Saturday, April 25, 2009

Bagan Lalang

bagan lalang5bagan lalang1bagan lalang3bagan lalang6bagan lalang2bagan lalang4

Pantai Bagan Lalang yang terletak di Sepang sekarang makin popular sejak terbinanya Sepang Gold Cost (Chalet terapung ala2 pokok palma macam kat dubai tu). Pantai bagan lalang ni telah aku terokai sejak 2001 lagi. Tapi masa tu aktiviti utama memancing  dan menangkap ketam (masa waktu bulan mengambang penuh dan air surut isi ketam penuh).


Bab mandi ni aku kurang sebab air laut pantai bagan lalang tu tak la cantik sangat. tapi ramai jugak yang mandi manda kat situ. Selain riadah dan memancing kat situ aku selalu jugak makan kat restoran ikan bakar (restoran yang terapung tepi pantai tu)


Perjalanan dari kuala lumpur ke pantai bagan lalang mengambil masa hampir 1 jam.  Ada dua cara untuk kesana, pertama sekali jalan kampung ikut bangi , dengkil, putrajaya...tapi jalan ni aku tak biasa so tak tau la nak terang. Jalan yang selalu aku guna melalui lebuhraya seremban pastu exit nilai, dari nilai terus ke pekan sepang pastu jumpa pekan Sg Pelek  pastu baru jumpa simpang ke kiri ke pantai bagan lalang.


Di pantai bagan lalang ni banyak jugak chalet2 murah, hotel Sri Malaysia juga ada. Maklumat chalet belom ada..tengokla bila free nanti aku masukkan.

Sunday, April 19, 2009

Sungai Gabai

gabai6gabai5p4110149gabai

Kawasan bahagian atas Air Terjun Sg Gabai (letih jugak naik tangga sambil bawa semua barang tu)

Dengan rakan Msc berkelah sempena sem akhir pada 11 April 2009

Air terjun Sg Gabai ini ada 2 kawasan yang selalu dikunjungi orang ramai. Bahagain bawah dan bahagian atas. Jika bahagian atas, terpaksa menaiki anak tangga yang agak tinggi. Letih jugak bagi yang tak biasa. Air terjun yang tinggi hanya di bahagian bawah iaitu lebih kurang setinggi 7 tingkat. tapi luas kawasannya agak terhad. Bagi bahagian atas pulak air terjun tidak tinggi, yang menariknya bahagian atas ni adalah ia ada gelongsur semula jadi, walaupun tak tinggi tapi boleh nampak la org ramai macam histeria bila main gelongsor tu. Lagi satu luas kawasan dia agak besar, ramai yang buat camp site dan BBQ kat situ. kat bahagian atas ni kemudahan seperti toilet dan bilik salin ada disediakan.

 

Air terjun Sungai Gabai

Terletak di daerah Hulu Langat,SelangorMalaysia. Kawasan rekreasi ini sangat tinggi, kira-kira 50 meter, bercerun curam dan licin. Oleh itu berbahaya kepada pengunjung. Bahagian bawahnya tidak cukup lebar dan dalam dan boleh mendatangkan kecederaan bagi mereka yang menggelongsor dari atas.

Pihak Jabatan Hutan telah membina tangga-tanga dan wakaf istirehat untuk kemudahan pengunjung. Jalan raya dan tempat parkir kereta serta gerai beli-belah disediakan dengan bayaran minimum.Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_Terjun_Sungai_Gabai

selangor_sungai_gabai_waterfalls

Bahagian Bawah Air Terjun Sg Gabai

Friday, March 20, 2009

Gunung Kinabalu March 2009

gunting-lagadan-hut1





 


Trip ke Gunung Kinabalu kali ini merupakan kali ke3 aku anjurkan.



seramai 10 semuanya yang pergi. Pada mulanya ramai yang mendaftarkan nama pada aku dalam 20 orang, tetapi apabila Kinabalu park keluarkan harga baru yang agak meletop, terus ramai yang tarik diri. So tinggal je 10.



So nak citer banyak pun, ramai yang dah biasa pergi. Trip sebelum ini pun aku dah post kat sini. cuma apa yang aku nak share kat sini adalah maklumat perjalanan dan penginapan yang aku dapat untuk dikongsi bersama kawan2 lain yang ingin kesana.





