Tuesday, October 18, 2011

Gunung Santubong Sarawak 2011


Gunung Santubong Sarawak
Pengalaman mendaki Gunung Santubong pada saya memberikan pengalaman baru.Gunung Santubong terletak di daerah Santubong. Gunung ini berketinggian 810 m (2,657 ft) dari paras laut dengan panjang trek 3060m. Laluan masuk melalui trek Bukit Puteri dan di tepi Laut. Terdapat 3 trek untuk mendaki Gunung Santubong iaitu melalui Bukit Puteri, Melalui Damai Resort dan Melalui Kampung Budaya Sarawak. Jika melalui trek Kampung Budaya Sarawak dan Damai Resort anda akan bertemu di Cek point F1, Melalui laluan ini anda akan melalui Air Terjun yang cantik. terdapat 2 lokasi air terjun iaitu satu melalui Damai Resort dan lagi satu jika melalui Kampung Budaya Sarawak. Jika melalui trek Kampung Budaya anda akan melalui jambatan gantung. Jadi ketiga-tiga trek ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Ketiga-tiga trek ini akan bertemu di cekpoin F7.


Tempoh masa pendakian, Jika melalui Bukit Puteri jangka masa jika group kecil 2-3 orang cuma memerlukan masa 2 jam sahaja bagi orang biasa. Jika anda athlete mungkin lebih cepat. Turun pula mengambil masa 1jam30minit sahaja. Tapi group saya seramai 14 orng dengan 3 orng kanak2 yang berusia 10thn dan 11thn mengambil masa  3 jam untuk naik dan 3 jam untuk turun. Kelewatan adalah disebabkan perlu berhati2 semasa menaiki tangga gantung pada batu dan semasa turun. Tambahan pula ada yang kurang stamina dan perlu berehat banyak kali.



 Trek  Pendakian
Trek pendakian ke gunung Santubong tidak susah kerana laluannya jelas dan tiada simpang2 yang mengelirukan, tambahan pula ada papan tanda sepanjang laluan. Jadi anda tidak akan sesat jika melalui trek tersebut. Hanya satu laluan sahaja menuju kepuncak dan turun. Cuma di F7 merupakan pertemuan 3 laluan masuk iaitu melalui Bukit Puteri, Damai Resor dan Kampung Budaya Sarawak. Dari F7 ke puncak cuma satu laluan sahaja. Jika anda melalui Bukit Puteri, Cekpoint pertama anda adalah F7, dan trek ini lebih cepat berbanding trek yang lain. Dari kaki Bukit Puteri menuju ke F7 laluan tidak sukar dan agak landai dan sedikit berbukit.  Selepas melalui F7 anda akan mula melalui bentuk muka bumi yang menegak dan curam. Laluan ini telah tersedia tali dan juga tangga gantung bagi memudahkan pendakian. Trek ini sebenarnya pada saya agak berbahaya ketika mendaki tangga gantung kerana kecuramannya pada sudut 90 darjah. Jadi sebagai langkah keselamatan para pendaki tidak digalakkan mendaki ketika hujan untuk mengelakan tergelincir. Dan para pendaki harus memegang tali dan tangga dengan baik dan kuat.
 

 
Kemudahan
Trek laluan masuk melalui Bukit Puteri tidak mempunyai sebarang kemudahan seperti toilet, gerai makan atau pun pintu gerbang. Yang ada cuma Papan tanda Gunung Santubong. Laluan Masuk ini cuma tepi jalan dan bersebelahan dengan pantai. Jadi para pendaki dinasihatkan supaya menapau makanan siap2 untuk ke puncak dan juga sarapan siap2 sebelum mula mendaki. Serta tidak lupa juga untuk ke tandas siap2 sebelum tiba ke kaki Bukit Puteri. Tiada toilet disediakan sepanjang trek sehingga ke puncak. Sepanjang trek ini pada setiap cekpoint terdapat pondok dan bangku atau kerusi untuk berehat. Hanya terdapat 2 pondok sahaja iaitu pada Cekpoint F12 dan Puncak, pada cekpoint lain disediakan tempat rehat seperti bangku dan meja.


