Monday, December 14, 2009
Tuesday, December 8, 2009
Kursus Fotografi dan Grafik 25-27 Dis 2009
sila klik gambar untuk melihat saiz besar dan download borang.
Kelab FotoHUKM dengan ini menganjurkan Kursus Multimedia Digital (Fotografi & Grafik) Kursus yang dikan diadakan di Sungai Siput Perak ini merupakan suatu program yang penuh dengan keseronokan disamping menambah ilmu fotografi dan Grafik. Jadi kepada peminat-peminat fotografi dan grafik jangan lepaskan peluang ini.
Maklumat lanjut sila hubungi hamydy : 031 2383464 ext 5921 atau terus berhubung dengan Pak Nan, Aien, shikin dari Unit Multimedia Blok pendidikan Tarikh Tutup penyertaan 19 Dis 2009 Sila download borang dari poster diatas.
Bagi staff PPUKM anda boleh hantar terus pada unit Multimedia (Pak Nan, Shikin, Aien), Hamydy (Mikrobiologi) bagi peserta luar anda boleh Fax pada 03 91737336 (attn Hamydy)
Pembayaran boleh dibuat terus kepada Pak Nan, Shikin, Aien (Unit Multimedia), Hamydy (Mikrobiologi) atau bagi peserta luar sila bank in kan pada akaun Maybank164137435448 (Abd Hamydy) (email : hamydy@yahoo.com)
Tentative Program
Jumaat 25/Dis/2009
4.00pm – Bertolak dari HUKM
*bagi peserta yang luarkawasan dan terdekat dgn resort boleh terus jumpa di Intan Suraya Resort.
8.00pm – Sesi Suai Kenal
Sabtu 26/Dis/2009
8.00 – 11.30am – Kuliah 1 (Fotografi) Kuliah 2 (Grafik)
11.30 – 5.00pm – Tugasan Shooting Pekan Kuala Kangsar Menaiki bot ke kampung (Shooting dari atas boot dan kampung)
8.00-10.00pm – Menyiapkan tugasan untuk Presentation
Ahad 27/Dis/2009
8.00-12.00th – Presentation dan Penilaian
1.00pm – Bertolak pulang
Peralatan yang disediakan oleh Kelab untuk aktiviti kumpulan
1. 4 unit labtop
2. 4 unit camera DSLR
***Bagi peserta yang mempunyai labtop dan camera sendiri anda digalakkan membawa bersama.
Sila booking nama anda terlebih dahulu untuk tempat (sila email,SMS atau call). Penyertaan akhir diberi keutamaan kepada yang telah membuat pembayaran.
email senifoto : fotohukm@gmail.com
link website :
seni foto : http://fotohukm.blogspot.com/2009/11/kursus-multimedia-digital-fotografi.html
http://kelabsenibudaya.wordpress.com/2009/12/01/kursus-multimedia-digital-fotografi-grafik/
Friday, November 20, 2009
CoQ10 dapat mengawal penyakit darah tinggi
Sila clik pada gambar untuk membaca saiz sebenar.
Untuk Maklumat lanjut sila layari laman web berikut :
http://enzyme2u.wordpress.com
Monday, October 26, 2009
Bengkel Facial Percuma
Satu Bengkel Facial percuma telah dianjurkan dan ditaja oleh syarikat Zymtech telah diadakan pada 20 Oktober 2009 yang lalu . Jurucakap kosmetik yang dijemput untuk bengkel ini adalah seorang pakar kosmetik yang mendapat latihan di korea,. Syarikat ini dalam plan mempromosikan produk kecantikan berasaskan enzim di malaysia. Syarikat yang ditubuhkan dengan sokongan grant kerajaan pada april 2009 sedang rancank mempromosikan produk dan rancangan perniagaan mereka. Syarikat ini merupakan satu2nya syarikat yang mendapat kepercayaan kerajaan untuk menjadi pengeluar utama enzim di Malaysia. Syarikat ini melakukan pemindahan teknologi dari Taiwan dan kilang beroperasi di Serdang Selangor.
Satu peluang baik kepada orang ramai yang ingin memulakan perniagaan. syarikat ini mempunyai pakej2 perniagaan dari serendah RM400 sehinggala ke plan perniagaan tanpa modal.
bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web berikut untuk mendapat maklumat lanjut http://enzyme2u.wordpress.com/
Sunday, October 25, 2009
Restoran SS2 Murni Petaling Jaya
Pertama sekali kunjung ke restoran ini sya sangat terkejut, antara yang buat saya terkejut ialah
pertama parking sangatla susah
kedua dari meja makan pertama hendak ke restoran tu punya la jauh. satu blok banggunan punya korridor dia concer
ketiganya menu makanan nya pelik tapi sedap, nama menu pun pelik2 jugak, antaranya ais kosang di panggil "i hate u".
Menu yang sy cuba kali pertama pergi ialah Mee Raja dan minuman "Pink Panter Blended" rasa memang sedap.
sebenarnya ada banyak lagi menu yang pelik tapi sedap, lain kali bila pergi sy akan update lagi. siap dgn gambar. kepada pembaca blog saya harap bersabar.
................................................................................
gambar dari : http://blueepinkk.com/2008/07/14/restoran-ss2-murni-at-ss2-petaling-jaya/
...........................................................................................................................................
SS2 Murni Discovery USJ 10
Kiena said
3, September 2010 at 4:08 pm e
..hallo kwn2..aq sokong!menu die mmg pelik tp sedap!skang dah ade cwgn br kt blkg opis aq plak, name die “USJ Murni Discovery”..mmg full sentiase dgn manusia yg dtg!..kgkwn yg len, ble try g sn..sesape yg dkt ngan USJ 9 Subang Jaya or USJ 10 ke..xkesah la mn2 pon..ble g sn..tata!
