Monday, May 16, 2011

Gunung Kinabalu 14 May 2011



Puncak Gunung Kinabalu sekali lagi berjaya ditawan pada 14 May 2011.
Aktiviti menarik dan lain dari pendaki lain adalah sesi fotografi berpakaian baju raya di puncak Gunung Kinabalu telah menarik perhatian para pendaki lain.

Tahniah kepada ahli2 yang telah berjaya mendaki ke puncak

Tahniah kepada group Md Amin Md Yassin kerana telah berjaya kepuncak

Tentative Trip

12 May 2011 - Day 1
10.00am - Group En Md Amin (3 org) tiba di KK - Dari Johor (mereka round2 kk dgn driver)
05.00pm - Group En Md Amin check in hotel di Mesilau
07.00pm - Group 1 ( 2 org) sampai KK - Air Asia
08.00pm - Group 2 ( 4 org) sampai KK - Air Asia
09.00pm - Group 3 ( 3 org) sampai KK - termasuk saya - FireFlyz
10.00pm - Singgah makan di restoran di tempat diberi nama "Putra Jaya"
12.00pm - Tiba di Hotel di Mesilau check in dan tido
12.00pm - Lagi 3 orng yg tidak mendaki check in di Epal Hotel area Karamunsing

13 May 2011 - Day 2
06.00am - sudah siap sedia untuk sarapan
08.00am - siap sedia untuk mendaki (taklimat dan senaman)
08.45am - Mula mendaki melalui Mesilau Gate
05.00pm - Semua 9 orng pendaki tiba dan sampai di LABAN RATA
05.15pm - setelah rehat semua menjamu makan malam dengan hidangan yang panas dan sedap
06.00pm - Check in hotel ( chalet Laban Rata 6 org dan di Chalet Gunting Lagadan 3 org)
08.00pm - semua para pendaki mula tido

14 May 2011 - Day 3
01.00am - Mula bangun dan siapkan diri dan kelengkapan
02.00am - Sarapan pagi (kasi tenaga mau mendaki)
02.30am - Setelah taklimat kami mula mendaki melalui gate Gunting Lagadan
06.00am - Sampai di puncak setelah mendaki 2.5km
06.00am - layan sunrise - cuaca cantik view sangat menarik
07.00am - Shooting baju raya di Landmark gunung Kinabalu. Cuaca dan view sangat cantik (6 0rg terlibat )
09.00am - Tiba di Laban Rata - paking dan sarapan lagi
11.00am - Mula mendaki turun melalui laluan Timpohon
03.00pm - Ahli pertama sampai
04.00pm - Kesemua ahli 9 org tiba di Timpohon Gate - bertolak ke HQ Kinabalu Park
04.30pm - Terima sijil dan dapat tapau Makanan ( Balsam Cafe tutup jam 4.30, jd jika lewat dia bagi tapau)
05.00pm - selepas melihat2 pemandangan sekitar HQ bertolak pulang ke KK
05.00pm - Bertemu 3 orng yang tidak mendaki di Kinabalu Park HQ ( mereka datang dgn Avanza + 4 0rg kawan sabah)
07.00pm - Tiba di Tanjung Aru First Beach - untuk makan malam
08.00pm - Group En Md Amin check in di hotel Borneo Backpacker
09.00pm - Check in hotel di Borneo Global Backpaker dan bertemu lagi 3 org yang tidak mendaki.
10.00pm - Separuh tido dan separuh kuar jalan di Pasar Malam Kg Air dan minum di Medan

15 May 2011 - Day 4
07.00am - Separuh ahli pergi shoping dan sarapan di Sunday Market dan Pasar Filiphine
02.00pm - Semua sekali dijemput oleh driver ke Centre Point - Lunch dan Shoping
04.00pm - Shoping di Pasar Filiphine
06.00pm - Dinner di Tanjung Aru 2nd Beach
08.00pm - Bertolak ke Airport ( Terminal 1 dan Terminal 2)
12.00pm - Tiba di KL

Group En Md Amin - Pulang ke Johor pada 17 May 2011

Tentative Group Yg tidak mendaki (3 org)

12 May 2011 - Day 1
10.00pm - Bermalam di Epal Hotel di kawasan Karamunsing

13 May 2011 - Day 2
- Sarapan dan pergi snorkling di Pulau Manukan
- Tengahari lunch seafoof kt Gayang..
- Petang melawat Ranau
- Bermalam di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Cantik tempat ni, view gunung Kinabalu)

14 May 2011 - Day 3
- Berjalan sekitar Ranau
- Kundasang
- Ladang lembu di Desa Cattel (Sabah) sdn Bhd
- Poring
- Kinabalu Park + Bertemu kami 9 orang yang baru turun di Timpohon

Tuesday, May 3, 2011

Cambodia 2011


Cambodia.
Trip ke Kemboja 27 April - 1 May 2011. Suatu trip yang menarik dan mengujakan. Nantikan coretan perjalanan saya selepas ini.
Baru masuk kerja.. banyak kerja yang perlu dibereskan harini insyallah esok atau lusa saya updatekan semula trip kemboja saya.

