Monday, July 4, 2011

Pekan Rabu Alor Setar Kedah



Pekan Rabu Alor Setar, Sebut sahaja Pekan Rabu semua orang tau kat Bandar Alor Setar, Kalau tak singgah kat Pekan Rabu , pasti lawatan ke kedah tak cukup syarat. Pekan Rabu mula dibuka atas kesedaran seorang Putera Diraja Kedah iaitu YTM Tunku Yaacob, Atas inisiatif  Tuanku selepas Perang Dunia Pertama pada awal April 1930 tuanku telah mengasaskan pasar mingguan di Tanjung Chali pada setiap hari rabu  Sempena hari kelahiran Tunku yang jatuh pada hari Rabu.




Produk yang dijual di Komplek Pekan Rabu ini pelbagai. Antaranya seperti berikut:
1. Produk Kraftangan dan cenderahati
2. Produk Logam ( Keris,Parang, Pisau, Periuk dan sebagainya)
3. Kain Tudung
4. Pakaian Seragam, Pakaian kanak2 dan dewasa
5. Pakaian Wanita dan Lelaki Muslim (Baju Kurung, Baju Melayu)
6. Buku2 Ilmiah
7. Produk kueh Muih, ketupat, rendang, serunding, kuih raya dan sebagainya
8. Produk Ikan Masin dan Pekasam
9. Produk pencicah

Komplek Pekan Rabu ini sebelum ini diuruskan oleh Pihak MARA dan sekarang telah diambil alih oleh pihak Koperasi Pekan Rabu. Web Site seperti dibawah:
http://www.pekanrabu.com/index.html
http://pekanrabualorsetar.blogspot.com/

Sunday, June 26, 2011

2H1M di Langkawi 2011


2H1M di langkawi. Kesempatan ke Kedah walaupun sekejap sempat juga saya berjalan. so saya panggil trip 2h1m di langkawi. Sebenarnya banyak lagi tempat2 yang menarik yang boleh dilawati di langkawi ini, terutama pulau2 yang indah dan airnya yang jernih membadai pantai yang putih bersih pasirnya. 2h1m di langkawi tak banyak yang sempat saya lawat kerana ada urusan dan kesuntukan masa. Berikut adalah beberapa tempat yang sempat saya lawati.


 
Memancing di kawasan Black Rock tak jauh dengan Pekan Kuah dan Jetty.  Banyak juga ikan dikawasan ini, kena pandai guna umpan sahaja. sebelah petang ramai yang memancing dikawasan ini. kawasan ini juga tempat berlabuh orang dari boat layar, biasanya boat layar mat2 salleh.




Cabel Car. Harga untuk Naik Cabel Car ini adalah RM30 seorang, Jika masuk jam 5pm harga akan jadi RM15 seorang. Tiada apa kat atas sana cuma pemandangan yang menarik dan udara yang nyaman, Biasanya orang naik sebelah pagi sewaktu masih berkabus dan sebelah petang bagi menikmati matahari terbenam. Makanan dan Minuman tidak dibenarkan bawa masuk. Macam kat airport pulak pengunjung terpaksa tinggalkan mineral water kat gate nak masuk cabel car. Kat Station kedua dan ketiga ada disediakan Tandas dan Gerai makanan dan minuman. Jambatan Yang menghubungkan dua puncak, viewnya cantik dan dapat lihat pulau2 sekitar Pulau Langkawi.

Kedai Hj Ismail Group.Terletak kat Pekan Kuah merupakan tempat shoping coklat yang selalu dikunjungi orang ramai. orang ramai lebih suka membeli disini kerana harga coklat hj ismail group kat jetty lebih mahal sedikit berbanding kat pekan kuah ini, mungkin sbb harga sewa tapak mahal kot :D .

