Sunday, November 3, 2013

Pulau Ketam

Pulau Ketam
Pulau Ketam
Ramai yang tau pasal Pulau Ketam, tapi tak ramai yang pernah pergi. Sebelum ini saya penah pergi memancing di kelong Ah Kang Pulau Ketam, tapi tak sempat ekplorasi pulau tersebut, sampai jer di jeti terus naik boat pickup ke kelong. Jadi kali ini saya ambil peluang ke berjalan-jalan ke Pulau Ketam.


Pengenalan
Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku. Perkampungan terapung asalnya lantai daripada papan kayu dan sekarang sudah bertukar kepada berkonkrit lantainya. Tiada kereta atau pun motosikal di pulau ini yang ada hanyalah basikal dan basikal elektrik. Pulau Ketam sudah lengkap dengan kemudahan asas dan merupakan penyumbang utama bahan mentah laut seperti ikan, ketam dan udang kepada kawasan Lembah Klang. Penduduk tempatan majoriti adalah kaum cina dari keturunan Teochew dan Hoklo (Hokkien).
Pelabuhan Klang Pelabuhan Klang
Pulau Ketam Pulau Ketam
Cara Hendak ke Pulau Ketam
Anda boleh memandu kereta ke Pelabuhan Klang atau menaiki tren komuter ke stesen terakhir iaitu Stesen Pelabuhan Klang. Pada saya cara paling mudah dan senang adalah dengan menaiki Tren Komuter kerana mudah dan tidak perlu pikirkan pasal parking kereta. Setibanya di Jeti pelabuhan klang anda terus cari tiket ferry.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Pulau Ketam Pulau Ketam
Ada dua cara iaitu Fery dan Speed Boat. Tiket fery cuma RM7 dan Speed Boat RM10. sama sahaja dua-dua cara ni, cuma speed boat lebih laju dan penumpang cuma sekitar 10 orang satu boat. Jika naik fery dari pelabuhan klang ke jety pulau ketam mengambil masa sekitar 45 minit. Fery terakhir jam 6.00pm. Tapi bagi speed boat dia bergantung pada orang, jika ada orang dia akan jalan dan masih ada walaupun sekitar jam 8-10 malam bergantung permintaan.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Pulau Ketam Pulau Ketam
Penginapan
Jika bercadang untuk menginap, pastikan anda booking terlebih dahulu, ini kerana setiap hujung minggu ataupun cuti umum bilik hotel selalu sahaja penuh. Penginapan yang terkenal adalah Hotel Sea Lion. Anda cuma perlu hubungi hotel ini sahaja, jika hotel dia penuh dia akan dapatkan bilik dari hotel2 kecil dibawah naungan dia.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Makanan
Makanan halal memang masalah sikit, walaupun ada minoriti orang islam kat pulau ketam tetapi restoran dan kedai makan muslim memang tidak kelihatan di pekan. yang ada banyak restoran cina. Yang boleh cuba cuma ada restoran cina yang tiada babi. Restoran cina yang ada tanda "NO PORK", kalau anda lapar sangat dan tidak bawa bekal anda boleh cuba makan nasi kosong dgn ikan goreng kosong tiada kuah, jika was-was tak perlu la makan bawa sahaja tapau. Disebabkan saya cuma setengah hari sahaja saya tidak sempat makan di pulau ketam, saya makan tengahari di Pelabuhan Klang sahaja.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Pulau Ketam Pulau Ketam
Ok berbalik pada trip saya, Saya sampai di Pelabuhan Klang jam 2.50pm dengan Tren Komuter. Sampai saya terus beli tiket fery pergi balik bary RM14. Tiket fery ni boleh balik any time jika beli pergi balik asalkan ferry tak penuh, kalau penuh tunggu fery berikutnya. Fery kecil dan panjang agak selesa jugak sebab ada aircond dan ada dimainkan movie sepanjang perjalanan. Sekitar 45minit sampai la di Pulau Ketam.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Sampai sahaja di Pulau Ketam, saya tengok memang happening macam suasana kampung Cina. Memang ramai orang dengan yang berbasikalnya. Orang melayu pun ramai jugak yang datang melawat sebagai pelancong sehari, datang tengahari dan pulang petang, ada juga yang datang pagi dan pulang petang. Sering juga nampak beberapa kumpulan pelancong tempatan yang mengambil pakej memancing kelong disitu.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Saya mengambil peluang berjalan2 sekitar pekan dan juga merayap ke kawasan penduduk kampung. Suasana tenang dan aman, saya lihat penduduk sana hidup seperti tiada tekanan. Kawasan kejiranan juga nampak meriah seperti suasana kampung dimana setiap penduduk mengenali setiap orang dalam kampung.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Berjalan-jalan di pulau ketam biasanya pengunjung menyewa basikal dengan harga RM5 sehari. Terdapat pelbagai jenis basikal elektrik tapi tak nampak pulak iklan sewa basikal elektrik, yang ada iklan sewa basikal biasa. Tapi boleh nampak penduduk tempatan menaiki basikal elektrik kesana sini. Anda akan kelihatan pengunjung berbasikal dengan happy mengelingi perkampungan air nelayan ini, mungkin itu sahaja antara aktiviti menyeronokkan bagi pelancong muda dari tanah besar.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Pulau Ketam Pulau Ketam
Pulau Ketam Pulau Ketam
Pulau Ketam Pulau Ketam
Kemudahan Asas
Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti Klinik Kesihatan, Pondok Polis, Pejabat Pos, Sekolah yang disediakan kerajaan. Kemudahan lain seperti Maybank dan Kedai2 juga terdapat di pekan Pulau Ketam. Terdapat Balai Islam di Pekan Pulau Ketam, jadi pengunjung Muslim boleh menunaikan solat disini. Ia bukan surau atau masjid jadi tiada azan dilaungkan di Balai Islam ini.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Memandangkan saya cuma sekejap sahaja, maka saya cuma berjalan kaki sekitar pekan Pulau Ketam dan perkampungan penduduk. Disatu kawasan perkampungan anda akan dapai lihat sekumpulan burung helang terbang rendah mencari makan. Seronok juga dapat tengok perilaku helang ini. Malangnya saya tidak bawa camera DSLR saya, kalau tidak dapat la saya merakam gelagat burung helang itu.