     

Tentative Kemboja

27 April 2011
6:45 AM - Berlepas dari LCCT dengan pesawat Air Asia
7:35 AM - Tiba di Phnom Penh (waktu kemboja)
8.00 AM - Lepak kat Air Port sambil membelek peta
8.15 AM - Dijemput oleh Presiden Persatuan TUT TUT Phnom Penh (Mr Kieth)
- Pergi ke Bas Terminal untuk beli tiket bus ke Siem Rep
(ikut plan nak naik ferry tapi sungai cetek..tiada perkhidmatan boat)
10.00AM - Cek In Hotel
10.15AM - Round Phnom Penh dengan Tut Tut
- Melawat Killing Field (Tempat pembunuhan beramai2 Pol Pot)
- Tempat tahanan Pol Pot S21
- Melawat Istana Negara
- Melawat Muzium Negara
6.00 PM - Balik ke Hotel
6.30 PM - Berjalan kaki di Pasar (Center Market)
7.00 PM - Dijemput oleh Ustaz Salleh (boleh bercakap melayu..org melayu cham)
- Makan malam di Restoran D'Wau ( Masakan Islam kelantan)
8.00 PM - Round Phnom Penh tgk suasana malam
- Jalan kaki sekitar River View
- Makan Durian kemboja
11.00PM - Balik Hotel dan Tido

28 April 2011
6.00 AM - Sarapan pagi di Restoran HALAL (nama restoran tu Restoran HALAL)
7.15 AM - Ustaz Salleh hantar ke hentian Bus
7.30 AM - Naik Bus ke Siem Rep
1.00 PM - Tiba di Bus Terminal Siem Rep
- Dijemput oleh Driver Tut Tut bernama Fikri (boleh bercakap melayu)
- Cek in Hotel dekat dgn Center Market
- Makan Tengahari di Restoran Haji Musa
- Pergi beli tiket untuk masuk Angkor Wat untuk 29 April 2011
( kalau beli tiket untuk esok harini selepas 4.30pm boleh masuk free tgk sun set)
- Layan Sun Set.. ramai betul orang
8.00 PM - Makan malam di Restoran Hj Musa
- Ada kumpulan pelajar Malaysia dari UIA tempah katering kat restoran Hj Musa
- Pelajar UIA ni datang buat kerja amal
10.00PM - Jalan2 kat Night Market
12.00PM - Balik Hotel - Lawan sembang dgn orang German sampai kul 1.00am

29 April 2011
6.00 AM - Sarapan di Restoran Hj Musa
8.00 AM - Pergi ke Angkor
- Angkor Ta phrom (Tempat filem Thom Rider)
- Bakheng
- Banteay Srei
- Angkor Bayon
- Angkor Thom
- Angkor Wat
- dan banyak lagi Angkor dah tak ingat nama
8.00 PM - Makan malan di restoran D'WaU Cafe
9.00 PM - Jalan2 kat Night Market

30 April 2011
8.00 AM - Sarapan di gerai muslim berdekatan dgn restoran Hj Musa
(Gerai ni tempat Hj musa, Fikri dan orng kampung sarapan)
9.00 AM - Gerak ke Tasik Tonle Sap
10.00AM - Menaiki boat ke tasik Tonle Sap
10.30AM - Tiba ke Perkampungan Terapung Tonle Sap
- Melawat perkampungan Orang Vietnam
- Melawat Perkampungan Orang Khmer
- Melawat Masjid terapung
- Melawat Kandang Buaya Terapung
1.00 PM - Pulang dan singgah di ladang Teratai
2.00 PM - Makan Tengahari di Restoran Hj Musa Menu "Daging Lembu Naik Bukit"
3.00 PM - Pergi ke Kampung Budaya
- Melihat persembahan kebudayaan 8 jenis kampung
- Persembahan terakhir dan grand adalah kisah Vijayavarman pengasas Angkor
8.30 PM - Baru show abis
9.00 PM - Makan malam di restoran Hj Musa
10.00PM - Shoping terakhir di night Market
12.00PM - Balik Hotel tido

1 May 2011
6.30 AM - Bertolak ke Airport
8:35 AM - Bertolak ke KL
11:35AM - Tiba di KL

To bee continue

Monday, April 25, 2011

Gunung Datuk Group WholeSale Mart Business Point Sdn Bhd


Pendakian Malam Gunung Datuk pada 23 April 2011 merupakan program yang sangat berjaja. Dengan penyertaan peserta yang terbanyak setakat ini iaitu sebanyak 84 penyertaan yang berekod ada beberapa orang yang datang terus pun ada. Memandangkan penyertaan yang sangat banyak dan menggalakkan ini maka saya terpaksa memohon bantuan kawan2 saya dari OHM untuk menjadi Guide pada malam tersebut. Apabila bergerak dalam group yang besar dan di waktu malam khidmad guide sangat diperlukan bagi memastikan kelancaran program tersebut. Ucapan terima kasih kepada en Garfu, En Shaiful dan En Nazrul kerana sudi menjadi guide.


Lebih kurang jam 10.00malam hampir semua peserta telah tiba ke kem rekreasi gunung Datuk. Ramai tertanya2 nak daftar dan dimana en Hamydy :).. Maaf terlewat sedikit disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Dalam perjalanan saya singgah di exit tol Pedas mengambil Group UKM yang tidak tahu jalan untuk ke Gunung Datuk. Sekitar jam 10.45mlm saya bersama group UKM tiba dan kami erupakan group terakhir sampai.