Pekan Rabu Langkawi. Terdapat Gerai makan atas pelantar boat. Gerai makan ni terdapat di banggunan dibelakang banggunan Pekan Rabu Langkawi dan banggunan ini merupakan tempat pelabuhan boat2 yang menawarkan pakej ke pulau2 sekitar Langkawi, antaranya pulau Tuba dan sebagainya. Diwaktu malam gerai hujung ini akan menjadikan kawasan pelantar ini sebahagian dari tempat makannya dengan meletakkan meja makan sekitar pelantar. View sangat menarik dengan dikeliling boat2 dan kawasan terbuka. Tapi awk jika bawa kanak2 agak bahaya. Di kedai makan ini juga turut di jual sate kajang yang diimport khas dari kajang, saya ada bertanya mereka syarikat mana dari kajang, Hj Samuri ke?, mereka pun tak tau, yang mereka tau bos mereka ambik dari kajang. Kedai makan ini tutup jam 2-3pagi sahaja.

Kedai Gamat Asli. Kat langkawi terdapat banyak kedai menjual gamat asli, banyak warisan2 yang ada. Antaranya Warisan salju, warisan hajjah puteh  dan sebagainya. Untuk makluman kalau nak beli harga murah kena pergi terus kat tempat prosesnya harga dapat separuh dari yang tertera pada botol tu. Contohnya saya beli krim gamat Warisan salju pada label botol harga tertulis RM12 kalau beli kat kilangnya dapat sampai RM6 sebotol, tapi bukan bei sebotol jer la.. beli 10 mcm tu dapat la.


Pantai Burau Bay. Lokasi pantai yang cantik, terdapat Pulau Baki yang terbentuk hasil hakisan pantai, menjadikan kawasan ini seperti teluk kecil, sesuai untuk kapal layar dalam kuantiti sedikit singgah dan parking dikawasan ini. Disebelah nya juga terdapat Chalet eklusif banyak mat salleh duduk Mutiara Burau Bay Resort" Kawasan pantai ni banyak "Dugung Putih" berjemur, cuci mata boleh la, tapi jangan "prak" sangat.

Sebelah Burau Bay terdapat Telaga Habour Park, Sebuah pelabuhan mimi untuk Parking Kapal2 layar. Kawasan view yang cantik dan terdapat rumah api yang tersergam indah.


Nak Ronda2 di Langkawi dan perlukan kereta sewa boleh la menghubungi no seperti berikut:
Paksu Zally : 014-7416379

Jangan Lupa sebut nama saya setiap kali nak tempah kenderaan dari pada beliau. Semua jenis kereta beliau boleh dapatkan. Servis yang bagus dan orangnya sangat peramah.

Berikut Adalah Tentative Perjalanan saya

Tentative
Hari Pertama-Jumaat-24 Jun 2011
10.00am - Tiba di Kuala Kedah - Tiket Habis
Terpaksa beli jam 12, Harga tiket RM23seorang. Boat last jam 7.00pm
12.00pm - Naik Boat
01.30pm - Tiba di Langkawi (Jetty)
01.45pm - Stay kat Penarak - jalan kaki 15 minit sahaja dari Jetty dan Dataran Lang.
05.00pm - Memancing di Black Rock - Kawasan tambak
08.30pm - Shoping di Pekan Kuah - Kedai Hj Ismail Group - Banyak Coklat murah

Hari Kedua-Sabtu-25 Jun 2011
09.00am - Sarapan
10.00am - Bertolak ke Cabel Car
10.45am - Tiba di Cabel Car - Tiket RM30 seorang untuk dewasa, RM15 jika beli jam 5.00pm
02.00pm - Makan di restoran tepi pantai Burau Bay.
02.30pm - Jalan2 di Pantai Burau Bay, Sebelah Mutiara Burau Bay Resort.
03.15pm - Jalan2 di Telaga Habour Park
04.00pm - Pergi beli kuih Pau Bakar kat area Makam Mahsuri- Pau Bakar yang terkenal sedap. (Mak ngah Limah)
06.00pm - Beli tiket boat ke Kuala Kedah
07.00pm - Tiba di Jetty, Ferry Delay disebabkan Geng Baju hijau membanjiri langkawi. (Geng Zhulian Malaysia Thailand seramai 4000 orang)
07.45pm - Baru Boat bertolak.