Saya singgah minum di sebuat restoran cina yang ada label "NO PORK" saya cuma lepak minum air coke dalam tin sahaja, makan tidak. Saya ada juga baca blog ramai cakap makanan laut segar2 cuma masakan biasa saja. Maksudnya masakan tak la power sangat pun. Tapi makanan laut memang segar2 sbb kalau kita oder makan mereka akan ambil yang hidup2 dalam sangkar mereka untuk masak. Antara yang famous kat sini antaranya Ketam dan lala goreng telur. Makanan Laut boleh tahan jugala. Saya sempat juga tengok harga makanan antaranya ikan kerapu goreng pedas RM24 seekor ikut berat. Disebabkan saya minum sahaja, tak tahu pulak saya sedap ke tidak. Saya tak sempat nak cari restoran halal muslim kerana sepanjang saya jalan saya tak jumpa pun restoran muslim walaupun saya ada ternampak beberapa orang melayu islam yang kelihatan penduduk tempatan sedang bekerja.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Pulau Ketam Pulau Ketam
Persekitaran rumah penduduk dan pelantar kelihatan bersih, sungai pun nampak bersih sahaja, tetapi jika anda melalui kawasan penduduk anda akan perasan bahawa terdapat banyak sampah yang banyak di bawah rumah. Kebanyakan penduduk membuang sampah begitu sahaja ke bawah rumah. Saya sempat menggunakan tandas di restoran yang saya minum, saya lihat lubang tandas tu terus ke dalam laut. Tak pasti saya adakah semua tandas di situ seperti itu atau ada sistem kumbahan.
IMG_20131102_173315 IMG_20131102_173301
Seterusnya jam 5.30pm saya sudah bergerak pulang menuju ke jety menunggu fery. Sampai di jety sudah ada fery yang menunggu. Fery ni ikut penumpang, jika penuh dia terus jalan, jika kurang last dia jalan jam 6.00pm. Jadi adalah perlu anda sampai jam 5.30pm jika hendak pulang fery last. Atau anda boleh naik speed boat dgn harga RM10. Kalau naik fery dalam fery pun ada jual tiket. Yang penting dapat tempat duduk.
Pulau Ketam Pulau Ketam
Sekitar jam 7.00pm saya sampai ke Pelabuhan Klang, Pergi 45minit balik 1jam tak pasti kenapa jadi mcm tu, mungkin dia ikut laluan lain. Sampai sahaja di Perlabuhan Klang dah ada Tren Komuter terus naik dan balik KL.


