Tuesday, February 24, 2015

Kuala Terengganu 3D2N


Kuala Terengganu
Trip ke Kuala Terengganu kali ini saya buat sempena Cuti Raya Cina. Trip singkat sahaja walaupun cuti 4 hari iaitu Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walaupn ini merupakan kali eempat saya ke Terengganu, kali pertama Gunung Tebu, kali kedua Pulau Perhentian, kali ketiga candat sotong, tapi trip memandu sendiri ke Kuala Terengganu merupakan pengalaman kali pertama.


Hari Pertama
Berbalik kepada trip saya. Saya bertolak hari khamis petang sekitar 3.00pm dengan beranggapan akan kurang kesesakkan jalan di lebuhraya Karak. Pada anggapan saya pasti ramai yang pulang ke kampung pada hari Rabu malam dan Khamis pagi, ternyata anggapan saya juga salah, waktu petang pun masih ramai yang bergerak pulang ke kampung. Perjalanan lancar dari Kuala Lumpur menuju ke lebuhraya Karak, tetapi sampai sahaja di tol saya lihat kereta sudah penuh dan sesak sepanjang hiway karak...huhuhuhu letih kot gerak sikit-sikit sepanjang hiway tersebut.

Sekarang untuk ke pantai timur sudah dibuka hiway baru iaitu Lebuhraya Pantai Timur LPT, hiway ini langsung terus sehingga sampai ke Kota Bharu Kelantan. Setelah berjaya mengharungi hiway Karak yang terkenal dengan Jem, maka perjalanan kembali lancar sehingga sampai ke Kuala Terengganu sekitar jam 11.30 malam. Hiway Karak ini sesak disebabkan ramai orang Pahang yang ulang alik antara Kuala Lumpur, Genting Highland dan Bentong. Semasa cuti umum dan cuti hujung minggu juga ramai yang akan naik Genting Highland, ini merupakan salah satu faktor kesesakkan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu melalui beberapa kawasanantaranya Gombak, Karak, Bentong, Temerloh, Gambang, Kuantan, Gebeng, Berserah, Chukai, Kemaman, Paka, Ajil, Batu enam, Gong Badak dan sampai lah ke Kuala Terengganu.

Penginapan di Kuala Terengganu ni semasa cuti panjang begini memang sukar Hotel-hotel budget, Chalet2 dan Homestay kebanyakkan penuh. Disebabkan last minit plan maka hotel agak sukar untuk saya dicari. Saya menginap di hotel yang luar dari bandar untuk merasa suasana kampung. Hotel ini adalah Hotel Quinara Al Safir, Terletak berhampiran dengan Airport Kuala Terengganu dan berhampiran dengan pantai.




Hotel Quinara Al Safir
Hotel ini terletak di Lot 29295 jalan Tok Jembal, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Hotel ini kawasannya besar dan sangat selesa. Hotel ini cuma 3 tingkat, dan semua bilik penuh semasa saya menginap. Disebabkan bilik standard penuh maka saya terpaksa ambil bilik Superior Duluxe Twin yang besar untuk 4 orang. Harga satu malam untuk bilik Super Duluxe ini adalah RM168 satu malam. Sarapan disediakan, tapi biasa2 saja menunya, ada menu nasi dagang, mee goreng, bubur, roti bakar dan beberapa kuih muih.

Hari Kedua
Memandangkan ini trip santai saja, so tak la saya plan apa2 tentative, Selepas sarapan di hotel saya bergerak ke pasar mencari sarapan pagi orang terengganu, Singgah di pasar pagi, singgah di tepi pantai Airport Kuala Terengganu dan seterusnya singah di Kg Bukit Tok Beng untuk membeli kopok lekor. Di kuala terengganu ni banyak kedai yang menjual kopok lekor, so kalau di tanya yang mana sedap dan murah susah sikit nak jawab, sbb banyak sangat, kiranya jalan sikit jumpa kedai jalan sikit jumpa kedai jual kopok lekor. Kopok lekor ni kira dah makanan harian orang terengganu la siang-malam.