Guide dan Bayaran Mendaki
Mengikut pengalaman saya jika melalui Trek Bukit Puteri setakat ini tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk atau pun bayaran guide ia percuma. Bagi trek melalui Damai resort dan Kampung Budaya Sarawak saya tidak pasti ada bayaran atau tidak.  Biasanya kumpulan pendaki yang melebihi 5orang, mereka biasa melantik seseorang yang sudah biasa dengan trek dan selalu naik santubong sebagai guide dan juga untuk menjaga keselamatan mereka. Group saya seramai 14 org  pun kami lantik salah seorang rakan yang biasa dengan trek tersebut untuk jadi guide dan lead walaupun tak berbayar. Ini penting kerana apabila seseorang itu dilantik menjadi guide, lead atau sweeper maka beliau akan bertanggungjawap untuk memastikan pendakian kita selamat walaupun kita tidak bayar dia. Ramai yang kata trek senang tak perlu ambil guide atau bayar guide, tapi sebenarnya apabila kita tidak lantik salah seorang rakan kita jadi guide, maka kita akan mudah untuk buat hal sendiri, berjalan sendiri dan tidak pedulikan rakan2 yg lain. Jadi sekurang -kurangnya untuk keselamatan lantik la sesiapa jd guide, lead atau sweeper jika berkumpulan, Rasul pun ada cakap "Jika kamu bertiga lantik la seorang menjadi ketua". Saya selalu amalkan petua ini bagi memastikan keselamatan.


Telaga (Takungan Air) di Puncak
Sumber Air
Tiada sumber air sepanjang trek bermula dari cekpoint F7, jika hendak champing biasanya orang akan champing di kawasan air terjun. Ada juga pendaki yang bermalam di puncak. Di puncak terdapat 2 telaga buatan, tak pasti samaada di buat atau semula jadi. Telaga tersebut cuma lubang takungan air dan bukan mata air telaga. jadi kualiti air dalam telaga tu juga diragui kebersihan sbb ia air bertakung. Terdapat berudu katak didalamnya, tambahan pulak tidak boleh dipastikan sama ada ia tercemar atau tidak oleh pendaki yang tidak beretika membuang air didalamnya. So untuk keselamatan bawa la air secukupnya jika hendak bermalam di atas.




Puncak Gunung
Puncak Gunung Santubong lapang dan dapat melihat pemandangan bandaraya Kuching. Sedikit terbatas oleh pokok2 renek tetapi masih boleh melihat pemandangan bandaraya dan laut. Kebiasaan pendaki akan membawa Binocular (Teropong) untuk melihat2 pemandangan. Di Puncak terdapat sebuat pondok dan tempat BBQ serta Takungan air. Jika hendak champing rasanya boleh muat sekitar 20orng jika khemah 4org. Jika buka Flysheet yang besar mungkin boleh buat lebih dari 20 org.


Tepi Laut
Memandangkan trek Bukit Puteri di tepi laut, maka para pendaki boleh bersantai atau mandi laut setelah turun dari mendaki. Tetapi sepanjang pengalaman sy tiada lagi yang turun mandi laut kat tepi pantai tu, pengunjung lebih tertarik untuk mandi di air terjun berbanding laut. So anda bolehla berehat dan layan sun set tepi pantai.


OK Tammat Part 1. untuk mengetahui lebih lanjut Tentative dan Trip perjalanan saya di Kuching nantikan Part 2 tak lama lagi.. bila free la sy up.. :D