Setibanya disana kelihatan group WholeSale Mart Business Point Sdn Bhd (WSMBPSB) dah siap sedia. Setelah semuanya siap sedia taklimat ringkas dan sesi memperkenalkan guide telah diadakan, latihan pemanasan badan dilakukan kemudian diiringi oleh bacaan doa oleh wakil WSMBPSB. Group WholeSale Mart Business Point Sdn Bhd disertai sendiri bersama CEO nya iaitu en Danial Lim.


Pendakian bermula jam 12.00malam seperti yang telah dirancangkan.


46 orang dari Group WholeSale Mart Business Point Sdn Bhd
10 orang group En Nik Azman Putrajaya
7 orang group Cikgu Idris
9 orang group UKM
3 orang group MICF
9 orang group OHM termasuk guide

Tahniah dan terima kasih kepada group WholeSale Mart Business Point Sdn Bhd atas penyertaan paling ramai.

kepada guide2 hebat : Garfu, Epul, Nazrul...Terima Kasih tanpa bantuan anda tak mungkin program ini berjaya.

tak lupa juga kepada Penaja Nasi Lemak Teh Tarik untuk sarapan pagi iaitu CIk Ain...

Friday, April 22, 2011

My Online Shop


Dengan ini mempersembahkan logo terbaru untuk kedai online saya. Website kedai online ini masih dalam pembinaan belom siap lagi. Tapi nak intro logo terlebih dahulu. Kat kedai online ni saya cuba untuk jual beberapa kategori barangan antaranya Produk kesihatan dan kecantikan, Pakaian dan kain, Barangan terpakai, Pakej Percutian dan mendaki.

Banner Rasmi saya - Sudah Ready

Thursday, April 21, 2011

Pudu Raya kini sudah Cantik

 
Pudu Raya kini berwajah baru. dikesempatan hujung minggu  sempat saya singgah melihat pudu raya yang telah mula beroperasi. Sememangnya nampak baru. Ruang menunggu dan berjalan nampak lebih luas dan kini ia beraircond.

 
Kaunter tiket tidak terlalu padat dan tersesun cantik, Laluan ke platform Bas juga telah dibuat cantik ada yang ada ekskalator dan ada tangga biasa.

 
 
Ruangan menunggu juga lebih banyak dan bertingkat. kebabyakan gerai sudah tiada dan di ganti dengan gerai yang lebih cantik.

Sunday, April 10, 2011

Gunung Nuang April 2011


Gunung Nuang merupakan salah sebuah gunung yang terkenal di negeri Selangor. Gunung nuang juga merupakan gunung tempat latihan dan persiapan yang glamour bagi para pendaki yang ingin atau dalam perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Gunung nuang berketinggian 4898 kaki dari paras laut.


Struktur dan muka bumi gunung ini membuatkan ia sesuai sebagai tempat latihan memandangkan trek nya yang mencabar dan menguji daya ketahanan fizikal dan mental. Pendakian ke Gunung Nuang merupakan kali kelima saya mendaki dan kali ke dua sampai kepuncak. Biasanya saya hanya sampai ke kem LOLO sahaja menikmati keindahan alam dan mandi di sungai yang jernih dan segar.


Pendakian bermula seawal pagi sekitar jam 7.00pagi. Group saya kali ini seramai 11 orang. Mengikut perancangan asal kami akan memulakan pendakian pada jam 7.00pagi, namun disebabkan berlaku sedikit masalah teknikal kepada separuh lagi rakan saya semasa dalam perjalanan mereka maka kami agak lewat memulakan pendakian iaitu sekitar 10.45pagi.


 
Memulakan Pendakian, sebelum memulakan pendakian anda dikehendaki untuk melaporkan group anda dibalai polis yang berdekatan. Mudah sahaja Print kan 2 salinan senarai nama berserta ic, no telepon waris, alamat dan tarikh program naik dan turun. Satu salinan diberikan di Balai Polis yang berdekatan iaitu di batu 14 dan satu salinan lagi di pondok renjer semasa membayar permit mendaki. Sekiranya group anda kecil maka anda Cuma perlu mendaftar di buku pendaftaran di pondok renjer semasa membayar permit mendaki. Bayaran permit mendaki yang dikenakan hanya RM1 sahaja dan ia merupakan antara bayaran permit mendaki yang termurah di negeri Selangor.


Untuk membuat pendakian secara ‘day pack’ anda perlulah mengambil kira faktor masa. Untuk Daypack pendaki seharusnya mula mendaki tidak lewat dari jam 7.00pagi atau sekitar jam 6.30pagi. Ini kerana jika anda terlalu lewat memulakan pendakian maka anda akan menghadapi kesukaran kerana terpaksa mendaki turun dalam keadaan gelap kerana telah menjelang malam. Biasanya para pendaki yang melakukan pendakian secara daypack akan turun sekitar jam 4 dan 5 petang sekiranya mereka mula mendaki sekitar jam 7.00pagi.