Sekian


Ini lah rupa Pau Bakar Mak ngah Limah yang sedap. Lokasi rumahnya adalah berdekatan dengan simpang hendak ke Makam Mahsuri, rumahnya tepi jalan. beliau buat bila ada tempahan, so kalau walk in nasib la kekadang ada kekadang tiada. so nak senang tempah awal.

Sunday, June 19, 2011

Medan Selera Desa Pandan


Desa Pandan merupakan salah satu tumpuan tempat makan sekitar Kuala Lumpur. Kawasan ini terdiri daripada sebaris gerai2 yang menawarkan aneka juuadah makanan yang sedap2 belaka ada jugak yang tak sedap. jadi pandai2 la pilih menu dan gerai yang sedap. Kawasan ini terdapat banyak tempat makan. Gerai yang dalam gambar ini adalah kawasan yang terletak dibelakang banggunan MacD dan KFC dan sebelah Kedai Bata. Waktu puncak adalah sekitar jan 8-10malam, waktu ini memang sangat sesak dengan pengunjung dan selalunya meje2 penuh dan terpaksa menunggu giliran. selepas jam 10mlm keadaan mulai lengan dan kurang orang. ada gerai yang tutup jam 12 malam dan ada yang tutup jam 1pagi, bagi gerai yang sudah abis jualan akan tutup sebaik sahaja bekalan abis dijual.


 
Gerai yang saya suka kunjung apabila datang kesini adalah gerai western. Rasanya selang 3 gerai dari mula masuk. Gerai ini selalu ramai juga pengunjung. Menu yang saya suka makan di gerai ini adalah Lamb Cop, Nak kata sedap...sedap jugak la sbb selalu makan kat gerai ini. Menu lain seperti chiken cop dan steak juga ok.

Monday, May 30, 2011

Brunei Darussalam 2011


 
 
Brunei Darul Salam
Pertama kali jejak kaki kat Bumi Brunei. Percutian 3H2M iaitu pada 28-30 may 2011. Kebetulan ketika ini dapat tiket murah promo air asia RM24 sehala yang telah dibeli pada 2010 lagi.

Tentative

Hari Pertama : 28 May 2011 : Jumaat
06.45am - Menaiki pesawat airasia
07.15am - Pesawat baru bertolak (delay sebab tukar tayar)
09.45am - Tiba di Brunei
10.30am - Baru lepas Imegresen (Ramai pekerja indonesia, filipina, india yang datang ketika itu)
10.31am - Dijemput oleh Hj Ismail dan anaknya Arif
11.00am - Tiba di rumah Hj Ismail di Tutong dan bertemu dengan Hj Yusof
11.30am - Dijamu makan masakan Brunei
12.00am - Potong Kek sambut Harijadi anak Hj Ismail
01.00pm - Solat Jumaat di Masjid Kampong Penabai terletak kira-kira 5km dari Pekan Tutong
03.00pm - Melawat saudara Isteri Hj Ismail di kampung
08.00pm - Melawat Sharul anak Hj Yusof.
10.00pm - Pulang kerumah Hj Ismail borak2 dan tidur

Hari Kedua : 29 May 2011 : Sabtu
09.00am - Melawat Universiti Brunei Darulsalam (UBD)
10.00am - Melawat Masjid masjid Jami Asr Hassanil Bolkiah, Masjid ini dikenal juga sebagai masjid Kiarong
10.00am - Melawat Muzium diraja Sultan Brunei
12.00pm - Lunch
01.00pm - ke Bandar Sri Begawan
02.00pm - Melawat masjid Sultan Omar Ali Saifuddien (Masjid Kubah Emas) ambil gambar
03.00pm - Melawat Kampung Ayer
04.00pm - Singgah di Shoping Complex
08.00pm - Melawat masjid Sultan Omar Ali Saifuddien (Masjid Kubah Emas) ambil gambar malam
08.30pm - Melihat sambutan perasmian Waterfront dan Bunga Api
10.00pm - Melawat saudara biras Hj Yusof
11.00pm - Balik Umah dan tido

