Sunday, March 29, 2015

Sejuta Pengunjung


Sejuta Pengunjung
Tanggal Februari 2015 jumlah pengunjung blog saya telah mencecah 1 juta pengunjung.  Blog saya mula online sejak Mach 2007, sudah masuk tahun ke 9 saya menulis blog. Mulanya saya menulis blog adalah sebagai rekod aktiviti yang saya lakukan untuk saya rujuk semula detail seperti detail travel, mendaki dan sebagainya. Daripada penulisan yang paling ringkas sehinggalah ke penulisan yang detail. Namun saya masih memperbaiki penulisan saya supaya lebih baik di masa akan datang.


Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog, pengikut blog dan pembaca setia blog saya. Tanpa kunjunggan anda siapalah blog ini. Terima kasih semua. Walau pun blog saya tidak seperti blog yang lain yang hanya perlukan hanya 1 tahun untuk mencecah 1 juta pengunjung, namun saya tetap saya gembira dan teruja untuk terus menulis :) .


Terima kasih semua yang telah memberi sokongan dan galakkan untuk saya menulis.  Harini 29 March 2015, blog saya telah mencecah 1,040,079 jumlah pengunjung.