Setelah kesemua ahli kumpulan saya tiba dan berkumpul, kami mula melakukan repacking barang-barang dan ration (makanan) yang hendak di bawa naik memandangkan kami akan bermalam satu malam di kem LOLO. Repacking ini penting bagi mengagihkan makana dan barang-barang supaya masing-masing dapat sama2 membawa berat makanan dan barang dengan sama rata. Setelah repacking kami tetap buat sedikit taklimat bagi mengingatkan sesame kami, contohnya berhenti rehat, keadaan muka bumi dan kemudahan yang ada sepanjang pendakian. Kaedah ini dapat member sedikit gambaran kepada org yang pertama kali mendaki dan juga kepada mereka yang telah lama tidak mendaki. Kemudiannya kami melakukan sedikit senaman merengangkan badan.


Berikut adalah tentative perjalanan kami


Hari Pertama : 2/4/2011 : Sabtu
07.00 am - Berkumpul di Pondok renjer
10.00 am - Ketibaan ahli kumpulan yang menghadapi masalah dalam perjalanan
10.15 am - Repacking dan agihan makanan dan barangan
10.30 am - Taklimat dan stretching
10.45 am - Memulakan Pendakian
12.28 pm - Tiba di punca air pertama (merentasi sungai)
12.53 pm - Tiba di Kem LoLo..rehat dan makan
02.00 pm - Memulakan pendakian ke puncak
04.00 pm - Tiba di Kem Pacat
05.00 pm - Tiba di Puncak Kasih
05.50 pm - Tiba di Puncak Gunung Nuang
06.30 pm - Mula mendaki turun
09.00 pm - Tiba di kem Lolo …mandi, makan dan berehat


Hari Kedua : 3/4/2011 : Ahad
08.00 am - Mula membuat sarapan
10.00 am - Sarapan beramai-ramai
11.00 am - Mula mengemas dan membersihkan tapak perkhemahan
12.00 pm - mula mendaki turun
02.30 pm - tiba di pokdok renjer ..berkumpul dan daftar keluar

Wednesday, April 6, 2011

Kidney Run 20 Mach 2011



Kidney Run 20 March 2011
Larian pertama bagi tahun 2011 yang saya join. Biasanya kebanyakan larian akan dibuat pada hari sabtu atau ahad. Jadi ramailah yang turut serta.

Selain hadiah menarik yang ditawarkan, peserta berpeluang melakukan pemeriksaan percuma yang disediakan terutama apa bila ia melibatkan larian kesedaran kesihatan. Semasa tamat lariam saya berpeluang melakukan pemeriksaan hemoglobin darah yang diberikan percuma.

Di tapak pesta larian Kidney ini juga turut ada jualan kasut sport larian, game untuk dewasa dan kanak-kanak dan juga persembahan nyanyian dan silap mata.



Jika anda berminat untuk aktiviti kecergasan ini boleh la selalu buka web site berikut:

1. The Olympic Council Of Malaysia
2. Blog cari Runner

Keratan Akbar Harian Metro 21.03.2011. lelaki yang berbaju biru diantara huruf A dan R dgn nombor A120..itulah saya :)

Tuesday, April 5, 2011

Gunung Datuk Pendakian Malam 23 April 2011


Gambar Pelajar Politeknik Seberang Prai semasa Program pendakian pada 26 Feb 2011 http://hamydy.wordpress.com/2011/02/18/pendakian-gunung-datuk-vs-meneroka-gua-batu-maloi/

Penyertaan

1. Terbuka kapada semua yang berminat
2. Wajib kepada Peserta Kinabalu seperti berikut. (sebagai latihan sebelum ke kinabalu)




















































NoTarikhNamaBil PaxNote
130 May-1 june 2011Mr Sharin Ahamad2 Pax.
227-29 May 2011Mr. Mohd Norazmin1 Pax.
327-29 May 2011Ms Adibah Hanani2 Pax.
422-24 May 2011Group 2 (Hamydy)8 pax.
512-14 May 2011Group 1 (Hamydy)6 Pax.
612-14 May 2011Md Amin Md Yassin3 Pax.




Day 1 (23 April 2011)
10.00mlm – Berkumpul di Tapak rekreasi gunung datuk
10.30mlm – Pendaftaran (Permit mendaki RM6)(Permit khemah RM6)
11.00mlm – Mula Mendaki

Day 2 (24 April 2011)
02.00pagi – Dijangka Tiba di Campsite
03.00pagi – Tidur (Boleh pasang khemah atau tidur dlm sleeping bag saja)
06.00pagi – Bangun siap sedia dan sarapan.
06.30pagi – Naik ke Puncak tunggu matahari terbit.
07.00pagi – Bergambar
07.30pagi – Mula turun
09.00pagi – Dijangka tiba di Tapak Rekreasi Gunung Datuk..daftar balik

Peralatan yang perlu dibawa

Personal
1. Head Lamp
2. Sleeping bag dan alas (mater)
3. Rain Coat
4. Sweater – waktu pagi semasa menunggu matahari terbit suhu sejuk jadi perlu bawa
5. makanan ringan dan bekalan untuk sarapan
6. minuman 1.5 liter

Tempat Tidur (Boleh pilih mana yang suka)
1. Khemah 2 person (jika hendak tidur dlm khemah)
2. flysheet dan ground sheet (bagi yang hendak tido terbuka)
3. Hammok (tempat nak gantung terhad)

Perhatian
Sepanjang perjalanan pendakian ke puncak tiada bekalan air dan tandas oleh itu sebelum mendaki semua peserta digalakkan buang air terlebih dahulu di kemudahan toilet yang terdapat di tapak rekreasi gunung datuk.