Begitulah sedikit sebanyak yang sempat saya ekplore Pulau Ketam

Sekian.

Tips
- Sepanjang trip saya, tiada restoran muslim yang saya jumpa.
- Ada Balai Islam jika nak solat
- Banyak minum air kosong kerana cuaca agak panas sekarang
- Last Fery jam 6.00pm, SpeedBoat ikut permintaan.
- Makanan Laut segar, tapi perlukan perut yang lasak jika hendak cuba, sbb persekitaran banyak sampah
- Hotel perlu booking awal sebab hujung minggu selalu penuh.
- Nak enjoy ambil pakej memancing - dia bagi kelong dan bawa melihat kawasan bakau
- Berbasikal keliling pekan pulau ketam juga menyeronokkan
- Ada kawasan sekumpulan burung helang terbang cari makan - Bawa DSLR camera
- Kampung Pulau Ketam ni besar jugak, tapi biasa orang pusing Pekannya sahaja, jika ada masa boleh la explore
- Hiburan malam macam tak ada, yang ada rasanya Karaoke

Contact
Pulau Ketam Pulau Ketam Pulau Ketam Pulau Ketam

Pakej Memancing dari Syarikat Green Way
greenway
http://www.greenway2u.com

Link Review Aktiviti memancing Pulau Ketam

1. http://armadaanglers.blogspot.com/2011/08/kelong-greenway-pulau-ketam.html
2. http://fishhut.blogspot.com/2012/11/kelong-fishing-at-pulau-ketam.html
3. http://biawakanglers.wordpress.com/2009/10/02/beraya-di-greenway-pulau-ketam/

Saturday, October 26, 2013

Latihan Pre Mt Kinabalu 2014 ~ Broga Hill & Gunung Tokwan

Broga
Pada 26 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung program sesi latihan Pre Mt Kinabalu 2014. Seramai 9 orang semuanya telah mendaftarkan diri untuk mendaki Bukit Broga dan Gunung Tokwan secara DayPack.
Broga Broga
Kami semua berkumpul di petronas simpang Broga jam 5.45am, Setelah selesai solat subuh kami semua bertolak ke pakir kerata kelapa sawit. Bayaran pakir dikenakan sebanyak RM2 oleh pemilik tanah.  Kemudahan tandas dan surau telah disediakan oleh pemilik tanah. Jadi mudah la kepada pengunjung muslim. Sekitar Jam 6.15am baru kami mula mendaki. Awal pendakian beberapa orang peserta agak semput sikit, maklumlah dah lama tak mendaki.
Broga Broga

