Friday, October 29, 2010

Thursday, October 28, 2010

Memancing di Jeram 23 Okt 2010


Lokasi Memancing di kawasan Pulau Botak Jeram. Dikawasan ini terdapat 2-3 buah pulau yang boleh kita mendarat untuk aktiviti memancing. cuma pulau yang sy pergi ini mempunyai pengkalan. menurut tekong boat, tempat ini merupakan pengkalan pusat pengajian tinggi buat kajian, tapi tidak pasti dari U mana. kemudahan yang terdapat di pulau ini adalah seperti tandas dan 2 buah chalet. kawasan pengkalan berbumbung boleh dijadikan tempat berteduh.


Waktu paling sesuai untuk memancing adalah ketika air pasang. jika air surut pengkalan ini kering sehinggakan kita boleh berjalan dibawah pengkalan tersebut.


Tiada kos untuk bermalam di pulau ini. kos yang diperlukan hanya kos boat sahaja. Untuk pergi ke pulau ini atau pulau2 berdekatan anda boleh menghubungi tekong boat seperti berikut:


1. Wak Sandi 012 9194421 Beliau juga mempunyai kelong berdekatan dgn pulau ini. Kos satu boat pergi balik antara RM100-150 termasuk umpan ( Bergantung pada umpan apa yang kita pesan seperti udang hidup)


Kawasan pulau ini paling banyak tangkapan ikan gelama, kalau bernasib baik kita akan dapat siakap ketika air pasang. Berdasarkan pengalaman saya memancing pertama kali kat pulau ini ikan paling banyak sy dapat adalah gelama. ikan2 lain seperti ikan duri, bawal juga ada, Ikan siakap sy dapat lihat dgn jelas naik ketika air pasang, cuma tak mengena sahaja. Bagi memancing ikan kerapu, penduduk kampung disiti biasa menggunakan pancing buluh yang panjang dan pancing di celah2 batu ketika air pasang. Menurut hasil temuramah pemancing yang kerap datang ke pulau ini , beliau pernah mendapat ikan siakap seberat 12 kilo ketika memancing di pulai ini ketika air pasang besar.


Sebelum anda pergi kesana pastikan anda call terlebih dahulu tekong boat untuk pastikan waktu air pasang surut. tekong hanya menghantar ketika air pasang, kalau surut sampan tidak boleh masuk dekat.


Walaupun trip pertama ini kami blom dapat ikan2 yang di tunggu..maka kami mungkin akan datang semula lain kali.


Selain dari pulau2 botak ini terdapat Pulau Angsa yang tak jauh dari pulau ini, Menurut tekong Pulau Angsa adalah pulau yang lengkap dgn kemudahan chalet dan restoran, Penginapan paling murah RM60 semalam. Kos untuk ke Pulau Angsa adalah lebih kurang RM250 sebuah boat tidak melebihi 6 orang.


[googlemaps http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ie=UTF8&ll=3.216959,101.287079&spn=0.090837,0.154324&t=h&z=13&output=embed&w=425&h=350]

Monday, October 11, 2010

Kuala Sepetang Taipeng Perak




Kuala Sepetang : Menaiki boat melawat sekitar kuala dan perkampungan nelayan


Chalet Jabatan Perhutanan Negeri Perak : Sesiapa saja boleh tempah


Kilang Arang Kayu : Melawat lokasi kilang arang kayu bakau , kilang antara yang tertua.


Mee Udang Mak Jah : Memang sedap ...mesti cuba..