Hari Ketiga : 30 May 2011 : Ahad
08.00am - Sarapan di gerai di Pekan Tutong (Soto Brunei)
09.00am - Melawat keluarga Hj Yusof
03.00pm - Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

Jutaan terima kasih kepada Keluarga Hj Yusof, Hj Ismail yang telah memberi layanan yang baik sepanjang saya dan Abg Yusof berada di Brunei. Kenangan yang akan diingat selalu.


Wednesday, May 25, 2011

Gunung Kinabalu 24 May 2011




Tentative Trip

21 May 2011 – Day 1
03.00am – Bertolak Ke LCCT dengan Bus dari KL Central
04.00am – Tiba di LCCT
05.00am – Jumpa Nik Azman, Nazrul, Izwan, Hanim, Khaidir dan Hamydy
06.00am – Boarding
06.45am – Berlepas Ke KK
07.50am – Cikgu Idris dan Mohd Arif Berlepas ke KK
09.20am – Tiba di KK
10.25am – Tiba di KK
11.00am – Cek In hotel Borneo global Backpacker
12.00am – Bertolak ke Jeselton untuk Snorkeling
12.10pm – Pulau Manukan
02.00pm – Pulau Mamutik
04.00pm – Pulau Sapi
05.00pm – Pasar Filipine – Makan Malam – Ikan Bakar
08.00pm – Balik ke Backpacker Hotel – lepak – tidur – ada yang keluar jalan
09.00pm – Layan Maharaja Lawak kat Phone BlackBerry Nazrul..ramaii2

22 May 2011 – Day 2
06.00am – sudah siap sedia untuk sarapan
07.00am – Sarapan pagi di Mamak
08.00am – Menaiki Bas Mini (RM50sen) ke terminal bus
08.15am – Menaiki Bas ke Pasar Filipine
08.15am – Shoping2 beli T-Shirt dan sebagainya
09.30am – Jalan2 sekitar waterfront
10.00am – Transport (Van) datang jemput kami di depan pasar filiphine
10.10am – Singgah ke hotel ambil beg dan check out
10.30am – Bertolak ke Kundasang
12.30pm – Singgah Lunch di Pekan Ranau
01.00pm – Singgah di Fish Masage … Terapi ikan kelah yang jinak
02.00pm – Singgah di Canopi Walk
03.00pm – Mandi Manda di Poring hot Spring
06.00pm – Bertolak ke Kinabalu Park
07.00pm – Dinner di Balsam Restorant
08.00pm – Check In Hotel : Rock House
10.00pm – Ice Breaking : Sesi Suai Kenal antara Pendaki
12.00pm – semua mula tido

23 May 2011 – Day 3
06.00am – sudah siap sedia untuk sarapan
08.00am – siap sedia untuk mendaki (taklimat dan senaman)
08.00am – Mula mendaki melalui Timpohon Gate
02.30pm – Semua 8 orng pendaki tiba dan sampai di LABAN RATA
05.15pm – setelah rehat semua menjamu makan malam dengan hidangan yang panas dan sedap
06.00pm – Check in hotel chalet Laban Rata
08.00pm – semua para pendaki mula tido