Kami tiba di puncak satu sekitar 6.55am sempat jugak mengejar matahari terbit. Walaupun tak berapa cantik disebabkan kabus, namun sempat la jugak menikmati suasana tersebut bersama pengunjung2 lain. Setelah berehat sekitar 5 minit kami meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Broga dan sampai 7.39am. Di puncak Broga kami berhenti rehat menikmati sarapan pagi yang telah di tapau.
Broga Broga
Sekitar 8.00am kami mula mendaki ke Gunung Tokwan. Selalunya tak ramai pengunjung yang akan meneruskan perjalanan ke Gunung Tokwan. Mula2 masuk terdapat dua simpang, kami tersilap ambil simpang kanan dan menyebabkan kai kerugian masa 45 minit, mula sedar apabila laluan tersebut membawa kami ke kebun getah. Seterusnya kami berpatah balik semula ke simpang dan ambil simpang ke kiri barulah betul laluan tersebut. Dah lama saya tak naik tak tahu pulak ada dua simpang tersebut.
Tok Wan Tok Wan
Kami sampai di landmark Pokok Besar Banyak Akar sekitar jam 8.52am, Sempat bergambar kami kat situ dan kami dapati terdapat bendera bewarna yang di ikat pada pokok besar tu dengan banyak dan rasanya mungkin salah satu amalam keagamaan masyarakat siam.
Tok Wan Tok Wan
Seterusnya kami sampai sungai yang kering sekitar 9.47am. Dari sungai ni laluan menegak dan curam, semput jugak haha :D. Sempat juga kami bergambar di lokasi sungai yang kering ini sambil rehat.
Tok Wan
Kami sampai di Puncak Gunung Tokwan sekitar jam 10.40am. Lega rasanya sampai. Kami berehat dan makan tapau lunch sehingga jam 11.3am barulah kami bergerak keluar. Disebabkan saya mengalami kecederaan lutut maka saya tidak dapat bergerak laju. So saya yang paling lambat sampai. kami sampai di pakir kereta dan rehat sambil minum air kelapa. Memang penat. Tapi bagus untuk latihan. Kami mula bergerak dari pakir ke destinasi masing2 sekitar jam 5.00pm.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam latihan ini.

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, October 23, 2013

Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat

RS Meeting AJK OHM 2013 ~ Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat



 
Sumber Foto diatas : http://www.nhidayuroslan.com dan http://www.kosmo.com.my
Pada 19 Oktober 2013 telah berlangsung Mesyuarat AJK OHM yang bertempat di Lokasi Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat, Selangor. Tempat ini memang jauh terpencil dari ibu kota memang sesuai sangat untuk meeting yang lebih tenang dan fokus jauh dari gangguan kesesakkan kota. Mesyuarat berlangsung pada jam 8.00pm dan tamat pada jam 11.00pm. Banyak perkara yang dibincangkan bagi perancangan aktiviti kelab bagi tahun 2014.

 

Ok tak banyak hendak diceritakan pasal meeting tersebut, biarlah pihak pengurusan AJK update nanti yang hendak disentuh dalam entri ini adalah lokasi tempat meeting ini. Tempat makan ni memang terkenal, hanya yang tau sahaja akan datang jauh2 untuk makan disini. Tempat menarik, makanan pun menarik juga.

 
Semoga pembaca dan ahli kelab boleh mencuba lokasi tempat makan ini. Malam itu kami mencuba beberapa menu antaranya Tongsan Masak Lemak, Keli Goreng Sambal, Sotong Bungkus, Sup Sayur, Ikan Bakar. Memang sedap dan menyelerakan. Setakat ini walaupun makan di dalam pondok kayu dalam hutan alhamdulillah bebas gangguan nyamuk pada ketika itu. Kalau hujung minggu memang ramai orang yang datang.

Cara hendak pergi memang tak susah, kalau anda pernah pergi ke Sg Gabai maka tak susah kerana ia berada di Bt 18 Hulu Langat di jalan Sg Lui, sampai sahaja pekan batu 18 anda akan nampak simpang 3 ke kanan menuju ke Air Terjun SG Gabai. Masuk sahaja simpang ke kanan melalui jambatan dalam 5 minit anda akan jumpa restoran ini yang terletak betul2 di selekoh tajam. Ramai yang terlepas selekoh ini sbb papan tanda nya kecik jer.

