Tuesday, December 27, 2011

Hutan Lipur Lenggeng


HUTAN LIPUR LENGGENG
24 Disember 2012
Saya dan beberapa orang kawan Kelab telah pergi melawat Hutan lipur Lenggeng (Lawatan Tapak). Lawatan ini bertujuan untuk mempopularkan semula tempat ini dengan aktiviti-aktiviti kelab. Tinjauan kami mendapati hutan lipur ini dibina lengkap dengan kemudahan asas, cuma sekarang tidak mendapat sambutan dan menyebabkan kemudahan-kemudahan yang dibina dahulu menjadi usang dan terbiar.

Lawatan tapak ini juga turut disertai oleh Presiden dan AJK tertinggi Kelab. Setibanya di lokasi kami memeriksa peta lokasi Hutan Lipur Lenggeng. Penerangan tentang lokasi dibuat oleh En Rusman yang sudah biasa dengan tempat ini.


Semua ahli2 kelab mula membuat tinjauan, merentasi air sungai yang jernih tetapi airnya sungainya kecil dan terdapat pondok-pondok istirehat yang masih elok serta laluan bertangga.


Setelah selesai meninjau lokasi perkhelahan dan air sungai kami mula meninjau kemudahan lain yang disediakan, antaranya kawasan tapak perkhemahan yang sudah tidak digunakan, tempat permainan kanak2 yang tidak digunakan, tandas, bilik operasi semuanya masih kukuh tetapi sudah tiada penyelenggaraan.


Seterusnya kami meninjau kawasan di menara Peninjau yang masih kukuh. kami naik ke tingkat 3 sambil berkumpul dan melontarkan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempopularkan semula kawasan ini.


Kami mendapati kawasan ini bukan tidak di selenggara langsung, tetapi tidak secara keseluruhannyala. Terdapat kawasan dimana rumput baru di potong dan terdapat sampah yang tidak di pungut bertabur. Kawasan ini tidak di kunjungi oleh haiwan seperti kera atau monyet jadi tiada ganguan kera. mungkin juga disebabkan tidak ramai dan tiada pengunjung maka sampah tidak banyak oleh itu kurang mengundang haiwan tersebut untuk datang. Hasil tinjauan di sungai, mendapati air masih jernih dan tidak tercemar. sampah pun sangat kurang cuma beberapa tempat sahaja iaitu satu pondok berdekatan dengan sungai dan berdekatan dengan menara tinjau.

Setelah hampir 2jam membuat tinjauan dan berbincang kami pun pulang ke destinasi masing2.


Berikut adalah Petikan dari Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai (http://www.mpn.gov.my/hutan_mendom)

HUTAN LIPUR LENGGENG

Hutan Lipur Lenggeng terletak di kompartmen 22, Hutan Simpan Lenggeng dan dibawah Majlis Perbandaran Nilai. Kawasan ini sesuai untuk beristirehat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan disulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari berbagai jenis tentu sekali mempesonakan setiap pengunjung. Kepelbagaian pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun amat sesuai bagi para pengkaji dan pencinta flora untuk berkunjung kesini. Kawasan Hutan Lipur Lenggeng ini terletak dibawah tanggungjawab Jabatan Hutan Negeri Sembilan.


Kemudahan
Untuk keselesaan dan kemudahan kawasan hutan lipur ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, pondok dan bangku untuk berehat serta tapak perkhemahan. Bagi yang berani dan gemar kepada cabaran, denai dan rentasan hutan juga disediakan bagi menguji kecekalan minda dan fizikal.


Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 20 minit dari Pekan Pantai. Jika datang dari Seremban, pengunjung perlu menggunakan jalan menuju ke Jelebu dan selepas Pekan Pantai ambil simpang menuju ke Pekan Lenggeng.


Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.
Tel : 06- 765 9849