Tuesday, October 30, 2012

En Idris Penderma Hati


Mingguan Malaysia. Masuk Paper lagi Cikgu Idris dalam usaha murni beliau untuk kempen derma Organ. Tahniah







En Idris Mohamad ketika membentangkan Projeknya di dalam Rancangan Sejuta Impian

En Idris Mohamad ketika bersama2 dengan saya mendaki Puncak Gunung Kinabalu pada 22-24 May 2011

Kepada pembaca Blog dan pengunjung Blog saya marilah kita sama2 membantu dan menyokong usaha murni En IDris Mohamad yang berusaha membantu Adik Nurul Atiqah dan pesakit2 lain yang senasib denganya melalui Sejuta Impian yang telah beliau Usahakan. Bantuan boleh dibuat melalui beberapa cara:


Kewangan : Sila layari web www.nurulafiqah.com
Promosi : Copy Post saya ini dan promot di laman blog anda
Hebahan : Buatla hebahan sebanyak yang mungkin di Twitter, FB, dan pelbagai lagi yang mampu anda buat.


Ingatlah anda bukan sahaja membantu Adik Nurul Atikah tetapi mungkin pesakit lain yang senasib dengannya dengan wujudnya Dana ini.

Thursday, October 18, 2012

Restoran Juara Tomyam Kampung Baru


Restoran Juara Tomyam Kampung Baru
Kampung baru merupakan tempat favouret kawan2 saya buat reunion. Di kesempatan yang ada dapat juga buat reunion dengan kawan2 masa belajar kat medical school dahulu. Ramai jugak yang datang.  Ada yang datang dengan meredah hujan yang lebat ketika itu.


Antaranya rakan daya yang sudahpun menjadi pakar Ortopedik, Pakar Forensik dan ada juga yang jadi Pengarah Hospital di Sepitang. Grad Medical school sekitar tahun 2000 yang lalu.


Restoran ini terletak di belakang Banggunan Perkeso Jalan Tun Razak. Dibuka sehingga jam 12 Malam. Banyak menu hidangan dan masakannya juga sedap.



Kebiasaannya kami akan buat Reunion di Restoran Anuar Tomyam juga di kampung baru. Restoran Anuar Tomyam ni tempat nostalgia kami. Sebab dulu2 jika siapa yang lulus dahulu dan dapat gaji yang pertama akan belanja makan. Disebabkan Anuar Tomyam tutup pada hari Khamis malam jadi terpaksalah kami memilih Juara Tomyam.


Sekian

Wednesday, October 17, 2012

Backpacker - Bandung 2012


Bandung 2012
Ini kali kedua kunjungan saya ke Bandung. Kali ini saya buat Trip 3h3m.

Booking Hotel
Sekarang dengan ada Online, booking hotel menjadi mudah. Antara laman web yang sering menjadi pilihan saya ketika membuat tempahan hotel adalah Agoda.com dan Booking.com. Kekadang kita boleh dapat harga bilik yang lebih murah dari hari biasa kerana promosi yang dibuat oleh Agoda dan Booking.com.

Setelah membuat booking melalui laman web ini, adalah digalakkan supaya anda dapat menghubungi hotel tersebut secara direct dengan mem Forward kan Vaucer tempahan atau konformasi booking yang diterima dari Booking.com atau Agoda kepada pihak hotel tersebut. Jika email kita dibalas oleh pihak hotel tersebut, maka boleh la kita senang hati kerana pihak hotel tersebut telah menerima maklumat booking kita.

Ini adalah bagi mengelakkan timbul masalah yang disebabkan server atau pertindihan booking antara online dan juga tanpa online. Pernah sekali terjadi kawan saya membuat tempahan melalui Agoda untuk penginapan di sebuah hotel di Ipoh, tetapi apabila tiba kesana didapati booking tidak ada. Setelah di periksa dan menghubungi Agoda didapati rupanya terdapat sedikit gangguan teknikal server yang menyebabkan booking tersebut tidak sampai kepada pihak hotel.