Tempahan : Aku buat tempahan terus ke kinabalu park(Sutera Sanctuary Lodges) melalui


Email:  sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my


web: www.suterasanctuarylodges.com





Penginapan dan Pengangkutan : Dengan Lavender Lodge, Hotel ini boleh terus uruskan pengangkutan kita pergi dan balik ke kinabalu park serta ambik dan hantar ke Airport. Cuma bayar sekali je kat dia dah termasuk penginapan dan pengangkutan. pengangkutan dia cas cuma RM600 pergi dan balik dari hotel ke kinabalu park. Ambik dan hantar ke Airport free (tapi syarat menginap hotel sekurang2nya 2 malam)





Komen aku tentang Lavender Lodge. Tempat ni selesa dan menarik. Pekerja dan bos dia juga peramah. Sarapan pagi berupa roti, kopi dan teh turut disediakan. Wifi free jika ada labtop sendiri, jika guna pc dia cas 3 sejam. Harga berpatutan murah.



Selepas check out, mereka benarkan kita letak bag dan juga mandi so tak perlu sewa bilik semata2 untuk letak bag.





Contact Lavender Lodge


Address 1st-3rd Floor, No.6, Jalan Laiman Diki,


Kg. Air, Kota Kinabalu, Sabah.


Tel: (6088) 217 119


Fax : (6088) 218 077


Email : lavend07@streamyx.com (Danial Soo) dia punya bos


http://www.lavenderlodge.com.my





Kenderaan (Jika nak direct) : aldy_streetmover@yahoo.com (Tel: 013 8519904 - aldy) kalau call aldy Cuma mention nama aku (hamydy) nanti dia boleh bagi diskaun.



komen trip kali ini: Cuaca tidak menyebelahi kami. sepanjang perjalanan naik dan turun hujan. Kabus tebal, Harapan untuk mengambil gambar yang banyak tidak tercapai.




 


ONTACT
Sutera Sanctuary Lodges
G 15, Ground Floor, Wisma Sabah
8000 Kota Kinabalu Sabah
tel : 088 243629
Fax: 088 259552
Email : info@suterasanctuarylodges.com
Web : : http://www.suterasanctuarylodges.com


email untuk tempahan : sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my


1. Harga Yuran Mendaki Gunung Kinabalu


2. Harga Pakej penginapan Mendaki kinabalu


 




 


 


Untuk mengetahui kos dan juga tentative program mendaki kinabalu yang ini pembaca boleh melayari post saya yang sebelum ini di


http://hamydy.wordpress.com/2008/11/28/gunung-kinabalu-2009-2/


 



Friday, March 6, 2009

Westerns Cafe (Taman Bukit Cheras)

chiken-chop2
Ruang bawah rumah kedai yang di beli atau disewa (tak sure) khas untuk letak meja makan dan bekalan.tiada dapur.
chiken-chop3
Dapur utama dan asal.

Westerns Cafe Taman Bukit Cheras. Restoran ini boleh dikatakan glamour jugak. ramai yang datang makan kat sini. Kalau datang sini kita akan dapati majoriti pengunjung adalah kaum melayu, manakala tukang masak dan pelayan juga kaum melayu. Tetapi tokei restoran ini adalah seorang cina. namanya Calvin Leong. Tokei ni sekali-sekala jer boleh nampak itupun kat kaunter casher.

Pertama sekali datang restoran ni sejak 2001. masa tu chiken chop nya boleh dikatakan sedap. Time tu rumah kedai tu belom ada lagi cuma gerai sebelah selekoh je. Tapi komen terbaru baru2 ini setelah sekian lama tak pergi, chiken chop dia dah tak sedap macam dulu lagi. Dulu kuahnya sedap, yang sekarang kuahnya macam kuah ready made jer.

Kat restoran ni dia letak gambar plak "jalan2 cari makan". Tapi plaknya tak ada pun. Tak tahu la sama ada JJCM pernah datang atau tidak kat restoran ni. kalau ada plak tu boleh pecaya jugak la dari letak gambar.

ini alamat:
Westerns Cafe Taman Bukit Cheras
1, Jalan 15/144A,
Taman Bukit Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Calvin Leong (o12-2258122)

Thursday, February 26, 2009

Restoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala Lumpur

alrawsharestrn
Restoran masakan arab ni sudah semakin terkenal dan diketahui ramai. Menjadi tumpuan warga kota bila waktu makan tengahari. Ramai pengunjung yang datang. Harga makanan pun standard western jugak la.
Ramai pengunjung kebanyakan memesan jenis masakan berkambing.

komen saya : setakat ni belom ada menu yang buat saya rasa "kick", nak kena pegi 2-3 kali lagi untuk rasa menu2 yang lain, pastu baru boleh komen. Tapi apa2 pun orang tetap ramai makan kat sini.

