Saturday, August 29, 2009

Berbuka Puasa di Village View Jln Reko

buka1buka3buka5
buka2buka4

28 Ogos 2009. Berbuka puasa bersama rakan2 sepengajian master, serta meraikan rakan2 dari indonesia yang akan berangkat pulang ke kampung halaman masing2 ke esokkan harinya. Dibangi terdapat 2 buat cawangan restoran Village View, satu kat jalan Reko dan satu kat sebelah petronas berhampiran dengan komplek PKNS.


Dari pengalaman rakan yang pernah makan kat kedua2 village view ni dan juga komen2 dari blog2 lain, saya dapati layanan di cawangan Village View yang terletak sebelah petronas ternyala sangat teruk terutama layanan pekerjanya. Bagi cawangan jln Reko setakat ini sy tidak terdengar runggutan tidak puas hati dengan layanan pekerjanya.


Apa2 pun nasihat saya kepada pemilik restoran tersebut, beliau sepatutnya  hendaklah sentiasa memantau tingkah laku layanan pekerjanya kepada pelanggan jika mahu terus maju. Sikap pekerja yang buruk akan menjejaskan reputasi restoran itu.



Menu berbuka puasa
Menu semasa berbuka kami semua membuat tempahan makanan secara ala-carte sahaja. Selain makanan tempatan terdapat juga makanan barat "western" Restoran ni mempunyai view yang agak menarik dengan keluasan restoran yang sangat besar dan ada lanskap kolam ikan can menarik. Kemudahan yang dapat saya lihat adalah terdapat kemudahan surau, bilik air dan skrin projektor yang besar.

Dari segi harga, harga makanan kat sini tidak terlalu mahal. Dari segi rasa pulak setakat menu yang saya cuba saya dapati tidak la superb sangat. ok la.


P9060041