Friday, August 1, 2008

Gunung Tebu Terengganu



(25hb juLai ~ Jumaat)
8.00pm berkumpul di hentian putra PWTC
Sampai disini baru la bertemu dengan geng2 lain, semuanya satu bas.
9.00pm bertolak dari KL (menaiki Bas Mutiara).
Kita akan melalui Merapoh - BesutDijangka mengambil masa sekitar 9 jam.

(26hb juLai ~ SABTU)
5.30pg Sampai di Besut, TerengganuMenapak ke masjid berdekatan – solat subuh Sarap di gerai2 yang berdekatan.
8.30pg Menaiki Bas Mutiara ke Hutan Lipur Lata Belatan(30mnt), sepatutnya naik taxi, tapi ketua xpdc berjaya kautim dengan driver bas, itu yang dapat naik bas. lagi jimat.
9.00pg Sampai di HL Lata Belatan(bersiap-siap utk mendaki dan membuat pendaftaran). Semua peserta menapau makanan untuk tengahari siap2.
9.30pg Mula mendaki (8km)
12.30tgh lunch di Jendela Dunia dan Batu Mat Hasan
1.30ptg Mula menapak ke puncak
4.30ptg Sampai di puncak(sessi meninjau-ninjau kawasan puncak yang cantik )
5.30ptg Mula bergerak ke kemsite (sebenarnya kemsite ni kena melepasi puncak terlebih dahulu, sbb tempat ni dekat dengan punca air)
6.30ptg Sampai di kemsite. Ada dua kawasan kemsite satu kawasan terbuka bersebelahan dengan sebuah kubur lama (tak tau kubur sapa) kawasan ini cantik dan nampak pemandangan jelas kearah laut, terutama pulau perhentian dan pulau redang. Kawasan lagi satu bawah sikit tepi lereng bukit, kawasan ni tak lapang dan ada banyak pokok, kalau buat kem kat kawsan ni selamat sikit dari dipukul hujan ribut berbanding dengan kemsite kaw terbuka.
Selepas pasang khemah apa lagi terus memasak, selesai jer memasak tetiba hujan ribut melanda, Flysheet dan groundsheet dipukul angin, mencabar jugak rasanya. Makan dalam keadaan basah. Lepas makan terus kami tidur malas nak pikir pasal hujan, tapi dalam kemah dah hampir banjir. (tido buat bodo jer)
9.00mlm Geng PPUKM ambil keputusan berpindah ke kemsite lereng bukit. kat tempat ni baru la dapat duduk dengan aman tiada gangguan tiupan angin. Tapi Geng Jeo Kekal kat atas kemsite terbuka tu (geng Otai biasala).
12.00mlm minum malam la, lepak kat khemah geng otai (aiwa ,mamak dan uncle). diarang ni siap buat lamp chop dan bubur kacang lagi. huh mantap.

(27 juLai ~ AHAD)
7.00pg ramai berkumpul diatas Batu Madrasah melihat pemandangan kearah laut. nampak pulau2 (perhentian, redang).
8.30pg Sarapan pagi dan masak untuk tapau turun sekali.
10.00pg Mula bergerak turun meninggalkan puncak, Sebelum bertolak turun kami semua melawat kawasan sejarah cerita rakyat. Antaranya seperti: Batu Kelana Kuda, Batu Kapal, Batu Madrasah, Batu Puncak Tebu, Batu Makamah, Batu Pancung, Batu Pintu Gerbang, Telaga Afdal, Batu Udang, Batu Balai Rong Seri dan Taman Bonsai
5.00ptg Dijangka sampai ke Lata Belatan(bersiap-siap dan bersedia untuk pulang)
6.00ptg Group awal sampai telah Menaiki Van terlebih dahulu ke pekan Jerteh. Selebihnya Menaiki Bas Mutiara ke perhentian Jerteh
9.00mlm Bertolak balik ke KL

(28 juLai ~ ISNIN)
4.30pg Tiba hentian Putra. Sarapan pagi (ada gerai di hentian putra sudah buka). Dah mula keje or ada yang ambik cuti. tapi banyak yang cuti la. boleh rehatkan badan.
6.00pg Mula menaiki LRT pulang ke Bandar Tun Razak

Kos Perbelanjaan  RM150 (termasuk tiket bas ekspress pegi balik KL-Terengganu), guide, permit dan insuran.