Saya tau restoran ini pun disebabkan ramai Doktor2 arab kat tempat keja selalu cakap dan ajak g makan kat sana. sekali sekala boleh la makan kat situ. kalau selalu mau kering poket.

Pak arab kat situ pun dah boleh bercakap melayu.

Peta Lokasi Restoran
alrawsha1

Alamat :
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rest Tel: 603-2143 9151
Fax: 603-2145 6943
Mobile: 6012-669 2562 /   6012-918 5642
web : http://al-rawsha.com/

Dibawah ni adalah senarai harga makanan
sumber : http://www.scribd.com/doc/5998778/Menu-Restoran-AlRawsha-Jalan-Damai-KL#source:facebook





Tuesday, February 24, 2009

Bukit Tabur 2009

4puncak

Bukit Tabur

Bukit Tabur merupakan kawasan riadah penduduk setempat dan juga penduduk luar. Tempat ini amat terkenal dikalangan penggemar treking dan daypack hiking. Kebiasaanya pengunjung akan mula mendaki seawal pagi dan turun sebelum tengahhari kerana tengahari cuaca sangat panas disamping tiada pokok. Pendakian naik hanya mengambil masa satu sejam bagi yang cergas dan turun satu jam setengah.

Pendakian bukit tabur cuma ada satu trek sahaja iaitu naik melaui trek batu dan turun melalui trek kebun, ini memudahkan orang ramai untuk treking dan tidak sesat. Kebiasaanya pengunjung akan memulakan pendakian melalui cekpoint batu iaitu sebelah pintu pagar Empangan Klang Gate. Melalui trek ini pengunjung akan cepat sampai ke puncak berbatu yang pertama dan dari puncak ini pengunjung akan melalui puncak ke puncak untuk sampai ke puncak yang tertinggi. Terdapat cuma 4 puncak. Puncak pertama adalah puncak paling rendah. Puncak ini menjadi tempat lepak kaki fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam serta merakam gambar bunga api yang di mainkan di KLCC.

Menunggu Sunrise Bukit Tabursunrise

Dari Puncak satu ke puncak yang kedua pengunjung akan melalui laluan sukar yang berbatu dan berabung curam, Ramai pengunjung yang terjatuh dan ada yang menemui maut di kawasan ini. Oleh itu utamakan keselamatan dan atur langkah dengan berhati2.

Puncak 2puncak3

Di puncak kedua kawasan puncaknya lebih besar sedikit dari puncak satu. Di kawasan ini ramai dari pengunjung cina akan memetik daun pokok yang halus2 untuk dijadikan teh. Menurut mereka teh dari daun tersebut bagus untuk kesihatan. Dari puncak ini jelas kelihatan UIA dan KL(KLCC, KL Tower)

Dari Puncak kedua untuk ke puncak ketiga laulan tidak terlalu bahaya. Tapi masih perlu memanjat batu2.

Bukit Taburpuncak

Dari Puncak ketiga untuk ke puncak keempat tidak susah dan laluan adalah selamat. Biasanya pengunjung akan berhenti rehat dan bersarapan di puncak ini. Kawasan ini dilitupi pokok lumut hijau dan perang yang cantik seperti hamparan permaidani. Oleh sebab itu pengunjung dinasihatkan agar tidak memijak lumut ini melainkan hanya pada laluan trek yang sedia ada sahaja. Ketinggian puncak ini adalah sekitar 444.5meter dari paras laut.

lumut-hijaulumut-perang

Untuk treking turun adalah melalui dari Puncak keempat, Treking turun tidak lagi melalui kawasan berbatu dan berbahaya , sebaliknya melalui kawasan kebun buah-buahan. Jika kena musimnya pengunjung boleh merasa buah2an dikawasan tersebut, tetapi jangan sampai bawa guni sudah la. Treking turun adalah lebih jauh dari trekking naik.

mandirekreasi

Setelah turun dari mendaki pengunjung kebiasaannya tidak akan melepaskan peluang untuk mandi manda terlebih dahulu di kawasan Rekreasi Empangan Klang Gate.