Jika dalam perjalanan terasa hendak buang air kecil ( boleh buang di dalam belukar)

Sila sms ke 013-2383464 type Gdatuk dan diikuti perkara dibawah
1.Nama
2.IC
3.Waris
4.No Tel Waris

Penyertaan Tiada Limit..
Kenderaan dan Makanan dan Khemah adalah tanggung jawab sendiri
Bagi yang bawa keluarga
Terdapat penginapan (Chalet) disediakan di tapak reakreasi gunung datuk

Senarai Nama OHM
1. OHM00103 - Abdul Hamydy Abdul Hamid
2. OHM00116 - Hazni Hanim Mohamed Thani
3. OHM00110 - Muhammad Khaidir Hashim
4. OHM00164 -
5. OHM00127 - Siti Nurain Kadir

Senarai nama yang telah mendaftar secara SMS
1. Syamsiah bt Faruok - 6/4/2011
2. Siti Nor Hani bt Mohd Noor Nordin - 1/4/2011
3. Mohd Nurikhwan Mazlan - 7/4/2011
4. Mohd Ariff Md Malik - 7/4/2011
5. Mohd Heidi Buyong Abd Rahman 7/4/2011
6. Norazurah Jalil
7. Ruhaya abd hamid - 19/4/2011
8. Farah hanis juhari - 19/4/2011
9. Nurfarhan shariff - 19/4/2011
10. Nadiah Saad@robean 20/4/2011
11. Fariza bt Zabidi 21/4/2011
12. RAHIM BIN MUHAMAD 21/4/2011
13. CHE MOHD NIZAM ISMAIL 21/4/2011
14. Azurawati Amran 22/4/2011
15. Nurhayati Taib

Senarai nam Line Up dari Wholesale-Mart Business Point Sdn Bhd (WMBP) 22/april/2011

1 Abdul Aziz bin Ammar
2 Ahmad Asri bin Ammar
3 Alimah bte Ammar
4 Amirullah bin Ahmad
5 Anuar bin Rostani
6 Asliza bte Saidin
7 Azamri bin Sabtu
8 Farahida bte Saidin
9 Fatimah bte Asmad
10 Hazmin bin Ghazali
11 Hazrul Fiqri bin Bakar
12 Julia Hanhayani
13 Jumaah bte Jaafar
14 Khairul Azhar bin Mohd Saad
15 Mahadi bin Abd Karim
16 Mahazu bin Ibrahim
17 Marmiyah bte Aripin
18 Maseliza bte Mohd Dawar
19 Masrura bte Naim
20 Mastura bte Mohd Dawar
21 Md. Haizal bin Md. Zan
22 Mohaliful bin Ameri
23 Mohamad Abdul Fadzi Abdul Halim
24 Mohamad Daniel Lim bin Abdullah
25 Mohamed Redzuan bin Mohamed
26 Mohammad Fadzly bin Mohammad Hisham
27 Mohammad Marzuki bin Marikan
28 Mohd Abd Wahab bin Abd Halim
29 Mohd Hasrul bin Tamizi
30 Mohd Rifaee bin Abdul Hamid
31 Mohd Saifuddin bin Abdullah
32 Mohd Shah Rilzan bin Mohd Rashid
33 Muhamat Azizi bin Azizan
34 Muhammad Dakhil bin Yazid
35 Mustaqim bin Huzaim
36 Norhisyam bin Jamhari
37 Norlizah bte Mohamad
38 Nurul Fatihah bte Che Harun
39 Nurwana Ealiya bte Mukhtar
40 Ririn Suryanti Sari bte Yunus
41 Salmiah bte Dollah
42 Siti Norvaizurah Rahmat
43 Suhardi bin Seman
44 Zahari bin Mohd Yasin
45 Zuraina bte Zaini
46 Zuraini bte Zaini

Maklumat lanjut boleh rujuk entri pendakian malam di link berikut

Wednesday, March 16, 2011

Bandung 2011


Jalan2 hujung minggu di Kota Bandung, Lawatan saya ke Bandung kali ini tidak la berjalan2 sangat, lagi pun masa agak terhad iaitu cuma sabtu ahad sahaja. Sebenarnya saya mengambil kesempatan menghadiri majlis pernikahan teman saya yang sama2 belajar Sarjana di UKM. Beliau orang Daerah Demak dan Isterinya orang Bandung. Majlis Pernikahan berlangsung pada 12 Mac 2011




Tentative Trip

11 Mac 2011 - Day 1
10.00pm - Saya tiba di Bandung, langsung ambil teksi untuk bawa ke Rumah Penginapan

12 Mac 2011 - Day 3
07.00am - Sarapan pagi bersama keluarga pengantin
09.00am - Menaiki Angkutan Kota ke salah sebuah Shoping Mall - jalan2 dan cari simkad no Indonesia.
11.00am - Bersama2 dengan keluarga pengantin ke Dewan tempat Majlis pernikahan
05.00pm - Majlis pernikahan (Akad Nikah) berlangsung selepas Asar.
06.00pm - Jamuan Ringan - Ahli keluarga dan teman rapat
08.30pm - Majlis Persandingan bermula dan Jamuan Makan
11.00pm - Majlis Tamat - Pengantin lelaki pulang ke rumah Pengantin Perempuan
12.00pm - Saya bersama pakcik pengantin pusing2 bandar bandung cari tempat minum.

