6 -9 September 2007 9 September 2007
Bali adalah perlancongan Luar Negara yang pertama bagi saya. Saya gembira bangat masa tu yelah first time g oversea, bertolak dari KLIA pada 5 september 2007. menaiki penerbangan Qatar Airway. Disebabkan ini kali pertama saya ke Bali jadi untuk senang saya ambil pakej agensi perlancongan RELIANCE. Syarikat RELIANCE ini agak terkenal dan kualiti perkhidmatannya boleh dipercayai. Sebelum ini banyak jugak syarikat perlancongan yang saya survey tapi dari maklum balas kawan2 saya banyak mencadangkan RELIANCE. Sebenarnya pakej ke Bali ini murah saja tak mahal, ikut musim dan jenis penerbangan. Harga pakej kalau ikut penerbangan Air Asia murah dari RM500/pax. tapi memandangkan penerbangan pada tarikh yang saya pilih telah penuh maka terpaksalah menaiki QATAR Airway, agak mahal jugak RM1600/pax.
***Tips dari saya, pastikan anda membaca kalender aktiviti tahunan bali terlebih dahulu sebelum merancang tarikh perjalanan. Sebagai contoh saya pilih tarikh 6 sept kerana kebetulan ada perayaan atau fiesta pantai KUTA dari 1-9 September 07
Perbelanjaan
Bayar pakej Reliance RM1600x2 = 3200
Pakej termasuk
Flight QATAR Airway = RM2262/2pax
Pakej (hotel, makan van dan trip) = RM938/2pax
Berikut adalah tentative ringkas perjalanan saya 4hari3mlm
6/09/07 KLIA (1.00pm) – Bali Airport (4.00pm)
-Dinner di restoran minang ACC
-Bermalam di Hotel Istana Rama
7/09/07 KINTAMANI trip
-Kampung Batubulan - tengok tarian Barong
-Kampung Celuk - pusat pertukangan emas dan perak
-Kampung Mas - pusat ukiran kayu dan kraftangan, lukisan
-Kintamani- Tasik dan Gunung Batur (restoran tepi tasik gunung berapi)
-Gua Batu Gajah dan Tampaksiring (holy spring water)
-Restoran Natrabu Minang (makan la)
8/09/07 BEDUGUL & TANAH LOT
-Pulau Penyu - naik bot pegi tengok penyu, helang dan ular sawa
-Aktiviti pantai - jet ski, paragliding dan etc
-Mengwi - Kuil Hindu royal
-Kedaton - Kuil monyet
-Bedugul - Mountain Resort + Ulu Danu Temple
-Tanah Lot Temple
-pesta pantai KUTA karnival
9/09/07 Aktiviti Bebas
-bersiar dan bermain air di pantai KUTA
-sambil cuci mata…awek mat salleh berbikini banyak tu beb
-shoping di pekan KUTA cari buah tangan
-malam penutup pesta pantai KUTA karnival - ada konsert
10/09/07 Bali Airport (3.00am) - KLIA (6.00am)
tour guide hantar ke airport kul 1am
Kalau berurusan terus dengan travel agen ni tanpa melalui RELIANCE pun boleh, boleh dapat harga lagi murah. B.J.C Tour & Travel ni pun salah satu sub agent bagi RELIANCE.
Tour guide yang bawa saya namanya
Mr Giri (Tel:08123968762),
kalau g bali tanpa pakej, boleh call dia kat sana mintak dia aturkan trip harian. Cara ini lebih murah dan bebas, kalau pakej terikat dengan jadual.
Makanan halal tak banyak di Bali, oleh itu sentiasa la mintak tour guide bawa kita ke restoran halal seperti restoran melayu minang.
Komen saya tentang Bali, ok menarik, tempat dan cuaca sama macam Malaysia, panas. Tapi kalau nak enjoy kena stay kat hotel2 dekat pantai KUTA sebab happening kat situ. Banyak monument lama adalah kuil2 hindu, ada yang dah tak aktif dan ada kuil yang masih aktif dan digunakan sampil sekarang. Banyak lagi tempat yang menarik selain melawat kuil2 contohnya seperti berikut:
Kapal Cruise dan aktiviti air, snorkeling , diving, surfing
Spa dan massage
Jungle trekking dan mendaki gunung Agung
White water rafting
Elephant safari
Mountain cycling
ATV ride – moto tayar empat
Ground travel agen di Bali
B.J.C Tour & Travel (P.T Bali Jaya Citra)
Jl Kerta Petasikan X/No 1 Denpasar
80224 Bali Indonesia
Tel : 0361 723890 fax : 0361 725365
Email : bjctour@indo.net.id
Mr Giri (Tel:08123968762)