Peta Bukit Tabur





Entri saya di Blog Lain yang Berkaitan dengan BUKIT TABUR seperti dibawah:





Thursday, January 22, 2009

Hotel Murah Kota Kinabalu Sabah



gambar  ini adalah ketika trip sy menginap di Lavender Lodge 2009. Layanan yang cukup baik penginapan selesa dan pemiliknya ramah. Pendek kata puashati la menginap disini. Walau pun sudah cekout dari penginapan ini tetapi pemiliknya masih benarkan kami menumpang beg dan mandi sementara menunggu transport ke airport jam 6 petang.

Kepada pembaca sekelian. sekiranya anda mempunyai maklumat atau pengalaman sendiri mendiami mana2 hotel, motel ataupun hostel yang murah dan selesa boleh la share di ruangan ini untuk dikongsi bersama.

dibawah ini adalah antara hotel murah ala Backpacker.

1. Lavender Lodge Kota Kinabalu.

lavender

2009 Price
Air-Conditioned Rooms
Double RM65 / USD 18.00 Nett (2 persons)
Twin RM65 / USD 18.00 Nett (2 persons)
Family RM85 / USD 24.00 Nett (Double = Bunk Bed) up to 5 persons

Non Air-Conditioned Rooms
Single RM45 / USD 13.00 Nett (2 persons)
Twin Bedded RM55 / USD 15.00 Nett (2 Single Bed)
Dormitory RM25 / USD 7.00 Nett (Bunk Bed) per person

Contact
Web          : http://www.lavenderlodge.com.my/index.html
Address : 1st-3rd Floor, No.6, Jalan Laiman Diki, Kg. Air, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel            : 6088 217 119 Fax : 6088 218 077
Email      : lavend07@streamyx.com

2. Kinabalu Backpacker.
kinabalubacpacker

Price 2009
RM 22/pax/night untuk dormitory
RM 66/night - private room 2 orang.

Contact
Web          :http://kinabalubackpackers.com
Address : Lot 4, Lorong dewan, 88 000 Kota Kinabalu, Sabah East Malaysia.
Tel            : 6088 - 253 385 Fax :
Email      : info@kinabalubackpackers.com


3. Borneo Globe Bacpacker.

borneobackpacker1

Price 2009


Air-conditioned Double Queen Rooms:


·4 rooms


·2 pax


·RM 58.00 (USD 17.00) @ day *


Air-conditioned Twin Bed Rooms:


·6 rooms


·2 pax RM 58.00 (USD 17.00) @ day *


·RM 20.00 (USD 5.50) per pax @ day


Air-conditioned Bunker Rooms:


·1 Room


·2 pax max each room


·RM 50.00 (USD 14.00) per room @ day


Ceiling Fan Bunker Rooms:


·13 Rooms


·4 pax max each room


·RM 20.00 (USD 5.50) per pax @ day


Contact
BORNEO GLOBAL BACKPACKERS
(Wholly Owned By Tamasda Continental Corporation Sdn Bhd)
Web
: http://bgbackpackers.com"
Address : Ground & First Floor, Lot No. 29, Karamunsing Godown, Jalan Karamunsing , 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel/Fax : 088 – 270975 (Office)      Reception: 088 – 270976  
Email      :
info@bgbackpackers.com
borneogb@streamyx.com
borneogb@gmail.com

Peta Bandar Kota Kinabalu Sabah Malaysia

kota_kinabalu_map

Laman Web, blog dan forum yang telah merujuk artikel ini ialah:

1. http://www.backpackers.com.tw/forum/showthread.php?t=200742

------------------------------------------------------------------------------------------------------
15 april 2011
Ramai yang bertanya pada saya berkenaan transport. untuk transport jika anda menginap di hotel lavender backpaker anda boleh minta beliau tempahkan kenderaan untuk anda. harga kenderaan adalah bergantung pada syarikat yang beliau dapat. untuk makluman hotel tersebut tiada perkhidmatan menyewa kenderaan, tetapi beliau akan cari atas permintaan kita.

so kalau menginap di hotel tersebut lebih dari 2 hari, beliau akan menyediakan perkhidmatan hantar dan ambik dari Airport.

atau jika anda memerlukan transport untuk ke Gunung Kinabalu atau untuk jalan2 sekitar sabah anda boleh menghubungi rakan saya seperti berikut, sebutkan nama saya pada beliau jika hubungi beliau, email atau sms beliau

Aldy Peter
H/p no: 013-8519904 (klu xda jawapan,sila SMS)
E-mail: aldy_streetmover@yahoo.com
YM: aldy peter / aldy_streetmover@yahoo.com

Sekian terima kasih