Ok selamat mencuba semua.. Sekian

No Telefon yang boleh dihubungi: Update 18 Julai 2014.
En Anuar Bin Amin (Pengurus)
019-2572169 dan 019-6040138

Peringatan !!! Restoran ini cuti pada setiap hari Khamis Malam Jumaat

Harap pembaca blog saya tidak lagi tersalah menghubungi saya dengan tertera no tel pengurus En Anuar ni. No update terkini 18 Jul 2014.

Lokasi Seperti Berikut:
[googlemaps https://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&saddr=Lebuhraya+Cheras+-+Kajang&daddr=3.17305,101.859182&geocode=FRfqLgAdOL4QBg%3BFbpqMAAdbj8SBg&sll=3.072949,101.762806&sspn=0.006235,0.010568&t=m&hl=en&mra=dme&mrsp=0&sz=17&ie=UTF8&ll=3.072949,101.762806&spn=0.006235,0.010568&output=embed&w=600&h=400]

Sunday, October 20, 2013

Pak Kasim Asam Pedas Melaka ~ Pantai Dalam

Pak Kasim Asam Pedas Melaka
Pak Kasim Asam Pedas Melaka
Jalan-jalan cari makan saya kali ini membawa saya ke kedai makan Pak Kasim. Salah seorang rakan saya mencadangkan Asam Pedas Pak Kasim. Lokasi Kedai Makan Pak Kasim Asam Pedas Melaka ni terletak di Medan Selera Bazaria Pantai Dalam. Memang mudah sahaja hendak ke kedai makan ini.
Pak Kasim Asam Pedas Pak Kasim Asam Pedas
Makan Tengahari memang meriah disini, Ramai pengunjung yang datang pelbagai bangsa. Sebut sahaja nama Pak Kasim siapa tidak kenal. Kedai nasi campur pelbagai masakan ni memang menyelerakan. Harga sekali makan seperti nasi sayur lauk dan air cuma sekitar RM5-RM6 sahaja. Memang Murah.
Pak Kasim Asam Pedas
Menu yang saya nak ketengahkan dalam entri kali ini adalah masak Asam Pedas Pak Kasim yang terkenal. Rasa memang sedap, terdapat dua jenis ikan yang digunakan iaitu ikan pari dan ikan dan ikan parang. Dua-dua ikan memang sedap, saya suka asam pedas ikan pari. Ikan lembut dan rasanya yang enak. tak banyak yang saya boleh ceritakan dan bagi gred kesedapan. Tapi mengikut tekak saya memang sedap. Saya tak dapat nak bandingkan dengan mana2 Asam Pedas sbb saya baru try yang Pak Kasim sahaja. Kalau pembaca ada lokasi lain yang sedap boleh cadangkan untuk saya cuba.

Sekian

Latihan Pre Mt Kinabalu 2014 ~ Gunung Datuk Rembau

Datuk
Pada 12 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung program pertama sesi latihan Pre Mt Kinabalu 2014. Seramai 14 orang semuanya telah mendaftarkan diri untuk mendaki gunung datuk secara DayPack.


Ada yang datang dari Bangi, Johor, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Program di rancang seminggu sebelumnya. Program ini adalah sebahagian latihan persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi trip 13-15 Jun 2014. Dalam 14 orang ini 1 orang adalah peserta untuk trip 29-31 Oktober 2013 yang turut serta untuk latihan, manakala 11 lagi adalah peserta trip 13-15 Jun 2014, dan lagi 2 orang adalah bukan peserta Mt Kinabalu.