13 Mac 2011 - Day 4
07.00am - Teman saya dan Isterinya (Pengantin Baru) datang jemput saya pergi sarapan.
08.00am - Singgah di sebuah tempat rekreasi sukan ( Ramai orang berjoging dan bersenam di tempat ini)
09.00am - Singgah di pasar pagi bersebelahan dengan tempat rekreasi tersebut. Pelbagai barangan dan juadah makanan dijual disitu.
10.00am - Pergi ke rumah Family Mertua teman
12.00am - Menaiki Angkutan Kota ke Bandar singgah di Pasar Baru, Kartika Sari dan singgah makan di Ampera.
03.00pm - Ke Airport dan pulang ke KL.


Dikesempatan ini ingin saya merakam jutaan terima kasih kepada keluarga Kurniawan dan keluarga mertuanya yang telah melayan saya dengan baik sepanjang saya disana. Dan tak lupa juga sekalung TAHNIAH pada Kurniawan dan Isteri "Selamat Pengantin Baru Semoga Berbahagia Selalu"
 

Monday, March 14, 2011

Korea 2011


Korea 2011


Trip ke Korea Selatan merupakan trip pertama saya ke negara 4 musim. Perbelanjaan tiket penerbangan ke Luar Negara sememangnya menelan belanja yang besar tetapi dengan adanya promosi seperti AirAsia “Now everyone can fly” maka ramai orang dapat merealisasikan impian mereka untuk melancong ke Luar Negara dengan murah.

Tiket penerbangan mula di tempah pada bulan Oktober 2010 semasa promosi Air Asia dengan harga murah iaitu penerbangan pergi dan balik Cuma sekitar 300 sahaja termasuk tax. Murah kan?.


Hari Pertama
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Korea (Incheon International Airport) mengambil masa 6 jam. Pesawat penuh dengan penumpang, ramai jugak rakyat Malaysia menaiki pesawat tersebut, ada juga pelajar Malaysia yang pulang setelah cuti pengajian mereka. Didalam pesawat saya duduk bersebelahan dengan seorang gadis korea yang pulang setelah tamat pengajian di Australia. Saya bertanya kepada beliau kenapa tidak terbang sahaja dari Australia ke korea, beliau jawab tiket Air Asia murah, jadi beliau dari Australia ke Malaysia dan ke Korea lebih murah dari penerbangan terus dari Australia ke Korea. Disebelah kanan saya pulak ada seorang orang Malaysia namanya Mohd Nasrul, beliau melancong seorang diri. Bayangkan trip beliau ke korea adalah pengalaman pertama naik Flight dan pengalaman pertama ke Luar Negara dan beliau seorang diri, betul2 berani. Saya Tanya dia, apa persediaan pergi ke korea, beliau menunjukkan saya satu file yang setebal 20 helai, penuh dengan maklumat perjalanan, tempat, hotel, train dan sebagainya yang beliau dapatkan hasil google di blog2 dan forum2. Backpacker style, kos yang beliau ceritakan pada saya jauh lebih murah dari buget yang saya buat. Beliau tidak menempah sebarang hotel atau guide, beliau akan bergerak sendiri melalui train dan subway semasa di korea ke semua lokasi beliau dan beliau juga akan walk in ke hostel backpacker yang Cuma berharga USD8 semalam. Murah betul semua maklumat beliau dapat melalui forum.


Semasa tiba di lapangan terbang saya rasa lapar dan ingin menjamu selera, tetapi tidak ada satupun restoran yang tertulis atau ada logo Halal. Itu cabaran pertama, jadi saya mundar- mundir mencari restoran atau fast food di air port, tetiba bertebu dengan pelajar Malaysia, apa lagi saya pun menegur dan berbual dengan beliau tentang makanan, beliau memberitahu bahawa di airport tiada restoran yang ada logo halal, jadi jika terdesak hendak makan beliau mengesyorkan supaya beli makanan yang tiada Daging lebih selamat. Jadi saya pun mengikut beliau ke satu restoran fast food membeli doonut dan sandwish tuna. Beliau juga mencadangkan kalau nak makan pergilah ke restoran 100% seafood kerana restoran ini tidank menghidangkan daging kinzir, untuk pengetahuan anda kebanyakan atau hampir semua makanan yang berdaging adalah daging kinzir.