24 May 2011 – Day 4
01.00am – Mula bangun dan siapkan diri dan kelengkapan
02.00am – Sarapan pagi (kasi tenaga mau mendaki)
02.30am – Setelah taklimat kami mula mendaki melalui gate Gunting Lagadan
04.30am – Izwan orang pertama sampai dengan sekumpulan mat salleh
06.00am – Semua 7 orang sampai
05.30am – layan sunrise – cuaca cantik view sangat menarik – sunrise tak jelas awan pecah
07.00am – Shooting baju raya dan baju malaysia di Landmark gunung Kinabalu.
09.00am – Tiba di Laban Rata – paking dan sarapan lagi
11.00am – Mula mendaki turun melalui laluan Timpohon
02.00pm – Ahli pertama sampai
02.30pm – Kesemua ahli 8 org tiba di Timpohon Gate – bertolak ke HQ Kinabalu Park
03.30pm – Terima sijil dan dan lunch di Balsam Café
04.00pm – Bertolak pulang ke KK
04.15pm – Singgah di Pekan Nabalu intai2 Kraftangan
04.45pm – Singgah di Jambatan Tamparulli
06.00pm – Tiba di Tanjung Aru mandi manda dan tukar pakaian
07.00pm – Bertolak ke Airport
07.30pm – Cikgu Idris dan Modh Arif sambung bermalam 1 malam di Borneo Global Backpacker
09.25pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
11.25pm - Sampai LCCT

**********ada yang balik sendiri dengan kereta, ada yang naik bus ke kl sentral dan ada pula yang balik dgn ERL, Saya ikut Pok Nik naik ERL, sampai jer kat LCCT saya ikut pok nik terus ke BUS ERL ke Salak Selatan, Harga tiket Rm10.25 (Bus+ERL ke Tasik Selatan) ERL paling Akhir adalah 1.30am. Jd kami sampai kat stesen ERL salak selatan jam 1.00am kebetulan ERL jam 1.10am tiba. Menaiki ERL ke tasik selatan sekitar 30 minit sahaja. sampai di tasik selatan tumpang pok nik balik umah kat batu 9. ERL ni mudah dan senang. Boleh cuba, first time naik ERL ni selalu naik bus air ke kl sentral jer pastu nak kena ambik teksi ..perghh kalau dah kul satu ..cas mahal la apa lagi. tapi dgn ERL sy dah jimat banyak, keta boleh paking kat tasik selatan.

25 May 2011 – Day 5
08.00am – Cikgu Idris dan Modh Arif sambung cuti jalan2 di Kota Kinabalu
06.00pm – Bertolak Balik ke Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua ahli2 yang telah berjaya mendaki ke puncak.

Tahniah kepada Cikgu Idris kerana telah berjaya kepuncak dan semoga berjaya juga dalam rangcangan SEJUTA IMPIAN

Monday, May 16, 2011

Gunung Kinabalu 14 May 2011



Puncak Gunung Kinabalu sekali lagi berjaya ditawan pada 14 May 2011.
Aktiviti menarik dan lain dari pendaki lain adalah sesi fotografi berpakaian baju raya di puncak Gunung Kinabalu telah menarik perhatian para pendaki lain.

Tahniah kepada ahli2 yang telah berjaya mendaki ke puncak

Tahniah kepada group Md Amin Md Yassin kerana telah berjaya kepuncak

Tentative Trip

12 May 2011 - Day 1
10.00am - Group En Md Amin (3 org) tiba di KK - Dari Johor (mereka round2 kk dgn driver)
05.00pm - Group En Md Amin check in hotel di Mesilau
07.00pm - Group 1 ( 2 org) sampai KK - Air Asia
08.00pm - Group 2 ( 4 org) sampai KK - Air Asia
09.00pm - Group 3 ( 3 org) sampai KK - termasuk saya - FireFlyz
10.00pm - Singgah makan di restoran di tempat diberi nama "Putra Jaya"
12.00pm - Tiba di Hotel di Mesilau check in dan tido
12.00pm - Lagi 3 orng yg tidak mendaki check in di Epal Hotel area Karamunsing

