Showing posts with label sri permaisuri. Show all posts
Showing posts with label sri permaisuri. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Restoran Ayam Penyet AP Sri Permaisuri


Restoran Ayam Penyet AP, Bandar Sri Permaisuri
Restoran ini terletak di bahagian hujung banggunan sebaris dengan showroom produa. Boleh tahan ramai jugak yang datang berbuka puasa disini. Semua meja penuh. Disebabkan pengunjung sampai serentak sekitar jam 6.45pm-7.00pm maka hidangan makanan menjadi lambat. sehinggakan selepas berbuka pun masih ada yang dapat tempahan lewat. dan restoran ini tidak menyediakan kurma kepada pelanggan untuk berbuka terlebih dahulu yang disediakan cuma air mineral sahaja.


Komen saya menu ayam penyek kat Restoran Ayam Penyet AP ni pun sedap jugak. Dan ada juga menu dalam bentuk set dan ala carte.





Untuk Buat Tempahan berbuka puasa sila hubungi no berikut : 016-6186952

sekian terima kasih
 

Restoran Tastes of Kelantan Sri Permaisuri


Restoran Tastes of Kelantan Sri Permaisuri
Majlis berbuka puasa bagi kakitangan saya pada tahun ini 2011 memilih Restoran Taste of Kelantan ini sebagai destinasi pilihan berbuka puasa pada tahun ini. Kenapa memilih restoran ini, sebenarnya restoran ini tidak sibuk dan selesa. Jika pergi restoran2 lain sekitar sri permaisuri ini penuh sesak dan hidangan lambat dihidang. Jadi kami memilih restoran ini bagi memudahkan kakitangan untuk datang dan menjamu selera.


Restoran ini tidak la Power sangat. tapi saya sudah beberapa kali makan di restoran ini. Menu dan masakan memang ikut selera saya dan saya rasa ok sedap aja. tak tahula tekak orang lain. Layanan juga mesra dan ramah. Saya buat tempahan jam 5.00pm dan jam 7.00pm kami datang makan berbuka puasa.


Menu yang dipilih pulak seperti:
Tomyam Campur
Kailan Ikan Masi
Kangkung Belacan
Udang Tepung
Daging Masak Merah
Buah Tembikai
Buah Kurma
Ikan Bawal Masak 3 Rasa
Minuman pelbagai sejuk dan panas


Kos yang dikenakan juga murah. Bayangkan Hidangan untuk 14 orang makan cuma berjumlah RM191.00 sahaja. Makan memang puas dan kenyang.


     

Restoran Mamak Hajris Q-Bistro Sri Permaisuri



Restoran Q-Bistro Bandar Sri Permaisuri memang tidak asing lagi bagi warga Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri. Restoran mamak ini menyediakan masakan mamak nasi kandar. Internet percuma, Power cabel Rm1 sejam. Sebenarnya rangkaian Restoran Hajris ini terdapat banyak cawangan di sekitar bandar sri permaisuri ini. Satu tokej nama lain2, anatanya seperti:

1. Restoran Hajris Bistro - Belakang JPJ
2. Restoran Hajris Utama - Sebelah MayBank
3. Restoran Hajris - Blok D Penara
4. Restoran Q-Bistro - Sebelah Restoran Kayu Nasi Kandar Penang.

Makanan biasa la mamak. cuma lokasi Q-Bistro ni saya rasa selesa sedikit berbanding hajris yang lain sekitar sri permaisuri. parking memang susah sikit time penuh kena paking jauh. tak pun pusing dua kali untung ada yang keluar dapat la.