Pasar Payang
Selepas beli Kopok Lekor saya menuju ke Bandar Kuala Terengganu, ke lokasi paling femes kat Kuala Terengganu iaitu Pasar Besar Kedai Payang. Pasar ini memang meriah penuh dengan pengunjung, kebanyakkan orang luar la yang banyak, orang tempatan pun banyak juga. Kalau jalan ke Pasar Payang ni memang sesak sebab semua orang cuba hendak paking paling dekat dengan Pasar Payang. Kebetulan saya ke Pasar Payang hari jumaat jadi kurang sesak sedikit jalan sepanjang pasar ni. Jika hari sabtu lagi sesak kerana hari sabtu merupakan hari outing orang Terengganu.

Pasar Payang ni memang besar jugak, banggunan 2 tingkat, tingkat atas banyak jual pakaian, souvinior, barangan tembaga dan keris parang juga ada dan tingkat bawah pulak banyak jual produk makanan. Terkejut saya pertama kali masuk kedai menjual kain songket, bila ditanya harga sepasang kain sampin tenun tangan sekitar RM2000, huhuhu mahal jugak.. tapi bila di survey2 memang sampin tenun tangan ni mahal2, hasilnya pun cantik dan berkualiti. Kalau nak yang murah beli yang tenun mesin :).


Pusing-pusing Pasar Payang ini saya pun shoping la seluar kain pelikat. Ada juga seluar kain batik, kiranya kain batik dan kain pelikat ni dah banyak buat seluar dan baju. Jadi nak rasa jadi macam pelancong kat Terenggani ni kena la beli seluar kain pelikat ni pakai sepanjang berada di terengganu. Anda akan jumpa ramai pelancong dari negeri lain yang pakai seluar kain pelikat ini di Terengganu tambah lagi jika berada di pantai. Paling glamer adalah seluar kain pelikat fesyen Aflin Sauki.


Diluar Pasar Payang ni banyak juga yang menjual buah-buahan. Telur penyu juga banyak dijual disini. Anda perlu guna skill tawar menawar anda di Pasar Payang ini. Bagi yang hendak berniaga di Kuala Lumpur boleh juga borang pakaian seperti baju2 batik, kain sampin, peniaga disini menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui bas-bas ekpres. Pakaian yang tidak habis jual anda boleh return semula untuk tukar dengan corak-corak yang baru.

Bukit Puteri
Selesai Shopping saya berjalan2 mendaki Bukit Puteri. Bukit ini merupakan Kubu dan juga Rumah Api semasa zaman pemerintahan sultan2 Terengganu terdahulu. Bukit ini kecil sahaja dan terdapat kubu kecil diatasnya beserta beberapa laras meriam lama. Terdapat juga Genta (Loceng Besar) yang digunakan pada masa dahulu dipukul untuk menghasilkan bunyi sebagai isyarat kecemasan, isyarat waktu solat, waktu berbuka puasa dan juga disusuli dengan tembakkan meriam. Di atas Bukit Puteri ini anda boleh lihat pemandangan Kuala Terengganu.

Ikan Celup Tepung ICT
Jalan-jalan cari makan saya di Terengganu saya merasai pengalaman baru iaitu makan Ikan Celup Tepung ICT, Saya lihat banyak kedai yang menjual ICT ini, tapi kedai yang femes dan dikunjungi ramai adalah kedai yang terletak di tepi pantai. Sebabnya lebih menarik makan ditepi pantai berbanding kedai lain. Sebenarnya bukan ikan sahaja yang di celup tepung, ada Ketam Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung. Tapi ringkasnya mereka memangil ICT la Ikan Celup Tepung merujuk kepada semua tu.