TQ to kiena
hasil komen beliau, saya pun pergi mencari restoran ss2 murni cawangan USJ 10 dan 9, pusing punya pusing terjumpa kat USJ10. tapi menghampakan..saya tiba jam 10.30 kedai tutup. saya tidak pasti sama ada hari tersebut dia tutup atau memang waktu operasinya begitu. siapa ada maklumat boleh bagitau saya..
Saturday, September 19, 2009
Al Quran Terjemahan Per kata
Al Quran Terjemahan Per kata
Apa yang menarik tentang Al Quran ini ialah tidak sama seperti terjemahan Al Quran lain sebelum ini kerana, Al Quran yang sedia ada hampir semuanya diterjemahkan baris per baris. Tatapi Al Quran terjemahan ini di terjemah perkata. Oleh itu kita akan lebih memahami bahasa arab dengan cepat.
Al Quran Ini dijual dengan harga RM150 setiap naskah.
Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian : 013 2383464 (Hamydy)
Penghantaran : COD (kl), POS (Bayaran pos tidak termasuk)
Cara Bayaran : Maybank 164137435448 Abdul Hamydy Abdul Hamid
Email : hamydy@yahoo.com
Mohon Maaf (Update 4 Okt 2010)
Harap Maaf kepada yang menghubungi saya. Stok sudah habis...lupa sy nak update. harap maaf semua yang call saya
Sunday, September 13, 2009
Restoran Masakan Arab Al-Jazeera Cyberjaya
Restoran Masakan Arab Al-Jazeera Cyberjaya
Restoran ini saya pergi setelah salah seorang pembaca blog ini mencadangkan restoran ini diruangan komen dri post restoran masakan arab al Rawsha kl. http://hamydy.wordpress.com/2009/02/26/restoran-masakan-arab-al-rawsha/
Makan untuk berbuka puasa adalah secara bufet. Harga untuk seorang adalah RM30. Menu buffet tidal la banyak sangat macam buffet masakan kita di hotel2, Buffet dia cuma masakan arab sahaja. Antara yang bestnya ilah dapat makan kambing dengan puas la. memang kambing dia banyak la boleh tambah sampai kenyang. Kambing dia tak macam kambing bakar kita, dia punya rasa lain ikut resepi arab la. Kawasan ni banyak orang arab yang datang bertandang, dan terdapat sebuah lagi Restoran Masakan Arab SABA.
Pengunjung yang datang tidak la seramai restoran al Rawsha kl, sebab tempat dia tak besar. Nak komen lebih tak dapat la sebab blom dapat rasa semua masakan kat restoran ini.
Untuk pergi ke kesana senang sahaja. anda cuma ikut signboard cyberjaya dan dari landmark MMU (multimedia universiti), Kemudian cri signboard CBD Perdana. Restoran Al Jazeera terletak di CBD perdana. Di komplek CBD ini terdapat banyak restoran seperti secret resipi dan lain2 lagi. di seberang jalan juga terdapat komplek restoran2.
Atas Permintaan Lokasi Tempat maka sy letakkan map dari google maps
[googlemaps http://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Cyberjaya,+Selangor&sll=2.918258,101.686331&sspn=0.00569,0.009645&g=Persiaran+Perdana+Putrajaya,+Wilayah+Persekutuan+Putrajaya&ie=UTF8&hq=&hnear=Cyberjaya,+Selangor&t=h&ll=2.923111,101.651151&spn=0.0075,0.00912&z=16&output=embed&w=425&h=350]
Monday, September 7, 2009
Serunding Daging untuk Raya 2009
Friday, September 4, 2009
Berbuka Puasa di Restoran Anje Beriani Gam Johor
4 sept 2009 : Berbuka puasa direstoran ini tiada bezanya dari hari2 biasa di bukan bulan puasa. Cuma pada bulan puasa ini pemilik restoran akan menghidangkan buah tembikai dan kurma secara percuma kepada pelanggan yang datang. Bagi yang ingin datang berbuka puasa disini seelokya cal untuk tempahan meja terlebih dahulu. Ini kerana meja semua penuh. Menu utama saya disini masih lagi kambing. tak banyak yang nak cerita, datag la sendiri untuk menikmati makanan disini.
Alamat
Anje Beriani Gam johor
Perniagaan Zulkefli Buang
N0. 15-gf, Jln 15/1c
43650 Bandar Baru Bangi
selangor Darul Ehsan
tel : 03 89268061, hp 013 7428160 (Zulkefli dan Siti)
post sebelum ini http://hamydy.wordpress.com/category/jalan2-cari-makan/page/2/
Berbuka di Pormtip BBQ Seafood Restoran - Bandar Permaisuri
Restoran ini terdapat di Bandar Permaisuri di kawasan Komplek Kedai yang banyak2, terletak bersebelahan AM Bank. Restoran ini kalau hari biasa macam biasala ala carte oder2. Salah seorang rakan telah cadangkan restoran ni. Hasil cubaan yang pertama di restoran ini untuk buffet yang berharga RM24 ....keputusannya biasa saja..tak ler superb. Tapi semasa berbuka semua meja telah penuh ditempah. Yang tak bestnya makanan tidak la banyak sangat apa yang ada dalam gambar itu la dia dan termasuk buah-buahan (Tembikai, tembikai susu, betik). Lauk2 lain seperti sotong, udang , ketam tiada dalam buffet ini. Yang dalam pinggan nasi dlm gambar atas tu berisi kerabu mangga, daging, ayam, sayur dan ulam. Mee goreng pun kosong saja dengan awam.
Jika ada yang berminat hendak cuba di restoran ini boleh la hubungi kad seperti dibawah ini:



