Sunday, September 28, 2008

Restoran Nelayan Titiwangsa Kuala Lumpur



Restoran Nelayan Titiwangsa sangat terkenal kepada peminat steamboat di sekitar kuala lumpur. Pelbagai majlis seringkali diadakan disitu. Pada bulan Ramadan setiap tahun Majlis Berbuka puasa sangat mendapat sambutan. Ramai sangat orang datang sehinggakan penuh sesak tempat letak kereta.


Pada tahun ini buffe Berbuka puasa yang dikenakan adalah RM35.00untuk dewasa dan RM17.00 untuk kanak2 (4-12 tahun).


Juadah makanan boleh tahan sedap dan varieti. Untuk buffe RM35.00 ia tidak termasuk tempahan minuman. Kalau nak minum teh tarik, milo atau sebagainya perlu la beli di kaunter yang disediakan.


Restoran ini pada bulan puasa cepat ditutup, kalau nak lepak lama2 selepas berbuka puasa so tak dapat la. Sekitar jam 9.00malam restoran dah mula berkemas dan orang ramai dah mula meninggalkan restoran.


tempat besar dan luas, so kalau masa ramai orang sesak jugak la. Kalau tak nak sesak boleh cuba Restoran Nelayan cawangan Bangi. cawangan bangi tempatnya berkapasiti separuh dari Nelayan Titiwangsa, so tak sesak sangat la



Restoran Nelayan Titiwangsa
LOCATION: Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
TEL: 03 - 4022 8400 / 4022 0748 / 4022 0749 / 4022 0756
FAX: 03 - 4021 3070
Email : info@nelayan.com.my

web site : http://www.nelayan.com.my



Update 12 Sept 2009


P9120252P9120260P9120262P9120249


update terbaru 12 sept 2009: Buffet berbuka puasa bagi tahun 2009 masih sama seperti 2008 iaitu RM35 per pax. Pergi hari sabtu, memang ramai sangat orang yang datang. Parking kereta juga susah. jika nak senang datang la awal iaitu dalam jam 5.30petang. Makanan juga banyak dan sentiasa di top up atau tambah. setelah jam 8.30malam makanan tidak akan di tambah lagi. so kalau nak makanan yang tertentu kena la ambik sebelum itu.


Saturday, September 27, 2008

Ternakan Cacing Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd (3R)



Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd (3R) adalah sebuah syarikat penternakan cacing secara berkelompok di mana usahawan-usahawan dipelawa untuk menyertai perniagaan ini dengan perbelanjaan modal yang amat sedikit. 3R menawarkan setiap petak dengan harga RM1,000.00 untuk 2 kilogram induk cacing yang akan dijaga dan dibiakkan sehingga matang. 3R akan menanggung perbelanjaan lain seperti penyediaan bangsal, tangki-tangki septik, makanan dan minuman cacing.



3R juga menyediakan kursus-kursus penternakan cacing. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh pengelola lain adalah sangat mahal dan tidak efektif kerana ianya diadakan di hotel-hotel yakni di luar ladang. Perbezaan yang amat ketara adalah dimana setiap kursus 3R akan diadakan di ladang sendiri agar pembelajaran lebih efektif; teori dan praktikal dilaksanakan di ladang. 3R tidak akan sama sekali mengadakan kursus-kursus di hotel-hotel sepertimana yang telah dilakukan oleh kebanyakan pengelola kursus lain. Tenaga pengajar kami adalah dari pengusaha-pengusaha penternakan cacing tempatan dan luar negara


3R juga menyediakan perkhidmatan nasihat dan perancangan kepada bakal usahawan yang berminat untuk menternak cacing. Ini adalah sebagai salah satu sumbangan 3R kepada sosial agar masyarakat dan bakal usahawan memahami perniagaan ini dengan mendalam sebelum menceburkan diri sepenuhnya. Penerangan dan nasihat akan diberi di ladang 3R memandangkan cara ini amat efektif sekali



3R akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatannya dari masa ke semasa. Ini adalah bertujuan agar setiap usahawan dan rakaniaga mendapat keselesaan dan kepuasan setiap kali berada di ladang 3R. 3R juga telah mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pertanian Pahang setiap masa. 3R akan memastikan segala nasihat dan kerjasama dari pihak jabatan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai yang telah ketahui bahawa perniagaan agro penternakan telah membuahkan hasil apabila telah berjaya melahirkan usahawan yang berjaya membawa pulangan yang lumayan dan ianya telah memberi impak ekonomi yang besar dan sangat tinggi.


3R juga mempelawa masyarakat dan usahawan-usahawan agar datang sendiri ke ladang kami untuk melihat secara lebih dekat bagaimana penternakan cacing boleh menghasilkan pendapatan yang amat lumayan sekali.






RESTU RIMBUNAN RAHMAT SDN BHD


Pejabat:


Lot A 4722,


Jalan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah,


Kampung Pandan 1,


26070 Kuantan,


Pahang Darul Makmur


No. Telefon: 09-5384444


No. Fax: 09-5382402



Laman Web Rasmi: www.r3worms.com
eMail Rasmi: r3worms@gmail.com



Ladang:
Kampung Pandan 1, Kuantan, Pahang
No. Telefon: 09-5384444
No. Fax: 09-5382402



PETA LALUAN KE LADANG RESTU RIMBUNAN RAHMAT SDN BHD







Perhatian ( 13 April 2010)
Kepada semua pengunjung dan pembaca artikel diatas ini. Ingin saya maklumkan bahawa saya langsung tiada kaitan dan tiada kena mengena dengan pihak syarikat syarikat tersebut. saat sy memuatkan artikel ini adalah sebab saya terbaca laman web syarikat tersebut dan rasa ingin berkongsi dengan pembaca blog. Oleh itu jika tuan2 semua pernah berurusan dan kena tipu oleh pihak syarikat ini ...saya pun tak tahu, sebab sy tidak pernah pun berurusan dengan syarikat ini.

harap jika tuan2 semua ada tidak puas hati, boleh la komen dan ceritakan bagaimana anda teranaiya kat blog saya ini mudah-mudahan menjadi panduan kepada yang lain.

harap jangan dimaki hamun dalam blog saya ini. Mohon kerjasama tuan2 semua

Sunday, September 21, 2008

MangkukTingkat.com

Mangkuk Tingkat - Berita Harian 7 Ogos 2008


Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my




 

 



MANGKUK tingkat dalam budaya penduduk Malaysia pada suatu masa dulu digunakan pekerja sektor pembinaan dan petani di kebun untuk menikmati makanan yang lazat, panas dan bersih seperti di rumah. Bukan luar biasa melihat 'pekerja kontrak' membawa mangkuk tingkat sambil berbasikal dan tiada siapa pun peduli.


Nilai mangkuk tingkat mungkin berubah tidak lama lagi apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak Jun lalu, memperkenalkan program penghantaran makanan menggunakan mangkuk tingkat yang dikenali sebagai Program MangkukTingkat.com. Di seluruh dunia, `kotak makan tengah hari’ seperti mangkuk tingkat adalah sebahagian budaya popular. Di India yang turut menggunakan mangkuk tingkat, dabbawala (orang yang menghantar kotak makan tengah hari) di Mumbai amat popular hingga Putera Charles ketika lawatan ke negara itu bergambar bersama mereka. Jepun berbangga dengan bento, makanan dan lauk yang diisi dalam kotak kayu pelbagai bentuk yang cantik. Apa pun istilah atau di mana juga, matlamat akhir adalah untuk membolehkan pelanggan menikmati makanan yang murah, bersih dan enak. Berbanding dabbawala dan bento yang mempunyai sejarah dan tradisi yang panjang, Program MangkukTingkat.com yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (Nur Hikmah) masih terlalu muda, tetapi berpotensi mencipta revolusi dalam budaya makan orang kita. Presiden dan Pengasas Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, mengakui program itu berdasarkan kejayaan dabbawala di Mumbai, tetapi disesuaikan dengan keadaan di negara ini.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


Perbezaan utama, katanya mangkuk tingkat di Malaysia adalah versi teknologi alam maya hingga ada yang memberi gelaran kepada program itu sebagai `nasi internet’ apabila semua proses adalah melalui internet. “Pelanggan membuat tempahan melalui internet. Bayaran adalah secara dalam talian. Kami tidak mengenali mereka dan jika ada sebarang aduan atau cadangan, semuanya disalurkan melalui internet,” katanya. Beliau berkata, program itu tidak bermotif keuntungan, tetapi menyediakan pancing kepada ibu tunggal serta penjaga anak yatim, sejajar kedudukan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai penaung kepada lebih 200 anak yatim, miskin dan terbiar di enam pusat jagaan seluruh Malaysia. “Kita boleh memberi bantuan wang tunai atau kebendaan, tetapi lebih baik memberi pancing yang boleh menjana pendapatan kepada mereka, berbanding memberi ikan yang akhirnya tidak ke mana,” katanya. Selain ibu tunggal, katanya waris yang menjaga anak yatim mempunyai tanggungan masing-masing dan menyertai program ini sebagai pembekal makanan meringankan beban kewangan mereka. Mengapa mangkuk tingkat? Ameer Soekre berkata, makanan tingkat kedap udara membolehkan makanan kekal panas hingga kira-kira lima jam, selain menjimatkan, berbanding bekas polisterin yang berharga 12 sen sebungkus dan tidak mesra alam.Katanya, Program MangkukTingkat.com. mendapat bantuan RM15,000 dari Tekun Nasional untuk membeli mangkuk tingkat. Beliau berkata, setiap mangkuk tingkat mempunyai empat mangkuk, tetapi hanya tiga digunakan, iaitu setiap satu diisi nasi, lauk berkuah dan sayur. “Satu mangkuk lagi dibiarkan kosong sebagai lambang kasih sayang kami dan tukang masak. Setiap Jumaat, mangkuk kosong diisi buah seperti pisang. Pada hari ulang tahun kelahiran pelanggan, kami hantar kek. “Kadang-kadang usahawan yang mahu mempromosi produk masing-masing meletakkan sampel makanan dan kad perniagaan dalam mangkuk kosong itu. “Menjelang Ramadan dan kemudian menyambut Aidilfitri, sudah ada mahu mempromosi kuih raya menggunakan mangkuk tingkat,” katanya. Memperjelaskan Program MangkukTingkat.com, Pengurus Nur Hikmah, Syaidiatul Syahirah Roslan, berkata program bermula Jun lalu dengan seorang pembekal yang menyediakan makanan ke kawasan sekitar Cheras. “Sasaran awal ialah pelanggan mengambil sendiri makanan, tetapi mereka lebih suka makanan dihantar terus kepada mereka. Dari sini bermula program mangkuk tingkat,” katanya.


 


Ketika ini, katanya 60 peratus daripada pelanggan adalah pekerja pejabat dan baki penghuni kediaman. Pada peringkat permulaan, katanya pelanggan adalah sekitar Lembah Klang, meliputi dari Bukit Beruntung hingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, pelanggan mendapat makanan dari pembekal makanan paling hampir seperti makanan untuk pelanggan di KLIA adalah dari Dengkil. Untuk masa depan, katanya Nurhikmah dengan bantuan Tekun Nasional melantik vendor untuk membekalkan bahan mentah seperti ayam, daging, rempah dan sayur-sayuran. “Sebagai contoh, seorang vendor mendapat bantuan menanam sayur-sayuran yang dijual kepada kami dengan harga lebih rendah berbanding pasaran. Ada



juga vendor yang dipilih memang sudah berniaga,” katanya. Melalui program vendor, katanya harga bahan mentah dapat dikawal, sekali gus memastikan harga makanan yang dijual berpatutan. Katanya, Program MangkukTingkat.com akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat dan mulai Ogos ini akan dimulakan di Pulau Pinang, selain beberapa lokasi di Johor Bahru, Melaka dan Negeri Sembilan.


FAKTA
Mangkuk tingkat


  • Alamat laman web: www.mangkuktingkat.com

  • Hidangan makan tengah hari sebelum jam 11 pagi atau antara jam 1 hingga 2 petang dan makan malam, antara jam 5 petang hingga 8 malam (rumah). Pelanggan pejabat menerima makanan antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

  • Lokasi pembekal makanan di Lembah Klang adalah di Bukit Beruntung, Selayang, Gombak, Keramat, Ampang, Pandan, Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Dengkil, Kelana Jaya, Shah Alam dan Klang.

  • Dua pakej, iaitu lauk + sayur (RM3.50) dan lauk + sayur + nasi (RM4.50). Kos penghantaran ke rumah dan pejabat (RM1.50).

  • Ada 300 menu lauk dan sayur. Menu berbeza setiap hari. Contoh menu setiap Isnin sepanjang Julai: ayam masak kicap dan tauge goreng (7 Julai), daging kicap dan buncis goreng (14 Julai), ikan kembung percik dan sayur petola (21 Julai), kari udang dan peria goreng (28 Julai). 






 

Saturday, September 20, 2008

PutraJaya Seafood Restaurant



PutraJaya Seafood Restaurant di Taman Botani Putrajaya. Sempena bulan Ramadan, restoran ini menyediakan menu khas ramadan dengan 3 pakej.

A = RM68.00++   3/pax
B = RM136.00++  6/pax
C = RM228.00++ 10/pax 

Ada 6 Jenis pilihan lauk. Setiap satu lauk itu anda boleh memilih 10 pilihan resepi masakan. Setiap pakej dihidang dengan satu mangkuk nasi putih (boleh tambah), segelas air kosong dan segelas air teh panas (boleh tambah), buah-buahan dan satu mangkuk sup tomyam.

Jika hari biasa pakej untuk satu table 10pax adalah sekitar RM550++ (tapi hidangan lebih banyak lagi la berbanding pakej ramadan diatas)


Peta Lokasi PutraJaya Seafood Restaurant



Web Site : http://www.ttrb.com.my

Monday, September 15, 2008

3D Scan 5 Bulan



Scan 3D pada bulan ke 5 kehamilan. Dengan adanya teknologi yang makin maju sekarang ni kita mampu melihat wajah anak kita yang masih dalam kandungan. Walaupun tidak berapa jelas tetapi sudah boleh melihat gambaran wajahya. Jantina juga dapat di lihat. Dengan mesin scan yang agak canggih ni semua anatomi bayi termasuk fizikal dan organ dalaman dapat dilihat dengan jelas untuk melihat jika terdapat sebarang keabnormalan. Sampaikan 4 lobus jantung juga dapat dilihat jika terdapat sebarang tanda2 tak normal seperti jantung berlubang, keadaan otak, buah pinggang dan tulang juga dapat dilihat.

Friday, September 12, 2008

5 Bulan Kehamilan



Sepanjang bulan kelima, fetus mempunyai perkembangan pesat dalam pertumbuhan. Fetus akan membesar 10-12 inci panjang dan berat 1 1/2 pound. Ibu  biasanya boleh merasa tendangan fetus. Denyutan jantung janin dengan jelas boleh dengar terus dengan  stetoskop.  Janin juga sudah mula menghisap ibu jari.

Pada keadaan ini otak janin sudah mula bertindak balas dengan rangsangan dan mula mempelajari tentang persekitarannya. dia sudah boleh memahami mendengar segala rangsangan yang berlaku diluar perut. Kebanyakan orang inilah masanya untuk melakukan pendidikan dari dalam rahim. Kebanyakan ibu2 akan mula membaca perkara2 yang diminati. Sekiranya janin dalam kandungan berulang kali mendapat pendedahan apa2 ilmu yang dipelajari oleh ibunya maka bayi itu nanti akan merasakan dirinya sesuai dengan bidang itu.

Contohnya kebanyakan pelajar perempuan yang belajar perubatan atau doktor perempuan yang hamil semasa belajar . anak yang lahir kebanyakannya cenderung meminati bidang perubatan dan mempunyai sikap yang rajin. Ini kebanyakan nya bukan semua.

Antara simpton2 yang di alamai ibu semasa ini seperti berikut:
-Mengantuk dan letih
-Kerap kencing
-Sesetengahnya moody
-Selera makan bertambah

Adakah janin mendengar apa yang kita cakap?
Ada yang berpendapat bahawa bapa perlu bercakap dengan bayi pada perut ibu. Tetapi keadaan ini sebenarnya tidak banyak membantu. ini kerana gelombang suara jika melalui perut dan cecair amniotik menghasilkan bunyi yang perlahan, disebabkan dalam perut terdpat bunyi lain seperti bunyi perut, pernafasan maka suara bapa yang dicakap dari bahagian perut ibu tidak banyak membantu. Untuk membolehkan perkara ini berlaku suara yang kuat dan tinggi diperlukan, Tetapi Jika bapa terpaksa menjerit maka tidak menampakkan kasih sayang pulak. Oleh itu cara yang paling bagus dan berkesan adalah ibu perlu memberi perhatian dan mendengar dengan jelas apa yang bapa cakapkan, barulah maklumat itu dapat didengari melalui saluran tali pusat. Cara ini terbukti dengan kajian saintifik. jadi tidak salah la jika ibu tekun belajar anak yang di lahirkan juga akan mudah bijak dan pandai.