Dalam banyak2 kedai saya telah dicadangkan makan di Kedai Warong Pok Nong yang terletak di Pantai Kg Batu Rakit, sebab kedai Pok Nong ni dikatakan sotong besar2 dan harga juga berpatutan tidak terlalu mahal. Kedai Pok Nong ni terletak di koordinat 5.427987, 103.073006. Kedai ini dibuka dari jam 2.00pm dan tutup sekitar am 8.00pm. Jadi kalau hendak makan disini kena datang awal la sebab petang2 memang penuh kereta di kawasan ini kerana selain makan ICT pengunjung juga turut beriadah ditepi pantai. Saya sampai di Warung Pok Nong sekitar jam 6.00pm, saya tengok ramai yang beratur panjang dari dalam kedai sampai lah keluar kedai tepi jalan. Jenuh jugak la tunggu nak sampai giliran, saya tunggu 1jam 30minit baru sampai turn untuk ambik ikan. Kedai ini layan diri, so ikan, sotong, udang, ketam yang di goreng kan di diletakkan di kaunter dan pengunjung yang berbaris akan ambil sendiri masuk dalam pinggan dan bayar.

kalau di Kuala Lumur aau di tempat lain kita biasa minum petang dengan makan kuih dan goreng pisang, tetapi di Kuala Terengganu di tepi pantai ni mereka minum petang dengan meratah lauk goreng cicah sos tanpa nasi. Kalau lihat setiap meja tu penuh lauk celup tepung, paling banyak Sotong la besar2. Harga makan di Terengganu ni tak la murah walaupun kita tau mereka banyak hasil lauk, tapi sebab pada mereka banyak orang luar yang keje Petroleum banyak duit maka harga makan pun mereka naikkan jugak la. Namun ada juga tempat yang makan murah seperti nasi buget RM2.50 (Nasi + Ayam + Sayur).

Saya hanya sempat makan Sotong Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung sahaja, kerana udang dan ketam sudah habis. Memang ramai orang orang, sekitar jam 8.00 malam orang dah mulai kurang dan pulang. Harga bagi ikan seekor adalah RM5 dan sotong ikut saiz. Jadi 5 ekor sotong + 6 ekor ikan + minum air Kelapa = RM75, boleh tahan jugak la harganya. Kalau kedai lain pun lebih kruang jugak cuma kat sini sotongnya besar2 dan tidak di potong. Kita yang potong sendiri semasa kat meja makan. Rasa tepung tu biasa saja garing, tapi yang buat rasa sedap ni adalah ikan dan sotong ni kita rasa segar dan sedap di makan panas2 sambil di tiup badai laut.

Hari Ketiga
Lepas sarapan dan cekout saya menuju ke Bandar untuk melawat Masjid Kristal, Memang sesak dengan pengunjung di Masjid Krstal ini rata-rata orang luar. Masjid ini biasa sahaja cuma dari luar kita nampak cantik binaannya yang di perbuat dari cermin berkilauan warna emas.

Di hadapan Masjid Kristal ini anda boleh menghilangkan dahaga dengan makan Ais Kream Susu Kambing. Selain itu anda boleh juga naik boat Cruise sepanjang kuala Terengganu atau naik boat penambang ke Pulau Duyung. Saya hanya melawat Masjid Kristal sahaja.



Taman Tamadun Islam
Di kawasan ini terdapat juga Kota warisan Tamadun Islam, Selain melawat masjid Kristal anda boleh melawat kawasan sekitar seperti Replika masjid terkenal di dunia seperti Masjidil Haram Makkah dan beberapa masjid lain. Terdapat 22 Replika masji-masjid yang terkenal di dunia dia buat disini. Saya tidak masuk jadi saya tidak dapat nak nyatakan berapa harga tiket masuk. Saya dapati sebelah petang ramai pengunjung yang melawat Taman Tamadun Islam tersebut.


Selepas makan tengahari berlaukkan udang galah goreng yang besar2 saya pun berangkat pulang ke Kuala lumpur sekitar jam 5.00pm. Sampai di Karak sekitar jam 9.00pm (macam biasa sedikit jem di hiway Karak) dan sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 12.00 tengah malam.

Begitulah serba sedikit Trip Pendek saya ke pantai timur. Sesekali melancong dalam negara ni menarik juga, sebab tak semua tempat yang kita sudah pergi di setiap negeri. Kebudayaan dan kehidupun setiap negeri berbeza2 dan banyak yang kita pelajari. Antara yang saya tak boleh lupa ialah cara orang terengganu memandu kereta, mereka ni rata2 susah nak bagi kita jalan walaupun dah keluar tangan kat tingkap.

