Wednesday, May 21, 2008

Western Food Kampung Baru



Restoran western food Kampung Baru yang sangat popular di kenali sebagai Chop n Steak. Pertama kali datang ke restoran ini pada tahun 1999, masa tu restoran ini tidak macam sekarang, sekarang ni ada kapal kecil ditengah restoran yang berfungsi sebagai kaunter bayaran dan mini dapur. Pada tahun 1999 semasa mula2 datang kalau tak silap masa tu cuma ada layar kapal, jet ski dan stering kapal. so waktu itu saya dan rakan2 panggil restoran ini sebagai "the ship" bukan the ship kat pertama komplek tu, tapi 'the ship kampung baru. Masa tu yang kita orang selalu makan chiken chop.

Sekarang ni restoran ni dah makin maju sampai dah ada 4 cawangan termasuk restoran utama kat kampung baru. Ramai orang datang kat restoran ni tambah2 lagi bila hujung minggu. walaupun ramai pelanggan yang datang, makanan yang disediakan tidak lambat dapat. so sampai sekarang saya masih mengunjungi restoran ini.

Kalau nak tempah atau pertanyaan bleh la call kat nombor berikut

019 3005340 - 019 3357373-03 26983700- Fax 03 26983700- email klcns@streamyx.com -  Cawangan Utama Kg Baru

019 4810611 - Sri Serdang

012 3236746 - Selayang Utama

019 4810611 - PKNS Serdang