Kemudian saya di jemput oleh Guide yang telah ditempah dan saya dibawa ke hotel di Bandar Hwagok. Saya menginap di New Reagent Hotel yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini di tengah Bandar dan mudah hendak bersiar-siar di Bandar. Hari telah pun malam ketika tiba di hotel, setelah cek in dan meletakkan barang saya mula keluar berjalan kaki di Bandar Hwagok, Suhu pada ketika itu sejuk iaitu sekitar 3°C , aktiviti malam disekitar Bandar memang happening ramai orang bersosial di restoran2 dan pusat hiburan karaoke dan bar. Sepanjang pemerhatian saya tidak nampak pulak pusat-pusat disco kelihatan. Mungkin bukan habit mereka ber clubbing. Pelacuran juga tidak kelihatan, biasanya jika ada kita nampak wanita berpakaian seksi dan menjolok mata di tepi simpang atau di kaki lima hotel. Mungkin ada tapi bukan secara terbuka kerana saya ada juga terjumpa kad-kad kecil yang di tabur di kaki lima hotel tertentu, di kad tersebut saya lihat terdapat gambar wanita seksi dan no telefon dalam tulisan korea so saya tak pasti sama ada ia iklan khidmat sex atau iklan lain. Berjalan kaki di kota ini waktu malam saya rasa selamat dan tiada gangguan Cuma perlu elakkan bertemu orang yang mabuk sahaja. Sepanjang berjalan kaki kita boleh jumpa ramai orang korea yang mabuk tetapi dia dipimpin oleh rakan yang tidak mabuk, rasanya mungkin budaya mereka suka minum sampai mabuk dan salah seorang dari mereka mesti tidak boleh mabuk.


Saya pergi ke korea tidak membawa langsung bekalan makanan dari Malaysia, agak menyesal jugak saya apabila hendak makan terpaksa tercari-cari, sudah penat pusing-pusing kota Hwagok saya singgah minum di sebuah café, Cuma oder kopi dan sandwish tuna sahaja. Saya lepak dan relaks sehingga jam 12 tengah malam sambil perhatikan gelagat warga korea, kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa English, jika café yang nampak macam coffe bean dan star buck ni biasanya pengurusnya tahu berbahasa English dan menunya dalam tulisan English jadi mudah la kita nak oder dan tahu kandungannya. Tetapi jika restoran atau café biasa ni semuanya dalam bahasa korea jadi susah la nak paham. Café yang saya minum ni agak canggih setelah oder dan buat pembayaran saya diberi sekeping cakera seperti pelapik gelas. Apabila tempahan kita telah siap cakera tersebut akan bergetar dan mengeluarkan cahaya, barulah kita pergi ambik tempahan kita di kaunter.


Setelah puas lepak saya pun pulang ke hotel. Di hotel saya melayan tengok tv, banyak chanel cerita korea, yang bestnya semua movie local dan international tidak di censored, banyak jer cerita yang bogel tapi dia blurkan di bahagian kemaluan sahaja.


Selepas ini saya akan ceritakan tempat- menarik yang telah saya pergi secara satu persatu tidak secara timeline.


Makanan
Makanan halal dan restoran halal di korea sukar untuk kita temui, tambahan pulak di Bandar tenpat saya menginap iaitu di Hwagok memang tidak terdapat restoran halal. Jadi bagaimana saya survive di situ. Sebenarnya guide yang saya tempah adalah guide yang selalu bawa orang muslim dan beliau sangat arif dan tahu apa yang orang Islam boleh makan dan tidak. Jadi selama saya kat hotel tersebut untuk sarapan pagi beliau telah pastikan hotel tersebut menghidangkan makanan halal pada saya. Hari pertama sarapan pagi saya dihidangkan roti kosong, madu, telur dan teh, hari kedua, juga sama, masuk hari ketiga saya request nak makan nasi maka dihidangkan nasi putih, telur dan sayur, hari keempat dan kelima sarapan roti, telur, madu dan kopi. Bagi makan tengahari dan malam saya akan ceritakan didalam tempat-tempat menarik yang saya lawati.


Nami Island
Nami Island atau dikenali sebagai Naminara Republic merupakan salah satu tempat tumpuan pelancongan di korea, terletak 63km dari Bandar Seoul. Pulau ini Cuma berkeluasan 460,000m2 iaitu sekitar 5km sahaja jika berjalan satu pusingan dan ia berbentuk daun, mukabuminya rata dan tidak berbukit. Tempat ini menjadi popular selepas drama korea terkenal Winter Sonata menjadikan pulau ini salah satu lokasi pengambarannya. Asal usul pulau ini sebenarnya adalah sebuah bukit sahaja, apabila empangan Cheongpyeong dibina maka jadilah ia pulau. Dahulunya pulau ini hanya menjadi tempat champing dan langsung tidak popular. Kemudiannya seorang ahli perniagaan korea Mr Byeong-Do Minn telah membeli pulau ini dan menjadikan ia sebagai tempat rekreasi dengan landskap yang cantik dengan menanam semula beribu pokok, maka mulalah ia menjadi tarikan.


Pulau Nami mendapat nama sempena nama Jeneral Nami, Jeneral Nami mengikut sejarah merupakan seorang pahlawan dan jeneral yang gagah dan bijak. Disebabkan kebijaksannan dan pengaruh beliau, maka beliau telah di hukum bunuh penggal kepala oleh istana. Orang-orang istana kuatir dan risau jika suatu masa jeneral Nami akan memberontak dan mengambil alih kerajaan, maka beliau telah difitnah dan di hukum pancung semasa berumur 26 tahun pada tahun 1965. Mayat beliau telah disemadikan di pulau tersebut. Kita akan dapat melihat terdapat hanya satu-satunya makam jeneral Nami di pulau tersebut. Di pulau ini kita akan dapat melihat terdapat hidupan seperti rusa, burung unta, arnab, tupai, itik dan pelbagai burung-burung.