Aktiviti semasa 5 bulan kehamilan
Antara aktiviti yang sesuai di lakukan oleh ibu bagi merangsang perkembangan minda dan otak bayi adalah seperti berikut

-Relaks dan tenang
-Mendengar atau membaca bacaan Al Quran
-Mendengar muzik yang lembut dan harmoni
-Tingkatkan kasih sayang suami isteri
-Senaman pernafasan
-Senaman ringan fizikal (memudahkan bersalin)
-Menjaga perasaan dan emosi agar terkawal
-Sentiasa bercakap dengan bayi anda, seperti
-jika ia bergerak tanya pada dia "sudah bagun ya anakku"
-Jika lepas makan cakapkan "sudah kenyang ke anakku"
-Mengusap dan membelai perut

Apa2 pun sebagai muslim kita kena perbayakkan amal ibadat, berakidah yang baik dan yang paling penting jangan menderhaka pada suami untuk mudah bersalin.

Sunday, August 31, 2008

Lelongan Buku

Berikut adalah senarai Buku-Buku koleksi saya semasa study dulu yang hendak di Lelong.


























































































































































































































































































































No



Buku Asal



Harga



1



Anatomi Asas dan klinikal (Anggota Atas) oleh Abd Hamid & Mohamed Roslan 1991



2



Anatomi Asas dan klinikal (Pelvis dan Perineum) oleh Abd Hamid 1994



3



Anatomi Umum oleh Abd Hamid & Mohamed Roslan 1995



4



Atlas of Clinical Anatomy by Richard Snell 1978



sold



5



Basic Clinical Parasitology 4 Edition by Harold W.Brown 1975






6



Basic Histopathology A Colour Atlas and Text by Paul Wheather 2 Edition1993



7



Basic Pathology 4 edition by Robbins & Kumar 1987



8



Best Greeting Cards Pop-Up by Keiko Nakazawa 1995



9



Biologi Sel dan Molekul oleh Hamdan Noor 1986



10



Biologi STPM Jilid 1 oleh Choong Ngok Mang 1997 sold to farahana



sold



11



Biologi STPM Jilid 2 oleh Lee Soon Ching 1997sold to farahana



sold



12



Chemistry Principles & Reactions by William Masterton & Cecile 3 Edition 1997



13



Colour Atlas of Human Anatomy by McMINN & Hutchings 2 Edition 1988



14



Essential Haematology by Hoffbrand & Pettit 3 Edition1993



15



Fisiologi Sistem Kardiorespirasi oleh Raman, Ruby 7 Afandi 1990



16



Fizik STPM Jilid 1 nota ,Latihan & contoh soalan LONGMAN oleh cheong Foon Choong 1997



17



Fizik STPM Jilid 2 nota ,Latihan & contoh soalan LONGMAN oleh cheong Foon Choong 1997



18



Functional Hitology Text and Color Atlas by George Burkitt, Barbara Young & John 3 Edition1994



19



Hematologi Suatu Pendekatan Patofisiologi (Terjemahan) by Bernard & Thomas 1991



20



Introduction To Organic Chemistry by William H. Brown 1997



21



Jejak Tokoh Kisah Perjuangan Pengasas Kumpulan CNI Dr. P.C.Koh oleh Tan Choon Hok 1 Edition 2005



22



Junior Encyclopedia Science and History, Nature, Geography (All Colour) by Mike Atkinson etc al 1991



23



Kepelbagaian Tumbuhan Status Sumber Alam Malaysia oleh Abdul Latiff Mohamad 1994



24



Kimia Fizik STPM oleh Tan Yin Toon 1996 sold to Nur farahana



sold



25



Kimia Organik STPM oleh Tan Yin Toon 1996 sold to Nur farahana



sold



26



Medical Microbiology by Jawetz, Melnick & Adelberg's 21 Edition 1998



27



Medical Pharmacology  Principles and Concepts by Andres Goth 11 Edition1984



28



New headway English Course by Liz & John Soars



29



New headway English Course without key by Liz & John Soars



30



Oxford Handbook of Clinical Medicine by R.A. Hope 3 Edition 1997



31



Patologi Asas Bahagian 1 by Stanley Robbins & Vinay Kumar (Terjemahan) 1995



32



Pocket Companion to Pathologic Basis of Disease by Robbins, Cotran 6 Edition 1999