Unique Guest House - Penginapan Malam Pertama
Memandangkan penerbangan ke Bandung lewat malam dan sampi sekitar jam 1.00am, jadi saya menginap di sebuah hotel buget yang hanya berharga RM55 semalam. Hotel ini saya cadangkan sebagai transit jika sampai lewat malam. Hotel ini terletak di tengah kota. Tuala disediakan tetapi perlu disewa. Bilik pun bersih dan kemas. Toilet agak kecil dan muat2 sahaja. Pekerja hotel sangat peramah dan mesra. Sarapan pagi disediakan iaitu mee segera dan air kopi dan teh segera.


Retanata Home-Stay - Penginapan Malam Kedua dan Ketiga
Home Stay ini terletak diluar dari kota, namun ia hampir dengan kawasan membeli belah seperti Rumah Mode, Fasion World dan lain-lain lagi. Home Stay ini terletak kedalam sikit dari jalan utama. Jadi suasananya lebih aman dan damai kerana tidak kedengaran kesesakkan lalu lintas.

Sarapan pagi disediakan, menu agak berat dan mengenyangkan. Berbeza dengan hotel buget lain yang hanya menyediakan roti sahaja. Bilik tak banyak, Cuma ada 2-3 bilik sahaja untuk family (boleh duduk ramai) selebihnya bilik2. Pekerja Home Stay sangat peramah dan sedia membantu. Menginap di Home Stay ini anda akan dapat rasa suasana seperti tinggal di sebuah kediaman sendiri, tidak seperti tinggal di Hotel. Ini kerana suasana kawasan sekitar hotel ini seperti sebuah kediaman,

Jika menginap disini, jika anda perlukan teksi mudah sahaja minta pekerja hotel tolong panggilkan. Jika tidak anda perlu jalan keluar ke jalan besar untuk mencari teksi. Jika buat tempahan disini adalah baiknya anda mohon transfer dan pick up sekali semasa buat booking. Ini kerana mudah untuk kita pergi dan pulang nanti.

Kemudahan yang disediakan oleh Home Stay ini seperti Wifi, Air panas dan sejuk. Namun anda digalakkan membawa sendiri minuman 3in1 sendiri kerana ia tidak sediakan. Sarapan yang disediakan simple tapi berat. Boleh kenyang samppai tengahari. dua hari saya menginap disini saya disajikan sarapan nasi berlauk dan roti. Memang best relaks jer.

Persekitaran Kota Bandung
Kota Bandung antara bandar yang tersibuk di Indonesia. Kesesakkan lalu lintas yang ternyata boleh buat kita rasa stress. Kalau di Kuala Lumpur Trafik Jam kita lebih tersusun, tetapi kalau di Kota Bandung Trafik Jamnya nampak berserabut atau dalam bahasa Indonesianya "Macet". Jika waktu puncak kesesakkan yang di alami boleh menyebabkan kita mengambil masa hampir satu jam jika dari hotel hendak ke Airport.

Suhu di Bandung lebih sejuk dari Malaysia, jadi tak hairan la kalau kita nampak ramai warga Kota Bandung memakai jaket dan sweater, sejuknya tidakla seperti di genting, tapi lebih sejuk dari Kuala Lumpur. Walaupun panas matahari kita rasa tetapi udaranya masih tidak bahang dan tidak panas. jika waktu mendung atau malam atau di awal pagi memang terasa sejuk dinginya. lebih2 lagi kalau kita berkunjung ke kawasan tanah tinggi seperti kawasan gunung berapi Tangkupan Perahu dan sebagainya.

Pengangkutan
Pengangkutan utama adalah Angkutan Kota, iaitu van yang dijadikan bus. Caj menaiki Angkutan kota ini juga murah dan senang. Terdapat juga teksi dan Bus Besar, Biasanya bus besar yang kita nampak membawa pelancong, atau sewa khas dan juga untuk destinasi yang jauh.

