Thursday, August 7, 2008

Mengidam Makanan

Tempoh kehamilan sudah masuk 14 minggu, dalam keadaan ini semua sistem organ dan fizikal bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Untuk pengiraan tempoh kehamilan saya agak keliru sikit hendak dikira dari tempoh LMP atau tempoh persenyawaan berlaku. tetapi kebanyakan rujukan dan doktor mengira bermula dari LMP. jika mengikut LMP usia kandungan adalah 16 minggu.

Fenomena mengidam. fenomena ini kerap dan berlaku pada hampir semua wanita yang hamil. bagi wife saya pula fenomena ini baru sahaja berlaku. Hanya baru2 ini sahaja beliau mengidam makanan. tapi nasib baik la tiada yang pelik2. Antara makanan yang diidamkan seperti Nasi Beriani, Nasi Lemak, Ikan Bakar, Pepahat masak pedas. Makanan2 ini jika hari tersebut beliau teringain maka kena la keluar cari dan belikan. Tapi nasib baik la tidak mengidam setiap hari cuma masa dan hari tertentu sahaja. Jika tidak dapat makanan yang diidamkan maka makanan lain tidak akan ada selera hendak makan Hari2 lain biasa sahaja.

Selain dari mengidam makanan lokasi makanan juga tidak berkecuali contohnya satay kajang hj samuri. mesti nak makan dekat komplek satay kajang hj samuri kat kajang sana. walaupun cawangan lain seperti di Bangi dan juga di R&R Awan Besar.

Apa2 pun selagi mampu layan jer......jangan berkira