33



Quran Saintifik meneroka kecermelangan Quran daripada Teropong Sains oleh Dr. Danial Zainal Abidin Cetakan ke 6 2008



34



Saunders Manual of Clinical Laboratory Science by Craig A. Lehmann 1998



35



Scott : An Aid to Clinical Surgery 5 Edition by Williamson1994



36



The World of Biology by Solomon &Berg 5 Edition 1995



Buku Fotocopy



1



Atlas Of Medical Helminthology and Protozoology by H. C. Jeffrey 2 Edition 1975



2



Basic Histology by Luiz Carlos Junqueira 1995



3



Case Presentation in Chemical Pathology by Martin Crook 1993



4



Clinical Immunology principles and laboratory diagnosisby Catherine Sheehan 1990



5



Clinical Microbiology Made Ridiculously Simple by Mark Gladwin 1997



6



Clinical Virology by Diane S. Leland 1996



7



Entamologi Perubatan oleh Arbain Kadri 1990



8



Haiwan Protozoa dan Helmint 1997



9



Koleksi Soalan-soalan Peperiksaan Akhir Posting dan Profesional Perubatan UKM sesi 1996-1999



10



Manual Pemasangan komputer Peribadi dan Internet Othman Shariff 2001



11



Manual Persediaan Media Mikrobiologi oleh Zolkifli Mohd Adib 1996



12



Medical Laboratory Manual for Tropical Countries Volume 1 & 2 by Monica Cheesbrough 1994



13



Medical Microbiology an Introduction to Infectious Diseases by John C. Sherris 2 Edition 1990



14



Medically Important Fungi a Guide ti Identification by Davise H. Larone 3 Edition 1995



15



Mikrobiologi Makmal oleh Yap Kok Leong, Abd Hamid Abd Aziz dan Mohd Salleh Mohd Yasin 1999



16



Obstetrics Illustrated by Alistair & Robin Callander 4 Edition 1989



17



Parasitology Worm of Medical Importance Illustrated



18



Patologi Asas Bahagian 2 by Stanley Robbins & Vinay Kumar (Terjemahan) 1995



19



Patologi Forensik ole Shahrom Abd Wahid 1993



20



Practical Section Cutting And Staining by Clayden 5 Edition 1971



21



The OXOID Manual 7 Edition by Bridson 1995



22



The Principle of Animal Technology 1



Kalau ada yang berminat Boleh hubungi saya, Harga saya tidak letakkan sebab dah lama dan dah lupa harga. cuma nak jual murah2 saja.

[gallery link="file" columns="4"]

Thursday, August 14, 2008

Royal Jelly Rahsia Awet Muda


Royal Jelly – Makanan Kesihatan Semulajadi Paling Berkhasiat


Pengenalan


 


            CNI Lyophilized Royal Jelly diperolehi daripada Dataran Hua Dong, China yang kaya dengan bunga Japanese Pagoda. Ia dihasilkan menerusi teknologi beku kering pada suhu -40ºCuntuk menjamin khsiat semulajadinya tidak terjejas. Ia mengadungi 21 jenis asid amino, unsur asas sintesis protein , 11 jenis unsur surih, 10-hidroksi desenoik, hormon dan enzim, vitamin A,C,D,E dan B kompleks, kalogen, Asetilkolina dan 3% unsur misteri, Faktor R. Ia sesungguhnya antara makanan kesihatan semulajadi yang paling berkhasiat.


 



Apakah Royal Jelly?


 


            Royal Jelly (susu lebah) ialah makanan ratu lebah, sejenis bahan seperti lemak mentega yang berwarna putih dan sedikit masam. Sejak dilahirkan hingga mati, ratu lebah hanyamemakan Royal Jelly yang dihasilkan oleh lebah pekerja. Royal Jelly ialah rembesan dari kelenjar farinks lebah pekerja. Rembesan ini ialah nutrien madu bunga dan debunga yang telah dicernakan oleh lebah pekerja. Pada permulaannya, nutrien tercemar ini akan dialirkan ke kepala lebah pekerja sebelum ke kelenjar farinksnya. Royal Jelly kaya dengan nutrien dan merupakan makanan khas raut lebah. Ia membolehkan ratu lebah mengeluarkan 1,500 biji telur sehari.


