Saturday, January 22, 2011

Travel dengan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Pada 21 Jan 2011, merupakan kali pertama saya pulang ke kampung menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad. Ini merupakan kali kedua sy menaiki keretapi, kali pertama ketika pergi ke Kluang untuk ke gunung Berlumut. Tak banyak yang boleh saya share kat sini, tapi mungkin boleh jadi sedikit panduan kepada sesiapa saja yang tidak pernah naik Train untuk perjalanan maan dan jauh. Saya memilih keretapi kerana ingin tidur dengan selesa. biasanya kalau naik bas sy tak dapat tidur dengan nyenyak. jadi sy fikir kalau ambik train koch tidur boleh la tidur. Hasilnya memang selesa. Lagipun perjalanan dengan train lebih selamat berbanding BAS yang sering kita dengar banyak insiden kemalangan melibatkan Bas Ekspress. Jika anda tidak terkejar masa bolehla menaiki Train, tapi kalau anda mengejar masa baik naik bas yang lebih cepat sampai.



Cafeteria (Food Court) kat kl sentral makanan kat sini ada yang sedap dan ada yang sekadar boleh jer makan kalau dah lapar. Kalau tekak tak ngam boleh jamu selera kat fast food. ada banyak fast food kat kl sentral.

Orang ramai. KTMB masih tetap menjadi tumpaun penumpang walaupun perjalanan destinasi mengambil masa panjang berbanding menaiki bas.

Tiket Train macam slip resit jer. Sambil menunggu ketibaan train saya meluangkan masa bersantai di kerusi urut. RM1 untuk 3 minit. Ok la dapat hilangkan lenguh2 bekerja seharian.

Train untuk ke utara dengan Koch Senandung Langkawi pada platform A.

Saya mengunakan koch tidur tanpa kabin. Koch ini juga selesa. Setiap seat cuma dipisahkan dengan tirai, Seat atas dan bawah. Nobor seat pula dari atas kebawah. Komen saya ia selesa dan boleh tidor dengan nyenyak. Anda patut bawa selimut tambahan kerana selimut yang dibekalkan pendek hanya boleh tutup sampai pinggang sahaja dan suhu sangat sejuk.

Kemudahan yang disediakan seperti surau, kantin dan toilet. Terdapat 3 jenis seat iaitu kabin, koch tidur tanpa kabin dan seat biasa. Toilet yang disediakan juga besih dan selesa. Kantin selain dari makanan segera kantin tersebut juga boleh menyediakan nasi goreng serta menu goreng panas yang simple. Tapi kalau perjalanan malam sy tgk jarang orang yang makan, kebanyakkan penumpang hanya minum dan makan makanan ringan seperti burger dan roti.



Sampai jer kat Stesen keretapi Alor setar, Train hanya singgah beberapa minit sahaja dan tiada pengumuman ketibaan. oleh itu anda jangan tidur mati dan set timer pada waktu yang sepatutnya anda sampai. contoh perjalanan KL-Alor Setar bermula jam 9.15pm dan tiba 7.oo, jd anda kenala bangun sebelum jam 7.00am. Biasanya train tidak akan sampai lebih awal dari time yang telah ditetapkan sama ada on time atau lewat sahaja.


Tiba di stesen Alor Setar anda boleh singgah di kedai kopi stesen keretapi. sambil singgah pekena teh anda akan didatangi oleh sekumpulan pemandu teksi yang mencari pelanggan. Ada teksi ke kuala kedah dan kaw sekitar. Jika anda tidak mahu naik teksi anda boleh naik bas awam, hanya berjalan kaki beberapa minit ke kawasan di hadapan Pekan Rabu. Ini bukan stesen bus tapi transit bas. semua bas akan transit kat sini. jadi anda boleh la bertanya orang ramai kat situ jika perlukan maklumat perjalanan.


Berikut adalah Tentative perjalanan saya


21 Jan 2011
8.00pm - Tiba di KL Sentral (Tiket train di beli lebih awal sehari RM51) boleh jer beli onspot kalau tak penuh.
8.15pm - Makan-makan dan santai
8.45pm - Tunggu di Platform A
9.15pm - Ketibaan Train

22 Jan 2011
2.00am- Minum dan lepak di kantin train
4.00am - Train singgah di Butterworth penukaran kepala keretapi..berhenti lama sikit hampir 30 minit.
7.00am - Train tiba di Alor Setar

Jika anda ingin menyemak harga dan train boleh la layari link KTMB seperti berikut :
http://ktmintercity.com.my