Tempat Wisata
Terdapat banyak tempat yang boleh kita lawati ketika di Bandung.
...akan bersambung....

Tempat Shoping
Bandung boleh dikatakan juga sebagai syurga membeli belah. Sebabnya ramai warga Malaysia yang kerap kali ke Bandung untuk membeli belah. Terdapat banyak butik2 yang menawarkan pakaian berjenama dengan harga yang murah.

Jalan Cihampelas ...akan bersambung....

Pasar Baru Tread Center
Kompleks membeli belah Pasar Baru. Satu-satunya mall yang paling ramai dikunjungi orang. Di Pasar Baru ini kita boleh mendapatkan barang2 yang biasa seperti Telekung, Tudung, Kain, Tshirt, Kasut, Beg Tangan, dan berbagai lagi dengan harga yang murah. Bak kata orang semua ada. Terdapat banyak tingkat, kalau tak silap saya 7-10 tingkat rasanya. Tingkat yang atas sekali terdapat Medan Selera. Jika shoping2 penat dan lapar boleh berehat makan dan minum sebentar di medan selera tersebut sebelum sambung shoping. Di Pasar Baru ini kebanyakkan kedai menjual barang yang sama. mungkin sedikit berbeza dari segi harga dan juga design. Oleh itu di cadangkan supaya anda berpusing window shoping terlebih dahulu bermula tingkat paling bawah sehingga lah ke tingkat paling atas satu persatu, bila turun baru buat keputusan hendak beli di kedai yang mana dan mula la tawar menawar. Di tingkat paling bawah iaitu basement kalau tak silap saya ia ala-ala pasar basah sikit, ada jual makan mentah dan kuih. Di hadapan Pasar Baru ini ternyata kesesakkan lalu lintasnya memang teruk.

Tentative
Hari Pertama - Khamis - 11/10/2012
11.25pm - Berlepas dari LCCT
01.25am - Tiba di Bandung
02.00am - Tiba di Uniqe Guest house - Pick up diuruskan oleh pihak hotel

Hari Kedua - Jumaat - 12/10/2012
07.00am - Bertolak ke Tangkupan Perahu - Carted Van
09.00am - tiba di Tangkupan Perahu - Layan view
02.00pm - Tiba di Kampung Daun – Restoran
06.00pm - Mula Shoping disekitar jalan Cihampelas
10.00pm - Balik Hotel (Retanata Home Stay)

Hari Ketiga – Sabtu - 13/10/2012
09.00am – Selepas sarapan, keluar untuk shoping. Menaiki Angkutan Kota.
10.00pm – Makan di Restoran Sinta Satay

Hari keempat – Ahad – 14/10/2012
12.00thr – Cek Out dan menuju ke Airport
01.55pm – Berlepas pulang ke KL

Bersambung.....

Thursday, October 11, 2012

Latihan Pre Kinabalu - Bukit Gasing


Bukit Gasing
Latihan Pre Kinabalu Edisi panas badan ini 6 Oktober 2012 dilakukan di Bukit Gasing. Hanya 2 peserta kinabalu 2013 yang dapat hadir iaitu cik Hafiza dan cik Andrita selebihnya 13 orang adalah peserta luar. Trip ini di ketuai oleh Cik Hafiza dan dipandu arah oleh rakan saya En Sivalingam Chilayah yang selalu trekking di Bukit Gasing.


Lokasi Bukit Gasing
Bukit Gasing terletak lokasi antara Petaling jaya dan Kuala Lumpur. Bukit gasing boleh dimasuki melalui beberapa laluan. Yang pertama sudah tentu Pintu Utama yang ada Gerbang Bukit Gasing. Yang kedua melalui Kondominium Panorama dan yang ketiga melalui Pantai Hill Park, Walaupun ada beberapa lagi laluan denai, tapi yang 3 ini yang biasa dan paling ramai masuk.