Bagaimana Hendak Ke Santubong dari Kucing
Jika anda menginap di Kucing depan Waterfront terdapat transport untuk ke Santubong dan mengambil masa cuma 45minit sahaja. Sebenarnya mana-mana Shuttle Bus yang menuju ke Damai Resort anda boleh tempah. Ok jika anda tinggal di mana2 hotel dekat dengan waterfront terdapat kemudahan Shuttle Bus ini. Nama BUS tapi sebenarnya VAN. Saya ambil Shuttle Bus ini depan Hotel Grand Magarita, Masuk dalam hotel tu ada kaunter dan buat bayaran. Maklumkan pada petugas kaunter yang anda akan turun di kaki Gunung Santubung dan minta dijemput pulang di tempat tersebut jugak. Anda kena maklumkan waktu pulang pukul berapa merujuk kepada jadual yang disediakan. Jika Group anda ramai anda kena tempah Shuttle Bus khas untuk group anda sahaja. Jika anda datang ke Kucing sehari sebelum mendaki seeloknya anda tempah siap2 Shuttle Bus tersebut untuk esok. Jika anda walk in dan ramai mungkin ambil masa untuk dia arrange Shuttle Bus untuk anda untuk hari yang sama. Paling penting anda jangan hilangkan resit bayaran Shuttle Bus tersebut sbbnya jika hendak pulang anda tiada resit tersebut, mungkin mereka tidak bagi anda naik. So simpan baik2 resit tersebut. Harga RM12 sehala jika ambil return lagi murah cuma RM20. Ada 2 lokasi menunggu syarikat Shuttle Bus (Damai Beach Resort) yang sy naik ini iaitu di Hotel Grand Margerita dan Hotel Riverside Majestic. Ada lagi syarikat lain yang ada perkhidmatan Shuttle Bus ini. Tapi info yang sy tahu cuma yang ini, jadi kalau kawan2 pembaca blog yang lain tau boleh la share dgn saya di ruangan komen. Jika merujuk jadual yang saya ambil ini waktu paling awal dalam jadual tersebut adalah 9.10am. Tapi Shuttle Bus ini sudah ada dari jam 7.00am lagi, tapi biasanya sudah di tempah oleh orang yang bekerja di Damai Resort. Disebabkan saya tidak ramai dan Van tersebut tidak penuh maka mereka benarkan jugak sy naik pada jam 7.15pagi. So dalam Van tersebut sy sama2 dengan pekerja dari Damai Resort. So saya sampai di kaki Gunung Santubung trek bukit Puteri jam 8.00pagi. Lihat Tentative





Tentative Pendakian
15 Okt 2011
06.00pagi - Sarapan Pagi + Tapau
07.00pagi - Ambil Shuttle Bus depan Hotel Grand Margerita
07.15pagi - Bertolak
08.00pagi - Sampai di Kaki Gunung Santubong (Trek Bukit Puteri)
08.00pagi - Mula Senaman dan tunggu rakan2 yang lain tiba
08.40pagi - Mula Mendaki
11.30pagi - Sampai Puncak rehat, makan dan bergambar
12.30thr - Mula Turun
03.00pm - Semua tiba di bawah.
03.30pm - Rehat dan santai di tepi laut
05.15pm - Menaiki Shuttle Bus ke Kuching

Map Trek Gunung Santubong

Thursday, October 6, 2011

Meluncur Ombak di Bali


Meluncur : Surfing Wave
Pengalaman meluncur "Surfing" di Bali memang menyeronokkan bagi beginer macam saya. Di Bali pantainya landai dan Ombak besar, jadi untuk suka2 dan beginer tak perlu la susah payah masuk laut dalam2  untuk Surfing, cukup sahaja paras pinggan air laut tu dah boleh meluncur, sebabnya walaupun air cetek paras pingang tapi Ombaknya tinggi melepasi kepala. So kalau jatuh boleh bangun sendiri la.



Berikut saya ceritakan sedikit tentang trip perjalanan saya. Trip pendek ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. Fokus utama adalah untuk main surfing dan bukan jalan2, Sebab saya sudah jalan2 pusing Bali pada tahun 2007.


Jika anda igin surfing, di pantai kuta dan legian terdapat bayak perkhidmatan menyewa papan luncur, ada yang mahal dan ada yang murah, jika anda tidak pandai tawar atau dia tau anda tidak biasa maka mahal la. Ada yang sewa papan luncur dengan harga 100ribu sejam tanpa guru. 250ribu sejam dengan guru. Saya pulak jalan2 cari yang murah dapat dengan harga 50ribu untuk sejam.


Papan Luncur ada tiga jenis iaitu beginer dan pro dan papan pendek. jika anda beginer ambil papan besar yang hujungnya bulat yang ini mudah untuk imbang badan, jika anda pro ambik yang hujung tajam yang ini susah untuk imbang badan, dan lagi satu papan luncur pendek, papan ini anda tidak boleh berdiri tetapi meluncur dalam keadaan meniarap dan harganya juga murah iaitu 30ribu untuk satu jam.


Bagi yang tidak pandai berenang sy cadangkan supaya memakai jaket keselamatan kerana walaupun air pantai cetek dan landai tapi ombaknya agak besar, takut yang tak pandai berenang ni tergolek dan minum air laut jer. kalau yang pandai berenang tu ok la.


lagi satu jika anda senag surfing dan dengar bungi wisel dari penjaga pantai, maka hendaklah anda beredar ketepi, biasanya penjaga pantai akan bunyi wisel jika keadaan ombak terlalu besar.




