Sunday, September 13, 2009

Restoran Masakan Arab Al-Jazeera Cyberjaya

al jazeeraAl JazeeraP9110119P9110120P9110123P9110144
Restoran Masakan Arab Al-Jazeera Cyberjaya
Restoran ini saya pergi setelah salah seorang pembaca blog ini mencadangkan restoran ini diruangan komen dri post restoran masakan arab al Rawsha kl. http://hamydy.wordpress.com/2009/02/26/restoran-masakan-arab-al-rawsha/

Makan untuk berbuka puasa adalah secara bufet. Harga untuk seorang adalah RM30. Menu buffet tidal la banyak sangat macam buffet masakan kita di hotel2, Buffet dia cuma masakan arab sahaja. Antara yang bestnya ilah dapat makan kambing dengan puas la. memang kambing dia banyak la boleh tambah sampai kenyang. Kambing dia tak macam kambing bakar kita, dia punya rasa lain ikut resepi arab la. Kawasan ni banyak orang arab yang datang bertandang, dan terdapat sebuah lagi Restoran Masakan Arab SABA.

Pengunjung yang datang tidak la seramai restoran al Rawsha kl, sebab tempat dia tak besar. Nak komen lebih tak dapat la sebab blom dapat rasa semua masakan kat restoran ini.

Untuk pergi ke kesana senang sahaja. anda cuma ikut signboard cyberjaya dan dari landmark MMU (multimedia universiti), Kemudian cri signboard CBD Perdana. Restoran Al Jazeera terletak di CBD perdana. Di komplek CBD ini terdapat banyak restoran seperti secret resipi dan lain2 lagi. di seberang jalan juga terdapat komplek restoran2.
P9110158

Atas Permintaan Lokasi Tempat maka sy letakkan map dari google maps

[googlemaps http://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Cyberjaya,+Selangor&sll=2.918258,101.686331&sspn=0.00569,0.009645&g=Persiaran+Perdana+Putrajaya,+Wilayah+Persekutuan+Putrajaya&ie=UTF8&hq=&hnear=Cyberjaya,+Selangor&t=h&ll=2.923111,101.651151&spn=0.0075,0.00912&z=16&output=embed&w=425&h=350]