Bukit gasing ini mempunyai beberapa trek yang boleh kita pilih sebagai latihan dan mengikut kemampuan badan. Antara trek yang saya ingat dan selalu gunakan seperti Trek Menara Pandang, Trek Kuil dan Trek Jambatan Gantung. Bagi tujuan latihan biasanya kita akan kira berapa bukit yang dilalui. Trek Bukit Gasing sebenarnya pusing2 didalamnya dan akan membawa kita ke tempat yang sama. cuma laluan keluar yang berbeza.


Jadi kita tak perlu risau untuk sesat. cuma kena tahu simpang mana keluar kemana sahaja. Simpang keluar dan masuk selain dari pintu gerbang, boleh juga masuk melalui pantai dalam. Selain itu anda tidak digalakkan trekking bila hari gelap untuk langkah keselamatan. biasanya pengunjung akan mula trekking seawal jam 6.00am untuk sesi pagi dan seawal jam 4.00pm untuk sesi petang. jika anda trekking lewat petang adalah baik anda bawa lampu suluh sebagai langkah keselamatan sekiranya anda lewat keluar dan hari sudah gelap.

Group trekking pada 6 Okt 2012. Foto dari atas Kuil. Foto Oleh : Rahimah Yusof


Pintu Gerbang Lama                                                                             Pintu Gerbang sekarang

Trek Jambatan


Trek Jambatan Gantung ni rasanya trek yang ringan dan kurang mencabar, sesuai untuk permulaan atau untuk beginer. Bermula dari pintu gerbang anda akan jumpa pondok kedua dan belok kiri, trek ini akan membawa anda ke simpang antara laluan ke jambatan gantung dan laluan ke Menara Pandang. Cadangan saya anda buat dahulu Trek Jambatan Gantung ini satu pusingan selepas itu baru buat trek kedua iaitu trek Menara Pandang.

Trek Menara Pandangan

Untuk Masuk ke trek Menara Pandangan boleh melalui 2 cara, satu simpang pondok kedua dan lagi satu simpang kedua setelah jumpa pondok kedua. Jika anda sudah buat satu round di trek Jambatan Gantung maka jika sambung trek Menara Pandangan boleh cuba masuk ikut simpang kedua. Dari atas menara pandangan anda boleh nampak view menara kuil.
 
Trek melalui simpang kedua ini terus mendaki tangga. Bagus untuk senaman kaki. Trek ini mendaki dan sekejap sahaja sudah boleh jumpa menara pandangan. Di menara pandangan ini akan kepad 2 lagi laluan, yang pertama laluan ke laluan simpang masuk pertama, kedua ialah persimpangan hendak ke jambatan dan juga lakuan sebelah pagar. Pagar ini merupakan sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur.

Trek Kuil dan  Pencawang

Dari pintu masu jika anda terus sehingga simpang kedua anda akan nampak ada dua laluan, satu menghala ke Menara Pandangan dan lagi satu Menghala ke  Kuil dan pencawang. Trek untuk ke kuil ini akan pecah dua, kedua2nya akan membawa anda ke kuil cuma bezanya laluan trek sahaja. Jika trek sebelah kanan lebih menegak rasanya. Biasanya pengunjung yang sampai di menara dan kuil akan berehat sekitar 5 minit untuk buat senaman ringkas serta menghirup udara segar sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur dimana kita akan dapat lihat KLCC, KL Tower dan Menara Rebung TM.


....Bersambung...

Saturday, October 6, 2012

Bukit Apek Batu 9 Cheras


Bukit Putih
Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Apek, nama ini lebih dikenali berbanding nama sebenarnya iaitu Bukit Putih. Asalnya bukit ini tidak la terkenal, mulanya ia menjadi tempat riadah kecergasan penduduk kawasan tersebut yang majoritinya dikunjungi oleh warga tua berbangsa cina. Lama kelamaan ia mula dikunjungi oleh orang luar dan semakin ramai yang datang untuk trekking mengeluarkan peluh.


Bukit Apek ini terletak di kawasan Taman Cheras Awana Batu 9. Landmark terdekat dengan pintu masuk trekking adalah Shell dan Econsave. Jika anda dari Bandar Tun Razak, Federal dan juga dari kajang anda masuk ikut Markas PGA, pastu belok kiri masuk Taman Qeupac kemudiaannya setelah melepasi Sek Kebangsaan Taman Qeupac anda belok kiri menuju ke Econsave. Simpang masuk Econsave ada Stesen Minyak Shell, dekat simpang ini anda belok kanan dan anda akan mula melihat banyak kereta yang parking sepanjang jalan utama. Anda perlu memasuki lorong depan rumah orang secara (tak boleh parking) dengan berjalan kaki sehingga ke penghujung lorong. Di hujung lorong ini anda akan dapati sebuah gerai menjual buah. Gerai ini hanya dibuka waktu awal pagi sahaja. Selepas gerai buah ini terdapat sebuah gerai minum yang kecil. Dehadapan gerai ini anda akan dapat lihat trek Bukit Apek. Ada dua simpang, Terus menagak (Short cut) atau ambil kiri untuk landai. Tetapi kedua2nya akan membawa ke trek yang sama.

Anda perlu trekking 2 buah bukit untuk sampai ke Puncak Bukit Apek. Selepas bukit yang pertama anda akan jumpa sungai kecil. Ada sebuah pondok dan juga tempat duduk disediakan disitu. Dari sungai kecil itu anda mula mendaki, agak mencacak jugak la..bagi yang tak biasa mengah jugak la. Setelah mendaki bukit kedua anda akan melalui kawasan sedikit landai untuk beberapa minit selepas itu anda akan mula mendaki semula bukit ketiga untuk sampai ke puncak Bukit Apek. Tiada sighboard di Bukit Apek ini yang ada pun dalam tulisan cina jadi jika anda konfius apabila jumpa simpang, adalah baiknya anda bertanya uncle2 cina yang selalu naik tu. kalau salah simpang membawa jalan keluar jer.

Bagi beginer dari pintu masuk untuk ke puncak Apek mengambil masa satu jam. tapi kalau sudah biasa dan selalu trekking boleh sampai puncak apek dalam masa setengah jam sahaja. Dari puncak Bukit Apek ini anda boleh treking lagi untuk ke Puncak Bukit Saga dan juga ke Waterfall.

Dari Puncak Bukit Apek jika anda ambil simpang ke kiri anda akan menuju ke Bukit Saga dan jika anda ambil simpang ke kanan anda akan menuju ke waterfall. Terdapat 2 buah waterfall satu besar dan lagi satu kecil sedikit, dua2nya berdekatan sahaja. Yang menjadi tumpuan adalah yang besar. Semasa anda melalui trek ke waterfall (Trek menurun) anda akan jumpa simpang ke kiri. simpang kekiri menghala ke waterfall yang besar mana kala jalan terus membawa anda ke waterfall yang kecil. Dari Puncak Bukit Apek untuk beginner akan ambil masa hampir satu jam juga untuk trekking.

bersambung.....

Sunday, September 30, 2012

Air Asia Travel 360 (Travel3Sixty)


Air Asia Travel 360 (Travel3Sixty)
Laman web air Asia Travel3Sixty ini merupakan satu idia yang "brilliant" dari air asia, dengan ada web ini promosi air asia menjadi tidak terbatas dan mendapat perhatian ramai peminat. Dilaman web ini para traveller dapat berkongsi kisah2 perjalanan mereka di blog air asia ini. Jika penulisan anda terpilah anda akan mendapat hadiah dari Air Asia berupa Vaucer dan sebagainya. Orang ramai akan tertarik untuk travel ke sesuatu destinasa dan teruja hasil pembacaan blog2 ini. Memang Idea Bijak Air Asia ini. Anda boleh melayari web ini di link berikut

Web : http://www.airasia.com/travel3sixty/


Bagi peminat Fotografi, web ini turut menyediakan FOTOBLOG dimana anda boleh menghantar gambar2 yang menarik. Beribu2 orang hantar gambar ke web ini dan hanya yang terpilih sahaja akan di pamerkan. jadi jika gambar anda dipamerkan ia adalah suatu kebanggaan untuk diri anda. Saya juga turut menghantar sekeping gambar yang saya ambil di puncak Gunung Kinabalu berpakaian Raya, dan terpilih.. bestnya.

Selain itu ada juga Foto Contest, jika anda menang mana2 contest anda juga akan mendapat hadiah seperti Vaucer tiket penerbangan, Hotel dan Poin Big dari Air Asia. Menarikkan :). Sesuatu yang tiada pada MAS. Mungkin itu sebabnya Air asia masih menjadi pilihan utama penduduk Malaysia jika hendak Travel.

Selepas ni saya juga akan masuk mana2 contest di Air Asia web ini. Moga2 selalu dapat Vaucer tiket penerbangan :). Bestkan hidup kalau dapat travel Free, dapat tengok negara orang, budaya orang dan akhir sekali dapat mengelingi Dunia dengan kos yang murah dan efektif.

Sekian..

Wednesday, September 19, 2012

Gunung Irau 15 Sept 2012


Gunung Irau Cameron Higland
Latihan Pre Kinabalu untuk 2013 ni dimulakan dengan pendakian Gunung Irau. Last Minit plan jugak ni lebih kurang sebulan sebelum dirancang. Semuanya seramai 15 penyertaan yang mendaftar, pada hari kejadian yang hadir cuma 13 orang. Lagi 2 orang tidak dapat ikut kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Group Time akan mendaki Gunung Kinabalu pada Feb 2013, mana kala group saya untuk Kinabalu Jun 2013. Program bermula dengan semua berkumpul di KL. Group Time berkumpul dari Time HQ, mana kala saya bertolak dari kl dengan menjemput rakan2 lain.Saya Bertolak dari KL sekitar jam 12 malam mana kala Group Time bertolak jam 2 pagi.



Foto Oleh : Prime Junior


Trip kali ini melibatkan 2 program, iaitu Day Trip dan Bermalam. Group Time 9 orang bermalam satu malam, manakala saya berempat buat daypack. Kami semua tiba serentak di Pekan Brinchang jam 5.30am. setelah selesai solat Subuh kami mula menapau makanan sarapan dan juga makan tengahari.Sekitar jam 7.00am kami mula bergerak ke Puncak Brinchang (menara Telekom) untuk sarapan, Patutnya dalam perancangan untuk lihat Sunrise di menara pandang. Memandangkan sudah terlewat maka kami cuma lepak bersarapan ramai di Pondok depan gate Menara Telekom.


Sekitar 8.30am saya berempat bergerak dahulu ke pintu masuk Hutan Mossy untuk memulakan pendakian DayPack. Manakala Group Time masih santai menikmati pemandangan di Brinchang dan berfotografi. Setelah siap2 kelengkapan dan repacking barang yang perlu sahaja kami mula memasuki Hutan Mossy pada jam 9.00am. Ini merupakan kali kedua saya mendaki Gunung Irau. Kali pertama bermalam manakala kali ini daypack. Kali pertama datang Pintu Masuk Hutan Mossy ini ditutup kerana proses naik taraf dan pembaikan tapi kami dapat naik juga melalui jalan tepi pintu masuk Hutan Mossy tersebut. Kali ini saya datang saya dapati ia sudah siap sepenuhnya tangga-tangga dan pondok. manakala pintu masuk juga sudah dibuat dengan cantik.


