supaya jangan tinggalkan beg tanpa di pegang kerana kawasan ini terkenal dengan penyeluk saku. Jangan letak beg pada kerusi tanpa pegang.


Jalan-jalan menuju ke Musee Du Louvre
Dari menara Eiffel Tower saya berjalan kaki untuk ke Lokasi berikutnya iaitu Musee Du Louvre dengan bergerak ke arah Ecole militaire, Disini saya dapat melalui empat banggunan tarikkan iaitu Ecole militaire,  Musee De L'armee,  Assemblee Nationale Palais Bourdon dan Palace De La Concorde, berjalan perlahan2 sambil bergambar. Suhu sejuk jadi susah untuk kita berpeluh dengan cepat. Jalan kaki ok selamat cuma jangan masuk lorong-lorong kecil yang tiada orang lalu sahaj sahaja.


Selepas melalui Assemblee Nationale Palais Bourdon Dari sini saya lintas sungai dan jumpa Palace De La Concorde (Menara kecil ditengah bulatan) so dari sini saya pun menuju ke Musee Du Louvre melalui taman yang besar dan cantik iaitu Jardin Des Tuileries. Kalau musim bunga dan musim tulip memang banyak bunga tulip di tanam di Jardin Des Tuileries ni. saya sempat jugak tengok dan relaks di taman ini sambil minum kopi. Terdapat 2 bulatan kolam dalam taman ini. Bulatan kolam ini di penuhi dengan kerusi dan orang ramai duduk santai mengelingi kolam ini sambil relaks. Dari taman ini kita jalan-jalan sambil menghayati pemandangan taman menuju ke arah Musee Du Louvre.

inilah Musee Du Louvre, dengan Landmark piramid kaca. Didalamnya sebuah musium, saya lihat ramai yang beratur. Saya sekadar bergambar di sekitar luar sahaja malas nak masuk sebab ramai dan masa terhad. Saya lepak kejap ambik gambar dan sambil duduk di kawasan ini.


Jalan-jalan menuju ke Arc De Triomphe Etoile
So lepas bergambar saya pun berjalan kaki semula menuju ke Arc De Triomphe Etoile. Memang jauh la jalan kaki dari Musee Du Louvre ke Arc De Triomphe Etoile tapi ok la bole tengok2 sekitar jalan Avenue Des Champs yang memang happening ramai orang jalan kaki kat sini.


Sepanjang jalan Avenue des Champs-Élysées menghampiri ke arah Arc De Triomphe Etoile memang meriah, kawasan ini banyak butik2 jenama terkenal seperti LV, Mark & Spencer, H&M dan pelbagai lagi, memang kelihatan banyak orang shopping di kawasan ini.

Ini lah menara Arc De Triomphe Etoile yang terletak di tengah-tengah bulatan jalan yang besar. Memang sesak dengan kereta dan orang bergambar. Sampai Arc De Triomphe Etoile saya bergambar beberapa keping dan meneruskan perjalanan.


Jalan-jalan menuju ke Palais De Chaillot
Dari Arc De Triomphe Etoile saya berjalan kaki menuju ke hotel melalui Palais De Chaillot, kawasan ini pun menarik sebab dia seberang sungai dan bertentang dengan menara Eiffel Tower. Saya tidak pergi sampai ke banggunan tersebut cuma tgk dari jauh sahaja, tapi kat sini memang saya lihat ramai yang bersantai lepak. So bergambar kejap dari atas jambatan dan bergerak pulang ke Hotel.

Ini la rupa bilik Hotel Eiffel Petit Louvreyang saya tempah, tidak la besar tapi selesa jugak. untuk dua orang dan hanya satu malam kira ok la, ada lagi yang lebih besar tapi lebih mahal la. Bilik tiada aircond tetapi ada pemanas.

Sampai di hotel cek in dan rehat sebentar. Sekitar jam 8.00pm saya keluar semula lepak di menara Eiffel Tower lepak sambil minum kopi dan menunggu sunset. Selepas bergambar sunset dan suasana malam dari atas jambatan..kami pulang semula ke hotel dan singgah makan malam di sebuah restoran iran halal yang terletak tidak jauh dari hotel.