13 May 2011 - Day 2
06.00am - sudah siap sedia untuk sarapan
08.00am - siap sedia untuk mendaki (taklimat dan senaman)
08.45am - Mula mendaki melalui Mesilau Gate
05.00pm - Semua 9 orng pendaki tiba dan sampai di LABAN RATA
05.15pm - setelah rehat semua menjamu makan malam dengan hidangan yang panas dan sedap
06.00pm - Check in hotel ( chalet Laban Rata 6 org dan di Chalet Gunting Lagadan 3 org)
08.00pm - semua para pendaki mula tido

14 May 2011 - Day 3
01.00am - Mula bangun dan siapkan diri dan kelengkapan
02.00am - Sarapan pagi (kasi tenaga mau mendaki)
02.30am - Setelah taklimat kami mula mendaki melalui gate Gunting Lagadan
06.00am - Sampai di puncak setelah mendaki 2.5km
06.00am - layan sunrise - cuaca cantik view sangat menarik
07.00am - Shooting baju raya di Landmark gunung Kinabalu. Cuaca dan view sangat cantik (6 0rg terlibat )
09.00am - Tiba di Laban Rata - paking dan sarapan lagi
11.00am - Mula mendaki turun melalui laluan Timpohon
03.00pm - Ahli pertama sampai
04.00pm - Kesemua ahli 9 org tiba di Timpohon Gate - bertolak ke HQ Kinabalu Park
04.30pm - Terima sijil dan dapat tapau Makanan ( Balsam Cafe tutup jam 4.30, jd jika lewat dia bagi tapau)
05.00pm - selepas melihat2 pemandangan sekitar HQ bertolak pulang ke KK
05.00pm - Bertemu 3 orng yang tidak mendaki di Kinabalu Park HQ ( mereka datang dgn Avanza + 4 0rg kawan sabah)
07.00pm - Tiba di Tanjung Aru First Beach - untuk makan malam
08.00pm - Group En Md Amin check in di hotel Borneo Backpacker
09.00pm - Check in hotel di Borneo Global Backpaker dan bertemu lagi 3 org yang tidak mendaki.
10.00pm - Separuh tido dan separuh kuar jalan di Pasar Malam Kg Air dan minum di Medan

15 May 2011 - Day 4
07.00am - Separuh ahli pergi shoping dan sarapan di Sunday Market dan Pasar Filiphine
02.00pm - Semua sekali dijemput oleh driver ke Centre Point - Lunch dan Shoping
04.00pm - Shoping di Pasar Filiphine
06.00pm - Dinner di Tanjung Aru 2nd Beach
08.00pm - Bertolak ke Airport ( Terminal 1 dan Terminal 2)
12.00pm - Tiba di KL

Group En Md Amin - Pulang ke Johor pada 17 May 2011

Tentative Group Yg tidak mendaki (3 org)

12 May 2011 - Day 1
10.00pm - Bermalam di Epal Hotel di kawasan Karamunsing

13 May 2011 - Day 2
- Sarapan dan pergi snorkling di Pulau Manukan
- Tengahari lunch seafoof kt Gayang..
- Petang melawat Ranau
- Bermalam di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Cantik tempat ni, view gunung Kinabalu)

14 May 2011 - Day 3
- Berjalan sekitar Ranau
- Kundasang
- Ladang lembu di Desa Cattel (Sabah) sdn Bhd
- Poring
- Kinabalu Park + Bertemu kami 9 orang yang baru turun di Timpohon

Tuesday, May 3, 2011

Cambodia 2011


Cambodia.
Trip ke Kemboja 27 April - 1 May 2011. Suatu trip yang menarik dan mengujakan. Nantikan coretan perjalanan saya selepas ini.
Baru masuk kerja.. banyak kerja yang perlu dibereskan harini insyallah esok atau lusa saya updatekan semula trip kemboja saya.