Foto Oleh : Prime Junior



Foto Oleh : Suraya


Untuk masuk ke Trek Gunung Irau ini ada beberapa trek yang boleh antaranya melalui pintu masuk Hutan Mossy, Laluan tepi Hutan Mossy dan melalui trek Anak Irau (mini Irau). Tetapi trek yang paling selamat dan jelas treknya adalah melalui Pintu Masuk Hutan Mossy. Trek Hutan Mossy ini dibina oleh Jabatan Perhutanan Pahang dengan trek kayu dan bertangga dengan beberapa pondok khasnya untuk meninjau kawasan Hutan Mossy yang cantik ini . Di penghujung trek kayu dan bertangga ini adalah trek mula untuk ke Gunung Irau.

Sebelum mendaki anda hendaklah memohon permit dengan Perhutanan Negeri Pahang dan juga membuat Laporan Polis di Pondok Polis Pekan Brinchang. Buatkan List dengan Nama, No IC, No Tel, Nama Waris dan No Tel Waris. Serta jangan lupa tentative program secara ringkas seperti Mula mendaki melalui trek mana, dan jangkaan keluar dan program tamat. Ini penting, sekiranya anda tidak pulang melaporkan diri pada pondok polis 2 jam dari tempoh tamat program anda, maka pihak polis akan mula menghubungi anda dan juga memberi perhatian dan akan mengambil langkah-langkah untuk Bantuan Menyelamat. Menurut pegawai polis Brinchang, walaupun trek dari Hutan Mossy itu jelas tetapi telah terdapat kes orang hilang dan sesat kerana ada gangguan makluk halus yang telah mengelirukan pandangan para pendaki terhadap laluan trek.

Seminggu sebelum kami naik ada satu kumpulan dari Perancis yang sesat berjaya di selamatkan oleh pasukan Polis. Menurut pihak polis mereka mula mencari bermula jam 10.00 malam dan berjaya ditemui pada jam 4.00pm esoknya. Group Perancis ini masuk menggunakan khidmat Guide Local yang berpengalaman tetapi sebab nak jadikan cerita mereka turut sesat disebabkan oleh gangguan makluk halus tersebut. Oleh itu kita kenala berhati2 dan ambil langkah-langkah keselamatan.


Foto Oleh : Suraya


 

Cek Point 1
Setelah anda memasuki Pintu Masuk Hutan Mossy yang berkayu dan bertanggan maka anda akan mula memasuki trek Gunung Irau di tangga pondok terakhir. Dari pondok terakhir ini ke Cek point satu anda akan menjumpai papan tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan panjang. Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah tersebut. Setelah anda melepasi cekpoin satu anda mula mendaki.

Cek Point 2
Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung Irau. Tiada pemandangan menarik disini. Tetapi dari papan tanda ini anda akan mendaki naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau).


Cek Point 3 - Mini Irau
Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau. Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Puncak Irau sekitar 45 minit.


Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya oranag kakan champing disini.

Jika anda bawa bekalan untuk Daypack yang banyak dan beg berat, setelah makan anda boleh tinggalkan beg anda di mini Irau. kerana jarak ke Puncak Irau cuma 45 minit bagi orang biasa, jika laju mungkin 30 minit sahaja. Bila tinggal beg cuma bawa air sebotol 500ml pun dah cukup.

Dari mini Irau ini anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.
 
Cek Point 4
Di cek point ini tiada pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan mossy yang cantik. Sebelum sampai ke cekpoin ini Anda akan melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan latar belakang yang cantik.

Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak.

Laluan Bahaya
Setelah melepasi papan tanda Angsi Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada harapan terselamat. Jadi berhati2 di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas sikit.

Puncak Irau
Di Puncak Irau anda akan temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. Kawasan ini tidak la terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan angin. Saya pernah bermalam di Puncak Irau sebelum ini, memang sejuk. Jika anda ingin bermalam pastikan anda membawa bekalan yang cukup seperti Khemah tertutup (TENT), Sleeping Mat dan air yang cukup.

Di Puncak Irau anda akan dapat melihat Batu Tanda Sempadan antara Pahang dan juga Perak. Ini bermakna puncak Irau adalah sempadan antara Pahang Dan Perak.

Foto Oleh : Sivalingam Chilayah




Sekian.....