Pengalaman baru saya lihat orang Terangganu ni sarapan paginya berat, makan nasi daging, nasi minyak. Kalau kopok lekor pula sepanjang masa mereka makan. Kalau minum petang pulak..ratah ikan, sotong, udang, ketam celup tepung. Lagi satu saya lihat rumah orang Terengganu ni susah nak jumpa perumahan rumah teres, kerana kebanyakkan penduduknya buat rumah lot, besar2 dan cantik2.

Sepanjang 3 hari saya tidak sempat untuk melawat pantai2 yang cantik di Terengganu, mungkin lain kali saya melawat lagi dengan tentative lain pulak :)

Sekian

Kos Sehala
Hiway Karak RM5 + RM5
Hiway LPT RM21
Minyak RM60
Hotel RM168 Superior Duluxe Twin x 2 Malam = RM336

Kos Lain
Masjid Kristal - Tiada Bayaran
Bukit Puteri - Tiada Bayaran

Tentatif

Hari Pertama : Khamis : 19 Feb 2015
03.00pm - Bertolak dari Kuala Lumpur (Gombak, Karak LPT)
11.30pm - Sampai di Kuala Terengganu
12.30am - Cek in HotelQuinnara Al Safir Resort

Hari Kedua : Jumaat : 20 Feb 2015
08.00am - Sarapan
09.00am - Jalan2 di Pasar Pagi, Pantai Airport
11.00am - Pasar Besar Kedai Payang + Bukit Puteri
05.00pm - Makan Ikan Celup Tepung di Pantai Batu Rakit

Hari Ketiga : Sabtu : 21 Feb 2015
09.00am - Sarapan
10.00pm - Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam
05.00pm - Bertolak pulang ke KL
12.00am - Sampai KL.

Contact Hotel Quinara Al Safir Resort
Lot 29295, Jalan Tok Jembal
Kuala Nerus
21300 Kuala Terengganu
Tel : +609-6674040
email : quinara.alsafir@yahoo.com
web : www.quinara-alsafir.com.my

Brosur Quinara Al Safir Resort

Monday, January 12, 2015

Western Food ~ Station 21 Bangsar


STATION 21 "STEAK:GRILLED:PASTA"
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke sebuah shop lot medan selera yang menjual masakkan western. Gerai di medan selera yang terletak di Bangsar ini bersebelahan dengan Bangsar Village. Gerai ini selalu saya kunjungi terutama bila teringin hendak makan Lamb Chop.

Nama Gerai ini "STATION 21 STEAK:GRILLED:PASTA", Terdapat beberapa menu western yang dihidangkan di gerai Station 21 ini. Setiap hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang ke gerai ini. ada ketika pengunjung terpaksa menunggu 90 minit untuk mendapat hidangan yang dipesan. Biasanya jika ramai sangat pengunjung masa kita duduk sahaja pelayan gerai akan bagitau yang waktu menunggu sekitar 90 minit jika ramai orang. Jadi kalau sanggup kena la tunggu, tak pun datang awal sekitar 8.00pm.Gerai ini akan ramai sangat orang setiap kali jumaat malam dan sabtu malam. hari2 lain takde la nak kena tunggu sampai 90 minit.

Gerai ini ini beroperasi setiap hari kecuali hari ahad ia tutup. Waktu operasi setakat yang saya tahu malam, siang dan petang tidak pasti sebab tidak pernah datang petang. Sebelah gerai Station 21 ini juga terdapat gerai lain yang jual masakkan goreng-goreng seperti Gerai Senduk Tomyam Seafoad dan gerai minuman.

Saya setiap kali kesini memang menu utama Lamb Chop. Walaupun harga sekitar RM20, tapi saya puas makan kerana rasanya yang sedap dan banyak iaitu 3 keping daging kambing. Selain itu saya juga pernah mencuba chiken Chop dan juga Chiken Grilled. OK juga rasanya. Berkenaan rasa Lamb Chop ini pada lidah saya, saya rasa sedap dan puas.. tidak pasti pada lidah orang lain, jadi kalau nak tau kena rasa sendiri la.