 



Kandungan dan Khasiat Royal Jelly


 


            Separuh kandungan Royal Jelly terdiri daripada protein. Protein ialah nutrien yang penting untuk darah, otot, hormon, antibody, kulit, rambut dan sebagainya. Pakar perubatan dari Amerika Syarikat mendapati bahawa Royal Jelly mengandungi sekurang-kurangnya 21 jenis asid amino yang amat diperlukan oleh tubuh manusia. Tubuh manusia terbentuk daripada 80% sel, 6yang akan mati dan dugantikan dengan yang beru selain daripada sel otak dan sel miokardium. Mamandangkan kadar penggantian sel yang begitu tinggi, maka adalah penting untuk kita memperolehi protein dan asid amina bermutu yang terkandung dalam Royal Jelly.


            Kandungan vitamin Kumpulan B dalam Royal Jelly adalah 40 kali lebih tinggi daripada madu. Bitamin B larut dalam air, merangsang penghadaman dan penyerapan protein, lemak dan gula, sekaligus membantu menggalakkan fungsi enzim dan melegakan neuritis(keradangan saraf). Royal Jelly juga mengandungi hormon yang dapat membantu mengawalatur perembesan, memulihkan system saraf autonomic, merangsang metabolisme, mengaktif dan merangsang pertumbuhan semula sel-sel baru agar kelihatan sihat dan berseri. Selain daripada protein, lemak, gula dan pelbagai vitamin, Royal Jelly juga mengandungi nutrien-nutrien lain yang berkhasiat kepada kesihatan tubuh manusia.


 














































Nutrien



Khasiat



Asid Amino



Merangsang ‘interbrain’ dan melambatkan penuaan pangsi, diperlukan untuk membentuk protein



10-Hidrosi dekanoik



Anti ulser



Paraparotin



Membina otot dan organ, melambatkan penuaan



Asetilkolin



Merangsang bahagian pinggir otak



Bahan R dan lain-lain



Memulihkan fungsi sel; merangsang metabolisme



Sebatian asid fosforik



Merangsang aktiviti-aktiviti hayat



Zink



Bahan perlu untuk kelenjar seks



Pelbagai vitamin



Memulihkan dan merangsang metabolisme



Zat Galian



Bahantara tisu formatif, meningkatkan sel darah merah.



 


Saranan:


Ø       1 paket sehari sebelum sarapan pagi bersama 1 gelas air “WaterLife”/air masak


Ø       Nota: Jika menghidap gastric pengambilan disarankan selepas makan. Tidak digalakkan mengambil makanan masam atau merokok selepas mengambil Royal Jelly. Dos boleh ditambah untuk tujuan terapi.







Antara Kegunaan Royal Jelly


Dari “Bee Pollen, Royal Jelly, Propolis and Honey”, Hasilan Rita Elkins, M.A.


 




  • Simptom-simpton berkaitan menopause

  • Lemah/ketidakupayaan seks

  • Ketidaksuburan

  • Keletihan

  • Tompokan dan garisan halus pada kulit

  • Penggalak daya imun

  • Jangkitan virus dan bakteria

  • Gangguan sistem endokrin (rembesan).

  • Ketidak seimbangan hormon

  • Penyakit jantung

  • Aras kolesterol tinggi

  • Tekanan darah tinggi

  • Pengawalan berat badan

  • Kecederaan/kelemahan tulang

  • Tumbesaran terbantut

  • Jangkitan pundi kending

  • Penyembuhan luka

  • Masalah Gastro

  • Masalah sendi-sendi

  • Anemia

  • Keradangan

  • Penyakit hati

  • Barah (Kanser)

  • Arthritis

  • Lemah ingatan

  • Tekanan

  • Serangan rasa cemas atau kerisauan

  • Penyakit Parkinson’s

  • Kencing manis (Diabetes)

  • Lelah/Semput (Asthma)

  • Sokongan anabolic (Atlit )

  • Kelesuan/kelemahan mata

  • Arteriosklerosis

  • Arterosklerosis

  • Kekurangan zat makanan

  • Penggunaan mental yang berlebihan

  • Mononucleosis

  • Ulser

  • Ekzema

  • Impetigo (Bernanah)


Jika anda igin membeli atau mencuba produk kesihatan ini boleh la membeli terus di stokis berhampiran dengan menggunakan no ahli saya seperti berikut


nama : hamydy


No CNI : 877524


 Atau anda boleh mendaftar sebagai ahli terus dengan menggunakan nama dan No saya sebagai UPLINE.