29 April 2014
Flight pulang ke KL jam 1.30pm. Cek out dari hotel jam 8.00am dan ke Station Dupleix beli tiket ke airport CDG harga 10€. Airport jauh jugak dalam 1 jam perjalanan. Sampai di Airport lepak kejap dan pergi ke kaunter Air France untuk drop Bag. Kat sini buat sendiri, print boarding Pass dan print sticker bag lekat sendiri dan drop bag kat mesin. Bagi yang bawa backpack yang banyak tali2 perlu ambik beg plastik yang disediakan, masukkan beg dalam plastik tersebut dan baru Drop bag. Bes plasti itu untuk elakkan tali-tali beg yang berjuntai tu terlekat pada sistem bagasi.


Selepas drop bag saya pergi Claim Vat, pergi kastam cop resit dan pergi kaunter claim isi borang. Ada dua jenis resit ada yang boleh terus dapat dan ada yang refun masuk kad kredit.

Jam 1.30pm saya pun berlepas pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air France yang Transit 3 jam di Manchester, kemudiannya menaiki Pesawat KLM ke Ansterdam, Transit 1 jam di Amsterdam dah sampai KLIA pada jam 2.30pm 30 April 2015. Alhamdulillah.


Tentative
Day 11 : 27.4.2015 – Isnin
06.00pm - Tiba di Coach Station London (Bersebelahan Victoria Station)
09.30pm - Cek in di kaunter
10.30pm - Bus to Paris

Day 12 : 28.4.2015 – Selasa
08.00am - Tiba di Station Bus Gallieni
08.45am - Lepas tukar duit naik train ke hotel
09.30am - Sampai hotel letak beg rehat kejap dan ke Eiffel Tower dan day tour
06.00pm - Cek in Hotel
08.00pm - Ke Eiffel Tower layan sun set

Day 13 : 29.4.2015 – Khamis
08.00am - Cek Out Hotel
09.30am - Sampai Airport CDG
01.30pm - Berlepas Pulang Transit di Manchester dan Amsterdam

Kos

Bus Euroline
London - Paris = 39£

Hotel
RM275 satu malam

Train
Hotel - Airport = 10€
Station Bus Gallieni - Hotel = dalam 4€
Pastikan anda ambil peta laluan train di kaunter tiket train bagi memudahkan anda bergerak.

Makanan
Harga makanan macam kat Malaysia juga bezanya dalam euro. contohnya kalau beli sandwish atau roti harga dalam 3-4€, kalau kat fast food dalam 7-8€ dan kalau kat restoran yang lawa sikit satu hidangan nasi beriani dalam 15€. Kalau di convert ke duit malaysia memang la mahal. So kat sana kalau nak berjimat makan cari la yang harga sekitar 4-5€.

Souvinior
Kalau nak beli keychain yang bentuk Eiffel Tower beli kat penjaja jalanan sahaja kerana dia jual 5 keychain = 1€ , kalau kat kedai tak dapat. kalau magnet terpaksa jugak la beli kat kedai harga biasa 4 = 10€. semua souvinior ini adalah made in China. susah nak jumpa barang souvinior yang made in france.

Tips
Paris terkenal dengan penyeluk saku, kalau boleh bag terus tinggal kat hotel dan bila berjalan lenggang jangan bawa beg sendang. Jaga wallet dan jangan berasak2 di tempat ramai orang. Jangan benarkan orang paris tolong ambil gambar kita kerana ada banyak kes juga dia bawa lari hp dan kamera pelancong.

Penginapan cari yang berdekatan dengan Eiffel Tower dan berdekatan dengan station Train. Pastikan anda ada duit kecil sekitar 50€ atau 20€ sbb 100€ tu besar.

Menaiki pengangkutan awam memang senang cuma perlu duit kecil aja. Dapatkan peta train dan peta laluan bus untuk memudahkan anda bergerak. Berjalan kaki memang selamat di sana cuma perlu berjaga dengan penyeluk saku sahaja. Selebihnya saya rasa selamat jer jalan kaki. Jika anda malas berjalan kaki anda boleh beli kad untuk sewa basikal. Basikal awam banyak di tepi jalan jika ada kad tersebut cuma sentuh pada kunci dan basikal boleh guna. dan stesen basikal ni banyak jer, boleh pulangkan di mana2 stesen.

itu sahaja dahulu trip sehari di Paris. Coretan di Manchester dan London saya sambung kemudian.

Sekian