Kawasan Bangsar ini selain Mall Bangsar Village, kawasan sekelilingnya terdapat banyak Pub dan Bar bagi yang kaki minum dan lepak. Selain itu Terdapat beberapa restoran Mamak Seperti Restoran Daun Pisang Devi’s Corner Bangsar (https://hamydy.wordpress.com/2014/01/27/restoran-daun-pisang-devis-corner-bangsar/), Restoran Chawan (https://hamydy.wordpress.com/2012/03/17/restoran-chawan-bangsar/) dan juga Restoran Nasi Kandar Pelita.


Ok Rasanya itu sahaja yang saya dapat kongsikan dengan pembaca.

Sekian

Kemaskini 23/06/2015
Ramai yang call saya semasa bulan puasa tahun 2015, bertanyakan tentang tempahan, ramai yang call nak buat tempahan hmmm :D , sebenarnya apabila anda google di goole.com akan keluar no tel saya, so ramai yang tidak klik pada pautan entri yang saya tulis berkaitan restoran ini, jadi ramai yang sudah tersalah paham call dan whatsap no saya untuk buat tempahan..begini la yang berlaku setiap kali bulan puasa.. Kebetulan ada salah seorang dari caller yang tersalah call saya selepas itu kongsikan no telefon yang beliau dapat.. terima kasih kepada beliau


berikut adalah contact restoran Station 21 Bangsar


  Contact :
Nama : Station 21
No Tel : 017-889 6460
Email : station21bangsar[@]gmail.com
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (12.00 - 23.00)

Friday, January 2, 2015

2014 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2014 annual report for this blog.



Here's an excerpt:
The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 250,000 times in 2014. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 11 days for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Saturday, December 27, 2014

Singapore Travel by Bus


Entri Singapore Travel by Bus ini saya buatkan khas bagi menjawab pertanyaan dari pembaca blog saya yang banyak bertanya dalam entri-entri Singapore sebelum ini. Mungkin setengah orang kata senang sahaja untuk kesana, tapi bagi yang pertama kali dan ingin travel seorang diri mungkin dia tertanya2 dan mencari maklumat untuk ke Singapore. Oleh itu harap entri ini "Singapore Travel by Bus" ini dapat membantu anda.

Cara untuk ke Singapore
Terdapat beberapa cara untuk ke singapore. Anda boleh memilih cara-cara ini bergantung kepada masa dan buget kewangan anda. Lihat mana yang lebih murah dan senang.

Flight
Jika harga tiket flight murah dan berbaloi dengan buget anda, maka flight lebih mudah dan cepat, Beli return tiket lebih senang dan jimat masa. Saya pernah dapat tiket RM00.00 dari Air Asia cuma bayar airport tax sahaja return sebanyak sekitar RM100. So jimat masa dan Murah.

Kenderaan Peribadi (Kereta dan Motosikal)
Menaiki kereta juga boleh, jika anda bercadang menaiki kereta ke singapore pastikan anda membawa geran kereta. Cuba anda cek syarat dan peraturan, maaf saya tidak pernah menaiki kereta jadi saya tiada pengalaman dan info. Ramai juga yang menaiki motosikal terutama yang bekerja di Singapore.

Keretapi
Menaiki keretapi saya belum pernah cuba, Untuk semak tiket dan beli online anda boleh layari web https://intranet.ktmb.com.my @ http://www.ktmb.com.my/. Anda boleh semak harga tiket dan jenis tempat duduk, jika anda ingin travel malam dan selesa ambil la seat tidur harga tiket sekitar RM40-46, Seat biasa RM34 dan Cabin RM88-139.

Bus
Terdapat beberapa cara untuk ke singapore menaiki bus, anda boleh menaiki bus expres terus ke singapore atau pun ekpress ke Larkin dan kemudiannya masuk singapore menggunakan bus awam. Berikut adalah caranya

Bus Express KL (TBS) - Singapore (Beach Road)
Harga Tiket
KL - Singapore = RM45-50
Singapore - KL = 30-35SGD (RM75-90)
* Return Bus setakat ini tidak boleh di beli di Kaunter TBS

Bus Express KL (TBS) - Johor Bahru (Terminal Bus Larkin)
KL - Larkin = RM35-40
Larkin - KL = RM35-40
* Return Bus boleh dibeli di di Kaunter TBS tetapi tidak semua syarikat bus ada Returns di kaunter TBS, Antara yang ada seperti syarikat Konsartium. Kalau syarikat lain kena beli di kaunter syarikat tersebut. Di TBS ada juga beberapa kaunter syarikat bus yang tidak berkongsi kaunter TBS.