Sekitar jam 7.30am Semua berkumpul di Tapak Rekreasi Gunung Datuk dan membuat pendaftaran permit mendaki yang berharga RM5 seorang, Peserta rata-rata bergerak dari tempat masing2 sekitar jam 5.00am. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam ( termasuk berhenti sarapan).
Datuk Datuk
Tepat jam 8.00am, taklimat ringkas diberikan dan kemudiannya sesi pemanasan badan di jalankan dan dipimpin oleh En Siva. Sekitar 8.30am kami memulakan pendakian. Diawal pendakian semuanya berjalan lancar dan sekitar 45minit pertama salah seorang peserta terpaksa di hantar turun kerana pening2 mungkin tidak cukup stamina. Laluan menuju ke cek point 1 iaitu Pondok Roboh treknya agak curam dan banyak akar. Jadi kena hati-hati ketika melangkah supaya kaki tidak terkehel :D.
Datuk Datuk
Kami sampai di Cek Point Pondok Roboh dalam masa 1 jam. Sebenarnya boleh buat lagi laju, sekitar 30 minit, tetapi memandangkan ada peserta yang baru dan blom ada stamina maka kami ambil masa 1 jam. Sampai di cekpoin ini kami rehat dan minum air dan makan sedikit coklat. sambil tunggu kawan2 yang lain sampai. Seterusnya perjalanan diteruskan.
Datuk Datuk
Trek dari Pondok Romoh ke Cek Poin 2 iaitu Base Champ tidak berapa curam, ada part yang sedikit landai. Pengalaman kali ini di trek ini agak best kerana kelihatan berkabusdan sedikit sejuk. mungkin sbb cuaca hujan sebelumnya. Suasana pemandangan nampak cam best yer.


Seterusnya kami sampai ke Cek Pont kedua dalam masa 1 jam. Sampai kami rehat dan tunggu semua rakan2 sampai barulah kami naik ke puncak. Di Cek point 2 ini la tempat orang champing dan bermalam. Tetapi disebabkan faktor keselamatan dan cuaca, difahamkan pihak pengurusan Gunung Datuk buat masa ini tidak benarkan pengunjung bermalam. Ada yang dapat naik pepagi untuk lihat sunrise adalah bergantung kepada budi bicara mereka.
Datuk Datuk
Setelah semua sampai maka kami pun mendaki ke puncak. Puncak Gunung Datuk berbatu besar. Terdapat tangga besi disediakan. Namun faktor keselamatan perlu diambil perhatian, naik dengan teliti dan satu-satu. Tidak dibenarkan naik kepuncak dengan sweater besar dan longar kerana sekiranya angin kuat badan boleh melayang atau tak seimbang. oleh itu pakai sweater yang ketat sikit atau pun masa nak ke puncak jangan pakai atau masuk dalam beg.
Datuk Datuk
Puncak Gunung Datuk tidak besar, naik perlu hati-hati dan dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh rakan2. Keluasan puncak berbatu ini tidak besar dan boleh memuatkan kira2 30 orang dalam satu masa. Sekiranya hujan dan berpetir pengunjung hendaklah turun dengan segera. Terdapat beberapa kes pendaki di sambar petir. Jika hujan dan berpetir cepat2 matikan telefon dan cabut bateri bagi mengelakkan sambaran petir. Di puncak terdapat lekuk tapak kaki. Mitos mengatakan tapak kaki tersebut milik Datuk Panglima Hang Tuah.
Datuk Datuk
Kami sarapan di puncak sambil menikmati pemandangan. Kurang bernasib baik kerana cuaca berkabus dan tiada view yang dapat kami rakam, hanya putih sahaja sekeliling kami. selesai sarapan kami mula turun.
Datuk Datuk
Kami selamat sampai ke Tapak Rekreasi Gunung Datuk sekitar 1.30pm, setelah bersihkan diri dan masing-masing pulang ke destinasi masing2.

Sekian.

Sumber Foto dari Rakan2 TQ :D

Line Up - Trip KK 13-15 Jun 2014
1. Hamydy
2. Koh Siu Teen
3. Nor Ziana Sarbini
4. NORLIYANA HANISA JAAFAR
5. Ifzuan Bin Mazlan
6. Khairul Hafizi Bin Mohd Dalam
7. HAFIZA WATI BINTI JUSOH
8. Tinagar
9. Norsahida binti Mustafa Kamarudin
10. Nur Atiqah binti Nordin
11. Nurhazwani binti Tumin

Line Up - Trip KK 29-31 Oktober 2013
12. Nor Hafizah Ali

Line up biasa
13.Sivalingam
14.Fadly