Untuk ke Pulau Nami anda boleh menaiki train ke stesen Gapyeong


Bayaran dan kemudahan yang disediakan di  adalah seperti berikut.
















































PerkaraBayaranNote
Transport
Tour Bus dari
Insa-dong ke
Pulau Nami
Sehala – 7500won
Duahala – 15000won
Bayaran masuk termasuk dgn ferry8000won (RM24) - Normal
4000won - Diskaun bagi
bawah 18 tahun, lebih 70 tahun dan OKU
Jadual Ferry
7.30am mula
30minit sekali 7.30am-9am
10-20minit sekali 9am-6pm
30minit sekali 6am-9.45pm
Parking4000wonParking
Basikal3000won - 30 minit
5000won - 1jam
Basikal 3 elektrik8000won - 30 minit
Kereta tour elektrikTaxi 30,000won - 4 org
Bus  5000won - 1 org
Namycar3000won - lokasi tertentu
10,000 - Round keliling
PenginapanMain building - 99ribu - 150ribu won
Condo - 160ribu -380ribu won
Cottages - 110ribu - 200ribu won
Guest House - 130ribu - 140ribu won

Antara kemudahan dan tarikan yang terdapat di Pulau Nami seperti berikut
























Kemudahan/tarikanNote
Exhibition HallAda 9 jenis hall dan galeri
Pentas PertunjukanTerdapat 4 pentas pertunjukan seperti outdoor, air, dan studio.
Taman TemaTerdapat 17 taman tema seperti bonsai, burung, diraja dan lain2.
Seminar/BanquetTerdapat 5 jenis dewan seminar dan banquet

Berikut adalah tentative perjalanan saya melancong ke korea. Tentative ini saya buatkan secara ringkas. Detail aktiviti saya akan di update kemudian.

Day 1 Sabtu (5.3.2011)
01.55pm - Penerbangan Air Asia dari LCCT ke Incheon (Waktu Malaysia)
09.15pm - Tiba di Incheon (Waktu Seoul)
09.30pm - Dijemput oleh pemandu pelancong menaiki MPV ke Bandar Hwagok
10.15pm - Tiba di New Regent Hotel check in.
11.00pm - Jalan kaki sekitar bandar Hwagok (terdapat pusat hiburan, cafe, bar dan pusat karaoke)

Day 2 Ahad (6.3.2011)
07.00am - Sarapan pagi di hotel (roti, telur dan teh)
08.00am - Bertolak ke Nami Island
09.00am - Tiba di jeti dan menaiki boat ke Nami Island
01.00pm - Makan Tengahari di Restoran di Nami Island ( Makanan Vegitarian - Nasi, sayur, telur, sea food)
04.00pm - Bertolak pulang ke hotel
05.00pm - Singgah di Shopping Complek - Membeli belah sedikit keperluan makanan dan baju sejuk
08.00pm - Makan Malam di restoran seafood ( Nasi, Telur, Ikan Bakar)
10.00pm - Balik ke Hotel
11.00pm - Bersiar2 sekitar bandar dengan jalan kaki. Lepak di cafe

Day 3 Isnin (7.3.2011)
07.00am - Sarapan di hotel (Nasi, telur, sayur)
08.00am - Berangkat ke Gyeongbok Palace dan Folklore Museum
12.00pm - Makan Tengahari kat restoren seafood
01.00pm - Shoping kat National Ginseng Centre dan Amethyst Shop (Kedai kristal)
02.00pm - Shopping kat Korean Cosmetic Shop
03.00pm - Berangkat ke Masjid di bandar Itaewon
06.00pm - Makan Malam di Restoran Salam (Restoran Turkish) makan daging ayam nasi
10.00pm - Tiba di hotel
11.00pm - keluar jalan2 di bandar

Day 4 Selasa (8.3.2011)
07.00am - Sarapan (roti, madu, telur)
08.00am - Berangkat ke Korean Folk Village- melihat Korean old culture and traditional show
01.00pm - Makan Tengahari - Masakan seafood - ikan bakar nasi sayur
02.00pm - Berangkat ke Suwon - melawat hwaseung fortrss (UNESCO Cultura Heritage)
04.00pm - Melawat National Museum
06.00pm - Makan malam di Reatoran Turkish Kebab
08.00pm - shoping kat Myeong-dong
10.00pm - Menaiki subway di Seoul Station ke Hwagok
11.00pm - Tiba di hotel

Day 5 Rabu (9.3.2011)
07.00am - Sarapan
08.00am - Berangkat ke DMZ
03.00pm - Shoping di Insa-dong dan Namdaemoon Market
08.00pm - Makan Malam
09.00pm - Berangkat ke Airport
11.20pm - Berlepas pulang ke KL (Waktu Seoul)

Day 6 Khamis (10.3.2011)
05.05am - Tiba di LCCT (Waktu Malaysia)
This entry was posted in