Bus Awam : Terminal Bus Larkin - Singapore (Bugis Bus Terminal)
Larkin - Bugis Bus Terminal = RM2-3 (bergantung kepada Bus, ada 2 syarikat bus SBS dan Singapore Express)
Bugis Bus Terminal - Larkin = 3SGD-3.50SGD (Bergantung kepada syarikat Bus)

Berikut adalah Foto Terminal Bus
 

Terminal Bas Selatan (TBS) Tasik Selatan.
Terdapat beberapa cara untuk membeli tiket di TBS ini. Antaranya kaunter tiket TBS, Kaunter tiket beberapa syarikat bus di TBS, Mesin tiket layan diri dan juga ONline(https://eticketing.tbsbts.com.my @ http://www.tbsbts.com.my) Di TBS ni banyak kemudahan yang ada dan selesa, Terdapat Parking kereta dengan bayaran RM3 sehari, Motel, Restoran, Tandas, Locker simpanan beg RM5 sehari dan juga gerai2.



Terminal Bus Larkin Johor
Terdapat 3 terminal untuk ke Singapore iaitu 12,13,14. Ada yang terus ke Terminal Bugis, Ada yang ke MRT Kranji.
Sampai di Stesen Bus Larkin tunggu Bus SBS Transit, Bus No 170, bus ni paling awal masuk Singapore sekitar jam 5.30am. Bus no 170 ini sampai ke Stesen bus Bugis, dekat dengan Bugis Street dan MRT Bugis. Jika dekat Emigresen anda telah tertinggal bus tak apa, anda naik mana-mana bus dr syarikat yang sama tidak perlu bayar. Kalau di woodland ada bus ke Stesen MRT Kranji, so boleh naik MRRT ke stesyen Bugis. Terminal Bus Larkin ini terdapat kemudahan yang lengkap, ada gerai, restoran, medan selera, Money Changer dan juga tandas awam. Jadi kalau anda sampai awal sekitar jam 4.00am, jangan risau anda selamat dan sedah ada restoran mamak yang sudah buka.



Terminal Bus Bugis (Singapore)
Ini lah Stesen Bus yang berdekatan dengan Stesen MRT Bugis. Terdapat 3 jenis bus di stesen ini, Bus SBS, Causeway Link (Bus Kuning) dan Singapore Johor Express (Bus Merah). So kena tanya betul2 bus yang mana ke Larkin dan yang mana ke JB. Dari stesen bus ni kita jalan dalam 2-3minit jumpa la Stesen MRT Bugis..jalan lagi ke kawasan Bugis Street, kat sini banyak hotel backpacker yang murah.

Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Beach Road Bus Station Singapore
Hanya satu syarikat bus sahaja yang ada perjalanan tengah malam ke TBS iaitu syarikat StarMart Express, Syarikat lain rata-rata ke TBS sekitar jam 3.00pm dan 5.00pm. Tapi kalau anda hendak turun di Time Square KL dan Bukit Bintang memang ada banyak bus tengah malam dari Beach Road di semua kaunter syarikat bus. Bus dari Beach Road Singapore ke TBS KL paling last jam 11.00pm, so saya sampai TBS cepat juga dalam 3.30am sbb bus pulang melalui jambatan kedua Gelang Patah.

Trip Cuti Christmas 2014
Berbalik pada trip saya. Kali ini saya ke USS (Universal Studio Singgapore) menggunakan pengankutan awam sahaja. Saya ambil kesempatan Cuti Christmas. Saya beli tiket dari TBS ke Beach Road Singapore (RM50) Bus Eltabina. Kemudiannya beli bus pulang dari Larkin ke TBS RM38 Bus Konsortium. Kalau beli bus pulang dari Beach Road ke TBS harga lebih mahal sekitar 30-35 SGD bersamaan RM75-95.

