Friday, October 28, 2011

Restaurant D'ONE Steak Bangi


Restaurant D'ONE Steak Bangi
Sememangnya restoran ini tidak asing lagi bagi warga Bangi. Menu makan malam western saya kali ini telah membawa saya ke restoran ini yang dikatakan sedap. Saya seperti biasa sudah kosongkan perut siap2 untuk mencuba di restoran ini. walaupun sering ulang alik ke bangi, tetapi tak terpikir nak cuba, so bila kawan2 ckp "try lah" baru la saya singgah.


Restoran ini terletak berhampiran dengan Tasik Cempaka, dan sisimpang jalan, boleh nampak simpang kerana kedainya di kedai hujung. Coner lot.


Parking juga senang. Jika hendak kesana dari tol Bangi mudah sahaja. Keluar tol Bangi terus ke kiri sehingga jumpa Giant (baru) then ambil kanan dan terus lagi sampai simpang, kemudian ambil kiri terus sampai ke simpang. Kat simpang tu anda boleh nampak Restoran ini sebelah kanan anda.



 
Saya seperti biasa mesti mencuba Lamb Chop. Tapi kali ini saya pilih Mix Lamb Chop dan Minum Air Kopi. Errmm rasa sedap boleh tahan. Harga pun ok la. Suasana makan kat sini pun ok. Pelayan nya mesra dan agak cepat, mungkin time sy pergi tak sesak orang. Biasanya kalau jam 8.00 malam sesak.

So nak komen lebih tiada la. kalau nak tau sedap ke tidak kena la rasa sendiri.

Jika anda hendak tempahan boleh la call No Tel restoran ini di talian : 03-89262184