Saturday, September 27, 2008

Ternakan Cacing Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd (3R)



Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd (3R) adalah sebuah syarikat penternakan cacing secara berkelompok di mana usahawan-usahawan dipelawa untuk menyertai perniagaan ini dengan perbelanjaan modal yang amat sedikit. 3R menawarkan setiap petak dengan harga RM1,000.00 untuk 2 kilogram induk cacing yang akan dijaga dan dibiakkan sehingga matang. 3R akan menanggung perbelanjaan lain seperti penyediaan bangsal, tangki-tangki septik, makanan dan minuman cacing.



3R juga menyediakan kursus-kursus penternakan cacing. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh pengelola lain adalah sangat mahal dan tidak efektif kerana ianya diadakan di hotel-hotel yakni di luar ladang. Perbezaan yang amat ketara adalah dimana setiap kursus 3R akan diadakan di ladang sendiri agar pembelajaran lebih efektif; teori dan praktikal dilaksanakan di ladang. 3R tidak akan sama sekali mengadakan kursus-kursus di hotel-hotel sepertimana yang telah dilakukan oleh kebanyakan pengelola kursus lain. Tenaga pengajar kami adalah dari pengusaha-pengusaha penternakan cacing tempatan dan luar negara


3R juga menyediakan perkhidmatan nasihat dan perancangan kepada bakal usahawan yang berminat untuk menternak cacing. Ini adalah sebagai salah satu sumbangan 3R kepada sosial agar masyarakat dan bakal usahawan memahami perniagaan ini dengan mendalam sebelum menceburkan diri sepenuhnya. Penerangan dan nasihat akan diberi di ladang 3R memandangkan cara ini amat efektif sekali



3R akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatannya dari masa ke semasa. Ini adalah bertujuan agar setiap usahawan dan rakaniaga mendapat keselesaan dan kepuasan setiap kali berada di ladang 3R. 3R juga telah mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pertanian Pahang setiap masa. 3R akan memastikan segala nasihat dan kerjasama dari pihak jabatan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai yang telah ketahui bahawa perniagaan agro penternakan telah membuahkan hasil apabila telah berjaya melahirkan usahawan yang berjaya membawa pulangan yang lumayan dan ianya telah memberi impak ekonomi yang besar dan sangat tinggi.


3R juga mempelawa masyarakat dan usahawan-usahawan agar datang sendiri ke ladang kami untuk melihat secara lebih dekat bagaimana penternakan cacing boleh menghasilkan pendapatan yang amat lumayan sekali.






RESTU RIMBUNAN RAHMAT SDN BHD


Pejabat:


Lot A 4722,


Jalan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah,


Kampung Pandan 1,


26070 Kuantan,


Pahang Darul Makmur


No. Telefon: 09-5384444


No. Fax: 09-5382402



Laman Web Rasmi: www.r3worms.com
eMail Rasmi: r3worms@gmail.com



Ladang:
Kampung Pandan 1, Kuantan, Pahang
No. Telefon: 09-5384444
No. Fax: 09-5382402



PETA LALUAN KE LADANG RESTU RIMBUNAN RAHMAT SDN BHD







Perhatian ( 13 April 2010)
Kepada semua pengunjung dan pembaca artikel diatas ini. Ingin saya maklumkan bahawa saya langsung tiada kaitan dan tiada kena mengena dengan pihak syarikat syarikat tersebut. saat sy memuatkan artikel ini adalah sebab saya terbaca laman web syarikat tersebut dan rasa ingin berkongsi dengan pembaca blog. Oleh itu jika tuan2 semua pernah berurusan dan kena tipu oleh pihak syarikat ini ...saya pun tak tahu, sebab sy tidak pernah pun berurusan dengan syarikat ini.

harap jika tuan2 semua ada tidak puas hati, boleh la komen dan ceritakan bagaimana anda teranaiya kat blog saya ini mudah-mudahan menjadi panduan kepada yang lain.

harap jangan dimaki hamun dalam blog saya ini. Mohon kerjasama tuan2 semua