Bertolak tepat jam 11.00pm dan sampai di Imigresen JB CIQ jam 3.30am. Cop pasport beg besar tak perlu bawa jika anda naik bus express, tapi kalau naik bus awam setiap kali turun bus anda kena bawa beg la. Bus express biasanya akan tunggu kita. Seterusnya selepas cek pasport naik bus ke Woodland. Sampai di Imigresen Woodland anda kena bawa beg untuk di scan.

Semasa beratur pastikan anda tidak beratus di hadapan warga asing yang memegang dokument visa, jika tidak anda turut lambat. hendak dijadikan cerita saya tidak perasan yang di hadapan saya warga asing yang memegang visa. Bila sudah beratur dan sudah pertengahan baru saya perasan...huhuhuhu jadi la lambat sebab pegawai imigresen tu semak satu2 dokumen orang tu.. akibatnya saya mengambil masa satu jam beratur dan menyebabkan saya tertinggal bus express. So jangan tinggal apa2 dalam bus, sbb anda tidak pasti apa akan berlaku.

so bila dah tertinggal bus, saya pun menunggu bus SBS yang ke MRT Kranji, Saya tunggu juga bus yang ke Terminal Bus Bugis, tapi bus ke MRT Bugis datang dulu so naik la bus ke MRT Kranji. Sampai di MRT Kranji saya naik MRT ke Stesen MRT Bugis.

MRT Bugis ini ada banyak exit antaranya exit di Bugis Juntion, Exit Victoria Street, exit Rochor Road, dan ada exit ke Bus Stop. Tapi semua dekat2 kita perlu tahu exit mana yang dekat dan mudah untuk kita. Saya menginap di Beach Hotel so exit MRT Bus Stop B12 yang dekat :). Ikutnya kalau saya tidak terlepas Bus Express masa di Woodland tu saya dah sampai ke Beach Road jalan kaki sahaja ke Beach Hotel. Sampai di MRT Bugis saya pergi ke hotel untuk letak beg dan meneruskan perjalanan ke USS.

Naik MRT Bugis ke Stesen Outram dan tukar train ke Stesen HarbourFront (Vivocity). Beli tiket MRT saya galakkan anda beli pergi balik kerana anda akan jimat masa tidak perlu beratur jika kebetulan ramai orang semasa pulang. Tiket kertas MRT ini boleh digunakan banyak kali dan dapat diskaun jika guna lebih dari 3 kali. Sampai di Vivocity saya makan kenyang2 di medan selera halal dalam vivocity.


Transport dari Vivocity - USS
Terdapat 3 cara untuk ke USS @ Sentosa, iaitu melalui MONorail, Cabel Car dan juga Bus RWS8. Saya suka naik bus kerana tidak perlu beratur panjang dan kekerapan juga banyak. Monorail 4SGD, Bus 2SGD, bayaran pergi sahaja balik free.

USS
Dari parking bus anda perlu naik escalator ke tingkat atas untuk masuk ke USS, Tiket masuk USS ini anda boleh dapatkan dengan beberapa cara, antaranya melalui ONline dan Kaunter. Bole semak website terlebih dahulu kerana kekadang ada promotion yang tidak dijangka. kalau beli online anda tidak perlu beratur panjang tengah panas. Saya kebetulan tidak beli online kali ini jadi saya pun kena beratur, semasa beratur ada promosi membership so saya ke kaunter promosi membership, saya jimat kerana dengan join membership dapat free express tiket untuk 5 atraction (kebetulan ada promosi, sib baik juga tak beli online :).

Ini contoh tiket USS yang saya beli dengan promo Membership Card RWSinvites, dapat express tiket untuk 5 Attraction iaitu Jurasic Park, Mummies, Transfomer, Madagascar dan Shrek. Jimat masa dan berbaloi.


Begitula serba sedikit info perjalanan ke USS dengan menaiki BUS.