Makanan
Makanan di bali kali ini mudah kerana sudah banyak makanan halal yang terdapat di Bali. Antaranya seperti berikut:

1. Masakan Padang
2. KFC
3. MacDonald

Logo halal pulak ada dua jenis, satu logo halal dari Majlis Ulama Indonesia (MacDonald ada logo ini), kedua Logo halal dalam tulisan jawi. Jika anda masuk kerestoran tengok2 la sama logo yang mana dia ada, kalau restoran masakan padang kebanyakan ada tulis masakan muslin dan ada perkataan Bismillah, Allah dan Muhammad. Bagi restoran seperti food court yang ada banyak gerai walaupun dia ada tulis restoran halal logo tulisan jawi anda harus tengok jugak dalam gerai2 tersebut ada tak gerai2 yang menjual babi sebelah menyebelah gerai yang tiada babi. Jika ada maka pilih la restoran lain. Jika anda suka minum "teh tarik", maka anda akan bermasalah di bali kerana tiada teh tarik di Bali :D yang ada teh O sahaja. Dah 2-3 restoran sy mintak dia buat teh tarik tapi dia ckp tiada susu, yang ada kopi 3in1.




Penginapan
Penginapan 2 malam saya di Bali kali ini sy menginap di TUNE HOTEL Kuta. hotel ini juga selesa dan berdekatan dengan pantai dan pusat beli belah, jalan kaki sekitar 10 minit sampai la ke pantai. Tune hotel di bali ada dua tempat satu di pantai KUTA dan satu lagi di pantai LEGION. Di Tune Hotel kuta berdekatan dengan restoran masakan padang. Jadi sy tak perlu susah payah cari makanan, KFC dan MacDonald juga dekat, gedung membeli belah juga dekat.

 

Pengangkutan
Pengangkutan dari Airport ke hotel Tune cuma sekitar 55ribu dan dari Tune Hotel ke Airport jika siang hari sekitar 39ribu sahaja. Jika penerbangan pulang ke kl jam 6.00am, kena bertolak ke airport jam 4.00pg, jadi di Tune hotel ada perkhidmatan transport ini, kena tempah awal kerana kaunter dia tutup jam 11mlm. Dari Tune hotel untuk jalan2 sekitar kuta dan pantai legian anda tidak perlu naik teksi atau tempah kereta, jika anda sihat maka jalan kaki lebih baik sbb boleh tengok2. jika anda ada lesen memandu international anda boleh la sewa motosikal.



Tour
Lawatan ketempat2 menarik. Jika hendak ke Bali anda tidak perlu ambil mana2 Pakej dari travel agen di Malaysia sebabnya di Bali anda boleh ambil Daytrip (Trip Harian), jika anda berjalan sekitar kuta anda akan dapati banyak kaunter yang menyediakan daytour. Di Tune hotel juga ada kaunter yang menyediakan daily tour ni harga sekitar 500-600ribu menaiki van maksimum 7org satu van. bayangkan kalau anda datang 7 org dan ambik daytour yang harga 500ribu maka seorang cuma 71ribu dan jika duit Malaysia cuma rm19 sahaja, murah kan. tapi kalau anda datang seorang kiranya satu Van tu anda sorang jer.. jadi mahal balik. Selain tour harian ada juga yang menyediakan tour adventure dan sebagainya seperti trip ke pulau Gilis Lombok, Dive, snorkeling.

Tentative Perjalanan
Day 1 : 30 Sept 2011
06.00pm - dari LCCT Bertolak ke Denpasar
09.00pm - Tiba di Denpadar Airport Bali
09.30pm - Cek in Tune Hotel
10.00pm - Jalan2 cari Makan - Restoran Masakan Padang
12.00pm - Lepak area Hard Rock Cafe dan Nigh Walk
02.00am - Balik Hotel Tido

Day 2 : 1 Oktober 2011
08.00am - Sarapan
09.00am - Lepak di Pantai Kuta Main Surfing
12.00pm - Balik Hotel/ rehat dan makan
02.00pm - Jalan2 di Gedung2 membeli belah
04.00pm - Surfing di Pantai Legian
06.00pm - Night Walk di Legian road/ Makan dan Shoping
10.00pm - Balik Hotel/ Mandi
11.00pm - Lepak makan Satay kambing Madura
12.00pm - Balik hotel Tido

Day 3 : 2 Oktober 2011
03.30am - Bangun
04.00am - Bertolak ke Airport
06.00am - Berlepas Ke KL
09.00am - Tiba di LCCT