     

Tentative Kemboja

27 April 2011
6:45 AM - Berlepas dari LCCT dengan pesawat Air Asia
7:35 AM - Tiba di Phnom Penh (waktu kemboja)
8.00 AM - Lepak kat Air Port sambil membelek peta
8.15 AM - Dijemput oleh Presiden Persatuan TUT TUT Phnom Penh (Mr Kieth)
- Pergi ke Bas Terminal untuk beli tiket bus ke Siem Rep
(ikut plan nak naik ferry tapi sungai cetek..tiada perkhidmatan boat)
10.00AM - Cek In Hotel
10.15AM - Round Phnom Penh dengan Tut Tut
- Melawat Killing Field (Tempat pembunuhan beramai2 Pol Pot)
- Tempat tahanan Pol Pot S21
- Melawat Istana Negara
- Melawat Muzium Negara
6.00 PM - Balik ke Hotel
6.30 PM - Berjalan kaki di Pasar (Center Market)
7.00 PM - Dijemput oleh Ustaz Salleh (boleh bercakap melayu..org melayu cham)
- Makan malam di Restoran D'Wau ( Masakan Islam kelantan)
8.00 PM - Round Phnom Penh tgk suasana malam
- Jalan kaki sekitar River View
- Makan Durian kemboja
11.00PM - Balik Hotel dan Tido

28 April 2011
6.00 AM - Sarapan pagi di Restoran HALAL (nama restoran tu Restoran HALAL)
7.15 AM - Ustaz Salleh hantar ke hentian Bus
7.30 AM - Naik Bus ke Siem Rep
1.00 PM - Tiba di Bus Terminal Siem Rep
- Dijemput oleh Driver Tut Tut bernama Fikri (boleh bercakap melayu)
- Cek in Hotel dekat dgn Center Market
- Makan Tengahari di Restoran Haji Musa
- Pergi beli tiket untuk masuk Angkor Wat untuk 29 April 2011
( kalau beli tiket untuk esok harini selepas 4.30pm boleh masuk free tgk sun set)
- Layan Sun Set.. ramai betul orang
8.00 PM - Makan malam di Restoran Hj Musa
- Ada kumpulan pelajar Malaysia dari UIA tempah katering kat restoran Hj Musa
- Pelajar UIA ni datang buat kerja amal
10.00PM - Jalan2 kat Night Market
12.00PM - Balik Hotel - Lawan sembang dgn orang German sampai kul 1.00am

29 April 2011
6.00 AM - Sarapan di Restoran Hj Musa
8.00 AM - Pergi ke Angkor
- Angkor Ta phrom (Tempat filem Thom Rider)
- Bakheng
- Banteay Srei
- Angkor Bayon
- Angkor Thom
- Angkor Wat
- dan banyak lagi Angkor dah tak ingat nama
8.00 PM - Makan malan di restoran D'WaU Cafe
9.00 PM - Jalan2 kat Night Market

30 April 2011
8.00 AM - Sarapan di gerai muslim berdekatan dgn restoran Hj Musa
(Gerai ni tempat Hj musa, Fikri dan orng kampung sarapan)
9.00 AM - Gerak ke Tasik Tonle Sap
10.00AM - Menaiki boat ke tasik Tonle Sap
10.30AM - Tiba ke Perkampungan Terapung Tonle Sap
- Melawat perkampungan Orang Vietnam
- Melawat Perkampungan Orang Khmer
- Melawat Masjid terapung
- Melawat Kandang Buaya Terapung
1.00 PM - Pulang dan singgah di ladang Teratai
2.00 PM - Makan Tengahari di Restoran Hj Musa Menu "Daging Lembu Naik Bukit"
3.00 PM - Pergi ke Kampung Budaya
- Melihat persembahan kebudayaan 8 jenis kampung
- Persembahan terakhir dan grand adalah kisah Vijayavarman pengasas Angkor
8.30 PM - Baru show abis
9.00 PM - Makan malam di restoran Hj Musa
10.00PM - Shoping terakhir di night Market
12.00PM - Balik Hotel tido

1 May 2011
6.30 AM - Bertolak ke Airport
8:35 AM - Bertolak ke KL
11:35AM - Tiba di KL

To bee continue