Perjalanan Pulang dari Singapore
Selepas cekout hotel jam 12.00 tengahari, saya bergerak Terminal Bus Bugis. MRT Bugis ini ada banyak exit antaranya exit di Bugis Juntion, Exit Victoria Street, exit Rochor Road, dan ada exit ke Bus Stop. Tapi semua dekat2 kita perlu tahu exit mana yang dekat dan mudah untuk kita. Saya menginap di Beach Hotel so exit MRT Bus Stop B12 yang dekat :). Ikutnya kalau saya tidak terlepas Bus Express masa di Woodland tu saya dah sampai ke Beach Road jalan kaki sahaja ke Beach Hotel.

Saya menunggu bus di Terminal Bus Bugis. Saya tanya juga petugas tiket bus yang mana ke Terminal Larkin, so beratur dan beli tiket bus yang berharga 3SGD. Saya cadangkan anda beratur naik bas Causeway Link (Bus Kuning) sebab saya lihat kekerapan dia lebih berbanding bas lain, cuma harganya mahal sikit iaitu 3.30SGD. Tapi kalau tak ramai org yang beratur, anda pilih bas mana yang sampai dulu la.

Sampai di Woodland selepas cop pasport saya turun ke pakirbas...Ramai pulak yang beratur, konfius pulak saya nak beratur line yang mana masing2 panjang sahaja. kalau hal ini berlaku pada anda pastikan anda ingat syarikat bus yang anda naik so anda cari dan beratur untuk bus tersebut tak perlu bayar. jika anda naik bus syarikat lain anda cuma perlu bayar tambang semula. So saya dapat naik bus dari syarikat yang sama.

Sampai di Larkin makan di Medan selera tingkat atas, banyak pilihan nasi campur. Bus Konsortium jam 4.00pm ampai di TBS sekitar jam 9.00pm. Bayar tiket Parking cuma RM6 sahaja untuk 3 hari, tapi jika ikut jam saya tak sampai pun lagi 3 hari :).

Sekian

Tentative Perjalanan

Day 1 : 24.12.2014 : Khamis
11.00pm - TBS Bus ELTABINA

Day 2 : 25.12.2014 : Jumaat
03.45am - Sampai di CIQ JB Cek Pasport
04.15am - Sampai di Woodland Cop Pasport
05.30am - Baru selesai - Kena tinggal Bus ELTABINA sbb lambat sangat, Solat dahulu.
06.00am - Naik bus ke MRT Kranji
06.15am - Naik MRT ke Stesen MRT Bugis
06.45am - Sampai di MRT Bugis exit ke Bugis Junction untuk sarapan di McDonald :)
07.15am - Bergerak ke Hotel untuk tinggalkan beg, Sampai di Hotel cuci muka dan gosok gigi.
07.45am - Bergerak ke Vivocity
08.30am - Di Vivocity cuci mata dan jejalan, dan makan di Medan Selera Halal
09.00am - Naik tingkat atas kononnya nak naik Monorail, sekali ramai orang pula.
09.15pm - Naik Bus RWS8 2 SGD sahaja.
10.00am - Beli tiket USS dan masuk
09.30pm - Persembahan Bunga Api dalam USS (Acara Penutup)
10.00pm - Beratur menunggu Bus
10.30pm - Naik bus ke Vivocity
10.45pm - Sampai Vivocity terus ke MRT
11.30pm - Sampai ke Hotel

Day 3 : 26.12.2014 : Sabtu
12.00pm - Cek Out
01.00pm - Naik bus ke Woodland
03.00pm - Tiba di Terminal Larkin
04.00pm - Naik Bus ke TBS

Perbelanjaan
Tiket USS = 74 SGD
Bus TBS ke Beach Road Singapore = M50
Bus Larkin ke TBS = RM38
Terminal Bus Bugis ke Larkin = 3SGD
Hotel = 150 SGD

Penginapan Beach Hotel

Beach Hotel ini boleh dikatakan budget hotel juga, sesuai untuk group jika anda datang dengan family 3-4 orang boleh booking family room. Saya booking dalam Booking.com sahaja last minit ini sahaja yang murah dan berdekatan dengan Bugis MRT. Hotel selesa dan ada wifi. OK la untuk satu malam sahaja. Kaunter tingkat 2, so kalau bilik anda tingkat 3, kalau anda masuk lebih muatan pun takde yang cek :).