Wednesday, January 30, 2008

Ikan Bakar Bagan Lalang

Restoran ikan bakar ini antara tempat yang aku selalu pegi makan sejak beberapa tahun since 2001 lagi. kat pantai Bagan Lalang Sepang ni ada banyak restoran seafood, tapi Restoran ni lain sikit sebab ia terapung betul2 tepi kuala, cuma satu jer restoran yang terapung kat sini. kalau nak tengok ia terapung semasa air pasang la.kemudahan yang ada kat restoran ni seperti Astro dan toilet. sebelum kita order kita kena pilih dulu ikan , kerang, ketam, sotong, pepahat dan bayak lagi untuk dimasak mengikut citarasa kita. yang paling aku suka ialah pepahat masak pedas.


bab harga aku rasa ok je, taktau la mahal ke murah sebab aku tak pernah pun

cuba restoran lain yang ada kat situ.kawasan pantai bagan lalang sekarang ni dah mula terkenal kerana telah ada banyak projek pembangunan di kawasan itu. antaranya yang paling high class ialah Sepang Goldcost la ala2 chalet terapung pokok

Palma seperti di Dubai.Bagan Lalang ni biasanyak jadi port aku kalau pergi memancing, sama ada memancing di sungai kawasan itu mahupun pergi kekelong Mamod. Dulu berhampiran restoran itu terdapat satu jeti kecil berpondok, ini tempat aku selalu memancing la. nak kata banyak ikan tak la tetapi kekadang tu boleh la dapat ikan kalau air pasang dan kena masanya.

Kalau anda nak cuba makan kat restoran ni pada hujung minggu ada baiknya call dulu dan tempah makanan yang hendak dimakan, sebabnya hujung minggu ramai dan kekadang terpaksa tunggu agak lama, bayangkan kalau datang dari Kuala Lumpur, perjalanan ke sana dah mengambil masa hampir 2 jam, bila sampai perut dah lapar pastu makanan lambat sampai ...huuu tersiksa wooo. tapi kalau datang awal dan org tak ramai boleh la pilih2 ikan ker pilih aper ker.

nampaknya itu aje yang dapat aku komen pasai restoran ni ..yang lain tu kena rasa sendiri la...

maklumat lanjut klik links restoran ni www.hmsribagan.com (**links ini sudah tiada** tak tahu kenapa)

Update terbaru : 16 Sept 2009

Blog : http://hmsribagan2.blogspot.com

Website : http://hmsribagan.net/index.html (sudah tiada link ini)

Peta Lokasi : http://hmsribagan.net/lokasi-sribagan.html (sudah tiada link ini)

Menu Masakan (Sila klik untuk besarkan)

menu1

menu2

Galeri Gambar Restoran


Update : 6/12/2010
Nampaknya pemilik blog restoran ini telah jumpa blog saya dan telah meletakkan link blog saya dalam websitenya seperti gambar dibawah ini. TQ